Monday, October 13, 2014

SANLIURFA 2014 - Day 14 - PART 03 - BALIKLI GOL - KESAN SEJARAH NABI IBRAHIM A.S

Day 14 - Sanliurfa - Part 03 - Balikli Gol

Selepas lunch kami berjalan semula ke parking lot untuk ke destinasi seterusnya iaitu Balikli Gol yg merupakan destinasi utama kami ke Sanliurfa.

Sambil berjalan ke kereta sempat saya took a few more shots.



By the way this was our ride for the day.



Sanliurfa ni rupanya sebuah bandar yg moden. Ini adalah salah satu shopping mall yg besar di Sanliurfa, the Piazza Mall. Nearby ada 4 star hotel.


Ini pula ialah Muzium Arkeologi Şanlıurfa.

Tanah perkuburan Sanliurfa yg besar kawasannnya di bukit.


Terdapat juga rumah2 dan banggunan2 dibina di atas bukit. 

Seperti di Istanbul byk kawasan kediaman dibina di lereng2 bukit nampak bertingkat2.

Dalam perjalanan ke Balikli Gol itu juga kami dapat melihat kesan sejarah ini. Kata Abdulbaki, the recent excavation revealed that di bukit ini dulu pernah ada penduduk2 yg mengorek dinding2 batu bukit untuk dijadikan tempat kediaman.

For a long time tiada siapa pun tahu ada 'dig houses' ni kerana telah ditutup oleh banggunan2 dan rumah2 lain di bahagian hadapannya. Sehinggalah semasa ada satu kerja2 renovations yg dibuat pada exisitng banggunan pada masa itu mereka terjumpa lubang2 besar di belakang banggunan2 tu di dinding bukit ini. 

I believe that the Turkish Archaeological Ministry mesti categorize this finding as very significant as it'll give a lot of information about the area's dwellers and how they live pada zaman2 dulu. Who knows mungkin rumah2 lama ini berusia ratusan tahun. 

Abdulbaki siap berhentikan kereta di tepi jalan untuk kami ambil gambar. Cool! :)

Mungkin di bahagian yg tinggi ada 3 tingkat.

Saja saya muatkan foto yg ada kereta supaya boleh tahu lebih kurang saiz lubang2 pintu itu. As you can see lubang2 tu dikorek begitu dalam. I wonder what kind of tool orang2 dulu tu pakai nak korek batu2 bukit tu. And how was the design to ensure ventilation yg baik duduk dalam bukit tu?

Lepas park kereta kami pun berjalan ke kompleks Balikli Gol. Sambil jalan saya shoot suasana di kawasan itu.




Baik, tentunya kita semua pernah dengar atau baca tentang kisah Nabi Allah Ibrahim a.s dan Raja Namrud. Pada zaman Kerajaan Babylon, Sanliurfa dikenali sebagai Ur dan raja yg memerintah ialah Raja Namrud, raja dan rakyatnya yg sembah berhala. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan dikalangan mereka dan dgn perintah Allah menyeru kaumnya supaya jangan menyembah berhala dan sebaliknya menyembah Allah yg Esa. Dan seperti yg kita tahu ajakan Nabi Ibrahim a.s itu dibalas dgn kemarahan, ejekan dan ancaman.

Then pada suatu hari Namrud dan rakyat keluar dari kota Ur untuk satu perayaan bagi berhala2 mereka. Kota juga rumah ibadat mereka lengang jadi Nabi Ibrahim a.s pun mengambil peluang untuk mengajar kaumnya. Habis semua berhala dikapak hancur oleh Nabi Ibrahim a.s except satu yg besar dimana Nabi Ibrahim a.s gantung kapak tadi di leher berhala besar itu.

Tentulah Namrud dan rakyat marah dan bila ditanya Nabi Ibrahim a.s mengatakan yg berhala besar itu lah yg hancur2kan berhala2 yg lain tu since kapak ada dileher berhala besar itu. Juga Nabi Ibrahim a.s mengatakan kalau mereka tidak percaya maka tanyalah berhala2 itu sendiri. Bila Namrud kata mana boleh berhala tu yg buat kehancuran itu sebab kaku tak bernyawa, Nabi Ibrahim a.s pun membalas "Bagaimana kamu boleh menyembah sesuatu yang langsung tidak memberi kamu apa-apa manfaat, tidak memberi mudarat buat musuhmu dan langsung tidak dapat untuk mempertahankan dirinya sendiri?"

