Friday, June 8, 2018

PENANG - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE TO PENANG

Memang kami nak bercuti. Nak jalan-jalan. Sebahagian bajet percutian tahun 2018 dah pun dipakai bercuti ke Kerala India pada awal tahun ini. Lepas semak balik bajet, akhirnya kami bersetuju boleh untuk pergi lagi bercuti tapi dalam Malaysia sahaja. Dan isteri ingin ke Pulau Pinang. 

Hujan pada pagi kami bertolak dari rumah. 

Kami decided nak experience naik ETS (Electric Train Service). Tak pernah lagi naik sampai ke Butterworth. Jadi kami merancang naik ETS dari KL ke Butterworth, then naik feri ke George Town. Lepas tu cari teksi untuk ke hotel. Fyi, saya tak pernah lagi naik feri ke Penang tu.. so rasa excited le... hehe. 

KL Sentral. Tren ke Butterworth kami pukul 9:00 pagi. 

Nak naik ETS. Masa ni awal pagi Sabtu, so masih belum sibuk lagi.

Sarapan dulu di Restoran KFC. 

Lepas sarapan, duduk di ruang menunggu unutk Tren Antara Bandar (Intercity) KTM

Tren kami, ETS 9102 ke Butterworth akan depart pukul 9:00 pagi dan dijangka sampai pukul 1:00 tengahari. So 4 jam dalam tren. Tiket Tren kami beli secara Online dari website KTMB.

Makin lama makin ramai yang menunggu. 

A few minutes before 9:00 am, ada announcement dan penumpang diminta gather dekat staff KM yang pegang kad ada nombor tren. Platform Perlepasan Tren yang sebenar ditutup sebab ada kerja-kerja naiktaraf so staff ini akan bawa semua penumpang ke platform sementara.

Maka berduyun-duyun la kami semua ikut staff tu.. hehe.

Laluan ke Platform Perlepasan.


Ada staff KTM untuk bantu penumpang pergi ke gerabak yang betul according to the ticket. Very good!

Sempat lagi kami berposing naik ETS ni.. hehe. Yes, kami bawak beg kecik beroda. Senang nak turun naik tren dan feri. 

Gerabak kami, Koc B.

Our seats, di 2C dan 2D. Dapat yang paling hujung/depan. Seat ni best sebab ada big table, bukan jenis yang flip down dari seat depan. Also we got the entire window to ourselves (other seats shared window). This made us happy sebab kami nak ambil gambar luar semasa dalam perjalanan ini. And the leg room adalah lapang dan selesa. 

Suasana dalam tren. 

Depan seats kami adalah pintu antara gerabak. So a bit busy la jugak dengan penumpang lalu lalang keluar masuk nak ke toilet. 


Tiket diperiksa oleh penyelia tren. 

Service ETS ni ada 3 kelas dalam setiap laluan: Platinum, Gold dan Silver. Nak yang laju, naiklah Tren Platinum sebab tren ini stop di major stations only. Jadi tiketnya mahal. Tren Silver slow sikit sebab stop di semua stations. Jadi tiketnya lebih murah dari Platinum. Kami naik yang Platinum. 

Memang kami suka ambil gambar semasa dalam perjalanan. Ingat nak tidur je. Dalam tren, berhawa dingin. Tentu syok tidur kan. Penumpang lain pun ramai yang tidur. Tapi kami tak... hehe. 



Tak sure adakah sebab kami naik ETS Platinum maka penumpang diberi snek ni.

We were glad anyway.. hehe.

Snacks and bottled water. Nice. Boleh la kami bawak masa jalan-jalan di Penang nanti. 

Restless jugak duduk lama-lama maka saya pun pergi explore tren ni. At the opposite end of this coach ada tempat letak beg, rak bagasi. 

I went through the connecting coach doors dan jumpa mini cafe ni. 

Ada macam-macam makanan yang dijual. All nicely packed supaya senang nak makan. Bought meals will be heated in a microwave. 

Boleh beli makanan dan minuman dan duduk makan at the seats near the counter. Atau boleh bawa dan makan at your own seats.

Antara menu di mini cafe ni. Ada nasi lemak, briyani dan tomato rice. 

Kalau nak light snacks, ada sandwiches and croissants. 

Kalau nak yang heavy sikit, boleh try these nasi goreng, mee goreng, mee hoon goreng dan popia. Kuih muih pun ada. 

Saya juga pergi check the toilet. Yang ini adalah tandas untuk OKU dan warga emas. Jadi ianya lebih besar sedikit dari tandas untuk penunpang lain. Btw, ini tandas vakum ya.

