Thursday, March 30, 2023

THAILAND - PHUKET - DEPARTURE & ARRIVAL

Assalamualaikum. 

Sebagai penutup travels kami untuk tahun 2022, kami pergi bercuti ke Phuket in December. Pada 2022, kami berpeluang bercuti dalam negara iaitu di Kuching, Miri, Perlis, Pulau Pinang, Genting Highlands dan Pahang (Temerloh, Bera dan Lanchang - belum diblog). Percutian luar negara kami pula adalah ke 8 negara-negara Balkan iaitu Croatia, Bosnia and Herzegovina, Montenegro, Albania, North Macedonia, Kosovo, Greece dan Türkiye. Alhamdulillah. 

Flight ke Phuket kami adalah pada pukul 9:10 pagi, jadi seawal pukul 5 pagi kami sudah bertolak ke airport. Percutian kami ke Phuket cuma 2 malam jadi sebab itu kami pilih flight paling awal supaya dapatlah maximize our time there. 
Ke KLIA dengan Grab Car

Pukul 5:48 dah sampai KLIA. Nampak busy awal subuh begini. Kelihatan passengers yang hendak pergi mengerjakan Umrah.


KLIA's beautiful vertical garden wall.


Terus ke kaunter check-in. 

Boleh tahan juga panjang queue. Agaknya mereka macam kami yang hendak bercuti akhir tahun.

Lepas check-in, bersolat Subuh.


Lepas solat, pergi sarapan di Food Garden.

Pokok Krismas di pintu masuk foodcourt.





Breakfast kami.

Lepas sarapan, terus ke Gate Perlepasan Antarabangsa.     



Melalui Passport Control guna Automated Passport Control kiosk.

Lalu Pemeriksaan Kastam.

Wonderful display of aircraft models.

Pokok hiasan sempena Hari Natal.

Check latest update flight information. 

Delayed, dari departure pukul 9:10 am ke 9:45 am. Ok la, tak la lama sangat.

Sambil berjalan ke gate, sambil ambil gambar.

Alhamdulillah, cuaca baik pagi itu.

Boarding Pass.

Berjalan ke Departure Gate H10.


Passengers yang hendak ke Phuket belum boleh dibenarkan masuk kerana nak lepaskan dahulu penumpang-penumpang ke Hanoi. 


Di departure gate hujung ini kelihatan beberapa kumpulan besar pekerja-pekerja asing yang baru tiba di Malaysia sedang diurus oleh majikan/wakil majikan mereka. 

Jauh mereka merantau mencari rezeki. Rasanya majoriti beragama Islam. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka dan dimurahkan rezeki. Mereka datang pun menggunakan saluran yang sah.

Pesawat MH 0786 ke Phuket.


Menunggu di Departure Gate H10.




Ok, jom kita boarding. 

Boarding dengan air bridge.

Melangkah masuk ke dalam pesawat sambil membaca doa.


Flight ke Phuket dari KLIA ini ambil masa 1 jam 20 minit.


Hujan renyai ketika itu.

Penerbangan tidak lama, jadi tiada meals, cuma kacang masin dan jus oren.

Off we went to Phuket, our year end 2022 vacation choice. 

Tak pasti sungai apa. Nampak keruh airnya dari atas ni. 






Pulau Langkawi.


Koh Rok island.





Dah nampak Phuket. 

Kata Beach and Ko Pu island.

Mueang Phuket District. 



The Big Buddha.

Karon Beach. 





Descending into Phuket International Airport.




Selamat mendarat di Phuket International Airport, Mai Khao, Thalang District, Phuket, Thailand. Alhamdulillah.

Masa itu pukul 9.35 am waktu Phuket dan pukul 10.35 am waktu Malaysia.











International Arrivals.


Duty free shops.

Stop sekejap di sini untuk bergambar sebelum ke Pemeriksaan Passport. Kejap je sebab nanti lama sangat dalam queue. 





Ambil beg.

Welcome to Phuket.

Kami sudah minta travel agent arrange pick-up di airport ni tapi tak nampak pula pick-up person tu. Dari pengalaman percutian-percutian kami dulu, akan ada seorang wakil dari local travel agent yang menunggu di luar pintu keluar sambil memegang paging board or placard dengan nama kami.  

