Monday, October 20, 2014

ISTANBUL 2014 - Day 15 - PART 04 - CIRCLE ISTANBUL TOUR - ISTIKLAL AVENUE AND FATIH

Day 15 - Istanbul 2014 - Circle Istanbul Tour - Part 04

Circle Istanbul Tour diteruskan....

Lawatan seterusnya adalah ke İstiklal Avenue. Walaupun kami pernah berkunjung ke İstiklal Avenue sebelum ini, kunjungan dengan Circle Istanbul Tour ini berbeza kerana Özcan membawa kami ke kawasan İstiklal Avenue yang tidak pernah kami terokai.

Kami stop sekejap di gerai Köfte ni di İstiklal Avenue for another food sampling. Kuih ni di Turki dipanggil içli köfte atau nama lainnya kibbeh. Ia dibuat dari cracked wheat dengan bawang campur dengan daging lembu atau kambing atau unta yg dicincang. Yg kami rasa ni yg versi daging lembu. Dan versi bentuk yg paling popular untuk icli kofte ni ialah yg berbentuk torpedo ni. Cara masaknya digoreng. Içli köfte atau kibbeh ni is actually the national dish of many middle eastern countries.  

Rasanya: Sedap, meaty, nicely spiced tapi tak pedas and mengenyangkan. Tapi yg saya rasa tu kena tambah garam sikit lagi :). 


Seperti yg saya share di entry Istiklal Avenue yg lalu, di sini memang ada street performers. 

Kami lalu je, tak berhenti pun. So saya shoot je la mana sempat..hihi.



Aroma jagung panggang ni memang sgt menggoda!

Memang la cute tapi saya kesian tengok budak kecik ni main mini bongo kat tepi jalan :(

Saya dah pernah ambik gamabr pak cik ni last week nya. Tapi mana kucing yg duduk kat depan dia tu? Tak temankan pak cik ni ke hari ni? :)

Özcan kemudiannya membawa kami ke sebuah dinding di kawasan İstiklal Avenue yang dipenuhi dengan lukisan graffiti yang cantik. Menurut Özcan, dinding ini adalah lukisan pemenang pertandingan lukisan graffiti yang dianjurkan oleh Istanbul City Hall.

Awesome, right!!

Aksi kelakar Ozcan dan Zafira :)

The Chown family pun ambik kesempatan beraksi lucu..haha... Actually mereka 4 beranak ni memang sgt cool, peramah dan senang diajak berbual. 

Cam gigih benar rupanya nak ngambik gambar...haha...

Memang saya suka sgt lukisan2 dinding ni. Sgt colorful! 

Dan tentunya saya muatkan gambar meow..hihi...

Kami kemudiannya dibawa ke sebuah kawasan di İstiklal Avenue yang dulunya adalah bekas garaj Tram Merah. Kawasan ini kini telah menjadi sebuah kafetaria.
Bekas garaj ni sekarang adalah sebuah cafe.

İstiklal Avenue ditutup kepada kenderaan. Satu-satunya kenderaan yang boleh didapati di sini ialah tram merah yang bersejarah ini. Kami diberitahu, sebuah tram merah ini telah dihadiahkan oleh kota Istanbul kepada kota San Francisco di Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan. Tram merah dari Istanbul ini kini beroperasi di San Francisco bersama tram-tram lain.

Masa jalan tu ada terjumpa pulak photographer tengah shooting. I wish I could do photoshoot in Istanbul!

Tempat2 lepak tepi jalan macam ni memang ada byk di Istanbul. Nak smoke shisha pun boleh :)

Seterusnya kami pun naik van untuk ke Fatih pula.

Persinggahan terakhir kami dalam Circle Istanbul Tour adalah Fatih, sebuah kawasan yang tradisional di Istanbul. Suatu yang menarik tentang Fatih ialah di sini ada banyak Bridal Shops yang menjual pakaian-pakaian pengantin.

Penduduk di kawasan Fatih rata-ratanya mengamalkan cara hidup yang konvensional. Ini dapat kami perhatikan dari pakaian mereka di mana penduduk di sini rata-ratanya memakai jubah dan sukar sekali bertemu dengan penduduk yang berpakaian barat.


Sewaktu di Fatih, kami ditunjukkan sebuah Sekolah Tahfiz yang sangat besar. Sekolah ini beroperasi sewaktu sekolah biasa di Turki sedang bercuti. Pelajarnya kini berjumlah 2,500 orang dan kami diberitahu sekolah ini beroperasi tanpa bantuan dari Kerajaan ~ hanya dari kutipan derma sahaja.



Tidak jauh dari Sekolah Tahfiz ini, ada sebuah Gereja Greek Orthodox yang besar. Dalam gambar ini gereja tersebut ialah banggunan merah yg tinggi di belakang. Yg bahagian depan tu ialah Mesnevihane mosque.

Di Gereja ini juga terdapat sebuah sekolah Kristian yang dikatakan mempunyai 65 pelajar. Walau bagaimanapun, Özcan memberitahu kami beliau tidak yakin dengan fakta ini. Özcan berpandangan bilangan pelajar tersebut hanya dakwaan pihak gereja sahaja untuk mengelakkan sekolah ini dari ditukar dijadikan muzium. Ini adalah kerana di Istanbul, terdapat undang-undang yang menetapkan supaya mana-mana bangunan yang tidak lagi berfungsi sepertimana sepatutnya, akan ditukar menjadi muzium.