Ada sinki dan cermin serta handwash. Kira macam toilet dalam kapalterbang cuba besar sikit. ETS adalah tren hijau, i.e mesra alam, jadi tidak boleh sama sekali merokok atau Vape, di gerabak atau dalam tandas. 

Juga ada surau. Bagusnya! Tak dapat ambik gambar dalam sebab kunci, mungkin sebab bukan waktu solat. Juga untuk elak penumpang tidur dalam surau ni agaknya. Saya baca boleh muat 2 orang dewasa at one time dan siap ada tempat berwuduk. Kompas Kiblat juga disediakan. Maka bersolatlah seperti bersolat orang dalam kenderaan bergerak. Also tren ni laju so hati-hati ketika berdiri semasa bersolat. Kalau takut jatuh dan cedera, bolehlah solat duduk. Actually masa saya jalan dari gerebak ke gerabak memang adakalanya terhoyong hayang sikit dan saya terpaksa juga at times berpaut pada railing atau bersandar pada dinding.   

Sambil-sambil exploring tu jengok-jengok juga keluar tingkap dan ambil gambar.

Next stop, Batu Gajah, kampung my wife. Kami merancang next time nak balik Batu Gajah, kami nak naik ETS ni je la. 

Wonderful view.

Laju ETS ni! Sampai 137 km/h!

Tak tau kenapa, air-con dalam tren sungguh la sejuk. Kami berdua dah pakai jaket tapi still kesejukan. 

Bila dah sejuk tu maka ramai la penumpang yang perlu ke tandas. Atau mereka saja berdiri di compartment antara coaches sebab di area tu nice and warm. 

Melalui ladang-ladang kepala sawit yang luas.

Melalui beberapa batang sungai.

Juga melalui kawasan berpaya dan lombong.

Tren ini stop di Batu Gajah. Next stop, Ipoh.

Melintas sebuah lagi sungai.

Ini Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah, Perak.

Batu Gajah Old Town. 


Salah satu cabang Sungai Kinta.

Kuil Arulmigu Maha Ganapathy Aalayam.


Tiba di Ipoh. Next, Kuala Kangsar.

Gurdwara Sahib dan Kuil Maha Kaliamman Ipoh. 


Penyelia tiket sedang check tiket penumpang-penumpang yang baru naik tren di Ipoh.

Kalau lalu Ipoh mesti nampak gunung/bukit batu kapur.

Tasek Cement. 



Aaa... views macam ni yang saya nantikan.

Langit tu nampak kotor sebab tingkap tren ni berhabuk.. hehe. Tak boleh nak elak. Nak edit tak reti.. hehe.

Beautiful reflections.



Dah tiba di bandar Kuala Kangsar.

Kalau ambil tren laluan ini, masa nak dekat sampai stesen Kuala Kangsar, pastikan anda tengok luar tingkap to get a quick glimpse of the historic Victoria Bridge. Dah berusia hampir 120 tahun jambatan ni. Jambatan yang merentasi Sungai Perak ini mula dibina pada 1897 dan siap dibina pada 1900. Pada masa itu jambatan ini melengkapkan laluan dari Enggor ke Kuala Kangsar. Jadi ia juga dikenali sebagai Jambatan Enggor. 

Disiapkan oleh Perak Government Railway, Victoria Bridge ini dibina untuk kemudahan pengangkutan awam dan bijih timah. Jambatan ini dibuat menggunakan besi padu yang dilombong dari Tanah Melayu. Digunakan sehingga tahun 2002. Laluan tren kami ni adalah atas jambatan konkrit baru yang dibina khas untuk laluan tren di sebelah Jambatan Victoria ini. Sekarang jambatan ini masih lagi boleh digunakan oleh pejalan kaki dan penunggang motosikal disamping menjadi tempat tarikan pelancung.

Tiba di stesen Kuala Kangsar.

Next station: Taiping.

Rasa lapar so saya pergi sekali lagi ke koc C untuk beli snek di kaunter F&B (Food and Beverage) tren ini. 


Beli sandwich dan teh tarik. Huii.. nikmat betul hirup teh tarik panas dalam tren yang sejuk ni!! 

Tren ini juga melalui sebuah twin tunnels. Terowong antara stesen Kuala Kangsar dan stesen Taiping ini ialah Terowong Bukit Berapit, terowong landasan keretapi terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. Terowong berkembar ini panjangnya 3300 meter. Ia melalui di bawah Sungai Batu Pengasah.

Tiba di Stesen Taiping. Next station: Parit Buntar.


Bila saya kata dalam gerabak tren ni sejuk sangat, I'm not kidding. Tengok la sendiri. Ada a couple of times saya terpaksa lepak di ruang antara gerabak untuk panaskan badan. Ada seorang uncle I was hanging out with kata tren ni macam refrigerator! Kesian dia, dah la dia cuma memakai t'shirt. 

