Monday, November 30, 2020

KUALA TERENGGANU - DEPARTURE & ARRIVAL - DAY 01 - PART 01

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Marilah sama-sama kita mendoakan. 

Selepas percutian tahun 2020 kami di Sumatera Barat, Cameron Highland, Alor Setar dan Kuala Selangor, kami ke Kuala Terengganu pula dari 16 Sept hingga 19 Sept. Alhamdulillah.

Pukul 8:45 pagi kami sudah bertolak ke KLIA2 naik Grab sebab flight ke Kuala Terengganu adalah pada pukul 12 tengahari.


Maklumat dari Grab. Excellent!

One can never be too careful 😐.

Hujan rintik-rintik masa dalam perjalanan.



Tiba di KLIA2. Lama sudah kami tidak ke airport ini 😄.  

Sebelum masuk building, ambil gambar dulu di luar.

Hardly any flights landing and taking off.

Super cute little girl all dolled up in beautiful Nyonya kebaya.

Can't help but felt a bit eerie. Macam sunyi je 😟.





Dah jom kita masuk.

Scan MySejahtera dan imbas suhu.

Pembudayaan norma baharu.


Pada dahi ya.

Hari tu adalah 16th September, a public holiday. The airport was unusually quiet. Lengang. 

I hope all the shops here will be able to survive during this pandemic.

Ada a few shops yang kami noticed tutup, perhaps closed for the day or closed for good agaknya 😔.


Haaa... masa di sini baru nampak ramai orang.

Nak masuk ke bangunan check-in kaunter ni kena pass by thermal scanner.

Lalu lorong yang ada thermal scanners.


Sanitise your hands. It smelt nice 😄.

Checked the flight information.

Kami confused kejap bila nak guna mesin ni. Now got 2 types; yang kena scan QR Code dan Bar Code.  

Lepas attempted a few times dan tak menjadi, kami mintalah tolong salah seorang staff Air Asia yang ada di situ. 


Attaching the tags.

Scanned dan dropped our bags. Lepas pegang handheld scanner tu terus saya lumur tangan dengan hand sanitiser 😅. Entah dah berapa banyak tangan dah yang pegang pistol scanner tu! But I'm sure ianya kerap di sanitise. Macam pam minyak.

Pintu Perlepasan Dalam Negeri. Sebelum (kanan) dan semasa (kiri) pandemik. 

Pintu Perlepasan Antarabangsa. Sebelum (kanan) dan semasa (kiri) pandemik. 

Sebelum (kanan) dan semasa (kiri) pandemik. 

Kemudian kami naik ke tingkat atas ke restoran Mamak ini. Nak lapik perut sikit sebab mungkin kami akan kelambatan sikit untuk makan tengahari bila tiba di Kuala Terengganu nanti. 

Pratically deserted restoran ni. 

Pilihan makanan yang ada pun limited.


Cukup le makan roti bakar and drinks 😄.

Jom ke Pintu Perlepasan Dalam Negeri. Saringan suhu dibuat sebelum masuk.

Berjalan ke Boarding Gate. 

Boarding Gate kami adalah K10. Jauh nak jalan ke sana.


Macam biasa, masa jalan tu mesti nak ambil gambar 😄.

Alhamdulillah, cuaca elok.


Tak rindu ke nak naik kapal terbang? 😌

Dia punya lengang sampai kami ingat kami sudah tersalah laluan 😄.

Stop kejap di kedai ni. Wife wanted to buy her favourite lozenges.

Bila keadaan begini maka mudahlah menjaga penjarakan fizikal. 

Sampai di gate K10.

Imbas suhu dan sanitise tangan lagi.

Tempat menunggu.

Peringatan-peringatan untuk penumpang.

Makin lama makin ramai passengers. Saya tak sangka di masa pandemik begini ramai juga penumpang. 

Kapal terbang ke Kuala Terengganu sudah tiba.


Let's board the plane. Oh ya, boarding process strictly followed the SOP. 


"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -"Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

Passengers are seated by cabin crew in batches of small groups to ensure physical distancing. 


Us 😄.

Memang seating procedure ini ambil masa. Definitely no issue for us. Inilah norma baharu bagi mencegah penularan Covid-19. 



Penerbangan akan ambil masa lebih kurang sejam.

Kalau berminat nak tahu tentang AirAsia's Covid-19 Aircraft Disinfection Procedure, bolehlah click sini

Semua krew AirAsia pakai pelitup muka, eyes safety protection anti-droplets goggles dan sarung tangan. 

Kami bersyukur cuaca baik masa penerbangan kami ini kerana a few days ago hujan sangat lebat menyebabkan banjir teruk di sekitar Kuala Lumpur. 


Dalam penerbangan Air Asia AK6228 KUL ~ TGG penumpang boleh nampak Tasik Kenyir. 

This is part of the flight path and location of Tasik Kenyir.

The beautiful Tasik Kenyir.

Actual view seen from plane vs map.


Actual vs map.


Actual vs map.






Alhamdulillah, selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu pada pukul 1 petang ikut jadual setelah berlepas lambat 10 minit dari KLIA2. 

