Monday, September 9, 2019

KUANTAN - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ  dan Assalamualaikum.

Hari ni saya start cerita my short travels di Kuantan pula. Wife ada kerja di sana so saya temankan. While she works, saya pergi jalan-jalan. 

Kami ke Kuantan naik domestic flight Malaysia Airlines. 

Kami naik flight petang sebab belah pagi my wife kena masuk office. 

Check-in. My wife duduk Business Class. Saya di Ekonomi je.. hehe. 

The shops.


Ada nak dekat 2 jam lagi before departure so kami lepak dulu di Golden Lounge Domestic. My wife dah memang boleh masuk percuma. For me she used her Enrich points. Bagus juga redeem the points sebab dah nak expire. Saya setuju ja.. hehehe. 

Memang selesa la dok dalam lounge ni. 

Makanan pun ada macam-macam jenis.

Dengan view bangunan KLIA dan airplanes. 

Sedap! Alhamdulillah.






Dan suraunya sungguh selesa. 

Di ruang menunggu sebelum berlepas.

Boarding.

Alhamdulillah cuaca nampak baik.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ


Suasana di Economy Class 😂.

Penerbangan cuma selama 45 minit. 

Selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah. 


Saya ingat tak boleh ambil gambar di tarmac ni. Dah orang lain sibuk berselfie-wefie, saya pun took la a few shots...hehe.

Kelihatan tengah mendung berat dan ada petir. Cepat-cepat kami jalan ke bangunan airport ni.


Ketibaan Dalam Negeri.

Terus ambil teksi menuju ke hotel.

Ok sebelum saya sambung sikit lagi catatan saya, jom baca a bit about perkataan "Pahang". 

Perkataan "pahang" diambil dari perkataan Kemboja yang bermaksud "Bijih Timah". Hal ini disebabkan memiliki hasil bijih tersebut sebagai salah satu sumber hasil kerajaan negeri terdapat perbezaan sebutan "Pahang" seperti Pong-Fong oleh orang Cina, Pan atau Pam oleh orang Arab dan Phaung atau Pahangh oleh orang-orang Eropah. Maka dapat dianggap bahawa, Orang Arab dan Orang Eropah zaman dahulu menyebut "Pahang" sebagai Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahangh

Menurut kajian G.R. Tibbetts yang mengulas buku karangan penulis Arab iaitu Mas'udi, perkataan Fanjab didalam karya beliau adalah sama dengan perkataan Fanhan, Panghang dan Panhang. Pendapat lain pula mneyatakan bahawa "Pahang" berasal daripada Bahasa Siam dan Khmer yanng bermaksud timah. Orang Siam pernah mendiami negeri ini pada zaman dahulu dan menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di pelbagai lokasi terutamanya di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.

Bagi Orang Asli, nama Negeri Pahang berasal daripada Pokok Mahang iaitu sebatang pokok besar yang terletak di Kuala Pahang Tua. Negeri ini turut disebut sebagai "Inderapura" atau "Pura" seperti yang termaktub didalam Kitab Sejarah Melayu. Perkataan "Pura" bermaksud bandar atau pekan dan perkataan pekan ini terus digunapakai hingga hari ini menjadi "Pekan Pahang" (W.Linehan, History of Pahang).

Menurut kisah tradisi masyarakat Melayu, pada zaman dahulu terdapat sebatang pohon Mahang yang sangat besar telah tumbang sehingga merentangi Sungai Pahang dari Kampung Kembahang ke seberang kampung berkenaan. Kejadian ini telah menyebabkan tercetusnya idea untuk menamakan kawasan berkenaan sebagai Mahang dan akhirnya berubah mnejadi Pahang.

Dalam Hikayat Hang Tuah dan catatan-catatan klasik yang lain, Pahang dirujuk sebagai "Indera Pura" dan ibu negerinya adalah Pekan. Sebelum Pahang ditakluk oleh Kerajaan Melaka, ia terus dikenali sebagai "Pura" dan Pekan menjadi pusat pemerintahan negeri. Malahan, Pekan masih dikenali sebagai Bandar Diraja sehingga ke hari ini. (Buyong Adil:1984)

Sumber: Prof. Dr. Abd Jalil Borham (Legasi Islam di Pahang) Ahmad Syazwan bin Sahhariman, 2016

Di ambil dari : mygeoname.mygeoportal.gov.my

Nama Kuantan pula:

Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai petempatan. Hal kewujudan Kuantan ini telah pun disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun 1851/2 seperti berikut:

"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari KUANTAN. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."
Pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan dengan bangunan hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekarang . Ia telah dibuka oleh Haji Senik dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an.Nama Teruntum ini dikatakan berasal dari pokok Teruntum yang banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.

Selain dari itu dikesahkan juga bahawa terdapat sebuah perkampungan di hulu Kampung Teruntum yang dibuka pada tahun 1854 oleh orang Melayu dari daerah Sumatera. Mereka diketuai oleh Encik Besar. Tempat ini kemudiannya dikenali dengan nama Kampung Orang Kuantan dan lama kelamaan panggilan ini di pendekkan kepada perkataan "Kuantan" dan kekal sehingga ke hari ini.

Ok sambung balik cerita 😊. 

Boleh tahan jugak traffic jam di Kuantan di waktu lewat petang macam ni. Tapi tak la sesak macam di KL.


Tetiba hujan lebat. Masa tu saya berdoa semoga esok hari tak la hujan sebab saya dah plan nak jalan-jalan. Kalau keadaan tak mengizinkan, saya dah ada Plan B, which is tidurrrrr.. hehe.

Selama 4 malam di Kuantan, kami menginap di Mega View Hotel. Isteri saya pilih hotel ni sebab lokasinya dekat dengan tempat kerja.

Cantik hotel ni.

Dengan dekorasi minimal dan tak perlu nak extravagant. 


Bilik yang cukup selesa.

Love the lime green tiles! It was so unexpected.. hehe.



Letih dah nak jalan keluar makan, kami dinner je di restoran hotel ni, restoran 'Mi Casa'. 

Restoran 'Mi Casa'.

A beautiful plant feature wall.

Our orders.


While tengah tunggu orders siap, jalan-jalan kejap di water front hotel ni. Sejuk nyaman sebab baru je lepas hujan. 

Hotel Mega View ni lokasinya betul-betul di tepi Sungai Kuantan. Across the river ada sign besar 'KUANTAN' yang menyala berubah-ubah warnanya.

Restoran 'Mi Casa'.


Kanan: Mega View Hotel. 
Kiri: Menara baru yang sedang dalam proses pembinaan. 

Makan dulu. Lapar dah....

Sedap belaka semuanya. Alhamdulillah.



Habis makan kami naik ke bilik. Ingat nak jalan-jalan lagi di river front tadi tu, tapi kesian my wife penat since dia dah keluar pergi kerja dari awal pagi.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. saya dah lama nak naik flight ke Kuantan
    Dak Iyra tak bagi
    Ngada lah akak ni dia kata
    cuba pikir .. keluar rumah awal sebab nak check in.. awal dua jam gitu
    flight sejam
    kakau bawak kereta kita dah sampai dah !
    tak payah nak sewa kereta kat sana..
    hahhaha... ikut kan je lah..
    tiket dia yang kena belikan.. kalau dia tak nak belikan dah saya nak buat macamana ..
    :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. betul kata Iyra tu. Pada kami since my wife pagi tu kerja, penat dah dia nak travel by car. So kami fly.
      Untung la doc Iyra beikan tiket, sure dpt harga terjangkau.

      Delete