Monday, July 30, 2018

MANADO, NORTH SULAWESI, INDONESIA - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE

Untuk tahun 2018 ini, setelah bercuti ke Kerala India, jalan-jalan di Ipoh (saya sorang) dan bercuti ke Pulau Pinang, next kami ke Manado, Sulawesi Utara, Indonesia pula. 

The choice was entirely my wife's. Saya setuju je..hehe. Lepas review the holiday packages for Manado sent to us, kami felt macam best pulak. So we went for it lah.

The flights were a bit of an issue for us. Air Asia used to fly direct to Manado from KL. Now tak de dah. Makanya kena la bayar lebih for commercial flights lain. Choices yang ada: fly via Singapore atau Jakarta. 

Kalau melalui Jakarta boleh naik Garuda atau Batik Air dan the whole flight time (KL --> Jakarta --> Manado) plus transit (di Jakarta) nak dekat 10 jam! Tak larat le. Also habis spend satu hari guna for travel je. Kena la pulak nanti ambik cuti extra.

Kalau ikut Singapore, guna SilkAir. Total flight time plus transit untuk route KL --> Singapore --> Manado adalah selama 5 jam. Transit di Changi Airport cuma sejam. Sounds good to us lah. The downside: tiket flight SilkAir adalah lebih mahal dan penerbangan ke Manado cuma ada pada hari-hari tertentu sahaja dalam seminggu.  

Lepas bincang dan kira balik bajet, also fikir about total days nak ambik for cuti, kami decided to go for the via Singapore route. Thus making this the most expensive pakej percutian kami ke Indonesia setakat ini. Sebab flight tiketnya lah.

Below is the map for the 2 routes. Nama airport di Manado ialah Sam Ratulangi International Airport.  

Ni peta lokasi Manado. Kat hujung tu, belah utara Sulawesi. Nestled between two oceans, the Celebes Sea and Molucca Sea. Manado City terletak di Teluk Manado, mengadap sunset. Ooo.. nanti saya share foto-foto sunset yang sangat la awesome di teluk tu, insyaAllah. 

Selain isu harga tiket kapal terbang yang mahal, kami juga merasa gusar kerana bila check cuaca di Manado sepanjang 4 hari kami di sana (20th to 23rd July), tiap hari diramal akan hujan. Thunderstorms pulak tu. Makanya kena la bawak payung dan baju hujan disposable. 

Flight dari KLIA ke Changi Airport adalah pukul 7:35 pagi. Makanya seawal 3:30 am kami dah bertolak ke KLIA. 

Around 4:30 am kami sampai ke KLIA. Sepi je airport ni masa tu. Since ada masa lagi boleh le posing menyeberang jalan macam ni.. hehe. 

Suasana KLIA1 ketika bukan peak season.

Which was kinda nice. Tak de crowd.

Flight kami, Silkair MI 319 dari KL ke Singapore.

KLIA1.

Last time ke airport ni ada jugak display hadiah kereta macam ni.

I'm assuming this is the grand prize. 

Kaunter-kaunter airlines lain dah buka. Tapi tak ada staff di kaunter SilkAir. Saya tanya staff airline lain tu. Rupanya SilkAir buka kaunter 2 jam sebelum penerbangan, bukan 3 jam seperti airlines lain. 

So kami pergi makan dulu. Planningnya lepas check-in nanti, go through immigration dan Solat Subuh.

Kaunter dah buka. Since kami dah online check-in, cuma kena drop bags. Queuenya pendek je.

Nyaman. No long queues. Beg-beg kami ditag 'HOT BAG' sebab transit di Singapore nanti cuma 1 jam sahaja. So I gather our bags need to be rushed ke kapal terbang bound for Manado.

Naik aerotrain.

Mengerjakan Solat Subuh dan berdoa.

Departure Gate. 

Gate C4.

Ruang menunggu di Pintu Perlepasan. Cantik pulak combine dalam dan luar macam ni... hehe.

Suka la iklan Samsung ni. Opulent and decadent. Visually stunning.





Kebetulan ruang menunggu ni mengadap sunrise. Nice lah.

Breathtaking! 

Boarding the plane.

Dan kebetulan juga seats kami mengadap sunrise masa plane ni lekat pada air bridge. 