Then kami figured out rupanya di airport ini tiada individual pick-up persons menunggu setiap pelancong/a group of tourists. Yang ada adalah beberapa orang wakil yang menunggu di situ bagi pihak beberapa kelompok tourists yang nama mereka dipamerkan pada pagar-pagar. Jadi pelancong kenalah cari nama mereka, lepas itu beritahu wakil itu dan wakil itu akan call the pick-up person. Ini semua untuk mengelakkan kesesakan di arrival area ini. 

Maka tercari-carilah kami di placard mana ada nama kami 😄.

Lepas jumpa nama kami, terus beritahu wakil agents. Dia check dalam list dia dan tanya kami adakah kami hendak ke Adaman Embrace hotel and we said yes, correct. Dan dia pun call our pick-up person. 


Our ride ke hotel pun sampai. Jadi untuk elak kesesakan, the pick-up person must park his vehicle at the parking area and wait until he received confirmation that the tourists had arrive. 

Petugas the greeter atau bolehlah di panggil airport concierge (left) namanya Kassim, seorang lelaki Melayu Thai yang berasal dari Pattani.

Pemandu dan juga tour guide kami di Phuket ini juga adalah seorang lelaki Melayu Thai yang berasal dari Pattani yang bernama Anwar. Dia bercerita dia pernah bekerja dan tinggal di Bangi, Malaysia selama 3 tahun. Dia fasih bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris dan sedikit bahasa Arab. 

Ok, a bit about Phuket.
Phuket adalah salah satu wilayah selatan (changwat) Thailand. Ia terdiri daripada pulau Phuket, pulau terbesar di negara itu, dan 32 lagi pulau kecil di luar pantainya. Ia terletak di luar pantai barat tanah besar Thailand di Laut Andaman. Pulau Phuket dihubungkan oleh Jambatan Sarasin ke wilayah Phang Nga di utara. Wilayah terdekat seterusnya ialah Krabi, di sebelah timur merentasi Teluk Phang Nga.

Wilayah Phuket mempunyai keluasan 576 km2, kecil sedikit daripada Singapura, dan merupakan wilayah kedua terkecil di Thailand. Pulau Phuket berada di salah satu laluan perdagangan utama antara India dan China, dan sering disebut dalam log kapal asing yang terdiri daripada pedagang Portugis, Perancis, Belanda, dan Inggeris, tetapi tidak pernah dijajah oleh kuasa Eropah. Ia dahulunya memperoleh kekayaan daripada bijih timah dan getah dan kini daripada pelancongan.

Kami terus dibawa through Phuket untuk city tour sebelum ke hotel penginapan kami iaitu Andaman Embrace Patong. Ini bangunan Phuket International Airport.


Billboard Carnival Magic Phuket. Dalam itinerary percutian kami di Phuket ini ada kami masukkan sekali night entertainment tapi bukan di Carnival Magic ini tapi ke Phuket FantaSea. 


Welcome to Phuket.

This is Phuket Airport Avenue, a foodcourt.

Masa perjalanan, kami berbual dengan Anwar. Dia bercerita sebelum Covid-19, tourists yang paling ramai datang ke Phuket adalah dari China dan Eropah. Sehingga masa kami berada di Phuket, negara China masih lagi belum buka sempadan. Maka tiadalah kami nampak ramai pelancong dari China. Tapi yang paling ramai, and I mean sangat ramainya adalah dari negara India. 

Anwar bercerita lagi, selain pelancong dari India, di Phuket ini juga kini ramai didatangi oleh pelancong dari negara Russia yang menurut Anwar lagi, mereka ini berada di Phuket ini sampai berbulan-bulan kerana mereka melarikan diri dari kerahan tentera di negara mereka yang sedang berperang dengan Ukraine. 

Kelihatan ada sebuah masjid sedang dalam pembinaan. 

Muslim Thai membentuk kira-kira 35% daripada penduduk Phuket, dan ramai yang masih tertumpu di kawasan sekitar Kamala, Bangtao dan Surin di mana orang Melayu asal menetap. Walaupun bilangan penganut Islam tidak ramai, bilangan masjid sebenarnya melebihi bilangan kuil Buddha di pulau ini.

