Wednesday, October 15, 2014

ISTANBUL 2014 - Day 15 - PART 01 - CIRCLE ISTANBUL TOUR - TURKISH COFFEE

Day 15 - Istanbul 2014 - Circle Istanbul Tour - Part 01

Lebih kurang sebulan sebelum kami ke Istanbul, seperti isteri saya, saya juga sibuk mencari tour yg boleh kami sertai dgn budget yg ada. Dan saya mencari kelainan. Yg lain dari tour2 yg pergi ke tempat2 bersejarah and to all those wonderful tourists attractions places [yg dah pun kami buat, Alhamdulillah]. 

Cari punya carik, saya terjumpa the Circle Istanbul Tour. Needless to say I was excited :).

Actually, Circle Istanbul tour ni lebih kurang macam the Les Arts Turcs tour yg dah pun saya ikuti di hari ke 3 kami di sana [sila ke sini untuk entry Les Arts Turcs saya]. Tapi masa Les Arts Turcs tour tu cuma saya seorang saja yg pergi dan ianya lebih kepada photographic tour. Jadi untuk walking tour Circle Istanbul ni kami berdua pergi bersama. Ia adalah satu walking tour yg cover area neighbourhoods, fish market, flea market, boat cruise, food sampling, sesi minum kopi Turki dan lain-lain. Ia lebih kepada memperkenalkan Istanbul yg diterangkan dan dipandang dari mata seorang local iaitu tour guide kami yg bernama Özcan [disebut Oz-jahn]. 

In other words, Circle Istanbul Tour ni totally my kind of tour lah...hihi... :)
Syukur Alhamdulillah....

Oh, before I start with all the photos, day 15 was our 2nd last day in Istanbul. Esoknya tu day 16 is our travelling day balik ke Kuala Lumpur. 

Btw, since as usual saya took so many photos, this Circle Istanbul tour will be covered in 4 parts :).

Sebahagian besar Tour Program ini dibuat dengan berjalan kaki disamping naik van every now and then untuk pergi ke destinasi2 yg jauh. Walking pace nya sangat relax jadi boleh diikuti oleh sesiapa juga dari pelbagai peringkat umur - dari orang tua sehinggalah kepada kanak-kanak.



Circle Istanbul Tour ni dibuat pada certain days of the week dan maximum satu group is capped at 10 people only, which is just great. Group kami hari tu ada 10 orang yg terdiri dari 3 keluarga:

- Kami berdua dari Malaysia

- The Chown family dari Britain: Mark and Helen and their 2 daughters
- Puan Juliana and her daughter Zafira [yg menetap di San Francisco] bersama 2 orang saudara perempuan Puan Juliana dari Singapura. 

The Chown family menginap sama hotel dgn kami di Hilton Bosphorus Hotel dan keluarga Puan Juliana di Hotel Grand Hyatt. 

Di atas tu lah Özcan. Dia ni baru je dalam 4 bulan kawin.

Call card Özcan

Circle Istanbul Tour ni actually tidak mempunyai itinerari perjalanan yang tetap. Tour ini dibuat mengikut kesesuaian masa, musim dan tempat berkonsepkan membawa pelancong mengelilingi Istanbul untuk memahami cara hidup penduduk tempatan.

Pada hari tu, Özcan sebenarnya nak bawa kami tengok pemandangan bandaraya Istanbul dari Pierre Lotti Hill. Tapi dia tak bercadang membawa kami mengikut laluan yang biasa digunakan oleh pelancong. Sebaliknya, dia membawa kami ke sana menerusi sebuah kawasan kediaman yang dinamakan Eyüp.

Eyüp dinamakan sempena seorang sahabat Nabi Muhammad saw bernama Abu Ayyub Al-Ansari. Abu Ayyub adalah orang yang menumpangkan Nabi Muhammad sewaktu beliau mula berhijrah ke Madinah dari Makkah. Nabi telah tinggal bersama Abu Ayyub selama 7 bulan ketika itu.

Abu Ayyub datang ke Istanbul sewaktu cubaan pertama tentera Muslim untuk menakluk Constantinople di bawah pemerintahan Khalifah Umayyah yang pertama, Khalifah Muawiyah I. Cubaan ini gagal kerana berjaya dipatahkan oleh pemerintah Kristian Byzantine ketika itu, Emperor Constantine IV.

Abu Ayyub meninggal dunia di Istanbul (tak pasti sama ada terkorban ketika perang atau kerana sebab lain). Dia dikebumikan di Istanbul atas wasiatnya sendiri dan kawasan di mana beliau dimakamkan kini dinamakan Eyüp, sempena nama beliau.

