Thursday, August 3, 2017

HARI TU - PART 02

Entry rojak part 02 😊.

Jarang nampak moonrise jelas macam ni so try la shoot pakai compact camera saya. 

Ok, zoom-in sikit.

Zoom-in lagi sikit. 

Lepas tu cuba lagi zoom-in more. Uwah! I was so pleasantly surprised! Boleh nampak surface bulan! Tapi kalau zoom-zoom macam ni tangan kena sangat stable otherwise blur la image. 

So nice, right. Tak sangka compact camera ni boleh zoom-in macam ni. Ni baru tau after dah berbulan saya beli camera comel ni. 

Can still zoom-in some more!

Lagi dekat lagi, like for real! 

Alhamdulillah dapat milik camera macam ni.

Asal makan di luar, mesti ambik gambar makanan... hehe. Dah habit.. haha. Ni di Old Town White Coffee.

Ni di Troka Coffee. Me had Troka Grill Chicken Burger and and wife had Beef Stroganoff. 

Pagi yang indah bersenam di Taman Dusun Bandar dekat rumah saya. 

Such a beautiful morning, it was.


Just love this big tree. Selalu ada banyak burung-burung di pokok rendang ni. Berkicau kecoh most times. It was amazing.

With baby blue sky... sigh... 

With sound of rustling leaves.... hmmm...

A tiny little pond with mini lotuses bursting through the green leaves. 


Matahari masih rendah. Nyaman dan belum panas lagi.


Tetiba! Horror !!!! 😱. Idiots. 

Mabuk di taman!!! Malas nak komen dah. Make la your own conclusions. 

Such a glorious morning, masyaAllah.


Ada one day gi beraya di rumah my wife's mak cik di Klang. Terlanjur ke sana saya ajak isteri singgah GM Klang. Sebab? Nak ganti mobile phone lens ni. Hari tu terjatuh dan terus bercalar. 

Singgah for tea after that.

Ni lenses yang saya beli. Actually cuma nak yang wide angle je, tapi they came in a set, termasuk fish eye dan macro.

Saya suka sangat yang wide angle, tu yang dicari ganti.

Info about the lens.


Disebabkan bershopping saya capai 200%.. hehehe. So kena shopping selalu la ni... hehe.

Maka the next day gi shopping lagi. Jalan-jalan je tapi 😊.

Kami ke Ikea/MyTown, Cheras.






Lunch. Food Court. Gitu le rasanya, food court.

Surau yang sangat selesa.

Dari masa ke semasa, abode kami ni perlukan fixing. Jubin sinki bilik air tercabut. Actually pada jubin tu ada toilet tissue holder, juga tercabut sekali. Ganti jubin je, tak payah tissue holder tu sebab kami istinjak pakai air.  

Satu pagi tu tengah senam, tapak kasut terkopek. Sikit je so boleh teruskan senam.. hehe.

Macam-macam info Samsung Health Apps ni bagi saya. 


Cerita senam lagi. Pagi tu saya terlambat sikit start. 

And the most annoying thing happened. Motorists ni dah buat jalan dalam taman ni macam jalanraya! Aduh... geramnya! 

Bukan satu motor pulak tu! Tengah saya berjalan/jogging, tetiba saya yang kena ke tepi sebab diaorang nak lalu. Urgghh... dah tu dengan asap motor lagi...  

Sebab ada roadwork ni, mereka malas nak pusing jauh-jauh so redah je taman tu. Huh!

Also sebab taman ni ada satu entry yang tak berpalang besi. So mereka can just ride in.

Bosan, terus saya balik dan senam keliling kondo saya. 

So ok, macam yang kita tahu, pencapaian students sekarang adalah sangat hebat belaka. Ni contoh-contoh results mereka peringkat sekolah dan universiti. It is getting tougher though cause even with results hebat macam ni belum tentu boleh dapat scholarship.   

Then kita nampak students yang macam ni. Yang saya nampak ni, mereka tengah melepak di shoplots masa students lain di sekolah yang lokasinya less than 50 meters away. And they were smoking, in public, while in school uniforms. Students lain bertungkus lumus nak score in exams and competing, mereka ni pulak the opposite, like don't even care about future at all. 

