Monday, October 31, 2022

BALKANS - CROATIA - ZAGREB - ZAGREB CENTRAL MOSQUE

Assalamualaikum.
Sambung cerita vacation Balkan kami. Negara Balkan pertama yang kami lawat adalah Croatia. Ini lokasinya di bumi.

Ini lokasi Croatia di peta, sebuah negara di persimpangan jalan Eropah Tengah dan Tenggara.

Croatia berkongsi garis pantai di sepanjang Laut Adriatik. Ia bersempadan dengan Slovenia di barat laut, Hungary di timur laut, Serbia di timur, Bosnia dan Herzegovina dan Montenegro di tenggara, dan berkongsi sempadan maritim dengan Itali di barat dan barat daya. Ibu kota dan bandar terbesar Croatia, Zagreb, membentuk salah satu subbahagian utama negara, dengan dua puluh daerah. Negara ini meliputi kawasan seluas 56,594 kilometer persegi (21,851 batu persegi), menempatkan populasi hampir 3.9 juta orang.
Ok, enough geography lesson... hihi 😄.

Dari Franjo Tuđman Airport Zagreb kami terus ke Zagreb, yang merupakan ibu kota dan bandar terbesar Croatia.

Landskap Croatia.










Tiba ke Zagreb. Jumlah penduduk bandaraya Zagreb ada lebih kurang 1 juta orang, kira-kira satu perempat daripada jumlah penduduk Croatia.





Tempat pertama yang kami lawat ialah Zagreb Central Mosque untuk bersolat dan makan tengahari. Di masjid ini ada segala kemudahan sebuah central mosque dan juga ada restoran, yang makanannya sudah semestinya adalah halal. Fyi, kira-kira 1.5% daripada penduduk di Croatia adalah beragama Islam.

Zagreb Mosque adalah masjid terbesar di Croatia. The Islamic Secondary School "Dr. Ahmed Smajlović" dan cultural centre beroperasi di dalam masjid. Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1987. Sultan bin Muhammad Al-Qasimi, Emir Sharjah, menyumbangkan AS$2.5 juta untuk pembinaan masjid itu. The Emirate of Sharjah is one of the emirates of the United Arab Emirates.





Jom kita ke Zagreb Central Mosque.

Di depan dan persekitaran masjid ini ada taman-taman yang indah dan menenangkan.



Tak sejuk ke? Tadi masa di Franjo TuÄ‘man Airport Zagreb ada saya captured screenshot weather ini. It was 20°C. So just nice lah. 


Bergambar di entrance depan Zagreb Central Mosque, salah satu masjid terbesar di Eropah.

Pembinaan masjid dan pusat Islam di Trstik (Projek Perumahan Folnegovićev) ini telah siap dibina pada tahun 1987. Ia reka oleh 2 arkitek dari Sarajevo Džemal ÄŒelić dan Mirza GoloÅ¡. Masjid ini dibina di atas kawasan seluas 10,000 meter persegi. Ia terdiri daripada beberapa unit: tempat ibadat dengan menara (ketinggian 51 meter), dan sekolah menengah agama Islam (madrasah), perpustakaan, premis sosial, bangunan pentadbiran, bahagian kediaman dan kemudahan lain. 

Walaupun dalaman dan luarannya mengekalkan corak dan kandungan tradisional, seni bina kompleks ini selaras dengan trend pembinaan moden.

Berjalan ke restoran.

Jom kita lunch. Nama restoran ini adalah Svježa hrana d.o.o. atau 'Fresh Food d.o.o.'. 

Hmm... desserts station. 

Ada beberapa jenis baklava. 

Baklava pistacio. Lebih kurang RM20 seketul. 



Restoran ini 
Svježa hrana d.o.o. telah diiktiraf dan diberikan 'HALAL PAKET OZNAKA A' atau 'HALAL PACKAGE LABEL A' oleh Islamic Community in Croatia Center for Halal Quality Certification dan The Islamic Association of the Republic of Croatia, the center of the Islamic certificates. 

Inilah hidangan makan tengahari kami. Our first Balkan meal 😃.


Ada salah seorang group member kami kata dessert ini jenis dessert potong kaki. MashaAllah! Ngeri mendengarnya 😅  
Ù†َعُÙˆْØ°ُ بِاللهِ Ù…ِÙ†ْ Ø°ٰÙ„ِÙƒَ

Selesai makan kami pun ke dewan solat utama untuk bersolat. Ini tempat berwuduq.

Ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dipaparkan di entrance masuk ke dewan utama masjid.

Dari pemerhatian saya, di masjid-masjid di sini, jemaah mestilah memakai stokin sebelum masuk ke ruang solat dan tidak dalam keadaan berkaki basah selepas berwuduq. Lepas wuduq you are suppose to lap kaki sampai kering, pakai stokin dan baru boleh masuk into the carpeted area of the prayer hall. Tisu besar atau kain tuala kecil ada disediakan untuk mengeringkan kaki. Tuala yang sudah digunakan diletak di dalam laundry basket yang disediakan. Elok juga buat begitu sebab air paip di tempat wuduq tu sungguh sejuk! 😅


Rak-rak disediakan untuk jemaah meletak kasut. 

Ruang solat utama Zagreb Central Mosque.

Kubah Zagreb central mosque dari luar dan dalam masjid.


Ruang atas adalah tempat solat jemaah wanita.

Pemandangan dari tempat solat wanita.



Di Islamic Center ini ada satu bahagian pameran 'The First Zagreb Mosque 1944-1948'. Jom kita tengok.

Foto Zagreb Central Mosque dari udara.

Antara peninggalan dari first Zagreb mosque yang dipamerkan di sini.

Maklumat tentang sejarah Masjid Zagreb yang pertama.


Foto lama ruang dalam Masjid Zagreb yang pertama. 

Pada Ogos 1941 kerajaan Croatia membuat keputusan bahawa bangunan Home of Croatian Artists diubah dijadikan sebuah masjid. Pembinaan tiga menara konkrit setinggi 45 meter dan air pancut luar telah siap dibina pada musim bunga tahun 1943.


Pada April 1948, kerajaan Yugoslavia menutup masjid ini, dan mula merobohkan menara-menaranya, kerana ia adalah "ideologicaly undesirable symbol of the past".





The mihrab, mimbar and pulpits from the former mosque are also on display.




Ok jom kita jalan-jalan di luar masjid ini pula.



Moh kita jalan-jalan di taman pula. Cantik sungguh cahaya matahari pada petang itu.



Ada sebuah Memorial Park di hujung sana. Jom kita tengok. 


Ada 2 plak yang tertulis dalam bahasa Croatia. Roughly beginilah terjemahannya. 





Nama-nama perajurit yang terkorban. 




Multicolored pansy flowers.


Teksi di sana. 








Sempat bergambar di sini 😃. Oh, fyi, di sini tak perlu pakai mask. The locals, no one wears a mask. Saya pakai sebab sudah terbiasa dan kadang-kadang tu tak tahan dengan habuk. 



To be continued in the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.