Unfortunately, plan Özcan nak bawak kami ke Pierre Lotti Hill terhalang sebab van tak dapat lepas jalan naik ke tempat tinjau. Masa tu hari Ahad so kawasan rumah yg kami lalu itu penuh dgn parked cars and other vehicles. So lorong2 jalan jadi sgt sempit dan van bsear yg kami naiki tak lepas. Gigih dah si Ozcan dan driver cuba nak cari cara dan jalan nak naik ke atas tapi futile efforts mereka. Ozcan siap apologized but kami kata not to worry sebab dah memang dah tak dapat. The whole so-called ordeal/misfortune was kinda fun for us all though cause we spent time during the waiting by getting to know one another. Kami berdua felt relieved cause none of the tour members yg complain2 tak puas hati sebab kejadian tu. Actually they all semua ok sgt :).

Özcan seterusnya nak bawa kami ke Üsküdar yang letaknya di Istanbul Asia. Untuk ke sana kami dibawa Özcan dengan cara naik feri dari jeti di Eminönü. Feri ni digunakan oleh locals untuk berulang-alik.
Foto: Feri kenderaan yang digunakan oleh orang tempatan untuk berulang-alik di antara Istanbul Eropah dan Istanbul Asia di Jeti Eminönü.

Berjalan ke feri dan suasana dalam feri. Özcan bawa kami duduk di bahagian open section of the ferry which was a good idea cause boleh tengok pemandangan yg cantik dgn jelas. Also very nice to take photos :)

Pemandangan Selat Bosphorus dalam perjalanan ke Üsküdar.


Ozcan sedang memberi penerangan tentang tempat2 yg sedang kami lalu. Sambil tu kami minum teh turki.
Dgn angin yg menghembus, sipping tea dan ambik gambar.... Oooo.... so nice lah...hihi :)
Alhamdulillah....

Dalam perjalanan ke Üsküdar, kami melalui Terminal Kontena Kedua bagi Pelabuhan Istanbul. Terminal Kontena Pertama terletak berhampiran Ataturk Airport.


Kami juga dapat melihat silo-silo simpanan gandum di sini. Menurut Özcan, silo-silo ini kosong kerana satu masa dahulu, Turki mengeksport gandum ke luar negara. Namun kini, penghasilan gandum Turki hanya cukup untuk kegunaan dalam negara. Oleh yang demikian, silo-silo ini tidak lagi berfungsi sepertimana sepatutnya.

Sewaktu feri hampir tiba di Üsküdar, kami dapat melihat sebuah stesen keretapi yang cantik yang dinamakan Haydarpaşa Terminal. Stesen ini sedang diubahsuai untuk menjadi stesen akhir bagi perkhidmatan keretapi laju di antara Istanbul dan Ankara.


Ini pula ialah feri ke Princes Islands yang sarat dengan penumpang. Princes Islands adalah gugusan pulau peranginan yang terletak berhampiran dengan Istanbul. Ia sangat popular dengan pelancong tempatan dan pelancong asing. 

Dan kami pun sampai ke Üsküdar.

Dari station feri Uskudar kami di bawa Ozcan berjalan kaki ke Uskudar Market. Saya memang suka walking2 tour ni cause boleh ambik a lot of photos of the city and its people. Doing a bit of street photography la kiranya...hihi. Dan yg bestnya boleh ambik gambar dgn rasa selamat sebab kami walk in a big group bersama local tour guide :).
Foto: Tapi sebelum tu Ozcan singgah dulu kat kedai pastry ni. While the rest of the group members tunggu di luar kedai tu, saya sibuk masuk sekali dan ambik gambar...hihi. Si Ozcan beli su böreği. Nanti saya cerita apakah itu su böreği. 

Dan kami pun tiba di Pasar Uskudar.

First sekali saya noticed kedai jual Turkish Delights ni. Wow!!! So many yummy combinations!
- blackberry, chocolate and pistachio
- crunched pistachio and pomegranate
- covered with rose petals
- covered with safron
- cranberry and pistachio [sour taste]
- pomegranate
- kiwi and postachio
- honey and almond
- pomegranate covered with pistachio dust
- double roasted pistachio
- with fig or mint or coconut or rose or turkish coffee or apricot.
- hazelnut and carrot
- coconut and strawberry
- Ada juga special handmade fruity marzipan and fruit jelly
Lepas tu kami enter pula section pasar basah.
Top left hand corner photo: Perut lembu dan kambing.  

Dan ini adalah section yg jual ikan dan lain2 makanan laut. Banyak ikan segar dijual di Pasar Üsküdar. Ikan-ikan ini dijual dengan insangnya sengaja dibuka untuk pembeli tengok. Insang yang merah menunjukkan ikan ini masih segar.

