Friday, October 23, 2020

SEKINCHAN & KUALA SELANGOR - PART 01 - DEPARTURE & JETI SG LABU

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. 

Masa saya mula nak tulis tentang cuti-cuti ini, PKPB telah dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula dari 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020. Fyi, percutian sehari kami ke Sekinchan/Kuala Selangor adalah pada 29 Ogos 2020 iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 10 Jun hingga 31 Ogos. 

Memang tak boleh elak kalau nak rancang percutian, isu penularan Covid 19 pastinya had to be factored in. Maka ketika PKPP yang lalu kami decided to make a one day trip to Sekinchan/Kuala Selangor. Nak ke sana memang dah lama ada plan tapi sering tak jadi sebab Sekinchan/Kuala Selangor was usually at the bottom of our cuti-cuti list. With the current condition, it became rather plausible. 


Ini peta perjalanan kami di Sekinchan/Kuala Selangor dan tempat-tempat yang kami sempat lawat. Dari Ampang nak ke sana cuma sejam jadi dapatlah kami cover the places quite comfortably. 

Seperti kebiasaan kami pergi bercuti, kami suka ambil pakej. Kali ini kami ambil pakej KLOOK which was a first for us. Kenapa KLOOK? Sebab lepas survey sana sini, pakej Private Tour KLOOK ni hampir separuh lebih murah dari pakej yang ditawarkan oleh beberapa local travel agents. 

Ini pakej yang kami ambil - Sekinchan, Bukit Malawati Full Day Tour with Fireflies and Blue Tears Watching from KL. We were quite excited nak tengok fireflies dan blue tears tu actually 😃.

A couple of days before the trip, My. Yap, the driver/tour guide contacted us via WhatsApp to confirm the trip. After a few exchanges of messages, Mr. Yap kata rumah dia pun di Ampang juga. Jadi dia suggested dia akan ambil kami terus di rumah kami tanpa perlu ke Corus Hotel. Kenapa Corus Hotel? Sebab masa buat booking di KLOOK, guests has to specify the pick up point and it has to be within the 5 km radius from KLCC. So we stated la hotel tu as pick up point masa register tu. Jadinya kami tak payah la ke Corus Hotel, dan akan diambil dari rumah dan akan dihantar balik ke rumah bila selesai tour which will be around pukul 10 malam nanti.

As part and parcel of the package, khidmat driver/tour guide ada sekali. That's part of the reasons kenapa kami suka ambil pakej. Tak perlu drive and be concern about the routes/traffic jam. Admittedly, saya ni dah la bab navigation memang teruk 😅, so having a driver was super helpful. Dan yang paling penting kami bebas ambil gambar masa dalam perjalanan.. hehe. 

Dan yang bestnya juga bila ada tour guide we get to enjoy more of the places we visited sebab tour guide akan share many interesting facts. Jadi kami tidaklah sekadar melihat dan ambil gambar sahaja. Tambahan pula Mr. Yap ni dah memang pakar tentang Sekinchan/Kuala Selangor sebab before PKP his company memang selalu bawa ramai pelancong asing (via KLOOK dan KKday) ke Sekinchan/Kuala Selangor on daily basis. Sama seperti masa kami bercuti di Langkawi. We had the best time dengan tour guide kami masa tu sebab dia orang local sana dan shared with us so many interesting facts and fables. 

Masa bersembang, as it turned out, Mr. Yap is actually the Director of his travel company. Bukan sahaja ada sebuah travel agent, tapi juga hotel, restaurants, jeti, boats and boat services. As he was so humble about it. Sebelum menceburi bidang pelancongan, Mr Yap bekerja sebagai seorang adjuster insuran. Dia pernah menjelajah ke seluruh negara disebabkan tugas sebagai adjuster. Jadi from all his travels, maka tercetuslah idea untuk dia menceburi the travel industry.