Phuket mempunyai kira-kira 54 masjid yang tersebar di seluruh pulau. Saiznya berbeza-beza bergantung kepada jumlah umat Islam di setiap kawasan. Majoriti mereka terletak dalam komuniti Islam yang besar termasuk Bangtao, Kamala, Mai Khao, Ao Por, Bandar Phuket, Rawai dan Patong. Setiap masjid dibuka 24/7 terutamanya ketika solat 5 waktu setiap hari dan kebiasaannya penuh dengan jemaah yang ramai pada setiap hari Jumaat.

Ada macam-macam attractions di Phuket ini. 

Phuket FantaSea. 

Poster kiri bawah itu adalah ucap selamat menyambut kedatangan Ramadhan dari Komol Dumlak, chairman of the Phuket Islamic Committee translated as below.
WELCOME TO PHUKET
Blessed be the month
Welcome to the holy month of Ramadan
May Muslim brothers and sisters, be healthy and strong, free from disease, able to perform religious activities throughout the month of Ramadan.

Perjalanan dari Phuket International Airport ke hotel Andaman Embrace Patong ambil masa lebih kurang 50 minit dengan jarak 34 km. Kami dibawa city tour dan makan tengahari dulu sebelum check-in di hotel.


Menuju ke area Patong Beach. Hotel penginapan kami itu lokasinya lebih kurang 450 meter (10 minit jalan kaki) dari Patong Beach.

Jejantas pejalan kaki dengan design tradisional Thai.



Ini shopping mall besar di Phuket - Robinson Lifestyle Thalang. 
Encompassing a prime area of over 44,000 sqm, Robinson Lifestyle Thalang is a new landmark located near the Phuket heroines' monument roundabout. This all-in-one shopping mall is a modern destination for everyone to come for a variety of purposes whether eating, shopping or playing. There are a large array of popular restaurants, various shops & stores with brand-name products, entertaining zones for kids, a foodpark for local food seekers and also cinemas for movie lovers.
phuket.net

This is Phuket heroines' monument roundabout. 
Monumen Heroines di bulatan trafik di Jalan Thepkasattri Thalang ini adalah salah satu mercu tanda utama di Phuket. Monumen itu menceritakan kisah inspirasi tentang bagaimana 2 beradik perempuan yang berani - Lady Chan dan Lady Mook - memimpin penduduk tempatan, yang kebanyakannya adalah wanita, untuk melawan penceroboh Burma.
Walaupun mereka memenangi pertempuran dengan Burma lebih daripada 2 abad yang lalu, adik-beradik ini masih mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa penduduk di sini. Malah, bagi kebanyakan orang Thai, cerita itu adalah dalam nada yang sama seperti kisah Joan of Arc.

Chan dan Mook dilahirkan dalam ketua keluarga Kampung Baan Kien. Chan berkahwin dan menjadi janda dua kali. Kali kedua ialah ketika dia berumur sekitar 45-50 tahun. Suaminya, yang merupakan gabenor Pekan Thalang, meninggal dunia akibat sakit yang lama. Ini berlaku sejurus sebelum tentera Burma menyerang. Pada permulaan pencerobohan, daripada melarikan diri, dia dan Mook memutuskan untuk mengumpulkan orang ramai dan melawan balik. Kisah seterusnya menjadi legenda.
Terdapat dokumentasi yang menunjukkan bagaimana Lady Chan menjalani kehidupan yang aman selepas perang. Dia banyak membantu penduduk tempatan membina semula kehidupan mereka melalui perdagangan bijih timah serta lain-lain kerja amal, satu peranan yang luar biasa untuk wanita Thai ketika itu apabila mereka hanya dijangka menjaga rumah dan membesarkan anak.

Terdapat sebuah kuil kecil di dasar monumen ini, di mana orang ramai datang untuk memberi penghormatan kepada 2 beradik ini, biasanya dikenali sebagai Ya Chan dan Ya Mook untuk bahasa Thai ('Ya' ialah 'nenek' dalam bahasa Thai). Kebanyakan pengunjung Thailand menjadikannya tempat yang mesti disinggah sebelum memasuki bandar, terutamanya pada lawatan pertama mereka. Mereka biasanya membawa kalungan yang diperbuat daripada bunga marigold, batang kemenyan dan daun emas (untuk diletakkan pada versi mini patung yang sama). Terdapat gerai berdekatan menjual barangan ini.