Ikan2 dibersihkan dan disusun elok2 supaya nampak cantik, kemas dan segar. Presentation is crucial.


Suasana di bahagian menjual buah2an. Semua nampak fresh and ripe. Saya rasa seronok betul ambik gambar di pasar Üsküdar tu:).

Dan Ozcan pun bawa kami ke kedai ini - Arzum Sarkuteri. 

Kedai ni ada jual macam2 jenis keju, pickled products, bottled products, buah zaitun, jus buah2an, sos2, meat products, minyak zaitun dan lain2. 

Di sini kami diberi rasa some food samplings. This is daging salai. Sedap sungguh! Yg sebelah kiri tu foto pekedai tengah shave/potong the daging salai pakai meat slicer machine for our sampling. 

- Ada terdapat bermacam produk yg dijual.
- Macam2 jenis buah zaitun juga diberi sample utuk kami rasa. Tapi saya tak berapa suka sebab rasanya agak bitter. 

Ada pelbagai jenis keju dan meat products. 

Hakiki, Deri tulum peyniri - Genuine, leather goat cheese - keju yg ditapai dalam kulit kambing.
Rasanya? MasyaAllah, sedap. Takut2 gak saya nak rasa masa mula2. Sedap dan lemak serta smooth and creamy texturenya.
Wiki: Tulum cheese (Turkish: tulum peyniri) is a traditional Turkish goat's milk cheese ripened in a goatskin casing, called tulum in Turkish. 

Pelbagai jenis buah zaiton dan meat products.

Seterusnya kami dibawa singgah oleh Ozcan ke kedai Ozcan Tursulari. Nope, ni bukan kedai si Ozcan tour guide kami tu...hihi. Ozcan Tursulari bermakna Ozcan Pickles, kedai jual barangan jeruk. 

Dan apa yg menarik perhatian kami ialah apa yg sedang dibuat oleh lelaki ini. Kata Ozcan, lelaki ini sedang membuat gumpalan dari daun pokok anggur yg telah dijeruk. Ada bau masam jeruk tapi tak le sampai overbearing.

Jadi untuk kegunaan apakah daun2 pokok anggur jeruk tu? Ianya selalu digunakan untuk buat satu Turkish dish yg dinamakan Sarma. Sarma ini ialah sejenis makanan yg dibuat dengan membalut inti yg dibuat dari daging cincang dgn daun besar contohnya daun pokok anggur yg fresh atau yg dijeruk. Sarma ni dah ada sejak zaman Ottoman Empire lagi.

Notice tak this guy was rocking the man bun. Trendy betul orang2 Turki! :)

Ada macam jenis zaiton dan kekacang. And yes, ada la juga saya ternampak sekor 2 anjing. Macam the stray cats, anjing2 kat situ nampak baik je dan sihat bersih. 

Seperti di bazaar2 yg kami lawat terdahulu, di sini juga ada orang yg menjual teh pada pekedai2 atau kepada orang ramai. Sempat juga saya tangkap satu foto :). 

Ada kedai sayur, kedai ikan, small cafes and pastry shops. 

Ikan dan udang yg fresh!

Carsi tas firin maksudnya lebih kurang Carsi stone oven. Hmm.. I guess bakery kedai tu dibakar dalam stone oven just like zaman dulu2 :).
Carsi petek firin pulak Carsi honeycomb oven. Tak tau pulak honeycomb oven tu macam mana rupanya.

Penghantaran ikan segar ke lokasi kedai ikan di pasar Uskudar. Licin tu, turun bukit pulak lagi.

Menurut Özcan, penjual-penjual ikan yang asal di sini adalah berketurunan Greek dan menganut agama Kristian. Namun begitu, kawasan ini kini tidak hanya diduduki oleh orang-orang berketurunan Greek sahaja. Selain penduduk berketurunan Turki, kawasan ini juga didiami penduduk berketurunan Armenia. 

That is the St. Takavor Armenian Apostolic Church. Dinding Gereja Armenian di sini kelihatan seperti baru dicat. Kami diberitahu oleh Ozcan kawasan Üsküdar juga menjadi tumpuan golongan gay dan lesbian di Istanbul dan dinding Gereja Armenian di sini sering dilukis dengan graffiti yang mencerca golongan tersebut. Namun begitu, pihak gereja begitu sabar mengecat kembali tembok mereka setiap kali graffiti dilukis di sini.

Seterusnya kami dibawa Ozcan untuk minum Turkish Coffee. Ini adalah salah satu daripada banyak restoran yg menyediakan Turkish coffee tapi kami tidak ke restoran ini.