And as another added bonus, and this was a big one for me, it turned out Mr. Yap is a photographer! Apa lagi, sembang fotografi la saya dengan dia. And for this trip, dia ada bawa camera gears dia sekali. Awesome! Boleh la saya pick his brain.. hehe 😄. And added to that, yet another huge bonus, Mr. Yap ni langsung tak lokek ilmu, he imparted so many nuggets of advice about photography! I couldn't have asked for a better tour guide! 😃 

Tapi kan, kalau Mr. Yap tu big boss, kenapa dia yang bawa kami tours hari tu dan bukannya staff dia? Tambahan pula kami cuma local tourists je dan bukannya pelancong asing. Tapi saya tak la tanya soalan tu pada dia. I'm sure he had his own reasons. But then dia kata sebenarnya dalam seminggu ada la dalam 3 atau 4 kali dia ke Sekinchan/Kuala Selangor dari rumah dia di Ampang. Jadi dia dah biasa dan tak kisah bawa tourists jalan-jalan. 

Kami terus bersembang lagi masa dalam perjalanan tu. Cerita Mr. Yap, travel company dia sudah lama berusaha untuk mendapatkan local Malay customers tapi susah sebab tak ramai orang Melayu yang nak gunakan pakej bila melancong dalam negara. Kalau ke luar negara, iya ramai orang Melayu yang suka ambil pakej. In fact, dia kata, kamilah local Malay customers dia yang pertama! Imagine that! Memang patut la dia cuba nak tembus market local Malay customers especially since pelancong Melayu adalah target market yang sangat besar dalam pelancongan domestik, lagi la di masa Covid begini.

Since Mr. Yap tadi kata kami adalah pelanggan local Melayu dia yang pertama, kami rasa dia memilih menjadi Tour Guide kami pada hari ini walaupun dia seorang boss sebab nak belajar cara orang Melayu melancong melalui kami. Macam isteri saya kata, begitulah cara seorang Director syarikat pelancongan yang progresif dan berwawasan. She also feels that kita perlu saling bantu-membantu membangunkan semula industri pelancongan negara yang sedang teruk terjejas. Lagipun bila industry players dalam pelancongan faham keperluan pelancong Muslim macam kita, lebih mudah kita nak melancong ke mana-mana selepas ini, kan? Mungkin ini juga satu hikmah tersembunyi yang datang bersama Covid, tambah isteri saya.

Haaa.. panjang pulak cerita pasal Mr. Yap kan.. hehe 😄. Bukan apa, pada kami part of the journey masa bercuti adalah juga the meetings with people from different walks of life which both of us always find quite fascinating. Especially bila berjumpa dengan orang seperti Mr. Yap yang humble, talkative and professional. In the comfortable cocoon of our lives, it is sometimes interesting to know about other people's lives too. To learn, to appreciate, to grow in knowledge, to understand. To be part of human race. Aaaa.. gitu.. hehe 😄. 
Disebabkan weekend panjang sempena cuti Hari Kebangsaan, maka banyaklah kenderaan di lebuhraya PLUS ini menuju ke utara. Syukurlah tak panjang traffic jamnya.


Passed through beberapa Plaza Tol.

Dalam pakej kami akan pergi tengok kelip-kelip tapi bukan yang di Kampung Kuantan tapi di Kampung Pasir Penambang.

Ke Ijok.


Bestari Jaya, Batang Berjuntai.



Tiba di Tanjong Karang.



Bukit Talang.


Bandar Tanjong Karang.

Hospital Tanjong Karang.


Masjid Ar-Raudhah, Pekan Tanjong Karang.

We saw quite a few warung/restoran dengan menu Mee Udang. Local specialty agaknya.

Dah mula nampak kawasan-kawasan sawah padi yang luas. Kelihatan juga Swiftlets bird houses. Rumah burung Walit/burung Layang-Layang Gua banyak diternak untuk sarangnya di kawasan Tanjong Karang ini. Hampir di setiap kawasan padi yang kami lalui, pasti ada rumah burung besar ini. Ini kerana pembinaan rumah-rumah burung ini adalah dilarang dibina berhampiran dengan kawasan perumahan kerana ia menyebabkan masalah bau, bunyi dan penyakit. Najis burung-burung ini mengotorkan kereta, halaman rumah, pakaian di penyidai dan sebagainya.