Bagi penduduk tempatan, sudah menjadi tradisi untuk datang dan mengucapkan selamat tinggal di monumen itu, serta meminta wirawati-wirawati itu untuk melindungi mereka daripada musibah sebelum meninggalkan pulau. Minumen ini juga sering dikunjungi oleh pelajar-pelajar yang akan pergi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Ini pula ialah Tha Ruea Shrine. Agama utama di Phuket, seperti di seluruh Thailand, adalah Buddhisme Theravada. Ramai orang di Phuket juga mengamalkan Taoisme, biasanya bersama-sama dengan agama Buddha. Ini disebabkan oleh ramainya pendatang Cina yang datang bekerja di lombong bijih timah pada abad ke-19. 
Sesuatu yang eye-catching di kuil ini ialah patung dewa Tao yang besar ini, dengan wajah merah yang kelihatan garang, berpakaian seragam emas dan hijau serta memegang pedang emas.

Tha Rua Shrine ialah salah satu kuil Cina tertua di Phuket, berlokasi di Daerah Thalang di Jalan Thepkasattri kira-kira 800 meter di selatan Heroines’ Monument. Ia merupakan tapak penting semasa Phuket Vegetarian Festival tahunan, apabila beribu-ribu penganut datang untuk mengadakan upacara dan makan makanan vegetarian sepanjang sembilan hari acara itu.
Tha Rua Shrine juga merupakan tempat penting bagi penganut tempatan untuk berdoa agar sembuh daripada penyakit, kerana dewa di kuil ini “Po Sein” dipercayai oleh penganut dan terkenal dengan kuasa penyembuhan. Ia adalah kuil yang berhias cantik – berwarna terang dalam warna merah, emas dan hijau dengan arca naga melingkar di atas bumbung dan tiangnya, patung dewa Tao gergasi, dan mural dinding yang terang.

Asal-usul Tha Rua Shrine bermula lebih daripada 100 tahun yang lalu, dengan seorang lelaki tempatan yang tinggal di Thalang mempunyai patung dewa 'Po Sein' (tuhan penyelamat), di rumahnya. Lelaki itu jatuh sakit dan dikunjungi oleh seorang sami, yang menjadi perantara roh (spirit medium) untuk dewa Po Sein. Dipercayai oleh penganut teknik penyembuhan purba dewa ini membantu menyembuhkan lelaki itu melalui sami.
Berita tentang pemulihan lelaki itu tersebar ke seluruh kampung, dan selama bertahun-tahun selepas itu, sami itu dikunjungi oleh ramai yang datang mencari kuasa penyembuhannya. Suatu ketika, seorang kaya datang menemui sami tersebut, dan menyembuhkan penyakitnya. Sami itu tidak pernah meminta apa-apa sebagai balasan untuk rawatan itu, tetapi untuk menghormati "tuhan penyelamat". Maka lelaki kaya itu menderma wang untuk membina kuil untuk menempatkan patung Po Sein. Sebuah kuil kecil telah dibina, dan selama bertahun-tahun, ia berkembang apabila ia mendapat lebih ramai pengikut.

Audi Phuket.

Sebelum meneruskan lagi city tour kami, Anwar bawa kami makan tengahari di restoran Marina Kitchen.

Shrine kecil begini yang diletakkan di depan premis perniagaan adalah suatu pemandangan biasa di Thailand. 

Jalan Thep Krasattri yang sibuk.  

Ok, jom makan. Sudah lapar pun kami masa itu 😀. Truthfully, kami berdua memang look forward nak makan makanan masakan Thai masa trip ini. Dari percutian ke Thailand kami yang lalu, sememangnya makanan Thai adalah sedap dan kena dengan selera kami berdua 😄.


Restoran ini luas dan berhawa dingin. Nice la sebab di luar tu memang agak panas juga masa itu. 

Owner dan staff restoran ini adalah orang Muslim Thai, orang Pattani kalau tak silap. Jadi lebih kurang macam di Malaysia. Fyi, the waitress speaks fluent English.  



Anwar turut menolong menghantar hidangan. 

Bergambar dahulu sebelum makan. Biasa la tu, tour guide kami Anwar mesti la ambil foto kami sebagai bukti yang dia telah melakukan tugas dia bawa kami lunch. I think it is a requirement for him to do so as set out by his travel company. 


