Friday, August 31, 2018

MANADO SULAWESI INDONESIA - DAY 04 - PART 01 - MORNING WALK

Dah last day kami di Manado, Sulawesi Utara ni. Flight balik tengahari nanti. 

Ketika sunrise. 

Manado kota yang bersih.

Keindahan Gunung Klabat, gunung tertinggi di Sulawesi Utara.

Bersarapan pagi.


Baru la kami tahu apa Tinutuan.. hehe.

Mie Cakalang, mee dengan sup ikan cakalang.


Breakfast di balkoni dengan view gunung berapi kembar, Gunung Lokon dan Gunung Empung. We're so gonna miss this.



Cucur jagung sungguh la sedap. The nasi goreng too!

Since Pak tommy akan datang jemput kami pukul 10 pagi untuk ke airport, maka pagi tu kami buat plan sendiri. Kami nak pergi 'morning walk' di sekitar kawasan Megamas ni. Kalau semalam kami dah ke arah kiri hotel, ke kawasan Pohon Kasih Megamas, pagi ni kami ke arah kiri menyusuri tebing laut. 

Bangunan biru tu ialah kedai Indomaret di mana saya beli mee segera malam semalamnya. Di belakang tu ialah shopping mall MTC Megamas.

Gerai makanan halal di tebing laut.

Menu ikan bakar memang popular di sini. 

Ayam Geprek ialah hidangan ayam goreng crunchy dengan sambal yang pedas. Ooo.. es cendol durian. Pernah try sekali dulu masa di Padang, Sumatera Barat. Sedap sangat.

Haaa... level pedas ada sampai tahap 5. Pedas sangat la tu! Agaknya sampai berpeluh kepala dan keluar berhingus.. hehehe.  

But of course... Teh Botol! :)


Berjogging di kawasan tepi pantai Megamas Manado.
Add caption

Cuaca pagi yang cukup indah. Pukul 7:30 pagi masa ni, so belum panas lagi. 



Four Points by Sheraton Manado dan Castle Lagoon Apartment And Condotel Manado.

Hotel penginapan kami selama 3 malam di Manado, Sulawesi Utara, Hotel Whiz Prime Megamas Manado. 

Megamall.

Pelbagai masakan ikan.

Menu lauk bebek (itik) pun ada. Kakatua tu sejenis ikan ya, bukan burung tu... hehe.

Ikan kuah asam tu we had on second night kami di Manado. Memang la sedap sangat. 


Klenteng Kwan Seng Bio, sebuah kuil Taoist.

Suka tengok the details.




Kedai kopi. 

Deretan kedai-kedai makan Halal berakhir dekat Klenteng Kwan Seng Bio. Lepas itu ada deretan kedai-kedai makan lain yang menjual makanan-makanan Tak Halal. Yes, di sana gerai makan begini pun dipisahkan antara halal dan non-halal. 

Ada pelbagai hidangan pork. Ragey tu ialah jumbo size pork satay. 

Then we came upon this small cove yang ada perahu-perahu nelayan yang di sana dipanggil perahu jukung.

Bangunan hotel penginapan kami Whiz Prime Megamas Manado, Gereja Bethel Indonesia Menorah, Megamall dan Pohon Kasih.

Kelihatan beberapa orang nelayan di cove ini.

Pak cik ni nak snorkeling.


Tak pasti pak cik ni tengah buat apa. Sangkar ikan agaknya.

Dari lokasi kami masa tu juga boleh nampak Masjid Firdaus. 

Kami plan nak lawat masjid ini.


Perahu-perahu jukung at a small cove di Teluk Manado.

Pulau Manado Tua di horizon.

Manado meows.. :).

Pak cik tadi sedang membuat sangkar.

Cove ini rupanya adalah tempat melabuh perahu dan tempat nelayan berehat selepas dilaut bagi Kelompok Nelayan Tarusi Titiwungen Utara Manado.



Berjalan lagi kami ke arah Jalan Piere Tendean. 

Pemandangan Manado Town Square dan Gunung Lokon. Ada Hotel Ibis di sana. Kami tak stay di Ibis pada kali ini. 


Ini pintu masuk ke kawasan Megamas.



