Wednesday, August 19, 2020

CAMERON HIGHLANDS - DAY 03 - PART 02 - GOING HOME




Time to go home. Kami lunch dulu di restoran ini. 

Tumpang solat dulu di Copthorne Hotel. 


Sempat massage dulu sementara tunggu teksi sampai 😃. 

Masa kami ke Cameron Highlands ni 3 days ago, kami naik bas. Nak balik ke rumah, kami decided naik teksi. Memang la mahal tapi tak pe la, cuma once in a while. Moreover, my wife's event finished quite late and she had to work the next day. So transportation from hotel direct sampai rumah adalah paling ideal. So kami dah siap-siap atur transport dengan En. Parthi lepas dia bawa kami jalan-jalan on day 01. 

And it sure was a good idea kami tak memandu ke Cameron Highlands ni sebab on the day kami balik ni, hujan tersangatlah lebat. At some parts, we could hardly see the road. Tapi pada En. Parthi yang sudah memang kerja bawa teksi dan tambahan pula dia orang Cameron Highlands ni dia sudah biasa dengan keadaan cuaca begini.  

Tenang-tenang aja kami duduk di belakang sambil berdoa. 

Passing through Brinchang. 

Quite dangerously low road visibility.

Tanah Rata.

Lalu selekoh-selekoh tajam di saat hujan lebat di Cameroh Highlands.

Semoga tidaklah hujan di sepanjang perjalanan yang jauh ini.



Aaa... lega bila as we descended hujan dari lebat bertukar renyai dan akhirnya lalu kawasan yang tidak hujan. 

Masa dalam perjalanan tu, En. Parthi cadang kami singgah sekejap di Air Terjun Lata Iskandar. Of course la kami setuju.. hehe. 

Masa kami lalu sini on day 01, ada ramai orang since it was a weekend. Masa ni hari kerja so sunyi je. 








Lata Iskandar adalah sebuah kawasan rekreasi air terjun semulajadi yang menarik dan popular. 

Ia terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands.





Di keliling air terjun ini juga ada denai-denai hutan yang boleh di explore. 


Airnya sejuk dan segar terbit dari kawasan pergunungan. 















Ada kedai-kedai kraftangan yang menjual hasil kraftangan bermutu tinggi oleh Orang Asli. 

Juga ada gerai-gerai jual macam-macam snek dan minuman.

Petai pun ada.


Stop kejap. 


Ehh... ada ulat bulu pulak dalam kereta ni 😃.


Dan perjalanan kami tidak terasa lama 3 jam sebab yang bestnya En. Parthi adalah seorang yang sangat talkative. Bila dia buka cerita yang dia dahulu pernah kerja sebagai seorang tea taster di sebuah ladang di Cameron Highlands, tentu la kami jadi super excited... hehe. Macam-macam soalan kami tanya En. Parthi dan dia pulak jawab semuanya siap dengan pelbagai fascinating anecdotes. Tak sangka la pulak kami dapat peluang jumpa dan berbual dengan seorang tea taster. Ni kira bonus la bagi kami 😊.

Kalau buah anggur, ada wine taster atau sommelier. Kalau di ladang teh ada tea taster. Seorang tea taster boleh dengan cepat membezakan antara pelbagai rasa teh. Adalah tanggungjawab tea taster untuk menilai pelbagai jenis teh mengikut kualitinya. Tea taster sering diambil bekerja oleh syarikat teh besar untuk memastikan kualiti dan untuk mengenal pasti sampel teh yang berbeza.

Kata En. Parthi, ladang-ladang teh di Cameron Highlands memang mempunyai beberapa orang tea taster yang bertugas di sana. Mereka bertugas di bahagian Quality Control. Tea taster akan memilih sampel-sampel teh yang selesai diproses secara rawak untuk menguji kualiti teh tersebut. Seorang tea taster yang mahir boleh tahu masalah yang wujud pada batch teh yang berkenaan dengan hanya melalui rasa.

