Wednesday, October 23, 2019

MELAKA - DAY 01 - PART 01 - MUDZAFFAR HOTEL

 بسم الله الرحمن الرحيم dan السلام عليكم

Ke Melaka lagi kami. Sebab my wife ada tugasan di sana. So the husband follow lah.. hehe. 

Alhamdulillah cuaca baik sepanjang perjalanan. 





Beware!



Selama di Melaka kami menginap di Mudzaffar Hotel. Lokasinya terletak di kawsan MITC Ayer Keroh. Jauh dari Bandar Melaka so suasananya tenang je di sini. 

Kenapa pilih hotel ni? Sebab lokasinya betul-betul sebelah bangunan yang my wife had to go to for her work.

Described as "a classic luxurious hotel and the pride of Melaka", hotel yang dikategorikan sebagai hotel 5 bintang ini mempunyai 288 rooms and suites. Beroperasi sejak 2017, pembinaannya berkonsepkan Kesultanan Melayu dan namanya adalah sempena Sultan Mudzaffar Shah yang pernah menjadi Sultan Melaka satu ketika dahulu. Sultan Mudzaffar Shah atau nama sebenarnya Raja Kassim ialah Sultan Melaka ke-4. Baginda memerintah dari 1445 hingga 1459 masihi. 
"Here, in this historic city, with endless comforts and unique hospitality that the hotel is ready to offer, you can experience the real Melaka in an environment which was once shared by sultans of the Golden Age of Melaka Sultanate."
Source: www.mudzaffarhotel.com.my

Ini ruang di reception. Skala yang epik dengan tiang-tiang tinggi. And I just love the huge floor to ceiling windows. Es muy grande! 

"In line with the name of Sultan Mudzaffar Shah the Sultan of Melaka credited for bringing the Melaka empire to its Golden Age. The Mudzaffar Hotel offer guests an extraordinary place that is created by combining exceptional architecture and structure, expressive decor and artistry, and magnificent features all under one roof."
Source: www.mudzaffarhotel.com.my

Hotel ini adalah milik Datuk Khairul Anwar Rahmat seorang kelahiran Kluang, Johor yang merupakan seorang bekas wartawan, peguam dan aktivis masyarakat.

Hiasan seni motif tumbuh-tumbuhan untuk backdrop reception dan pada tiang are absolutely gorgeous. Stunning!

Pemilihan seating kayu yang elegan di lobi reception ini juga adalah bertepatan dengan konsep hotel ini. Set perabot kayu ini terserlah menghiasai lantai yang dilitupi beautiful black gloss tiles.

Very spacious and inviting.

I was so delighted by the beautiful Islamic patterns and motifs that adorn the pillar, walls and balconies. 

Checking in. It did not take long. Dan staff di reception hotel ini adalah ramah dan efficient. We felt very welcomed. 

Islamic plant motifs is the main design for this beautiful wall at the reception. Saya rasa ianya direka oleh our very own designers tempatan.  

Di ruang legar yang besar ini ada sebuah tangga yang besar dan di kiri kanannya ada shops.

Sebenarnya inilah pemandangan dalam hotel the moment kita masuk melalui pintu utama hotel ini. Ada sebuah tangga batu rumah Melaka yang besar dan cukup indah.

Bahagian tengah tangga ini ditutupi karpet dengan pattern motif tumbuh-tumbuhan yang cantik. 

Anak-anak tangga di belah kanan dan kiri pula ditutupi dengan jubin berukir (engraved tiles) yang juga dihiasi pattern motif tumbuh-tumbuhan. 

Di kanan tangga besar ini ada souvenir shop yang menjual produk-produk dari Restu Shop which is under Yayasan Restu. 

Di kiri tangga pula ialah kedai Karyaneka.

Ruang legar Mudzaffar Hotel yang besar lebar dan memanjang. 

Di sebelah kiri pintu utama ada kaunter ini yang ada pelbagai maklumat untuk pengunjung dan pelancong tentang tempat-tempat menarik di Melaka.

Ini first time saya nampak cards begini yang dibuat khas untuk setiap satu tempat tarikan pelancong. They are free and saiznya saiz ATM card so easy la to just slip them in your pocket.