Penternakan burung walit untuk mendapatkan sarangnya merupakan satu industri yang semakin penting. Dengan harga mencecah RM4,000 sekilogram, industri ini menjana pendapatan RM1.5 bilion setahun di Malaysia. Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu. Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan sebulan. - Wikipedia.

Penternakan burung Layang-layang Gua atau burung walit ini dapat dilakukan kerana burung ini mudah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar dan bersarang dalam bangunan-bangunan batu lama yang menyerupai gua batu tempat habitat asalnya. Oleh itu penternak burung ini akan membuat bangunan batu yang mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama menjadi kawasan sarang burung ini.
Rumah Burung di Gaharu Tea Valley, Gopeng, Perak.

Sebelum meneruskan perjalanan, Mr. Yap cadang kami makan tengahari dulu di Tanjong Karang. Since kami yang tak familiar dengan Pekan Tanjong Karang, maka beriyalah Mr. Yap carikan restoran yang bagus untuk kami di Google Maps. Kami beritahu dia restoran-restoran biasa pun kami ok je. Dan bila sampai di Sekinchan, Mr. Yap pun bawa kami ke Restoran Sri Sekinchan ini. 

Scan MySejahtera dan imbas suhu sebelum masuk premis.

Suasana dalam restoran. Tak ramai pelanggan dan penjarakan fizikal dipatuhi. 

Macam-macam menu yang ada. 

Kami pilih mee rebus dan nasi ayam.

Sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah.

Btw, inilah kenderaan kami semasa Sekinchan/Kuala Selangor tour ini.

Lepas lunch kami pun minta Mr. Yap stop di mana-mana masjid untuk kami bersolat. Selalunya dari main road mudah nak nampak masjid tapi bersungguh Mr. Yap carikan masjid dalam Google Maps. Then kami teringat masa PKP ni tentulah masjid ditutup dan cuma dibuka pada waktu solat. Makanya kami pun mintalah Mr. Yap berhenti di sebuah Stesen Petronas berhampiran.

Berhenti di Stesen Petronas Sekinchan untuk bersolat. Mr. Yap was very accommodative as he clearly understood the importance of solat for the Muslims. He asked us to just take our time.  

Cuma ada satu bilik solat, jadi saya tunggu sehingga seorang jemaah wanita selesai bersolat.

Alhamdulillah kami dapat menunaikan solat dengan selesa.

Selesai bersolat, perjalanan diteruskan.

Sekinchan adalah sebuah kawasan perikanan dan penanaman padi yang terkenal di Selangor. Sebahagian besar penduduknya berketurunan Cina. Kata Mr Yap, Orang Cina mempunyai nama tersendiri bagi Sekinchan dalam Bahasa Kantonis yang bermaksud 'Pekan Ikan Dan Beras'. 
Saya baca di internet, ada 3 sumber asal usul nama Sekinchan.
🔸Yang pertama dari nama seorang Ketua berbangsa Cina, See Kin Chan, seorang peniaga yang berjaya dan membekalkan segala keperluan penduduk. 
🔸Yang kedua dari pelat orang Cina untuk perkataan 'second chance'. This is because the area was opened during the communist era and the people there were a group that was pardoned by the British and given a second chance to get out of the communists. 
🔸Yang ketiga dari 'Sekinchan' yang bermaksud "perkampungan yang sesuai untuk bercucuk tanam" dalam Bahasa Cina.



Passed by beberapa pusat atau gerai menjual ikan. Lokasi ini kata Mr. Yap adalah berhampiran dengan jeti-jeti nelayan.

Masa on the way tu, Mr. Yap buat satu persinggahan di sebuah jeti nelayan. Stop ini tiada dalam itinerary kami so it was a very welcome suggestion to make a brief stopover 😃. 