Sunrise over KLIA1.

Silkair MI 319, narrow-body Airbus 319. 

Cabin Crew SilkAir.  

Lots of empty seats. Short flight, cuma 50 minit sahaja. 

Bergambar dengan isteri. 


Airbus 319.

Drinks and wet towels. 

Taxiing to runway. Beautiful morning, cuaca elok, Alhamdulillah.

Dah memang perangai suka ambik gambar macam ni dari dalam plane.. hehe.

Plane ni tengah tunggu giliran nak masuk runway. 

Kebetulan seats kami mengadap runway masa ni. Boleh la nampak kapal terbang tengah mendarat.  

Landing.


What a beautiful morning it was. Bukan selalu kami dapat tengok morning view macam ni, dari kapal terbang. Yang sebelum ni jarang dapat masa sunrise. Kelihatan di bawah tu Sungai Muar.

Juga boleh nampak Pulau Kukup, Taman Negara Johor Tanjung Piai (hujung tanjung yang tajam tu), Sungai Pulai dan Straits of Johor. 

And Singapore's Tuas and Jurong Island. 

Ini adalah Pengerang Terminals. Oil Refinery - Independent deepwater Petroleum Terminals.  

Selamat mendarat di Singapore Changi Airport pada pukul 8.40 pagi. Alhamdulillah.



Nampak macam baru lepas hujan.

Flight kami tiba lewat sikit di Changi ni, which means we had less than an hour to board our next connecting flight to Manado. There was no airport staff to direct us for our transit. Jadi kena la kami sendiri cari TV monitor nak tengok Gate ke Manado tu. Tak de pulak. Lepas check dengan seorang airport staff, memang tak ada monitor tu di situ. Kami kena go through Security Check dulu, then di bahagian after the Security Check baru ada the monitors. Yes, di Changi Airport ni even after you baru je stepped out of a plane to transit to another plane, mesti juga kena lalu Security Check. 

Then we found out Gate ke Manado located di Gate F35. Di monitor stated from where we were tu (Pintu Perlepasan E), nak ke Gate F35 akan ambil masa 18 minit. Lajunya kami jalan masa tu my wife kata macam dalam 'Amazing Race'.. hehe. 

Tiba di Gate F35. Almost breathless kami masa tu. Kembang kempis jugak la hidung masing-masing.. hehe. As it turned out, flight Silkair MI 274 ke Manado ni delayed 15 minit. Lega! 

Ini kapal terbangnya.

Ramai juga orang nak ke Manado. Nampaknya ramai pelancong macam kami. Rupanya quite popular juga Manado ni sebagai salah satu destinasi pelancongan.

Boarding.


Flight kami seterusnya bersama SilkAir ialah dari Changi Airport di Singapore menuju ke Sam Ratulangi International Airport di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia. 

Silkair MI 274 departing from Changi Airport at 9.45 am. Hampir full flight ni.

View Changi Airport Gate F34 dan F35 dari seats kami.

Cabin Crew sedang sibuk dengan passengers.

Pesawat SilkAir Boeing 737-800. 


Total flight time was 3 hours and 20 minutes.

Alhamduillah, cuaca nampak baik. 

Cara pak cik berselfie... hahaha 😄.

Bergerak ke runway.

Sibuk airport ni pagi tu. Boleh nampak kapal terbang sedang beratur menunggu giliran nak berlepas. 

Nak dekat 30 minit juga la beratur tu.

Finally off we went. 

Ini Tanah Merah Country Club Garden Course.


Boleh juga nampak Singapore Expo. 

Ini National Service Resort & Country Club.

Flew over Singapore Straits.


Kapal-kapal di Selat Singapura.

Oil tankers agaknya.

Terbang atas Pulau Batam. Boleh nampak Pelabuhan Kargo Batu Ampar. 

Batam City. 

Boleh nampak bangunan-bangunan Batam City Square dan The BCC Hotel & Residence. 

Flew over Bukit Indah Sukajadi, Batam Island.

Beautiful blue sky.


Soft cottony white clouds. 

Kami dah siap requested for Muslim Meal masa online check-in. We did this cause not sure if the inflight meals halal atau tidak. Tapi under 'special meal' request ada pilihan for 'Muslim Meal'. 