Pengendalian kualiti (Quality Control) dilakukan oleh pakar perasa teh (tea taster) yang memeriksa warna dan tekstur teh dan keseimbangan gred teh dalam batch yang diperiksa. Mereka akan memeriksa kesegaran dan aromanya, dan selepas direndam selama 6 minit, ia dihirup untuk menguji rasa dan aroma. Tea taster akan menggunakan sepenuhnya deria rasa, gusi dan pipi dalamannya. Ini adalah seni tersendiri yang memerlukan pengalaman bertahun-tahun.

Kalau rasa teh macam bergris, itu bermakna ada masalah dengan mesin pemprosesan. 

Tea taster juga boleh tahu sekiranya daun teh yang dipetik adalah daun tua dan bukan pucuk muda seperti yang sepatutnya. 

Malah dengan maklumat yang diberi oleh tea taster, syarikat boleh mengesan kelompok pokok teh yang bermasalah dan supervisor di situ akan diberitahu supaya mengawasi cara pekerja mereka memetik daun teh.

Lidah adalah aset yang paling berharga kepada seorang tea taster. Demi menjaga deria rasa pada lidah mereka, kata En. Parthi seorang tea taster sebenarnya tak boleh minum arak atau makan kari. Pantang-pantang ini kata En. Parthi adalah susah untuk dipatuhi terutamanya bila tak boleh makan masakan kari. 

Tambah En. Parthi, selain dari berpantang arak dan kari, penjagaan lidah juga melibatkan pembersihan lidah. Pembersihan ini dilakukan dengan menggunakan roti putih dan mozarella cheese. Tugas tea tasting dibuat 2 atau 3 hari sekali untuk menjamin rasa teh ini 'tidak bercampur'. Jadi sehari sebelum bertugas, tea taster akan 'mencuci' terlebih dulu lidah mereka dengan roti putih dan mozarella cheese. Disebabkan mozarella cheese mahal, ia dibekalkan oleh syarikat teh kepada tea taster. Fascinating indeed!! 

En. Parthi juga mengajar kami cara yang betul untuk menikmati minuman teh. Mula-mula sekali, kenalah pakai serbuk teh dan bukan teh dalam uncang. Kata Parthi, serbuk teh yang dalam uncang itu adalah sebenarnya serdak-serdak dari daun teh yang kurang berkualiti 😮. 

Untuk kenikmatan teh sejati, serbuk teh hanya dibancuh dengan air panas saja tanpa gula atau susu. Teh panas ini pulak perlu disisip dalam tempoh 3 minit dari dibancuh. Cara begitu barulah kita boleh merasa nikmat teh yang sebenarnya.

Atau ada juga yang gemar merendam terus daun teh. 

Pencinta teh sejati memang anti dengan teh tarik, kata En. Parthi, sebab ia memang berlawanan dengan cara sebenar pembancuhan teh. But what to do, teh tarik dah sebati dengan orang Malaysia 😄.

Kata Parthi lagi, seorang tea taster perlu menjalani latihan selama 6 tahun secara purata. Tapi disebabkan dia memang dibesarkan dalam ladang teh dan hidup bersama dengan teh, dia hanya menjalani latihan selama 3 tahun saja sebelum mendapat pengiktirafan sebagai Tea Taster. Kata Parthi, dia dulu dilatih oleh seorang Master Tea Taster yang berasal dari India and he was very strict.

Teksi En. Parthi terus dipandu laju. Keadaan jalan tenang dan tiada kesesakan. 







Dan kami pun selamat sampai di rumah. Alhamdulillah.

Overall, memang seronok jalan-jalan di Cameron Highlands. Ada pelbagai tempat yang kita boleh lawat. Bukanlah sekadar melawat ladang sayur dan strawberi sahaja. Dan suasananya pun sejuk nyaman. Ini peta tempat-tempat yang sempat kami lawati.

Alhamdulillah.  

Sekian. Till the next entry. Meanwhile, take care and don't forget to wear your mask 😷. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.