Info tentang Mesnevihane mosque.


Ozcan sempat bergambar dgn seorang budak yg tinggal di kawasan Fatih ni.

Kawasan Fatih ini juga menjadi tumpuan pelarian-pelarian dari Syria yang mencari kehidupan baru di Istanbul. Kebanyakan mereka tinggal di rumah-rumah kecil yang dikongsi sehingga 3-4 keluarga.

Menurut Özcan, bukan mudah bagi pelarian Syria ini untuk memulakan hidup baru di Turki. Walaupun Turki dan Syria berjiran, budaya dan bahasa mereka sangat berbeza. Tanpa pengetahuan Bahasa Turki, sukar sekali mereka mendapatkan pekerjaan yang baik di negara ini.

Oppss.. haha... ada kucing comel pulak! :)

Masa berjalan tu terjumpa pulak kanak2 perempuan ni tengah main game.

Rupanya mereka tengah main pick-up-sticks :)


Beberapa kediaman di kawasan Fatih.

Ehh... jumpa kucing lagi..hihi...

Rumah buruk seperti ini lazimnya didiami 3-4 keluarga pelarian Syria.

Suasana di perumahan kawasan Fatih.

Comel2 budak2 ni...



Özcan sedang melayan kanak-kanak pelarian Syria. Disebabkan beliau sering berkunjung ke sini, kanak-kanak ini sangat mengenali Özcan. Seperti kanak-kanak di mana-mana juga, mereka sangat gembira mendapat treats seperti cokelat dan gula-gula dari kami. 


Happy budak ni dapat lollipop :)




Next few photos adalah people shots yg sempat saya tangkap.









Sewaktu meninggalkan Fatih, kami melintasi kawasan taman awam berhampiran Golden Horn yang dipenuhi dengan keluarga-keluarga Turki yang sedang berkelah dan berBBQ. Özcan memberitahu, berkelah/BBQ adalah budaya orang tempatan di Turki. Budaya ini dibawa oleh orang Turki di mana-mana sahaja sehingga di Jerman (di mana ramai imigran Turki tinggal di sana), ada tertulis larangan untuk berbabecue di taman awam di sana.

Circle Istanbul Tour boleh diikuti secara Full Tour ataupun Short Tour. Jika anda memilih Full Tour, pakej yang diikuti turut meliputi Dinner dan pengalaman mandi di Turkish Bath (Hammam). Semua ahli kumpulan selain kami memilih Full Tour.

Kami memilih Short Tour kerana ingin berehat awal pada malam itu memandangkan kami akan pulang ke Malaysia pada keesokan harinya. Selepas Özcan dan ahli kumpulan lain turun di Turkish Bath, van membawa kami pulang ke Hotel.

Dalam beberapa jam bersama kami dalam tour ini, rasa macam dah mesra pulak dengan peserta2 lain. Kami pun bertukar2 email address dan had to say our goodbyes di van sebelum mereka meneruskan dengan program tour selanjutnya di turkish bath and dinner. Puan Juliana requested for my photos sebab nak tunjuk pada husband dia yg tidak dapat datang bercuti bersama dia dan anak mereka Zafira di Turki. Saya kata tentulah boleh. Mark pula kata dia akan share jugak photos yg dia ambil dengan kami which is just awesome :).

Fast forward, sampai di Malaysia saya pun letak photos yg saya ambil semasa Circle Istanbul tour tu dalam Dropbox dan email kepada Ozcan, Mark dan Puan Juliana.

Mark pun balas dan kata dia akan share link Dropbox dia juga selepas dia balik dari LA. And he did. Bagus2 foto2 yg dia and his daughters ambik :)

Puan Juliana said thanks and she shared it with her husband.

Ozcan pula forward link saya tu kepada boss Circle Istanbul iaitu Cenan dan per above email Cenan request nak guna beberapa foto2 saya. Saya ok je :).   

Cenan guna group foto yg saya ambil semasa kami naik bot for the cruise di laman Facebook Circle Istanbul :)

Cenan juga posted a very nice comment about my fotos dalam Facebook Cicrle Istanbul :).

Bersambung dengan last day, last entry.... Day 16..... balik Malaysia....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. alaa..
    habis dah...?

    graffiti tu cantik !! [ saya suka graffiti.. :) ]
    nice ending kan.. ? pergi kat kawasan rumah perlarian Syria tu n jumpa budak-budak Syria comel2 tu ..

    chop.
    Hammam tu yang mandi ramai-ramai tu eh ?
    jap nak gugel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. habih dah doc. Tu pun lepas complete 39 entries...haha... giler byk entries nya nak cover 16 hari di sana...haha... tak pernah saya buat entries sebyk ini.... jenuh!!

      Yep, saya juga suka. Saya rasa grafitti tu dijaga baik oleh Istanbul City Hall.
      Agree, a nice and rather poignant ending to the tour for us. Kesian kami tgk budak2 pelarian tu....

      Hihi... ha.. dah jumpa Hamam tu? It is a place where they'll scrub you clean and shampoo your hair and libas2 your body dgn towel + massage and lepas rinse boleh duduk dalam sauna. Something like that lah..hihi...

      Delete