Muslim Meal kami ialah hidangan nasi lemak lengkap dengan ikan, ikan bilis/kacang tanah, kacang panjang dan sambal tumis. Served with watermelon and peach plus orange juice (also can select tea or coffee) and drinking water. Sedap nasi lemaknya.

Dah kenyang sambung tengok luar tingkap. Tak ngantuk ke? Kan dah keluar rumah pukul 3:30 pagi? Not really. Excited kot.. hehe.

Cabin Crew sedang served inflight meals to other passengers. We were served earlier due to the special meal. 

Head Stewardess.

Tak lama selepas meals, passengers diberi ais krim pula. How nice! Ini ais krim khas SilkAir sebab ada slogan SilkAir 'A Joy To Fly' pada bungkusan ais krim ni. Kempen 'A Joy to Fly' bertujuan memberi penekanan kepada benefits yang ditawarkan oleh SilkAir. And what a lovely 'benefit' this was 😊.

Dah sampai Pulau Borneo. Masuk ke ruang udara Kalimantan.

Kelihatan Sungai Kapuas.

Then passengers diberi snek ini pula. Wah!

Selepas merentas Kalimantan, kapal terbang ni flew over Selat Makassar terus ke bahagian utara Pulau Sulawesi. 

Di bawah ini ialah Provinsi Gorontalo yang terletak di Semenanjung Gorontalo (Gorontalo Peninsula) di Pulau Sulawesi, tepatnya di bahagian barat dari Provinsi Sulawesi Utara (lokasi Manado City). 

Lokasi Gorontalo dan Manado. Sekitar tahun 1500-an pada abad ke-16, Kota Gorontalo pada saat itu adalah merupakan salah satu pusat penyebaran agama Islam di Kawasan Timur Indonesia dan dikenali sebagai 'Bumi Serambi Madinah'.

Dah dekat nak sampai Manado.

Pemandangan persisiran pantai Provinsi Gorontalo.


Masuk ke ruang udara Provinsi Sulawesi Utara. Ini Wilayah Minahasa Selatan. 

Dah kelihatan Bandaraya Manado.


Ini Mercure Manado Tateli Resort and Convention, Minahasa Regency. 

Water sports centers and dive resort di jalan Tanahwangko. Aktiviti diving memang popular di Manado ni.


Manado City juga dikenali sebagai ibu kota Nyiur Melambai.

Ini Castle Lagoon Apartment And Condotel, sebuah condo mewah di Manado. Merupakan bangunan tertinggi di Manado buat masa ini. Mungkin juga condo/apartment yang termahal di Manado due to location and the beautiful sea view. 

Beberapa lagi landmarks di Manado yang sempat kami rakam dari kapal terbang. Kompleks Lion Hotel & Plaza, Jendela Indonesia (pusat informasi tempat-tempat perlancongan di Manado dan Indonesia), God Bless Park (pusat sukan/rekreasi, kuliner dan pasar ikan), Four Points by Sheraton Manado dan Manado Town Square 3. 

Bandar Manado, yang kedua terbesar di Pulau Sulawesi selepas Makassar. As of 2014, jumlah penduduk belum mencapai sejuta orang. Terletak di Teluk Manado, bandar ini dikelilingi oleh kawasan pergunungan. 

Satu lagi landmark yang kami dapat lihat dari kapal terbang ialah Kantor Walikota Manado. Ia adalah pejabat rasmi bagi Gubernur Manado.

Yang ini pula ialah pusat Komando Daerah Militer XIII-Merdeka. 



Hampir tiba di airport. 

Dari kapal terbang kami nampak the magnificent Gunung Klabat. SubhanAllah. Cantik sungguh! Gunung Klabat ini ialah gunung yang paling tinggi di Provinsi Sulawesi Utara, dengan ketinggiannya sekitar 1,995 meter. Nama 'Klabat' dikatakan berasal dari nama pelaut Portugis 'Calabeys' kemudian disebut 'Calabes' dan terakhir disebut 'Celebes' yang bermaksud 'Sulawesi'.

Lokasi Manado City, Sam Ratulangi International Airport dan Gunung Klabat. 