Kerajinan tetiba menyelubungi, maka hari tu saya masak. Tapi masak spaghetti je la...hehe. These were the ingredients. Pakai sos dalam botol je 😊. 

Saya plan nak masukkan udang. So dia ni dah terbau dan demand jerit-jerit nak udang!

Rebus spaghetti. Mix salt and olive oil sikit. 

Chop the tomatoes. Strain the spaghetti.

Kopek udang, bersihkan dan salt n pepper it. 

Bingit dengar jeritan, so bagi la dia sekor. Nikmat sangat la tu.

Goreng udang. Then masukkan spaghetti, tomato dan sos. Gaul rata.

Kenapa? Sedap sangat ke baunya sampai nak datang dekat hidu-hidu.. hehe.

Et voilà 😊.

Beautiful sunrise out my window.

Hari tu ada hal di Bukit Bintang. Kami naik LRT/MRT je. Sambil jalan sambil ambik gambar. 

Ternampak notice ni di booth Tourists Information Counter. 

I've heard about this before. In fact even dah plan nak join the walk. Tapi tak jadi-jadi. 


Berminat nak go for the Kampong Bahru tu.

Ingat nak makan di restoran AlBaik tu, tapi dah tutup more than a month ago. 

Ambik kesempatan took some street shots 😊.




Ke Food Court di Pavillion. Sesak masa lunch tu. Also air-con tak kuat. Peluh dahi.

Me buy food here.

Their plastic sample food that look real.

My lunch. It was like a vegetarian meal except ada telur. 

My wife's lunch dari Ayam Penyet ni. Much more palatable.

Balik kami try MRT. Ni first time nak naik since it started in July.

Luas bawah tanah ni. With lots of proper and helpful signages.

Sistem gate ni sama macam LRT. Now ni both kad MyRapid dan Touch 'n Go can use for this MRT. Everything look brand spanking new. Nice!

Turun one more level ke bawah untuk ke platform.


The route.



Kami turun di stesen Maluri untuk sambung journey ke Ampang naik LRT. 



Lunch. 

Alhamdulillah.

Ok, ni last story. Ok kan sekarang ni kita nampak banyak dah barber shop macam ni. Owners and tukang guntingnya semua young entrepreneurs. Yang cut hair style young guys sekarang ni, yang panjang di atas kepala dan bercukur di tepi. Apa ya terma untuk gaya macam tu? 'Stylo' and 'hipster', right? You know what I'm referring to kan. Also, saya tak tau, berapa mereka caj for a hair cut but I imagine it could be above RM30.

Ini Joe’s Barber Shop, Joe Flizzow is the owner, former member of hip hop group, Too Phat. Joe's Barbershop ini popular sebab mulakan trend gaya 'high-end' dalam bisness gunting rambut.

Saya? Ehh... segan la nak masuk barbershop macam tu. I gather may be they cater to specific age bracket particularly the young people. Plus dengan umur macam saya ni, tak sesuai nak potong rambut syle macam tu. Bukannya boleh pun sebab dah tak de rambut.. hehe. Sedar diri gitu kan.. Alhamdulillah. 

Jadi ni la kedai gunting rambut favourite saya. Dah bertahun saya gunting rambut di kedai macam ni je. Dari dulu sekali gunting rambut dan trim misai janggut cuma dicaj RM8.00, now dah naik ke RM15.00. Well, still way below RM30.00.. hehe. Moreover, tukang gunting rambut kedai macam ni akan cukur bulu telinga dan trim bulu hidung sekali, ok. Also they will give a quick shoulder and head massage. Hari tu kepala saya dimassage dengan scalp massager lagi.. hehe. All for only RM15.00. Plus, unlike certain barbershop, kedai macam ni tak ada age limit. Budak-budak kecik pun boleh jadi customers.  

Ok, on top of all the above, ada one more thing I must highlight tentang kelebihan kedai gunting favourite saya ni. Mereka ada hair cutting cape gambar Shah Rukh Khan. Barber shops tu ada? Hahahaha... 

Mindless ramblings really. Hope I had not wasted your time 😅. 
Take care 😊.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.