Wednesday, January 31, 2024

BENTONG - TOWN WALK AND BENTONG GALLERY

Assalamualaikum.
Lepas selesai lawat Taman Eko Rimba Chamang, uncle Jay (taxi driver) bawa saya balik ke bandar Bentong. Masa itu pukul 11:40 pagi. Isteri habis meeting pukul 2 tengahari. Jadi saya pun teruskan lagi jalan-jalan Bentong saya dengan "Bentong Town Walk". 

My short "Bentong Town Walk" cuma cover sekitar Jalan Loke Yew dan Jalan Ah Peng. Sambil jalan, sambil merakam suasana sana bandar.

Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965 kilometer persegi terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands.  Jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini kira-kira 1.75 juta orang dengan kepadatan penduduk seramai 48.6 orang bagi setiap km2.
Sumber: www.pahang.gov.my

Bentong ialah bandar di barat Pahang, Malaysia. Ia bersempadan dengan Selangor di barat dan Negeri Sembilan di selatan. Daerah Bentong ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Bentong yang berpusat di Bandar Bentong. Daerah ini terbahagi kepada tiga buah mukim, dua buah bandar dan sebuah pekan. Terdapat juga sekitar 35 buah kampung dalam daerah ini.
🔸Mukim Bentong
🔸Mukim Sabai
🔸Mukim Pelangai
🔹Bandar Bentong
🔹Bandar Karak
🔹Pekan Telemong

Restoran Chidas yang popular dengan menu Kari Kepala Ikan Bentong.

Saya memulakan "Bentong Town Walk" saya di Jalan Loke Yew (Laluan Persekutuan 8). Jalan di Bandar Bentong ini adalah Jalan Sehala yang lebar dengan tempat letak kereta di sisi jalan.  

Ini Hotel Zamburger Bentong, sebuah hotel 2 bintang. Jom menyeberang Jalan Loke Yew ini sebab saya nampak ada mural besar di hotel ini.

Cantik mural ini! Ia yang memaparkan ikon-ikon Bentong. 

Lemang To'Ki.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (National Elephant Conservation Centre Kuala Gandah).

Air terjun di Taman Eko Rimba Chamang.

Halia Bentong. Bandar Bentong juga dikenali sebagai Bandar Halia kerana halianya yang cukup berkualiti dan popular.

Durian Bentong.

Mural yang hebat ini dilukis oleh Encik Taib Aur (@taib_aur). Beliau ada kedai "KEDAI AUR" (@kedai_aur) di Pulau Duyung Kecil, Kuala Terengganu. Jika kawan-kawan ke sana, silalah singgah kedai beliau. 

Sejarah nama "Bentong".
Sumber: www.mpbentong.gov.my
Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut. Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai "Ban Untung" (ban yang menguntungkan). Perkataan "Ban Untung" menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan "Ban Untung" bertukar menjadi Bentong.

Sumber: spgpelangai.pjk.com.my / Perbadanan Muzium Negeri Pahang
🔵Walaupun terdapat dakwaan bahawa Kapong merupakan nama lama bagi Bentong, namun Kapong sebenarnya adalah nama suatu tempat di Bentong (kini di sekitar kawasan Jalan Tras sebelum sampai ke pusat bandar Bentong). Ini berdasarkan fakta bahawa kedua-dua nama ini muncul secara bersama dalam satu catatan sejarah penting yang dibuat oleh pihak British. Dipercayai bahawa di Kapong pihak British mula-mula sekali menjalankan aktiviti carigali bijih timah dan mendirikan penempatan mereka di Bentong. Karya yang berjudul ‘A Tour Through Pahang’ mencatatkan pengembaraan yang dilakukan oleh Residen British Pahang yang pertama, J.P. Rodger bersama-sama Tengku Mahmud (putera sulung Sultan Pahang ketika itu), penulis The Straits Times, para pegawai tempatan serta beratus anggota keselamatan yang bakal ditugaskan ke pos-pos di seluruh negeri Pahang. Pengembaraan tersebut bermula pada 12 Julai 1889 dengan menyusuri Sungai Pahang bermula dari bandar Diraja Pekan sehingga ke kawasan-kawasan pedalaman negeri Pahang. 
🔵Penulis tersebut mencatatkan pengembaraan selama sebulan itu dan hasil tulisannya adalah satu rakaman yang dianggap menyeluruh mengenai suasana negeri Pahang ketika itu. Memandangkan bandar Bentong masih belum lagi wujud sebelum ketibaan Tauke Loke Yew, ‘Bentong’ yang dimaksudkan ketika itu merujuk kepada lembah Sungai Bentong, terutamanya di kawasan penempatan awal antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Di situlah penduduk kampung dan peneroka terawal Cina melombong bijih timah secara kecil-kecilan di bawah pimpinan pembesar tempatan. 