Sama masa nak boarding tadi, nak disembark juga mesti follow SOP. Penumpang tidak dibenarkan berdiri sehingga diberitahu. Penumpang akan diminta bangun untuk mengambil beg-beg dari overhead compartments (if any) dan bergerak turun pesawat ikut pintu keluar terdekat. In dilakukan untuk setiap 3 baris tempat duduk. Jika ada penumpang-penumpang yang bangun dan nak tergesa turun, mereka akan dengan tegas disuruh duduk dan bawa bertenang. 

Alhamdulillah cuaca elok tengahari tu di Kuala Terengganu. I kept monitoring the weather sebab tadi check di internet ramalannya akan hujan di sini 😅.




Cantik bangunan airport ni.

Jom gi ambik beg.

'Terengganuku Comey' 😊.

Antara tempat yang kami nak lawat dalam percutian kami di Kuala Terengganu ini adalah ke Jambatan Angkat ini. 


Teringin juga saya nak saksikan cara menangkap ikan tradisional begini tapi tak tahu di mana exactly nak pergi. Can ask the locals I guess. Tapi ada ke masanya pun.. hehe. 

Tak ramai passengers di conveyor belt ini sebab most carry as cabin baggage. 

Cantik interior airport ni. 

Ada air terjun.

Ada kolam ikan koi.

Untuk ke hotel penginapan kami di bandar Kuala Terengganu, kami ambil teksi. 


Ke tempat ambil teksi.

Perjalanan dari airport ke hotel ambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Masa sembang dengan pak cik teksi ni, ada kami bertanya tentang cuaca. Lega bila pak cik ni kata di Kuala Terengganu masa tu memang hujan setiap hari tapi tidaklah sepanjang hari atau terlalu lebat sampai tak boleh keluar rumah seperti masa musim tengkujuh. 

Perjalanan kami melalui jalan tepi pantai iaitu Jalan Pantai Teluk Ketapang. Lengang pantai ni masa tu. 

Saya baca pantai ni masa petang selalu ramai pengunjungnya yang bersantai, berkelah, beriadah, main layang-layang dan makan-makan. Sangat ramai sampai penuh tempat parking kereta. Tapi tidak boleh mandi di pantai ini sebab ombak besar dan dasar pantainya merbahaya.

Saya baca juga di pantai ini ada beberapa gerai celup tepung yang popular. Selain perniagaan makanan, di sini juga ada gerai menjual produk-produk lain seperti keropok lekor losong dan khidmat tunggang kuda. 

Pemandangan Laut China Selatan dari Jalan Ketapang Pantai Baru.


Kelihatan tembok pemecah ombak, benteng cegah hakisan dan struktur pelindung pantai lain dibina di pantai ini bagi membendung kesan hakisan pantai kerana ombak yang kuat.  

Masa dalam perjalanan itu juga kami dapat lihat Jambatan Angkat, mercu tanda ikonik Terengganu. 

Ini adalah jambatan angkat yang pertama di Asia Tenggara.

Jambatan angkat ini juga adalah jambatan angkat yang terpanjang di dunia. 

Dan laluan kami ke hotel juga menggunakan jambatan ini. 

Excited kami. Terus bersiap sedia dengan kamera. So touristy, right! 😄😁

Impressive! 

Dalam itinerary jalan-jalan kami ada lawatan ke jambatan ini.

Jambatan ini menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir. 

Pasarnita.


KTCC (Kuala Terengganu City Center) Mall. Ia adalah pusat membeli-belah pertama dan terbesar di wilayah pantai timur. Di KTCC ini juga ada Novotel Hotel (250 bilik) dan dua menara business suite dengan 520 suites.

Hotel Grand Continental Kuala Terengganu.

Pangsapuri Ladang Tanjung.

Hmm.. sounds delicious 😋.


Kuala Terengganu city center.

Dataran Shahbandar Terengganu.

Istana Maziah.

Dibina dengan senibina Perancis, Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri.

Masjid Abidin.

Masjid Abidin dahulunya dikenali sebagai Masjid Putih atau Masjid Besar. Ia merupakan masjid DiRaja negeri Terengganu lama yang dibina oleh Sultan Zainal Abidin II antara 1793 dan 1808. Makam DiRaja lama terletak berhampiran masjid ini.


Saya baca penarik beca di Kuala Terengganu makin berkurangan kerana tiada orang muda ingin membuat kerja ini sebagai cara mencari pendapatan. Dari 48 yang berdaftar, cuma 20 orang penarik beca sahaja yang aktif di bandar ini with age ranges from 60 to 80 years old.


Hentian Bas Kuala Terengganu. Hotel penginapan kami di belakang tu.

BAS KITē. 


Tiba di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu. Hotel ini bersambung dengan UTC Terengganu dan Kompleks Paya Bunga Square.

Jom masuk. Scan MySejahtera dan imbas suhu.

Checking-in. Reservation hotel ini my wife buat di Agoda.


Antara itinerary jalan-jalan kami termasuk juga naik Bas Kite dan river cruise.

Daniel Tyler is Terengganu Tourism Ambassador. 

Bilik kami di tingkat 10.

Kain pelikat, telekung dan sejadah ada disediakan.


The view.

Forecasted thunderstorms and scattered thunderstorms for the next few days. Well, don't be sad, be prepared 😅. 

Bersambung... 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.