Kata Mr. Yap, kerana Sekinchan juga terkenal sebagai kawasan perikanan, maka elok la stop sekejap di sebuah jeti nelayan untuk dia beri overview pada kami tentang aktiviti perikanan komersil yang dilakukan oleh nelayan-nelayan di Sekinchan/Kuala Selangor. 

As for us, bila tour guide made kind gestures to make our tour even just a tad more special, mesti la kami appreciative. Apatah lagi bila membuat stop begini siap dengan overview. Lagi la kami sangat appreciate. Mr. Yap did not have to do this and he could just stick to the original itinerary, but he did it for us anyway.  

Ada beberapa pelawat lain di sini. Actually, kawasan tepi jalan ini adalah tempat parkir untuk lori atau kenderaan lain yang digunakan untuk transport hasil tangkapan nelayan ke pusat jualan atau pasar.

Nama jeti ini adalah Jeti Sg Labu Bagan Sekinchan. Let's explore a bit.

Kata Mr. Yap jeti ini adalah tempat kebanyakkan bot-bot nelayan berlabuh. Juga merupakan loading dock untuk hasil tangkapan laut nelayan. 

Ada pelbagai saiz bot nelayan di sini. Dari yang bersaiz sampan sampailah ke saiz bot nelayan laut dalam. Quite a few of the sampan-size ones looked abandoned though. 

Kata Mr. Yap, satu masa dulu, ada banyak jeti-jeti nelayan seperti ini di Sekinchan/Kuala Selangor. Kemudiannya banyak jeti-jeti telah pun ditutup kerana semakin ramai generasi muda tidak mahu bekerja sebagai seorang nelayan. 

Tambahan pula kos-kos penyelenggaraan bot-bot yang semakin mahal juga menjadi satu faktor penyumbang kepada penutupan jeti-jeti ini. Cuma bot-bot perikanan secara komersil sahaja kini yang mampu bertahan.

Bot-bot nelayan mesti diwarna mengikut negeri di mana ia didaftarkan. Kalau didaftar di Selangor warna rumah kemudinya adalah warna merah muda. Kalau di Perak, warnanya kuning tua.

Bot-bot nelayan juga akan ditandakan dengan huruf-huruf A, B dan C. Bot di bawah ini bertanda C yang menggunakan pukat tunda dan pukat jerut. 

Zon penangkapan ikan bagi bot-bot nelayan kod A, B dan C pula adalah seperti di bawah iaitu mengikut jarak batu nautika.

Fyi, panjang Selat Melaka adalah 800 km dan lebarnya hanya 40 km di bahagian selatan dan melebar sehingga 250 km ke arah utara. 5 batu nautika adalah bersamaan 9.26 km.

Kod Pendaftaran pula adalah SLF/SLFA untuk pendaftaran di Selangor dan PKF/PKFA untuk Perak.

Kata Mr. Yap walaupun nampak simple dan dibina dari kayu, bot-bot ini sebenarnya dilengkapi dengan peralatan moden seperti sonar dan GPS untuk menangkap ikan di laut dalam. 

Di jeti ini juga ada tangga ini. Kata Mr. Yap di situlah bot nelayan akan berlabuh untuk mengangkut hasil tangkapan laut dari dalam bot naik ke atas loading dock ini. 

Lepas diangkut ke atas loading dock ini, ia kemudian diangkut masuk ke dalam lori dan dihantar ke pasar atau terus ke restoran-restoran makanan laut. 

Untuk mengangkut muatan hasil tangkapan laut yang sangat berat itu dari bot naik ke loading dock dan dari loading dock ke lori, alat mekanikal ini digunakan. 

Lori akan menunggu di sebelah sini loading dock.

Hasil tangkapan laut biasanya sudah siap dimasukkan ke dalam bekas-bekas plastik atau peti ikan, contohnya yang berkapasiti 100 kg seperti di bawah, bersama ais bagi memudahkan ia diangkut ke loading dock dan ke lori.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh nelayan-nelayan di pantai barat semenanjung Malaysia adalah pencerobohan nelayan asing, keterancaman sumber laut, penguatkuasaan undang-undang dan teknologi penangkapan.