Di kelajuan 142 km sejam.


Seterusnya tren ini melalui sebuah tasik buatan iaitu Tasik Bukit Merah. Ini peta laluan ETS dari Taiping ke Parit Buntar. Di tengah perjalanan ialah lokasi Tasik Bukit Merah. As you can see, landasan ETS ini merentas tasik tersebut.

Pemandangan Tasik Bukit Merah yang cukup indah. 

Actually, pada peta, di sebelah kanan landasan ketika tren sedang meluncur dari Taiping ke Parit Buntar, dinamakan Kolam Bukit Merah. The opposite side dipanggil Tasik Bukit Merah.

Mungkin yang kelihatan di horizon itu adalah Gunung Bintang.


Kalau tadi pemandangan sebelah kanan landasan iaitu view Kolam Bukit Merah, yang ini pula view di sebelah kiri landasan tren, iaitu pemandangan Tasik Bukit Merah. 

Landasan berkembar yang dilalui ini dinamakan Bukit Merah Lake Railway Bridge atau Bukit Merah Marine Viaduct. Panjangnya ialah 3.5 km.



Seterusnya tren ini juga melalui kawasan sawah padi yang luas.

Melalui kampung-kampung bersawah padi luas seperti Kampung Jalan Keretapi, Kampung Matang Jelutong, Kampung Sungai Bogak dan Kampung Tali Air. 







Banyaknya tampal foto sawah padi. Hehehe... memang suka ambil gambar sawah sebenarnya.. hehe.













Rumah burung di tengah ladang kelapa sawit.




Kilang memproses kelapa sawit.


Tiba di stesen Parit Buntar.

Stesen seterusnya, Bukit Mertajam.

Menyeberang Sungai Kerian.


Dah tiba ke stesen Bukit Mertajam. Kejap je dari Parit Buntar dengan ETS ni, about 15 minutes. 

Next station, Butterworth.

Melalui Kawasan Perusahaan Perai.



BM City mall, Bukit Mertajam.


Ini Prominence Twin Tower, Bukit Mertajam.


Menyeberang Sungai Perai.

Sayup di sana tu ialah Penang Bridge. 


Itu adalah Jambatan Sungai Perai, sebahagian dari Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth.






Selamat tiba di stesen Butterworth. Alhamdulillah.


Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

25 comments:

  1. salam kenal.. CT masukkan blog ni dalam bloglist CT. menariknyaaa banyak destination menarik teruja nak baca. salam ramadhan dan selamat hari raya =)

    https://goo.gl/HBZzZZ SYM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Cik Siti. Thanks. So kind of you :).
      Salam Ramadhan and Selamat Hari Raya to you too :).

      Delete
  2. what !!

    tak pernah ke Pulau Pinang ??!!
    tsk tsk tsk...


    :))

    ReplyDelete
  3. Very interesting travelog. Tq for sharing ya

    ReplyDelete
  4. Thank you.
    And you're most welcome :).

    ReplyDelete
  5. Hi saya dri sabah nk g kl naik ets ke penang bole bntu ajar saya x mcm mana nk book? Pm Saya 0138339763

    ReplyDelete
  6. Cik/Encik/Tuan/Puan masuk je ke https://www.ktmb.com.my/ untuk buat booking tu.

    ReplyDelete
  7. nice info and full with wonderful photos...

    ReplyDelete
  8. nk try travel ngan ETS alone...slmt kan...hihi

    ReplyDelete
  9. mcm mne nk jd bloggers iye..hihi...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian dan tip ke penang. Saya dan isteri bercadang nak ke penang bulan disember 2019. Boleh rekomen hotel dgn harga sederhana yg berpatutan di Georgetown ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Happy Holiday!
      Maaf encik, saya tak dpt nak rekomen sebab hotel my wife yg uruskan. Dia check di Agoda je encik.

      Delete
  11. Nok baca sambungannya.. Kak pun bercadang nok ke penang ngan ets..senarai Tempat yg dilawati

    ReplyDelete
  12. Ada smbungannya x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk trip Penang ini semua ada 13 bahagian.

      Delete
  13. Salam. Oh ye ke. Seats kami masa tu facing forward. Mungkin seats config sekarang tak sama dengan dulu.

    ReplyDelete
  14. Dah sampai penang, sewa kereta ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sewa kereta. Kami naik bas Penang Hop On Hop Off ke places of interests.

      Delete
  15. Replies
    1. Sila refer to 'Blog Archive' di bawah bagi tahun: 2018; bulan: Jun.

      Delete