On the flip side of the card ada maklumat tentang tempat itu, contact number, website dan waktu operasi. Excellent!

Oh ya, masa kami check-in, kami diberi 'Hawker Voucher' ini untuk mendapatkan semangkok cendol percuma. Nice! So ok, ya, 1 mangkok untuk 1 bilik, so we shared la. Must claim before 4:00 pm if not mistaken. Kami dah terlambat so dibolehkan claim esoknya. Also mangkok kecil ya, bukan the standard mangkok macam yang kalau kita order berbayar tu. Also saya tak pasti this free cendol offer is valid till when. Apa-apa pun Alhamdulillah. 

Naik ke bilik. Dari tingkap di tepi lift boleh nampak sebuah kolam besar dan sebuah kapal. 

On the other side pula boleh nampak Malacca Planetarium Adventure Science Centre, aka Melaka Planetarium.

Excited nak pergi situ, terus plan nak slot the visit into my jalan-jalan program. Tapi cancel sebab found out planetarium ni dah lama ditutup since berlaku keruntuhan dinding pada 2009. Lepas 10 tahun ia masih lagi ditutup. Dah dianggap sebagai 'white elephant' agaknya. 

Beautiful hallway carpet. Our room. Plak nombor bilik pun ada beautiful decorative framing.

Alhamdulillah, luas biliknya. Design carpet dalam bilik dan di hallway adalah same motif but different patterns. Thus, creating a seamless flow from outside to inside the room. Sorry.. I just notice benda-benda macam tu.. hehe. That's not me being particular or nitpicking la, tetapi me admiring the designs and appreciating the efforts made by the hotel designers. 

Such a beautiful art. A harmonious combination of geometry and plant motifs. Definitely gallery-worthy. 

Penulis blog ini memang suka ambik gambar ceruk-ceruk bilik segala.. hehehe.

Dari karpet hallway, ke plak nombor bilik, ke carpet bilik hingga ke room wall art, semuanya different but yet the same with the beautiful plant motifs tying all 4 of them together creating a continuous art. Or am I just overthinking and over-assessing it too much.. hehehe.

We love big work table with power points nearby. TV ada tapi kami tak tengok apa-apa program pun. 

Guna TV cuma masa nak tengok menu dan harga je.. hehe. Oh ya, fyi, Mudzaffar Hotel tidak jual/hidang minuman keras 👍.

Pihak hotel juga ada menyediakan sejadah for the guests. 

Bilik air hotel ini juga unik. I quite like the design. Masuk je ada single sink vanity tops. 

Di sebelah kanan vanity top ada toilet dan di sebelah kirinya bathtub.

Dan di belakang vanity top ada the shower. 

Just wanted to add that saya suka design/set up bilik air ini especially sebab posisi toilet bowl yang tidak mengadap kiblat.

Lepas solat kami pun explore lagi Mudzaffar hotel ini. 

Meeting rooms di hotel ini dinamakan sempena nama-nama pembesar-pembesar Melaka iaitu 'Pembesar Empat Lipatan' ketika kegemilangan pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka dahulu.
Kerajaan Melaka telah mengamalkan sistem pentadbiran berdasarkan sistem pembesar empat lipatan di mana Sultan menduduki hierarki paling tinggi dan diikuti oleh pembesar-pembesar empat lipatan, pembesar-pembesar lapan lipatan, pembesar-pembesar enam belas lipatan dan pembesar-pembesar tiga puluh dua lipatan. Tujuan sistem ini digunakan adalah untuk menyelaraskan sistem pemerintahan dari akar umbi iaitu dari peringkat paling rendah hingga kepada pemerintah iaitu Sultan. Mengikut sejarah, Melaka merupakan pengasas sistem pembesar empat lipatan yang diperkenalkan oleh Parameswara atau nama Islamnya ialah Sultan Iskandar Shah.

Betul-betul sebelah Mudzaffar Hotel ialah bangunan Menara Persekutuan. Situ la my wife needs to be esok for her work. So senang la, jalan kaki je. 

Bahagian luar Mudzaffar Hotel.

Left wing of the hotel lobby.

Ada air pancut dinding dan kolam yang ada ikan dan hiasan tempayan. 