Mikrolet di Jalan Piere Tendean. Jalan ni adalah sangat sibuk.


Jembatan Boulevard di Jalan Piere Tendean.

Tak pasti sungai apakah ini yang mengalir ke Teluk Manado. 


Saya nak ke Masjid Firdaus so kena melintas Jalan Piere Tendean. Nampak macam tak sibuk jalan ni tapi sebenarnya kenderaan berdesap desup. Di sebelah kanan tu ialah Kampung Islam Manado.

Sebuah sundry shop di Kampung Islam. 

Di kawasan yang kami lalu ini, semua lorong-lorong kediamannya ditanda dengan gerbang seperti ini.

Then we came upon gerai ibu ni, di sebelah Masjid Firdaus. Curious nak tahu apa yang di jual. 

So kami pun approached la gerai ibu. Lepas beri salam dan perkenal diri, kami pun bertanya apa yang dijual. Nama ibu ni Ibu Umiey dan yang dijual tu ialah nasi kuning. Baik sangat Ibu Umiey ni. Bersungguh dia memberi penerangan kepada kami tentang Nasi Kuning yang popular di Manado ini, lebih-lebih lagi bila dia tahu yang kami datang dari Malaysia dan tak pernah jumpa Nasi Kuning sebelum datang ke sini.

Inilah nasi kuning. Mesti la saya minta kebenaran dulu buka tong nasi ni dan ambil gambar.. hehe. Ibu Umiey ok je. Dia juga terangkan cara masak nasi kuning ini which to us lebih kurang macam masak nasi lemak di Malaysia. Later saya baca masak nasi kuning ini menggunakan serai, daun pandan, daun jeruk, lengkuas, santan, garam dan kunyit. Cara nak makan nasi kuning pun lebih kurang sama macam makan nasi lemak i.e makan dengan sambal, telur dan condiments lain. 

Bahan-bahan yang dimakan bersama nasi kuning. Secara lengkapnya saya baca condiments termasuk kering talas (bete) atau ubi, abon ikan cakalang yang dimasak dengan santan, bihun, bawang goreng, semur daging dan telur rebus. Sambalnya pula ada campuran bawang merah, bawang putih, cabai, dan gula merah. Rasanya pedas manis. 

Dan nak tapau, akan dibungkus macam ni, dengan daun woka atau daun lontar untuk dibawa pulang. 

Seterusnya kami ke Masjid Firdaus. 



Tapi tutup pula pintu depan masjid ni. 

Kami pun berjalan ke tepi bangunan sekadar mahu mengambil beberapa lagi gambar masjid ini.

Agak sempit juga lorong tepi masjid ini, berjiran dengan rumah-rumah penduduk situ. Sebuah rumah di situ ada bela kucing dalam sangkar. Comel la sangat. Tuan rumah tu ok je kami ambil gambar kucing-kucing dia.. hehe. Juga ada sebuah kedai bikin gigi di belakang masjid ini. Tuan rumah tadi, seorang mak cik kata kalau saya nak buat gigi, boleh buat di sini. Ramah mak cik tu. 

Rupanya pintu masuk utama ke masjid ini terletak di sebelah belakang, mengadap ke kampung di situ. Kebetulan ada penjaga masjid ni di situ. Terus beri salam pada abang penjaga masjid ni dan perkenal diri serta minta izin untuk melawat masjid ni. Penjaga masjid ni ok je dan terus jemput kami masuk. Dari sembang kami, kata abang penjaga masjid, dia sebenarnya berasal dari Surabaya di Jawa dan dah lama menetap dan jadi penjaga masjid di sini.

Pintu pagar depan dan pintu utama masjid.

Masjid Firdaus ni tak besar, tapi binaan dalamannya cantik dan terjaga. Ini ruang solat utamanya.

Dan salah satu feature yang menarik di masjid ini ialah the stained glass dengan tulisan 'الله' dan 'محمد' pada tingkap-tingkap masjid. 


Mihrab dan chandelier masjid. Masjid ini seperti sudah lama didirikan. Unfortunately abang penjaga masjid tidak berapa tahu sejarah masjid ini. 

Seperti masjid-masjid di Malaysia, kedudukan kewangan masjid dipaparkan pada papan kenyataan.