Namrud pun jadi marah dan terus perintah rakyat untuk buat unggun api yg besar. Dikatakan besarnya api itu sehingga burung2 yg terbang di atasnya akan terbakar. Nabi Ibrahim a.s pun diikat pada dua tiang seakan2 lastik [catapult] untuk dilemparkan ke dalam api tadi. Dan Nabi Ibrahim tidak sedikit pun meronta atau melawan yg buat mereka kehairanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai api! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim.” Mereka hendak memperdayakan Ibrahim dengan dia lalu Kami berkati di dalamnya untuk seluruh alam. (Al Anbiyaa’: 69 dan 70).

Selepas itu, api pun reda dan Nabi Ibrahim a.s pun keluar dari tempat unggun api tersebut dalam keadaan selamat tanpa sebarang kesan terbakar.

Dari security guards yg bertugas saya minta kalau2 ada brochure/pamphlets tentang Balikli Gol. Ada rupanya! Saya siap mintak yg bahasa Inggeris of course. Lega betul dpt brochure ni cause tempat ni ada sgt banyak information tentang lokasi, sejarah dan attractions dan tentunya ini sgt membantu kami.







Peta kawasan Balıklı Göl yang menempatkan banyak sejarah Nabi Ibrahim di Şanlıurfa. Nabi Ibrahim dilempar dari kawasan yang ditandakan dengan No.9 ke tapak nyalaan api yang kini telah menjadi tasik yang ditandakan dengan No. 2.

Area masuk ke kompleks Balikli Gol. Kami perasan ramai pelancung tempatan yg datang hari tu. Kurang sekali pelancung dari luar Turki.

Taman yg berjaga rapi. Pada saya ini indication yg baik yg kerajaan Turki memang menjaga tempat2 kesan sejarah dgn begitu baik. Dan juga banyak papan2 information di setiap tempat bersejarah which of course is very beneficial for both locals and tourists.  

Dikatakan itulah 2 tiang dimana Nabi Ibrahim a.s telah diikat untuk dilonjakkan ke dalam unggun api yg besar. 




Pandangan lebih dekat kedua2 tiang. Boleh juga kalau hendak ke atas bukit itu tapi kami tidak ada cukup masa kerana akan terbang balik ke Istanbul pada hari yg sama.


Abdulbaki seterusnya membawa kami ke tapak unggun api yg dinyalakan oleh Namrud. 

Mengikut lagenda, api yg menyala besar itu telah bertukar menjadi air menjadi tasik dan bara-bara api pula bertukar menjadi ikan2. Dan tasik itu kini dikenali sebagai Halil-Ur Rahman sempena gelaran Khalilullah (Teman Bagi Allah) yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Penduduk2 tempatan juga memanggil tasik ini dengan nama Balıklı Göl (bermaksud Fish Lake).

Pemandangan Tasik Halil-Ur Rahman (Balıklı Göl). Cantik tasik ni.

Ikan-ikan di dalam Tasik Halil-ur Rahman dianggap sebagai ikan suci oleh penduduk tempatan. Kerana itulah terdapat larangan untuk menangkap ikan di dalam tasik ini. Disebabkan ikan ini tidak pernah ditangkap, mereka membiak dengan banyak sekali.

Walaupun terdapat larangan untuk menangkap ikan, pengunjung dibenarkan untuk memberi makan kepada ikan-ikan tersebut.

Ikan2 yg sedang berebut makanan.

Suasana yg tenang di tasik  Halil-Ur Rahman. 

Malah di tepi Tasik Halil-Ur Rahman, terdapat beberapa penjaja yang menjual makanan ikan.

Hari kami di situ tidak terlalu ramai pelawat yg datang. Kata Abdulbaki selalunya masa weekend ramai pengunjung. 


Di seberang hujung tasik Halil-Ur Rahman ini pula ialah masjid dan madrasah Rizvaniye. 

Ada juga menjaja di tepi tasik tu. Boleh sewa pakaian tradisional untuk tujuan bergambar.

Di hujung tasik sebuah banggunan berkubah dikatakan adalah tempat di mana Nabi Ibrahim a.s jatuh selepas dilontar ke dalam unggun api besar.




