Monday, April 30, 2018

KERALA INDIA - DAY 04 - PART 05 - GOING HOME

Nak balik dah selepas 3 malam di Kerala. 

Reaching the Cochin International Airport. 




Terus ke Terminal 3, terminal perlepasan antarabangsa.

Di sana penumpang pesawat je yang boleh masuk ke bangunan terminal. Family, sedara mara and friends tak boleh masuk. Kalau nak menghantar sampai di bahagian drop-off je. 

Kami yang baru nak masuk bangunan terminal pun di check passport dan flight ticket oleh security. Bila tengok flight kami lambat lagi, security guy tanya betul ke kami nak masuk awal sebab dia kata once dah masuk dalam bangunan terminal ni tak boleh keluar dah. Kami kata memang kami nak masuk awal. Dalam ada air-con. Luar ni panas.. hehe.

Pemandangan di dalam Bangunan Terminal.

Kaunter-kaunter Check-in. 

Kaunter Air Asia tak buka lagi so kami ke waiting area dulu. 

Masa first day sampai kami 'disambut' oleh seekor je gajah ni. Nak balik ni 'dihantar' oleh 15 ekor siap penunggang.. hehe. 

Gajah berhias banyak dibuat semasa pelbagai festivals di Kerala, dari 'Festivals of the Elephant' hinggalah ke perayaan keagamaan yang dibuat di kuil-kuil.

Semasa festivals ini ada juga diadakan elephant pageant. Wah! Apakah agaknya physical attributes yang perlu ada pada gajah-gajah ni untuk memang?

Dalam 'Festivals of the Elephants', gajah dijadikan offerings kepada deities supaya deities akan grant all wishes. Jadi gajah-gajah ini dihias cantik-cantik terutama dengan decorations emas/berwarna emas dan sutera merah.

Festivals di Kerala ada yang lasted for a few days.

Ada juga perayaan di mana terdapat perarakan hampir 30 gajah berhias macam ini yang disertai dengan 250 pemuzik yang memainkan gendang berirama. 

If you think 30 gajah tu dah kira banyak, ada festival di kuil yang menggunakan 60 ekor gajah berhias. 60! Hebat! Imagine nak kawal 60 ekor gajah dalam suasana perayaan dan perarakan!

Kipas burung merak yang digunakan semasa festivals di Kerala. Ada kami beli kipas ni semasa di houseboat. 

Inilah kipasnya. More for decorations rather than for its intended use I think.

Ada satu festival di Kerala ni di mana 3 kampung bertanding for the most extravagant parade. Dalam parade ini gajah berhias juga digunakan.

Ruang menunggu dengan kerusi macam di rumah. 

Since banyak masa maka ber360° lah.. hehe. 



Tengah santai-santai ambil gambar, tetiba terima mesej dari tour agent di Kerala ni. Flight delayed! Sepatutnya berlepas pada pukul 8.10 malam tapi delayed ke 9.55 malam.  

Maka sambung la lagi ambil gambar. Apa lagi nak buat... hehe.

Bila ambil gambar composed like this nampak macam futuristic pulak airport ni.

Saya suka efek lengkung macam ni. Tak semua keadaan sesuai capture image macam ni. I think this one kinda work quite nicely, imho.


Teringat dulu masa kami naik IndiGo dari New Delhi ke Srinagar di Kashmir.

Airport ni baru. Tapi di ruang menunggu tak ada charging station. Jadi terpaksa la cari tiang/dinding yang ada soket. 

Kaunter Check-in Air Asia sudah dibuka

Ke immigration. Saya cuma routine checks. Tapi my wife ditanya macam-macam soalan seperti berapa lama berada di India, hotel mana kami stay di India dan lain-lain soalan 'whereabout/what we did'. 

Lepas imigresen, kami terus ke food court. 

Best makan di sini sebab semua makanan halal.

Kami decided beli food di gerai ni sebab nak tukar selera sikit.

Flight kami AK034 ke Kuala Lumpur.

Dinner kami ialah stir fry combo vegetable hakka noodles with szechuan chicken. Both dishes memang sedap. Portion adalah sangat besar tapi! 

The much needed energy boost. 

Pemandangan Boarding Gate dari Food Court.



Dah masuk waktu Maghrib, so kami ke Prayer Room. Prayer Room ini terletak berdekatan dengan Gate 2.



Suraunya serba lengkap dan cukup selesa.

Selain ada Prayer Room khas untuk Muslims, di airport ini juga ada meditation room untuk mereka yang beragama lain.

Dah flight delay, kami pun jalan-jalan la sikit. 

Di boarding gate tak de banyak kedai. 


Pintu Perlepasan kami. Pesawat tak sampai lagi. In fact, flight further delay lagi hingga ke pukul 10.20 malam. Letih dan mengantuk dah.


Finally boarding. Alhamdulillah. Security di sini very tight. Ada 4 kali pemeriksaan passport dari Boarding Gate sehingga ke pintu pesawat.

Kapten Pesawat memohon maaf atas kelewatan yang berlaku. Kata dia, flight asal yang patut terbang ke sini dari Kuala Lumpur mengalami kerosakan teknikal sehingga memaksa Air Asia membuat pertukaran pesawat. Alhamdulillah. Better to know the glitch earlier kan. 

Wife susah sikit nak tidur dalam flight. Me, depends. Kalau dah letih macam ni, senang je lelapnya. 

Zzzzz.....😯. 

Makan.

Since kami dah kenyang makan mee di Food Court Airport tadi, kami minta pada flight crew beg plastik nak bungkus bawak balik je makanan yang sudah kami pre-order. Boleh buat sarapan.. hehe.

Flight adalah selama 4 jam. Kuala Lumpur adalah awal 2 jam 30 minit dari Kochi. Dan kami tiba di Kuala Lumpur pada pukul 5 pagi. Selamat mendarat di KLIA2. Syukur Alhamdulillah. 

Dalam keadaan groggy, letih dan sleepy tu ternampak pulak Tam Tam welcoming us home.. hehe. 

Tukar duit dulu sebelum balik rumah.

Sunrise di KL.

With that maka berakhirlah catatan cerita percutian kami ke Kerala, India. Satu pengalaman yang best. Along the way kami dapat captured many beautiful images untuk dijadikan sebagai kenangan dan untuk menghiasi blog kami 😊.  

Syukur Alhamdulillah kerana dapat sekali lagi peluang bercuti. Selamat perjalanan pergi dan balik dan selama di sana. Dapat melawat tempat-tempat yang cantik seperti semasa houseboat cruises. Makan juga sedap. Dan yang paling penting especially masa jalan-jalan ialah kami dapat menjaga solat kami serta dipermudahkan. 

SubhanAllah.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.