Hidangan yang simple tapi sangat sedapnya. Syukur Alhamdulillah. Sudah lama saya teringin nak makan masakan authentic Thai begini. 


Tom yam seafood yang sedap sangat with very generous portions. 

Ayam goreng berempah yang lembut di dalam dan crispy on the outside. Tak usah makan nasi banyak, ratah lauk lagi best... hihi. 

Ikan goreng cutlet drenched in sweet sour sauce. Super delicious! 

Sijil perakuan 'Halal Certification' dikeluarkan untuk restoran ini oleh The Central Islamic Council of Thailand.

Baik, sambung semula dengan city tour. Ini kedai Fuwa fuwa, selling Japanese egg cake. 

Thep Krasattri Road yang super busy with afternoon traffic.

Ini pula kedai Durian Master. Terdapat 789 petani durian di Phuket. Kira-kira 80% daripada durian yang ditanam di pulau ini adalah varieti tempatan, dengan baki 20% yang ditanam ialah Mongthong, Chanee dan varieti lain. Penanaman durian Phuket menghasilkan 610 tan buah setahun, kesemuanya bernilai B53.68 juta setahun.

Muslim Wittaya Phuket School. Muslim Wittaya Phuket School is one of the popular Middle School located in Changwat Phuket.

Muslim Wittaya Phuket School's Gymnasium is also one of the Tsunami Evacuation Site in Phuket. 

Royal Phuket Marina.
🔹Royal Phuket Marina is a distinguished world-class destination combining luxury waterfront living with an award-winning, state-of-the-art marina in Phuket, Thailand.
🔹Our residences are lavish and utterly unique. The ‘Aquaminium’ condominium features the world’s first penthouse with its own on-water private yacht garage, while the Royal Villas are prestigious properties with its own direct-access private yacht berth.
🔹Situated on the east coast of the tropical island paradise of Phuket, Royal Phuket Marina is the gateway to Phang Nga Bay and hundreds of beautiful islands in the Andaman Sea, all but a few hours’ sailing away.

royalphuketmarina.com


CIMB Thai.

Toyota Pearl Company Limited, Phuket, Thailand.
Toyota Pearl showroom on Chalermprakiat Rama 9 Road is the head office of Toyota dealership in Phuket. This is the largest showroom and service centre that contains car sale of new car models, a full service car spa, car body repainting and car repairs. Customers' waiting zone is comfortable with a variety of seats and sofas. Free wifi and computers are ready for you to enjoy your waiting by surfing on the internet.
phuket.net

Toyota Sure - a used car dealer.

Premium Outlet Phuket.

Then kami dibawa stop sekejap di T-shirt Factory. Biasa la kalau ambil pakej city tour mestilah dibawa lawat tempat-tempat industri tempatan begini. Kami ok je sebab dapatlah menyaksikan salah satu aspek kehidupan dan industri di pulau Phuket ini. Kilang ini khusus buat percetakan dan pengeluaran t-shirt serta menjual t-shirt secara borong. 

Pekerja di sini fasih cakap Melayu, katanya sebab ada ramai orang Malaysia datang ke sini. It seemed kalau ada Malaysian ke Phuket, pasti dicadangkan ke kedai ini kalau nak cari t'shirt berkualiti dengan harga terjangkau/murah.

Later on the boss appeared from the back of the store dan layan kami juga. Macam-macam jugalah dia bercerita. Kata dia ada orang Malaysia datang ke sini dan beli banyak t-shirts as gifts for family and friends. Menurut the owner lagi, he had quite a number of repeat customers as well. 

Selain harga yang berpatutan untuk t-shirt berkualiti, keistimewaan t-shirt di sini kata owner kedai ini ialah t-shirt dia tiada 'tulang tepi'.... tiada jahitan sambungan di tepi baju. 

The designs ada yang ok, funny and even inspirational. Tapi ada juga yang cheeky and naughty. 

Tak dapat ambil banyak foto sebab fotografi tidak dibenarkan, I think sebab owner factory ini nak protect dan cegah his t-shirt designs dari dicuri atau ditiru. 

Saya tidak minat t-shirt dengan big bold prints/images/writings, as I much rather put on a basic comfortable cotton one-colored plain t-shirt. Dan mereka tiada pulak such t-shirt, semuanya ada prints. 



My wife bought a few. I did not buy any sebab yang saya suka tak ada.  

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment