Thursday, September 29, 2022

KELLIE'S CASTLE - LEVEL G

   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok, sambung cerita lawatan saya dan isteri di Kellie's Castle. Selepas walkabout round the Kellas House, next kami ke bangunan rumah agam batu bata ini pula.

As the name suggested, William Kellie-Smith's residence in Batu Gajah is described as being a 'castle'. Sebuah istana. Some reference, however, referred it as a 'mansion' atau rumah agam. Perhaps its size is not big enough to pass as a castle and more fitting that of a mansion. So I'll just use the descriptions interchangeably. 

Mengapa ia dibina? Semasa era Victoria, ramai usahawan muda dan kaya yang membeli rumah agam, istana dan estet lama demi meningkatkan kaliber mereka dalam lingkungan sosial mereka.

Di Malaya, ketika abad tersebut, Kellie's Castle dikenali sebagai Agnes' Palace di kalangan kumpulan sosial mereka kerana Agnes adalah pemilik sebenar bangunan tersebut. Sejumlah besar wang yang diperlukan untuk membinanya datang daripada pusaka Agnes berjumlah $300,000 (Straits dollars). William juga telah memindahkan separuh daripada pegangannya kepada Agnes, menjadikan Agnes sebagai pemilik bersama Kellas Estate seluas 1,500 ekar itu.

Terdapat tiga bangunan kesemuanya yang dihubungkan dengan laluan berbumbung: 
• Rumah pertama, Kellas House, sebuah banglo kayu sederhana. 
• Rumah kedua, iaitu sambungan kepada Kellas House, sebuah rumah agam batu yang kini hampir musnah semuanya dibina pada tahun 1909. 
• Kerja-kerja pada sambungan seterusnya, menara dan sayap yang kini digelar Kellie's Castle, mula dibina pada 1915 dengan kelahiran anaknya, Anthony.

Sebenarnya Kellie's Castle adalah sebuah rumah agam yang tidak lengkap. Ia tidak mempunyai kuarters orang gaji atau tandas dan disambungkan ke Kellas House kedua. Dalam iklan bertarikh 7 Oktober 1927, bagi melupuskan hartanah tersebut, menyatakan bahawa Kellie's Castle berfungsi sebagai pejabat am dengan ruang menyambut tetamu yang besar serta dewan makan bagi melayani tetamu penting.


Pantang la ada tiang berderet macam ni, red bricks pillar pulak lagi, mesti la nak bergambar kenangan... hihi 😄.


Di Batu Gajah pada tahun 1903, William dan Agnes yang baru sahaja berkahwin, telah menetap di sebuah banglo kayu di estet William yang digelar Kellas House, yang dinamakan sempena ladang keluarganya di Scotland, "Easter Kellas". Pada tahun 1904, Agnes telah melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakan Helen. 
Menara Kellie's Castle. Di menara ini ada 2 bilik tetamu, bilik linen, ruang istirahat (bar lounge), bilik simpanan arak (wine cellar) dan ruang lif (lift shaft)

Apa yang paling diperlukan ketika itu adalah untuk membina sayap baru bagi banglo kayu tersebut menggunakan batu bata yang kukuh. Ini adalah kerana pada waktu tengah hari, suhu yang meningkat tinggi sehingga mencecah 33°C - 35°C (93°F - 95°F) mengakibatkan Agnes terpaksa berulang-alik ke stesen-stesen di kawasan berbukit seperti Bukit Maxwell, Taiping dan Bukit Kledang di Menglembu, berdekatan dengan Ipoh, untuk mencari tempat yang tidak begitu panas. Pembinaan Kellie's Castle bermula tidak lama selepas kelahiran Helen.
2 tingkat teratas adalah bilik-bilik tetamu


Gaya binaan Kellas dan Kellie's Castle banyak dipengaruhi gaya Rom, Moor dan Indo-Sarasenik. Rekaannya menyertakan elemen-elemen sama seperti yang ada di Sekretariat building (bangunan Sultan Abdul Samad) dan bangunan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang mempunyai lengkuk kasut kuda Mughal di pintu dan tingkap, kubah berbentuk bawang diperbuat dari tembaga dan friz neoklasik yang berhias.

William telah menggabungkan gaya pembinaan secara bebas. Contohnya, bahagian atas dinding Kellas House kedua (peninggalan rumah agam) memaparkan tiga lengkung gotik pada bahagian dalam namun ia ditutupi lengkuk berbucu Mughal, menggabungkan kedua-dua gaya rekaan ini. 

William begitu kagum dengan agama Hindu dan seni rekaan India, terutamanya bangunan di Madras. Selain daripada mengupah 70 orang pembina mahir dari Madras, kebanyakan bahan mentah bagi menghasilkan hiasan di rumah agam tersebut, seperti marmar, datangnya dari India. Terdapat juga jubin dinding dari Itali dan bata aprikot yang dibuat di Malaya.

Walau pun sudah berusia lebih 100 tahun bangunan rumah agam ini masih lagi kukuh. Simen pada ketika itu belum lagi diperkenalkan di Malaya dan oleh itu batu bata dilekatkan menggunakan bancuhan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Tiada besi mahupun paku digunakan dalam pembinaan rumah agam ini.
Perang Dunia Pertama (1914-1918) telah menghentikan kerja pembinaan rumah agam tersebut. Bahan mentah bagi tujuan binaan tidak dapat memasuki Malaya dengan mudah kerana risiko yang tinggi dan dengan itu kos penghantaran menjadi mahal. 

William memastikan bahawa dinding rumah ini menyediakan penebatan yang baik dari matahari, dengan lubang pengudaraan di seluruh bangunan bagi pengudaraan. Perancangan asal bagi rumah agam ini dikatakan terdiri daripada 14 buah bilik.


Perintah dari Majlis Daerah Batu Gajah.

Ok, jom kita explore rumah agam ini.

Masuk saja ke rumah agam ini terus pengunjung disogok dengan kisah paranormal ~ 'Balkoni Serambi Berhantu' 😕. 

Tangga naik ke Level 1.

Ceiling above staircase with beams.

Doorways with Mughal horseshoe arches.

The Level G balcony.



Semasa pemerintahan kolonial, seni bina menjadi lambang kuasa, direka untuk kemegahan pemilik. British mengikuti pelbagai gaya seni bina seperti Gothic, Imperial, Kristian, Renaissance Inggeris dan Victoria sebagai asas dalam pembinaan bangunan/kediaman. Tapi William Kellie-Smith memilih reka bentuk Indo-Saracenic Revival atau Mughal-Gothic, di mana rumah agam ini dibina dengan siling yang tinggi dan gerbang yang membingkai anjung yang luas. It really is quite exquisite. 

The so-called apparition. Gitu la agaknya.

Ini pelan lantai Aras / Level G rumah agam Kellie. Kita akan masuk ke Ruang Utama (Main Hall), melihat Ruang Tamu (Living Room) dari Ruang Utama kerana ia tidak boleh dimasuki dan Tempat Persekutuan Keluarga atau Bilik Sembahyang (Family Altar). 

Memasuki Ruang Utama melalui pintu dengan reka bentuk ladam kuda mughal.

Bilik ini agak luas. Juga terdapat beberapa paparan maklumat tentang Kellie's Castle. Memang terasa sejuk bila masuk ke dalam ruang ini. 

Pandangan ke arah Ruang Tamu (Living Room).

Informasi tentang Ruang Tamu (The Main Hall Living Room)

Ruang Tamu ini telah diinterpretasi berdasarkan foto-foto lama termasuk foto ruang tamu di dalam Kellas House yang diberi oleh Frances Boston-Smith iaitu cucu perempuan William Kellie-Smith.

Saya perhatikan tidak seperti bilik-bilik lain di Aras G ini, dinding dan siling Ruang Tamu ini telah siap diplaster dan dicat putih. Lantainya pula telah dipasangkan dengan jubin. Dan dengan adanya foto-foto lama dari cucu William sebagai rujukan, maka interpretasi ini dibuat. Jadi rumah agam yang tidak sempat disiapkan sepenuhnya ini kini mempunyai Ruang Tamu yang siap dan dilengkapi perabot.

Dalam sebuah iklan bertarikh 7 Oktober 1927, bagi menjual hartanah William Kellie-Smith, mengatakan bahawa Kellie's Castle berfungsi sebagai pejabat am dengan ruang menyambut tetamu yang besar. Jadi mungkin sebab itu Ruang Tamu ini telah disiapkan dahulu sebelum bilik-bilik lain di Aras G ini.

Ruang Tamu ini turut dilengkapi dengan jam dinding, kipas siling dan chandeliers lama. 