Just standing there tengok ikan-ikan berenang dan mendengar curahan air dari wall fountain tu sangat menenangkan. 

A beautifully decorated wall fountain. Just look at the intricate design of the water fountain head. 

Dinding di lobi hotel ini juga ada dihiasi dengan gong tembaga ini. Well, I am not entirely sure if it is indeed a gong sebab cantik sangat rupanya berukir begitu. Usually gong yang saya biasa nampak, licin je permukaannya. But then again these are wall decorations so memang cantik la kalau diukir begitu.
Ini adalah pintu masuk ke Makan2 Coffee House.

Di left wing of the hotel, di depan pintu masuk ke Makan2 Coffee House, ada sebuah lounge yang besar. Namanya 'Rehat2 Lobby Lounge'. Ruang santai ini sangatlah besar with super high ceiling which make the lounge feel very spacious and airy. And with its huge floor to ceiling windows, the lounge is filled with lots of natural light. Very inviting ambiance indeed.

And what I like the most about this lounge are the chairs and tables sets. Oh where do I begin to tell you how much I love them.. hehe.

Set kerusi dan meja di sini pada saya unik sebab ada feel retro yet modern. And they are oh so comfortable. Nampak macam vintage style furniture yet ada contemporary feel. Ada feel dari 50an tapi 70an pun macam ada jugak. Tak reti la nak describe.. hehe.

Mungkin ini la yang dipanggil mid century modern living room furniture. Agaknya la.. hehe.

Next kami ke Hawker's Style food court. Instead of cubicles like in a typical food court, sini mereka erected 11 stalls/gerai untuk menyiapkan pelbagai pesanan makanan dari pelanggan. So ada feel macam makan hawker food la.

Food court ni overlook the big pool with the ship.

Kapal besar ini dibina to represent kapal Laksamana Cheng Ho sempena negeri Melaka yang penuh sejarah. Kapal ini dinamakan Bahtera Cheng Ho. Events boleh dibuat di atas kapal ini.

Di kolam (ada yang panggil tasik) ini juga ada water chalets. 

Juga ada beberapa meriam. Mungkin replika meriam-meriam bersejarah Negeri Melaka.

Bahtera Cheng Ho.



Pemandangan Mudzaffar Hotel dari tepi kolam/tasik.

Masuk semula ke dalam hotel. Di ruang legar ini ada 2 shops; Karyaneka dan Produk Yayasan Restu. Let's have a look.

Karyaneka Shop. Malaysian Craft at its best. Take a piece of Malaysia with you.

There are so many wonderful arts and crafts and souvenirs here. Kecil je ruang niaganya tapi sarat dengan pelbagai kraftangan yang cantik-cantik. 

Sekali lagi saya tertarik dengan hiasan dinding gong tembaga ni.  

Saya pun saja la tanya pada cik Karyaneka di situ berapa harga gong ini. Dia senyum kata gong ini hotel ni punya.. hehe. I told her I saje je gurau.. hehe. She said in fact memang ada a few customers yang tanya actually.. hahaha. I can't blame them, I mean, look at it. It's so artfully crafted. 

A couple of wonderful souvenirs yang ada di sini.

And my eyes immediately caught these amazing wood carvings. 

Ini adalah hiasan dinding 'Panel Ukiran' dengan ukiran 'Bunga Ketumbit' yang dibuat dari kayu cengal berharga RM3,500.00.

Beautiful!

Cermin dengan daun jendela dengan ukiran 'Bunga Seri Pagi'. Harganya RM1,700.00. 


Kain-kain batik.

Terompah merah Masyarakat Cina dan Baba Nyonya Melaka. 

Tak pernah saya nampak corak kain batik begini. Kata Cik Karyaneka, kain batik kaler begini paling digemari oleh pelancong asing. 


Miniature replicas of historic Melaka's builings dan rumah Melayu Melaka. 


Sebelum ke kedai satu lagi, bergambar kejap di tangga batu Melaka ni 😊. 

Next kami ke souvenir shop yang menjual produk-produk Yayasan Restu. 

Sumber: Yayasan Restu dan MelakaKini.
Yayasan Restu ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai sebuah organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan, telah mendominasi inisiatif penyelidikan keagamaan menerusi usaha penyalinan dan penyebaran al-Quran.