Gunung Klabat kini adalah tidak lagi aktif. Nak daki boleh melalui Airmadidi dan nak sampai atas tu akan ambil masa 8 jam. Di atas gunung ini ada danau kecil yang sangat jernih airnya. 


Kami selamat mendarat di Sam Ratulangi International Airport di Manado pada pukul 1.30 tengahari. Alhamdulillah. 

Tiada beza waktu KL dan Manado.

Tapi time sunrise dan sunset berbeza la. Waktu Solat Subuh di Manado adalah around 4.20 pagi dan Syuruk pada 5.40 am. Waktu Maghrib di Manado pula around 6.00 petang. Cepat gelap.

Sam Ratulangi International Airport, Manado.

Udah, moh disembark. 

Alhamdulillah flight smooth. Cuma ada gegar sedikit. 

Kami disambut oleh Pak Tommy, our driver/tour guide selama kami di Manado. Lepas ke toilet sekejap, kami pun masuk kereta untuk dibawa Pak Tommy keluar dari airport. Tapi sebelum tu kami bertanya tentang slogan terkenal 'Sitou Timou Tumou Tou' yang ada pada bangunan airport ini. Masa mendarat tadi kami tak nampak pulak pada bangunan airport ni (see above photo). Lalu Pak Tommy pun tak jadi keluar terus dari airport ni dan pusing masuk balik ke bahagian parking yang ada view depan airport ni. 

Ini view Sam Ratulangi International Airport dari depan. Slogan 'Sitou Timou Tumou Tou' ada di depan bangunan airport ni rupanya! Hehehe..


Sitou Timou Tumou Tou (disebut: Sitau Timau Tumau Tau) adalah slogan Orang Minahasa yang merupakan keturunan penduduk di sini yang dipopularkan oleh Sam Ratulangi, pemimpin tempatan mereka yang berjasa menentang Belanda pada masa dahulu. Ia bermaksud Manusia Hidup Untuk Menghidupkan Manusia Lain yang menggambarkan prinsip kehidupan masyarakat Minahasa.

Ni je signboard 'Welcome to Manado' yang saya ternampak. I'm pretty sure Manado is very much more welcoming than this.. hehehe. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. of all thousands of islands of Indonesia , i never thought that you would go to Sulawesi ...:) so not in the mainstream for tourists ...

    amboi..
    ' gusar '... kemain bahasa ... :)

    suhhanAllah cantiknya sunrise di airport hari tu ...
    saya lupa En Syed nak ke manado tu hari tu..
    Kalau tak boleh lah trekking kaf apps

    pramugari Silkair pakai slack ke skirt ke atau kain ?
    tak nampak ..
    the drinks were served before take off ?

    nampak kampung saya !!!!!
    kalau nengok betul-betul mungkin boleh nampak rumah saya kat Bandar maharani tu !!
    nanti saya cuba adjas dan nengok balik .. :)
    hamboiiiii pakcikkkkk..
    udah pandei selpie ya ....

    pramugari2 memang kena ikat rambut gitu ek? teringat satu stand up comedy by Harith iskander .. ex girlfren dia dulu pramugari .. bila habis kerja je .. bukak ikat rambut , sepit rambut semua .. terus muka kedut .. sebab dah hilang ketegangan yang di pegang oleh ikatan rambut tu .. :))

    saya suka gunung berapi..hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... it was my wife's decision. I pun find it quite intriguing juga Sulawesi ni. Susah juga nak cari pakej so end up we use pakej sana via travel agent here.

      Iya buk izat, aku gusar.. penasaran buk.. hehe...

      Kebetulan ruang menunggu tu mengadap sunrise, not directly but enough to view dan rakam the glorious morning sky masa tu.
      Tak pe, saya guna google map je :).

      Mereka pakai skirt.
      Actuallly drinks served after take off. Tu saya tersalah susun foto2nya. Dah tak sinkron gitu kan.. hehe.

      Oh ye ke. Mujur kami dok di belah situ kapalterbang.
      Hahaha... banyak selfie yg tak jadi sebenarnya.. hehe..

      Hahaha... si Harith tu mmg kelakar. I like his jokes!!

      Saya tau. Ada beberapa gunung berapi di Sulawesi ni. You will definitely like it there. Ada yang boleh dipanjat tapi ambik masa 8 jam la.

      Delete