Earlier ada saya mentioned yang according to Mr. Yap dah banyak jeti-jeti di sekitar Sekinchan/Kuala Selangor ini yang sudah tidak beroperasi lagi. Teringat saya beberapa jeti di Sekinchan yang pernah saya lawati pada 2007, 13 tahun yang lalu. Saya pun cari la balik dalam arkib saya folder 2007. Haaa... jumpa pun! 😄. Here they are...

Tak ingat dah apa nama jeti ni.. hehe 😄.


Pada masa tu di jeti ini ada pekerja sedang membuat belacan. Hmm.. ingat lagi saya betapa semerbak sekali bau masa tu.. hahaha 😅.


Jeti yang ini pun saya dah tak ingat lagi namanya. Kalau tak silap ini adalah Jeti Nelayan Parit 3. 



Ok, balik ke foto-foto Jeti Sungai Labu.



Baik, jom ke destinasi seterusnya.

Dan tentunya it makes sense to have distribution centers nearby the jetties. Ini pastinya memudahkan kerja-kerja packing ikan yang perlu dilakukan supaya hasil tangkapan laut berada dalam keadaan baik semasa ditransportasi dan tetap segar setelah ia sampai kepada pelanggan. 



Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. yu aaa
    me very excited and tepuk tangan mula-mula..
    then me see Klook
    Haiyaaa,..
    me can bring yu to those places ma..
    why no ask me ..
    fren-fren.. me caj very cheap ma ..
    hehhehhee...
    anyway .... good to have locals that know his way around.with local area knowledge

    yang buat belacan tu Melayu eh?

    kenapa tak ada/ramai pelancong Melayu yang ambik service guide dalam negeri macam ni..
    my point of view eh
    sebab boleh buat sendiri trip-trip gini..
    search around , google around , cari itinerary sendiri , cari dari company gini and tiru.
    sebab doable , and senang je sebenarnya kalau ada transport sendiri , atau naik kereta kawan
    and way much cheaper .. a fraction daripada yang these companies offer
    believe me ... been there done that ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... agak dah.. hehe... sorry to disappoint you la doc. You know me and wife la, kami prefer pakej dan guide, like always.. hehe. Anyway, thanks for the offer and for sharing your opinions :).

      Seingat I yang buat belacan tu adalah pekerja asing. May be ada seorang dua yang locals.

      Betul. Kalau travel ke luar negara pun boleh buat itinerary sendiri, dalam negara sendiri pun tentu la boleh buat. Many Malaysians had done that. Many travellers and bloggers. And not necessarily hanya the Malays sahaja. Like you said, lagi pun lebih convenient kalau ada transport sendiri. Itu la opinions yang kami share dengan Mr.Yap and he is fully aware of them too.

      Of course, bila dah ambil pakej dan ada pula driver/guide makanya ada la extra costs. For both of us, that extra costs are worth paying for, for reasons I stated above. Convenient la doc tak payah drive sana sini dan at same time pula dapat macam-macam info tentang the places we went to dari guide. For us that is so very important. Dan Alhamdulillah kadang-kadang tu kami dapat bonus trips ke tempat-tempat yang tak ada dalam itinerary. So bila ambil pakej ni boleh je kalau lebih flexible dan bincang dengan guide.

      Dan kalau kita dapat create good rapport dengan guide, trips jadi lebih menarik. Contohnya, macam Mr. Yap yang kebetulan juga suka fotografi. Big bonus for me la.. hehe. Teringat pula trip Sumbar saya dengan Pa'unchu :). And just so happen Mr.Yap is the boss so dapat la pelbagai interesting info dan dapat lawat inside Padi Box.

      Delete
  2. uiseh, kalau lawat KL bolehlah sewa kereta sekali lol

    ReplyDelete