Cawangan galeri pameran dibuka di Hotel Mudzaffar bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat tempatan mengenai institut ilmiah terkemuka negara itu agar terus diangkat sebagai cabang platform ilmiah agama terkemuka.

Galeri pameran ini berperanan sebagai premis promosi dengan mempamerkan beberapa kesenian dan kaligrafi Islam.

Yayasan Restu berupaya menjadi pusat dakwah dan penyelidikan berteraskan Islam di negara ini melalui inisiatif penyalinan dan penghasilan terjemahan al-Quran kepada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Kazakh, bahasa Hausa, bahasa Khmer dan edisi Jawi.

Yayasan Restu mempunyai pusat percetakan al-Quran terbesar di dunia di Presint 14, Putrajaya, yang berperanan sebagai pusat penyelidikan, pentafisran, penterjemahan, penerbitan dan pengagihan al-Quran.

Yayasan Restu turut terlibat memainkan peranan penting penubuhan Kompleks Nasyrul Quran selaku pencetak al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi. Ia mencetak sekurang-kurangnya satu juta naskhah al-Quran setahun dengan 70% darinya untuk kegunaan umat Islam di Malaysia.

Jabatan 'Research Islamic Architecture and Interior Design' Yayasan Restu telah ditubuhkan pada tahun 2002 untuk memperkenalkan reka bentuk seni bina dan reka bentuk dalaman Malaysia yang kreatif dan tradisional. Tugasnya menggabungkan banyak kaligrafi dan illuminasi. 

Sejak penubuhannya, jabatan ini telah mengalami pertumbuhan yang besar dan ramai yang berbakat telah dijadikan kakitangannya bagi merealisasikan reka bentuk yang unik dan artistik dan juga untuk memenuhi keperluan pasaran.

Antara beberapa tugasan jabatan ini adalah: Menjalankan kerja-kerja penyelidikan bahan dan reka bentuk yang sesuai untuk ruang / kawasan tertentu, mereka bentuk dan menghasilkan jubin berpermukaan terukir di mana penjagaan khusus diberikan kepada iluminasi dan unsur-unsur Islam, menyediakan perkhidmatan perundingan untuk reka bentuk berasaskan seni bina konsep Islam, dan menyediakan bahan binaan untuk projek seni bina Islam.

Yayasan Restu berdedikasikan untuk menyusun dan merakam motif-motif budaya tradisional Melayu untuk setiap negeri di Malaysia yang jelas dipengaruhi oleh budaya Islam.

Hasil seni Yayasan Restu mencerminkan gabungan luar biasa kedua-dua seni tradisional Islam dan moden, sehingga terciptanya keindahan yang unik dan belum pernah dibuat sebelumnya.

Antara jubin-jubin berukir (engraved tiles) yang dipamerkan di sini. 


Ok, kita explore sikit lagi Mudzaffar Hotel ini. Ruang legar hotel ini turut dihiasi dengan pasu-pasu besar yang cantik ini di mana warna hijau tetap dijadikan warna pilihan. 

السلام عليكم 

Juga ada lukisan peta Malaysia yang unik ini. Unfortunately I did not have any information about it. 










Naik semula ke bilik.

Sabun gamat yang kami beli tadi di Karyaneka Shop di lobi. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. deko dia macam campuran baba nyonya + melayu klasik dan arab

    ReplyDelete
  2. En Syed boleh baca tak tulisan / ayat dekat peta malaysia tu ?
    ayat Al Quran kan ?
    cantiknya jubin-jubin tu !
    macam dekat Melaka eh memang Melaka , macam dekat Portugal

    kapal tu ada bilik. bilik hotel ke ?

    berapa RM kain batik corak kegemaran pelancong tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes doc those are ayat2 Al Quran. For example, yg peta Johor tu ialah Surah Al-Bayyinah.

      Bila saya tgk jubin2 tu teringat the house renovation tv shows di astro dan terfikir ok tak kalau jubin2 cantik ni digunakan sebagai jubin backsplash untuk dapur? Or are they to bold? Hehehe.

      Kapal tu adalah untuk functions and events like gatherings, weddings, ceramah agama etc.

      Segulung kain batik tu harganya RM49 doc.

      Delete