Kami ke restoran ini - Kosem Kozde Kahve [Kosem Kozd Coffee].
Mengikut tradisi di Turki, freshly brewed coffee dibuat dgn perlahan dan penuh perhatian dan penjagaan dan diminum bersama dengan people yg kita care about. Dan kalau nak buat style orang Turki, kopi tu dibancuh dalam Teko Kopi Turki seperti di gambar atas. Teko kecik tembaga ini dibuat secara tukul tangan menjadi bentuk yg diingini oleh tukang tembaga yg sgt berpengalaman di Anatolia, Turki.

Kami pun berkumpul didepan tempat buat kopi Turkish tu untuk penerangan on the preparation of the Turkish Coffee. 

Nampaknya Ozcan ni pun pakar buat Turkish coffee sebab dia yg terangkan the steps :).

Lelaki ini according tu Ozcan ialah seorang Kurds i.e dari Kurdistan. Saya rasa pelik jugak sebab Turkish coffee disediakan oleh seorang Kurds di Turki...hihi.... Well, tak kisah le siapa pun yg prepare, ye tak? :)

Serbuk kopi dibubuh ke dalam copper Turkish coffee pot dan dicampur air panas. Kata Ozcan, kopi ni tidak ditanam di Turki tapi diimport dari negara luar.

Kemudian teko2 kecik tu diletak ke dalam tempat arang sampai bancuhan kopi mengelegak. Kalau nak lebih authentic lagi, separuh teko kecik tu kena dibenamkan ke dalam abu arang panas. 

Agaknya kalau nak pakai abu akan jadi messy, demo ni menggunakan ketulan2 arang yg diletak keliling teko2 kecil tembaga tu. Juga sedikit serbuk kopi ditabur ke atas arang. Wah... bau harum semerbak kopi. Saya yg bukan menggemar kopi pun tergoda...hihi...

Semasa kopi mendidih, perlu dikacau-kacau. 

Ni pulak pekerja restoran sebelah, juga tgh buat Turkish coffee.

Nampak keruh dan coklat gelap. Tak hitam legam. 

Dan dah pun siap. Kami pun duduk semeja sambil menyaksikan Turkish coffee dihidangkan. Kopi pun dituang ke dalam cawan yg kecik comel dgn menarik sikit macam nak buat teh tarik.   

Dan ini lah kuih yg Ozcan beli di kedai pastry awal tadi. Namanya Su boregi. 

Su boregi ini adalah salah satu jenis borek. Borek ialah satu Turkish cuisine yg dibuat dari lapisan2 dough yg diisi dengan feta cheese, daging cincang atau sayuran dan dibakar dalam oven. 

Su boregi atau 'water borek' ni dibuat dgn merebus dahulu lapisan2 dough sebelum diisi dengan inti dan dibakar dalam oven. 



Yg Ozcan hidang ni berinti vegetables. Rasanya? Kalau anda suka feta cheese maka sedaplah ia..hihi...


Punya la happynya saya dapat shot ni...hihi...
Dan dari foto atas tu lah saya gunakan jadi icon tagging saya ni :)



Yg ni nampak sedikit percikan kopi...hihi...

Turkish coffee ni sangat pekat. Kalau nak tambah gula boleh, dan ia tidak diminum bersama susu. Sisa kopi yang tinggal di dalam cawan juga dikatakan boleh digunakan untuk menilik nasib seseorang.

Bersambung ke part 02.....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. aaaaaaahhhhhhhhhhh!!!
    macam-macam Turkish Delight!!!!!!!!!!!
    selalu termakan yang perasa ros tu kat sini.. tu je yang selalu jumpa dan termakan sebab tu yang selalu tinggal [ sebab orang tak nak makan ]dalam kotak!!
    macam-macam perasa rupa-rupanya adaaaaa!!

    tang kopi terpercik dan bulu roma bersinar di panahan mentari tu memang ohsem!!
    :)
    beli tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu doc! Ada macam2 jenis!
      Tapi masa ke kedai jual Turkish Delights ni, kami try yg ada pistachio je sebab tu yg sedap dan popular. Yg lain ada juga 2, 3 jenis yg kami sample. Also sedap too! Tapi yg perasa ros tak pulak saya cuba, sebab pelik la rasa bunga...hihi...

      A'aa la doc, saya suka foto tu. Thanks for the lovely comments. Kebetulan cahaya pagi tu cantik dan saya dpt shot dari angle yg menarik, imho lah :).
      Tak beli la doc cause kami berdua not coffee drinker. Kopi Domba yg beli kat Bali tu pun tak habis lagi...hihi....

      Delete