Monday, September 7, 2020

ALOR SETAR - DEPARTURE & ARRIVAL - DAY 01 - PART 01


Apa khabar semua? Like other Selangorians, kami baru je 'survive' a couple of days tanpa air. Alhamdulillah telah berakhir kesengsaraan. 

So seperti orang lain juga, as precaution makanya at all times saya pastikan kami ada bekalan air sementara di rumah. Maka dikumpullah botol-botol plastik, dibeli baldi besar dan diguna tub minuman. Cukup la untuk kegunaan memasak dan berwudhu'. 

Letak tub minuman berpaip macam ni di tepi sinki makes it very convenient. Kira macam paip air sementara la.

Andai kata kalau tak cukup juga, air dibenarkan diambil dari swimming pool condo kami ni. Payah la sikit sebab kena berangkut airnya.  

Ok, blog kali ni bukan la nak cerita pasal dugaan tak ada air tapi nak cerita percutian kami di Kedah 😊. 

Seperti percutian kami di Cameron Highland sebelum ini, percutian kali ini ke Alor Setar juga was triggered by my wife's scheduled meeting di sana. Since memang tak boleh nak bercuti abroad, makanya 'percutian' dalam negeri ini was very much welcomed actually 😃. 

Cuti tu cuti juga tapi bukan ke ada kluster di Kedah masa tu? Ya, betul ada, inshaAllah, kami will observe the prosedur operasi standard (SOP), bersikap sentiasa berjaga-jaga dan yang pastinya berbanyaklah berdoa. Mask sentiasa pakai, hand sanitizer dalam beg dan always scan MySejahtera setiap kali masuk ke mana-mana premis. 

Kerajaan Kedah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hanya di kawasan penularan koronavirus (Covid-19) sahaja iaitu pada masa itu di Kubang Pasu dan Padang Terap. Jadi tidaklah di Alor Setar. Sehingga kini, Kedah mencatatkan empat kluster iaitu Kluster Sivagangga, Kluster Tawar, Kluster Muda dan Kluster Sala yang membabitkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim, Baling, Kuala Muda dan Yan.
Lokasi Alor Setar dan kawasan kluster.

Kami memilih tidak naik kapalterbang ke Alor Setar sebab nak naik keretapi ETS. Pada 2018 kami ke Pulau Pinang naik ETS, rasa seronok pulak 😊. Plus, yang lebih penting sebab the ETS schedules were very convenient for my wife to fit into her plans. Perjalanan akan ambil masa selama 5 jam.

Tren kami will be departing at 10.28 am so pukul 8.30 pagi kami dah naik Grab ke KL Sentral. Alhamdulillah dapat book a Grab. Kami risau juga sebab awal pagi begitu takut susah nak dapat Grab. 

Seperti biasa mesti ada compulsory shot macam ni dalam teksi/Grab.. hehe. 

Kuala Lumpur is forever lah under construction. 




Gerbang Penjara Pudu. With much development around it, rasanya elok la pindahkan saja gerbang bersejarah ni ke lokasi lain. 

Nearing KL Sentral.

Arrived KL Sentral.




Terus ke food court.



Kami sarapan di Medan Selera KL Sentral.

Sebelum masuk, scan MySejahtera dulu.



MySejantera is a contact tracing application. So pastikan anda scan ya. Geram bila nampak orang yang langsung tak bother pun nak scan atau tulis dalam register atau imbas suhu 😠. 

Ni first time kami makan di food court ini. Tak tahu pun ada food court ni sebelum ni.. hehe. 

Very nice place. Macam di KLIA. In fact, macam lagi best dari KLIA.. 😄.

So many choices 😋.

Sambil tu testing ambil gambar pakai kamera 360°. Lama dah tak guna kamera tu, jadi elok la main-main balik to recall.. hehe.



Ok dah ingat balik dah macam mana nak guna kamera ni 😄.

Our breakfast.



Stop ke toilet kejap.


Ok, jom check-in. 

Kena pastikan penjarakan sosial fizikal. 

Scan MySejahtera, imbas suhu dan tunjukkan tiket. 

Check-in nampaknya berjalan lancar dilakukan petugas. 

Di TV dipaparkan maklumat tren. Tren kami nombor 9420 ke Padang Besar. 

Imbas suhu.

Secara keseluruhan, pemakaian pelitup muka adalah dipatuhi.