This Living Room does look quite wonderful, giving visitors a glimpse of how it might look if the mansion is fully completed and furnished. 

Dinding Ruang Tamu ini juga dihiasi dengan foto-foto lama William Kellie-Smith dan foto William Kellie-Smith dan isterinya Agnes Smith di dalam kereta Marlborough hitam mereka.


Di Ruang Utama ini ada beberapa paparan maklumat tentang William Kellie-Smith dan keluarga beliau, Kellie's Castle dan Kellas House. Jom kita baca. 
































Colorizing the old photos.





Lantai yang asal that look somewhat like cobblestones.  


Considering that the floors are left exposed with no designated walkways around them, hopefully there are continuous periodical checks and conservations works for the floors since they are regularly trampled upon by thousands of visitors yearly. 


Ada satu lagi papan maklumat untuk bacaan pengunjung. Jom baca.


Selain filem Anna and the King, pengambaran filem tempatan Munafik 2 juga dilakukan di Kellie's Castle.




Menurut arkitek Chen Voon Fee berkemungkinan besar kedua-dua menara Kellie's Castle yang satunya berbumbung rata dan yang lagi satu berbumbung bulat ini mempunyai kubah di atasnya memandangkan gaya binaan rumah agam ini mirip gaya Moorish Revival. Agaknya beginilah rupa menara-menara Kellie's Castle jika berkubah.
Rupa Kellie's Castle jika mempunyai kubah gaya Moorish Revival


Berikut pula adalah beberapa foto bangunan-bangunan dalam arkib foto saya yang saya rasa adalah mirip dengan binaan Kellie's Castle. 
Muzium Tekstil Negara

Kuala Lumpur City Gallery

Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur

Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur

Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Keretapi Tanah Melayu Berhad, Kuala Lumpur

Bangunan lama Chartered Bank

Stesen Keretapi Ipoh, Ipoh, Perak

Stesen Keretapi Ipoh, Ipoh, Perak

Agro Fort, Agra, India

Agro Fort, Agra, India

The Royal Gate, Taj Mahal, Agra, India

Mosque of the Taj Mahal, Agra, India

Turut dipaparkan pelan lantai Aras/Level G dan Aras/Level 1.


Pintu dan jendela gaya reka bentuk Moorish Revival. Secara keseluruhannya rumah agam ini menampilkan campuran beberapa gaya rekabentuk iaitu Moorish Revival / Indo-Saracenic / Greco-Roman.

Pemandangan dari pintu Ruang Utama ke arah Sungai Raya.

Jambatan dibina bagi pengunjung menyeberangi Sungai Raya untuk ke Kellie's Castle. Dataran di sebelah kiri foto di bawah adalah tempat parking (Back Parking).

Di sebelah Ruang Utama adalah Bilik Sembahyang atau Family Altar.


Information on the Family Altar.


Different arches designs were used for the doorways and windows. The forefront door arch has an elliptical arch shape and the back one has the Mughals horseshoe arch design. While the window's arch has the onion shape or dome shape.


The interior windows also has the Mughal horseshoe arches.

Seterusnya kami ke Bilik Bacaan (Reading Room).

Maklumat tentang Bilik Bacaan.

Reka bentuk rumah agam ini memang eklektik. This is another example where two windows has different arches.

William memastikan dinding rumah agam ini mempunyai penebatan yang baik dari panas matahari, dengan lubang-lubang pengudaraan di seluruh bangunan. 

I think the shape of these ventilation holes is that of a four-leaf clover. Perhaps as a reminder of Scotland where William was born. 

Ada banyak lubang-lubang pengudaraan di rumah agam ini.


Bilik Bacaan juga mempunyai ruang bertingkap yang mengadap ke Sungai Raya.

Ghostly Cloister Balcony.

Seterusnya ke Dewan Makan (Dining Hall).

The doorways and windows have Moghul horseshoe arches fitted with teak wood frames. The hardwood is believed to be more than 200 years old and shows no signs of visible decay or termite infestation.



Other then the Mughal horseshoe arches, elliptical arches and the onion shape/dome shape arches, there are also doors and windows with multifoil arches as seen in below photo.

Impressive ceiling with beams.


Dan yang last sekali adalah Tangga Pusing (Winding Stairscase).


Tentang Tangga Spiral.







Door and window with multifoil arches.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.