Ruang solat wanita. Seperti di Malaysia, masjid ini membolehkan jemaah wanita untuk mengerjakan solat di masjid. Tidak seperti masjid di Kampung Arab yang kami lawat semalamnya di mana jemaah wanita tidak dibenarkan berbuat demikian, bersolat di rumah sahaja. 


Struktur administrasi Masjid Firdaus.

Then abang penjaga masjid tanya nak ke tengok tingkas atas masjid ni. Tentu la nak.. hehe. Baik abang ni.  

Ruang atas masjid ni juga besar. Kelihatan beberapa lelaki sedang tidur. Kata abang penjaga masjid mereka menumpang kerana tidak ada tempat bermalam dan tidak mampu tidur di hotel. Juga mereka tiada saudara mara di Manado.


Pemandangan menghala ke bawah dari tingkat atas. 

Pemandangan bahagian depan ruang solat utama dari tingkat atas. 

Tempat wuduk wanita.

Pemandangan Kampung Islam Manado berdekatan 

Masjid Firdaus, dari pintu masuk utama.

Selepas melawat Masjid Firdaus kami kembali ke jalan utama untuk berjalan balik ke hotel. Bertembung dengan Ibu Umiey sedang berbual dengan seorang lelaki di atas motor. Setelah lelaki itu beredar, kata Ibu Umiey itulah Imam Masjid Firdaus. 

Kebetulan suami Ibu Umiey, Pak Soni ada di situ. Kami pun berbual lah dengan mereka sekejap. Ada masa lagi masa tu sebelum Pak Tommy datang jemput kami di hotel untuk ke airport. 

Masa bersembang tu we got the impression seperti Pak Soni cukup kagum bila kami beritahu kami ni dari Malaysia. Kata Pak Soni setahu dia tak ramai orang Malaysia pernah sampai ke Manado kerana Manado dianggap sebagai jauh dan remote. Bahkan tambah Pak Soni, orang Indonesia sendiri pun ramai yang belum sampai ke sini kerana lokasinya yang jauh. Kalau la ada masa, memang nak kami berbual dengan lebih lama dengan pasangan suami isteri yang sangat peramah dan baik hati ni. Tapi terpaksa kami minta diri kata sudah nak dekat masa kami bertolak ke airport.

Berjalan balik ke hotel. Passed by MTC Megamas shopping mall.

Isteri kata kalau mencari maklumat di internet tentang Manado, salah satu cadangan kepada pengunjung adalah mencuba kuih istimewa di sini yang bernama Klappertaart. Klappertaat adalah kuih ciptaan penjajah Belanda di Manado yang bahan asasnya terdiri dari isi kelapa, tepung gandum, susu, mentega dan telur. Macam sedapnya bunyinya. Ada isi kelapa muda tu! Ingat nak cari dalam mall ni tapi masih belum buka. Opens at 10 am lah. 

Di depan mall ni ada penjual makanan dan kuih tradisional tapi Klappertaart yang dicari tak dijual pula di situ.

Ada macam-macam makanan dijual di sini.

Ada kuih muih.

Ada nasi dan mee.

Yang ni pek-pek nasi campur mee goreng dengan telur goreng atau cucur jagung serta sambal.

Pek-pek nasi kuning.

Yang ni tak sure, mungkin nasi makan dengan keropok.

Juga ada nasi kuning yang dibungkus dalam daun woka.

Restoran Raja Sate di seberang MTC Megamas.

Since tak jumpa Klappertaart di MTC Megamas, maka kami pun cuba cari di Kedai Indomaret dekat hotel. Mana la tahu kot ada.

Masuk je Indomaret kami pun terus bertanya staff di kaunter. Haaa... ada pun dalam fridge Indomaret ni! Tinggal the last one! 

Dah nak bayar dah then staff tu perasan yang expiry date Klappertaart tu ialah on that very day. So dia kata mungkin Klappertaart tu dah kurang elok.

Kecewa (hehhe...) kami pun berjalanlah balik ke hotel. Then we discussed dan terfikir tentu kat airport ada Klappertaart tu. Semangat balik.. hahaha.

Sebelum balik ke bilik kami check out the Musholla hotel Whiz Prime Megamas Manado ni.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.