Tapi ada juga yang tidak. Terlupa agaknya. Maka beringatlah selalu dan remind each other. 


Menunggu di Pintu Perlepasan B (Departure Gate B).

Panggilan Boarding. 

Kami perhatikan ramai yang berpusu-pusu dan tidak mengendahkan penjarakan fizikal. Jadi kami pun tunggu la sekejap sampai kurang kesesakan. 

Tunjukkan tiket (printout since kami beli tiket secara online).

Tren EG9420 dijadualkan berlepas pada pukul 10:33 pagi.

Turun ke aras bawah untuk ke platform.

Ada signboard yang jelas.

Sambil menunggu tu ambil la a few shots. Oh ya, since tren kan panjang so kami pun tanyalah salah seorang petugas KTM di situ di mana perlu kami menunggu since seats kami di dalam Coach A. Dia kata di hujung sini. 

Sempat juga bergambar 😄.

Tren pun sampai. Tren ini adalah tren KTM Class 93 yang dibuat oleh CSR Zhuzhou dari China. Ia juga dikenali sebagai "Malaysian Bullet Train" atau "Pocket Rocket".


Jom masuk.

Perjalanan Tren EG9420 ini adalah antara Gemas (Negeri Sembilan) dan Padang Besar (Perlis).

Ada TV showing adverts and movies. Juga ada monitor perjalanan tren.

Ada rak tempat letak beg besar. 

Sebenarnya kami teringin nak ambil yang Business Class. Saja la nak cuba sekali since masa ke Penang dulu kami dah naik dalam Standard Class. Tapi untuk trip ini, pada hari itu ETS tak ada Business Class. Rupanya bukan ada hari-hari. Tapi untuk balik dari Alor Setar ke KL, kami dapat tiket Business Class.   


Tren yang kami naiki ini adalah ETS Gold yang ada banyak stations stops dalam perjalanan dari KL ke Alor Setar. Yang kami naik dulu masa ke Butterworth adalah ETS Platinum yang tak banyak stops. 

Seats kami dalam Coach A. Macam tak penuh mungkin sebab bukan hujung minggu atau cuti sekolah atau long holidays. But then later mungkin penuh bila ada passengers lain yang board the train di stesen-stesen lain.

Sogo. 


Mural bertajuk 'Smile', di jalan Sultan Ismail oleh Team KIS. The artists were Escapeva and Perol. The mural was part of Petronas' #tanahairku Street Art back in 2015.

Foto lama.


Destinasi Akhir tren ini adalah Padang Besar, Perlis. Kami akan turun di Alor Setar.


Let's sanitize our hands. 

Langkah cuci tangan menggunakan hand sanitizer. 

There's an Info Card on Safety Procedures. Also, nampak tak the seats arrangements? Ada seat yang 'Facing Forward' dan 'Facing Backwards'. So kalau anda rasa tak selesa facing backwards dalam tren, elok la check the seats masa beli tiket. 

Kru ETS sedang checking passangers' list.

Stesen Sungai Buloh.


Stesen Rawang.




Next Station: Tanjung Malim.

Jom kita explore the tren. Terhoyong hayang la jugak masa jalan tu sampai blur-blur foto.. hehe.


The toilet. Memang la bersih cuma kadang-kadang tu not so sebab ada passengers yang tak sivik. 

Passing through Coach B.

Dalam tren ini juga ada Bistro coach yang jual minuman, snek dan microwaved meals. 

Ada macam-macam packed meals yang dijual di sini.



Harga-harganya juga berpatutan. Saya cuma beli teh tarik untuk kami berdua. .

Ada Ruang Solat. Tutup masa ni sebab bukan waktu solat.


Di coach ini ada toilet untuk OKU. Luas dalam toilet ni.


The teh tariks. 

Memang asyik minum hot drinks dalam tren ni 😊

Stesen Tanjung Malim.


Ada maklumat tentang Covid-19 di TV. 

Beberapa pemandangan yang sempat di rakam.


Juga ada dikongsi oleh KTMB pada passengers tentang Pembersihan Ruang Dalaman ETS iaitu sanitasi gerabak tren.




Next Station: Tapah Road.



Pemberat yang digunakan untuk menegangkan overhead lines. 

Stesen Tapah Road.




Stesen Kampar.








Stesen Batu Gajah. Kampung isteri saya.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. seat arrangement choices yang facing ke depan/ belakang tu ada masa kita nak beli tiket ?

    ReplyDelete