Di dalam tu sebuah surau kecil ini juga dikatakan tempat jatuhnya Nabi Ibrahim a.s. 





Ini adalah sebuah masjid di sebelah kiri surau kecil tempat dikatakan Nabi Ibrahim a.s jatuh.




Seterusnya beberapa lagi foto2 di tasik Halil-Ur Rahman.







Tidak jauh dari Tasik Halil-ur Rahman, ada sebuah lagi tasik yang dinamakan Aynzeliha (bermaksud Air Mata Zeliha). Kami seterusnya dibawa ke sana oleh Abdulbaki.




Kisah Zeliha, anak perempuan Namrud. 

Mengikut cerita orang tempatan yang disampaikan kepada kami oleh Abdulbaki, Tasik Aynzeliha asalnya bersambung dengan Tasik Halil-ur Rahman sewaktu api di sini bertukar menjadi air. Namun demikian, bila Zeliha juga jatuh ke dalam api, aliran Tasik Halil-Ur Rahman berpecah menjadi tasik berasingan yang kini dinamakan Tasik Aynzeliha kerana Zeliha tidak mempunyai hubungan muhrim dengan Nabi Ibrahim.


Seperti juga di Tasik Halil-Ur Rahman, Tasik Aynzeliha juga dipenuhi dengan ikan yang sama. Kerana itulah agaknya penduduk tempatan berpendapat, kedua-dua tasik ini berasal dari tasik yang sama. Di sini juga terdapat larangan menangkap ikan kerana ia dianggap ikan suci.




Fortress of Urfa masih berdiri megah di Balıklı Göl. Ia boleh dilawati, tapi kami tidaklah naik ke sana. Cukup sekadar melihatnya dari Taman Balıklı Göl.

Kota ini telah wujud sejak zaman Raja Namrud dan diperbaiki berulang-ulang kali oleh pemerintah selepasnya.


Seterusnya kami ke Mevlid Halil Mosque. Mevlid Halil bermaksud "Gua Kelahiran Suci". Di gua inilah Nabi Ibrahim dilahirkan oleh ibunya..



Masjid Mevlid-i Halil yang didirikan di tepi gua di mana Nabi Ibrahim dilahirkan.

















Susasana dalam masjid.










Kisah kelahiran Nabi Ibrahim a.s. dari papan keterangan. 
Pintu masuk ke Gua Mevlid-i Halil di mana Nabi Ibrahim dilahirkan. Ada pintu masuk yang berasingan untuk lelaki dan perempuan.



Pintu dalaman untuk melihat Gua Mevlid-i Halil bahagian wanita.

Pintu masuk ke gua bahagian lelaki.

Pintu dalaman untuk melihat Gua Mevlid-i Halil bahagian perempuan.


Gua Mevlid-i Halil.

Di gua inilah yg dikatakan Nabi Ibrahim dilahirkan oleh ibunya.



Pandangan gua dari bahagian bilik lawatan wanita.

Ada tempat berwuduk di sebelah kanan. Ramai juga saya lihat pelawat yg minum air dari paip di situ sambil membasuh muka dan kepala. 

Di sebelah kanan gua ada sebuah masjid untuk pelawat bersolat. Itu pintu masuk yg rendah dan kecil.


Ini lah ruang dalam masjid Mevlid-i Halil.



Bergambar bersama Abdulbaki, tour guide kami.

A few shots outside the masjid and cave. 






Shot ni isteri saya yg tangkap. Cantik kan :)

Nabi Ibrahim dikatakan seorang Nabi yang sangat pemurah dan rajin bersedekah. Di luar perkarangan Masjid dan Gua Mevlid-i Halil, Abdulbaki menunjukkan kepada kami replika mangkuk milik Nabi Ibrahim. Replika ini dibuat bersaiz besar kerana penduduk Şanlıurfa ingin menunjukkan sifat pemurah Nabi Ibrahim.


Ini bukan the actual mangkuk, cuma replika. Yg original ada di Topkapi Palace.

Dan kami pun berlalu pergi dari Balikli Gol dgn seribu kenangan. Syukur Alhamdulliah tercapai cita2 kami untuk melawat kesan sejarah Nabi Allah Ibrahim.

Bersambung ke bahagian 4 [dan yg terakhir] lawatan kami ke Sanliurfa...

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments: