Friday, October 3, 2014

ISTANBUL 2014 - Day 11 - GALATA MEVLEVI MUSEUM & GALATA BRIDGE

Day 11 - Galata Mevlevi Museum and Galata Bridge

Seperti hari week days yg lain, masa isteri saya berkursus, saya buat itinerary jalan2 sendiri. Pada hari ke 11 ni saya decided untuk pergi ke Galata Mevlevi Museum dan Galata Bridge. Actually nak ke sana saya ikut jalan seperti hari ke 10 iaitu melalui Istiklal Avenue. Meaning boleh jalan kaki je ke sana.

Ni peta perjalanan saya pada hari tu. Dari Hotel Hilton Bosphorus jalan kaki ke Galata Bridge melalui Istiklal Avenue. In between singgah di Galata Mevlevi Museum.

Masa jalan2 tu saya sempat street photography juga..hihi. 

Dapat juga saya ambik gambar shoe shiner ni :)

Suasana pagi di Istiklal Avenue. Dah mula bustling with activities.

Di bawah bukit tu adalah sebuah masjid.

Sebelum ke muzium Galata Mevlevi tu saya singgah dulu di gereja ini - the Ayia Triada Greek Orthodox Church yg dibina pada 1880. Saya tak pasti masa tu samada tourists boleh masuk ke tidak tapi since pintu main entrance terbuka saya pun masuk je la. Saya fikir masa tu kalau tidak dibenarkan masuk ke dalam gereja tu, dapat ambik gambar gereja tu dari luar pun jadi le.

Saya rasa gereja tu not open for public sebab pintu entrance ke dalam entrance tertutup rapat dan tiada seorg tourists pun di situ. And then tiba2 ada seorg lelaki tua yg look like the caretaker of the church keluar dari dalam gereja tu. Saya pun selamba je la tanya boleh ke saya masuk dalam dan bawak camera. Dia tanya saya ni tourist ke? Saya kata ya. Dia nampak macam tak begitu selesa tapi beri juga saya masuk :).

Foto dari depan gereja.

Dalam gereja yg dah berusia 134 tahun. Masa tu saya sorang2 di situ. Saya cepat2 je ambik gambar sebab tak nak terlalu lama di situ since ada tempat2 lain lagi yg nak dituju.

Pancaran matahari ke atas karpet merah dgn bayang2 chandelier tu sgt cantik. 

Selesai melawat gereja tadi saya teruskan perjalanan. Ni suasana di Istiklal Avenue waktu awal pagi.


Dan ini adalah masjid yg kami jumpa semalamnya, Masjid Huseyin Aga yg dibina pada tahun 1594. Dah beratus tahun usia nya. Semalam tu kami tak masuk ambik gambar kerana masa tu ada jemaah sedang solat Asar. So pagi ni saya pun masuk ke dalam.

Saya cuma ambik gambar di perkarangan masjid sahaja sebab bahagian dalam masjid ni tutup. Saya rasa cuma dibuka pada waktu2 solat sahaja agaknya. 

Saya suka Istiklal Avenue ni sebab ada banyak side alleys. 

Saya tak tau parts machinery apakah atas trolley tu.

 UPS guy delivering. 


Suka saya tengok pak cik2 ni. Bungkusan depan tu ialah paket2 kecik tisu dan lighters. 

Pak cik pula tengah minum air susu kotak. 

Where one can sit and have breakfast. Love it! Masa ni jalannya mula curam!


Pagi2 berkhidmatan tram dah bermula.

Hihi... comel betul budak ni...hahaha...

Sebelum gi office singgah dulu beli sandwiches for breakfast. 

Dan ini pula adalah Santa Maria Catholic Church. Ambik dari luar je. 

Dan saya pun sampai ke intended destination untuk pagi tu. The Galata Mevlevi Museum. Juga dikenali sebagai Dervish Museum.

Dervish adalah satu fahaman tarikat yang terdapat di Turki. Mereka terkenal dengan tarian berpusing-pusing sebagai cara berzikir untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Tarian ini dinamakan Sema ataupun Whirling Dervish.  

Tiket masuk ke Galata Mevlevi Museum. 10 TL entrance fee.

Jalan masuk ke bahagian banggunan muzium. Ada juga disediakan audio tours dgn guna headset equipments dgn charge 5 TL.

Taman di luar banggunan muzium. Yg macam gazebo tu ialah sebuah fountain. Sebelahnya ialah kubur sufi yg bina fountain tu. Sebelum dijadikan muzium, memang ada para Sufi yang tinggal di sini.

Bahagian dalam muzium. Ada banyak information dan barang2 bersejarah displayed di dalam beberapa bilik.

Tarian Dervish from video.


Fahaman sufi memilih kehidupan yg simple dan tidak mewah. So unlike istana2 Ottoman yg penuh dgn kemewahan, di muzium ni adalah yg sebaliknya. Yg dipamerkan adalah pakaian Mevlevi, turbans and accessories. Di bahagian atas pula ada koleksi alat2 musik tradisional, calligraphy dan ebru [paper marbling].




Actually turban2 tu adalah sangat besar!

Tempat persembahan Whirling Dervish.

Kami tak berkesempatan menonton Tarian Sema sewaktu berada di Turki. Jadi saya cukup excited nak lawat Muzium Dervish. Actually tarian Whirling Dervish memang diadakan di muzium ni tapi cuma pada hari Ahad pukul 5 petang. Ahad tu pula kami dah ada plans so tak dpt le tgk.


Pandangan hall dari tingkat atas.

Pameran di bilik2 tingkat atas.


Di bahagian luar muzium ini ada tanah perkuburan Dervish.


Batu nisan para Dervish di sini mempunyai bentuk serban. Bentuk turban pada bahagian atas batu2 nisan melambangkan turban si mati dan setiap turban tu menunjukkan ranking keagamaan yg berlainan.

Makam ketua-ketua Dervish. Makin tinggi pangkat seseorang Dervish, semakin besar serban yang dipakai, termasuklah di makam-makam mereka.


Selesai di muzium Dervish saya ke destinasi seterusnya. Dalam perjalanan tu saya terus mengambil gambar. Dan saya noticed pak cik ni tgh rub the basil tree in small pots tu dan lepas tu dia hidu tangan dia. Saya dah try, memang wangi! Hihihi... 

Pelbagai subject ada for photography..hihi...

Ekspresi kesenian yg saya terjumpa :).






Perjalanan ke Galata Bridge ni memang curam. Masa tu saya tak nak fikir sgt keperitan nak panjat masa balik nanti. 



Sangat menarik tapi saya tak larat dah masa tu nak climb up the stairs...hihi...

Pastinya sangat memenatkan nak tolak trolley atau bawak heavy loads on your back di jalan yg curam.


Saya pun menoleh kebelakang nak tengok jalan curam yg bakal saya daki masa nak balik nanti. Aduh!

Ini lah Galata Bridge. Sampai juga akhrinya...hihi... Tapi masa tu sungguh panas so saya berenti kejap beli bottled water. Kang dehydrated susah pulak nanti. Dah le jalan sorang2...

Yg specialnya jambatan ni selain ianya 2 tingkat, kat tingkat bawahnya dedicated for restaurants only yg menyajikan pelbagai makanan masakan Turki terutamanya ikan panggang. Dgn pemandangan laut, memang le best kalau makan di situ.

Saya pun rancang untuk jalan di bahagian atas jambatan dahulu lepas tu patah balik lalu tingkat bawah.

Breathtaking view dari Galata Bridge.




Masa tu belum lunch time lagi so restoran2 masih kosong. 

Begitulah program saya pada hari ke 11 di Istanbul. Memang penat tapi seronok...hihi...

Bila sampai bilik hotel, huishhh... penat betul! Tapi terus excited sebab terima kiriman 2 videos dari Alan of Tam Tam! :)

video


video


Hmmm.. alahai... masa tu rindu betul kat Tam Tam lepas tgk videos tu. Tapi happy sgt la. Also lega cause Alan and his staff were taking good care of Tam Tam :)

Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. saya dah lama nak tau pasal tarian yang pusing-pusing tu..
    tapi tak terbaca-baca lagi
    amazing..
    depa boleh sampai khayal gitu dan tak pening!!
    dan pasal serban besar tu..
    baru tau.. makin besar serban makin tinggi darjatnya.. sampaikan kat kubur pun depa letak
    tenkiu for the informations !

    tarikkan sikit telinga Tam Tam tu!!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun. Cuma kami tak sempat nak tgk yg actual live dance. Tapi dari reviews yg saya baca ramai juga yg kata hanya the first 10 minutes je menariknya session tarian tu. Lepas tu for the next 40 minutes mereka dok pusing2 je sampai habis..hihi. Ye la kan, lain orang lain expectations nya. Tapi sebelum pergi kan elok buat research dulu so tak le terboring pulak. Kalau saya 40 minit tu la saya akan dok clicking...hihi.

      Menarikkan pasal serban tu. Masa saya di Istanbul lagi dah ternampak kubur2 di tepi masjid selalunya memang ada kubur yg batu nisannnya ada turban. Tapi yg di muzium ni adalah kubur besar dan semua batu nisan ada bentuk serban.

      Masa saya lawat Tombs and Cemetery of Mahmud II, kubur situ tak de batu nisan yg berbentuk serban.

      Nakal tak nakal, memang dah hari2 kena tarik telinga dia, dua-dua belah sekali...hihi....

      Delete