Sumber: spgpelangai.pjk.com.my / Perbadanan Muzium Negeri Pahang
🔵Versi kedua pula menceritakan kisah berbeza tentang bagaimana Bentong mendapat namanya. Menurut Pak Zek (Budayawan Dato’ Hj Zakaria bin Hitam), nama Bentong itu berasal dari perkataan 'Bapong'. Pada zaman dahulu Bentong pernah dijadikan kubu oleh pahlawan Dato’ Bahaman. Askar British telah menghantar tentera Gurkha untuk menghapuskan Dato’ Bahaman dan mengawasi kawasan tersebut. Tetapi sebahagian daripada tentera Gurkha itu telah diserang dan dibunuh oleh orang-orang Dato’ Bahaman. Mayat-mayat mereka kemudiannya telah dicampakkan ke dalam sungai. Maka itu kelihatan banyak mayat terapung di permukaan sungai berkenaan. Berikutan dari peristiwa itu, tapak tersebut telah dikenali dengan nama ‘Bapong’ dan lama-kelamaan berubah menjadi Bentong. 

Terdapat satu lagi versi asal usul nama "Bentong".
Sumber: www.kkd.gov.my
Pada peringkat awalnya, tempat ini dikenali sebagai Kampung Buloh Betong. Kemudian sekumpulan orang Cina Bentong yang diketua oleh Dr. Loke Yew telah memanggil bandar ini "Muntong" dan lama-kelamaan ianya bertukar kepada Bentong.
🔹Tauke Loke Lew, peneroka Bandar Bentong.
🔹Bangunan kayu Pejabat Daerah Bentong sekitar 100 tahun yang dahulu. Ia berdepan dengan jalan-jalan terawal di Bentong, termasuk Jalan Loke Yew.

Restoran Secret Recipe.

Sebuah restoran Cina. 


Daerah Bentong merupakan daerah kedua terkecil di Pahang dengan keluasan 1,831 kilometer persegi. Ketinggian maksimum daerah ini mencecah 1,832 meter. Sebanyak hampir 83 peratus daripada jumlah keluasan daerah ini dilitupi kawasan hutan.

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Bentong ialah seramai 116,799 orang dengan kepadatan penduduk 64 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Purata saiz isi rumah pula dalam empat orang. 

Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 61 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak 7.2 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.

Bentong terletak kira-kira 48 kilometer dari Kuala Lumpur. Bentong adalah sebuah bandar kecil tetapi sibuk, yang kemakmurannya diperoleh daripada industri bijih timah, getah dan kayu yang berkembang maju. Dengan gabungan yang lama dan yang baharu, Bentong menawarkan banyak contoh seni bina sebelum perang di sepanjang jalannya.
Dr. Loke Yew dan kumpulannya telah memainkan peranan penting dalam perkembangan bandar Bentong. Mereka membina bangunan rumah kedai tradisional di bandar ini. Namun , selepas kemasukan Inggeris ke bandar ini, banyak bangunan rumah kedai baru telah dibina semula dengan bangunan senibina dan bentuk yang ada sekarang. Bangunan-bangunan rumah kedai warisan terletak di Jalan Loke Yew dan Jalan Ah Peng.

Bandar Bentong berperanan sebagai pusat pentadbiran dan perindustrian bagi daerah Bentong. Di Bentong terdapat banyak industri-industri ringan dan sederhana seperti kilang kayu-kayan, kilang pembuatan makanan dan kilang pengumpulan komponen elektrik.
Bangunan Bentong Galeri di persimpangan Jalan Loke Yew dan Jalan Pasar.

Mural Dorje Shugden di Jalan Anuar.


Ok, jom kita masuk ke Bentong Gallery. Galeri ini didedikasikan kepada Loke Yew dan shoplots ini dulu pernah digunakan sebagai tempat perniagaan Loke Yew.

Ok juga masuk tengok pameran yang ada di dalam galeri ini sebab masa itu pukul 12 tengahari dan cuaca cukup panas. Dapatlah berteduh dan sejukkan badan 😊.

Ruang depan Bentong Gallery.

About Bentong Gallery.



Jom kita saksikan pameran yang ada di galeri ini.

Mee segera produk lokal. Mungkin galeri ini turut menolong pengusaha barangan makanan Bentong.

Some retro gadgets.


Main reception.

Kita masuk ke Hall 1. Di sini dipaparkan sejarah perkembangan awal di Bentong, memberi tumpuan kepada peranan dan sumbangan oleh Encik Loke Yew. 

Walaupun perlombongan bijih timah telah pun berlaku di Bentong sebelum zaman Encik Loke Yew, ia dilakukan secara kecil-kecilan. 

Pada zaman Encik Loke Yew inilah industri perlombongan bijih timah menjadi ketara di Bentong. 

Aktiviti perlombongan akhirnya membawa masuk aktiviti ekonomi lain ke Bentong. Terdapat paparan gambar yang hebat yang menunjukkan pelbagai aktiviti dan peristiwa ekonomi pada masa lalu.



















































Seterusnya kita masuk ke Hall 2 yang khusus untuk aspek pelancongan Bentong. Terdapat dua peta besar, satu menggambarkan mercu tanda penting di bandar Bentong dan satu lagi, tempat tarikan berdekatan dengan Bentong, menyediakan maklumat berguna dan praktikal kepada pelancong.

Pelbagai produk ada dijual di sini.






Pelbagai produk halia.

🔸Kerana banyak kegunaan dan khasiat, halia bentong semakin menjadi pilihan orang ramai. 
🔸Nama Halia Bentong diambil daripada lokasi penanamannya di Bentong
🔸Nama Halia Bentong telah dipatenkan oleh kerajaan Malaysia. 
🔸Halia Bentong juga dikenali sebagai halia Bukit Tinggi kerana ia ditanam di kawasan cerun bukit tanah tinggi, seperti Bukit Tinggi, Janda Baik, dan Bentong, Pahang. 
🔸Salah satu ciri halia bentong ialah rizomnya yang lebih besar, berwarna kuning cair dan tahap kepedasannya yang tinggi. 
🔸Ia juga mempunyai urat atau serabut yang lebih halus tetapi mempunyai lebih banyak jus dan serat.

Gula-gula kunyah.

Kopi.

Mee kolo.

More coffee.


More ginger based products.

Juga ada bermacam jenis teh.

Halia Bentong.


Maklumat tentang tempat-tempat menarik di Bentong dan sekitarnya.








Ini Hall 3 yang memaparkan pencapaian lampau dan sumbangan tokoh-tokoh terkemuka lain di Bentong. Ini termasuk Kesultanan Pahang yang telah memberikan kelulusan untuk membangunkan Bentong, Ahli Parlimen Bentong dahulu dan sekarang, antaranya mendiang Dato Low Fatt yang merupakan Pengasas dan bekas Pengerusi TF Group of Companies.
















Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.