Wednesday, November 30, 2022

BALKANS - BOSNIA & HERZEGOVINA - FROM SARAJEVO TO MOSTAR - FROM JABLANICA TO MOSTAR

Assalamualaikum.
Sambung lagi cerita percutian negara Balkan kami. Still di Bosnia & Herzegovina. Lepas stop di Jablanica kami pun meneruskan perjalanan ke Mostar, sebuah lagi bandar bersejarah di Bosnia & Herzegovina.
Mostart - Starigrad is Mostar Old Town where most of the major tourist action takes place in the city.

Perjalanan dari Jablanica ke Mostar melalui kawasan pergunungan. Maka kelihatan juga beberapa jambatan-jambatan tinggi seperti ini. Ini adalah sebuah jambatan kereta api yang dibina merentasi sungai Diva Grabovica di lokasi sungai Diva Grabovica bertemu dengan sungai Neretva. Jambatan kereta api ini dibina 10 tahun sebelum pembentukan tasik buatan Jablanica.

Laluan jalanraya Jablanica ⇋ Mostart dibina menyusuri sungai Neretva yang merupakan salah satu sungai terbesar di bahagian timur lembangan Adriatik. Maka saya manfaatkannya dengan merakam lagi pemandangan-pemandangan indah yang dapat dilihat dari dalam bas. And the views are simply amazing. SubhanAllah.

Selain jambatan-jambatan yang dibina di celah-celah gunung dan lembah, terdapat juga beberapa jambatan yang dibina merentasi sungai Neretva ini. 

The views are just so breathtaking.

Salah satu sumber semula jadi yang paling berharga di Bosnia dan Herzegovina dan Croatia ialah sumber air tawarnya, yang terkumpul dari mata air yang banyak dan sungai yang jernih.

Terletak di antara sungai-sungai utama wilayah (sungai Drina di timur, sungai Una di barat dan sungai Sava) lembangan Neretva mengandungi sumber air minuman yang paling penting.

Sungai Neretva adalah yang paling terkenal di antara sungai-sungai di rantau Dinaric Alps, terutamanya kerana ekosistem dan habitatnya yang pelbagai, flora dan fauna juga sejarah dan warisan budayanya.

Kelihatan juga banyak pylons dibina di lereng-lereng gunung di tepi sungai Neretva ini. Kuasa elektrik di sini adalah dijana oleh beberapa loji kuasa di sungai ini.


Di sungai ini terdapat 4 loji kuasa dengan empangan besar dengan ketinggian lebih 150 meter yang menyediakan perlindungan banjir, bekalan kuasa dan simpanan air.


Sungai Neretva terkenal kerana persekitaran semula jadi dan kepelbagaian landskapnya.


Ini adalah salah satu loji kuasa di sungai Neretva ini. Ia adalah Salakovac Hydro power plant.

Salakovac Hydro power plant ialah salah satu loji kuasa hidro terbesar di Bosnia dan Herzegovina yang mempunyai kapasiti elektrik terpasang sebanyak 210 MW. Selain dari loji ini, terdapat 2 lagi loji kuasa hidro besar, Grabovica dan Jablanica, yang dikendalikan oleh syarikat yang memiliki loji Salakovac ini iaitu Elektroprivreda BiH. Elektroprivreda BiH juga mengendalikan dua thermal power plants, Tuzla dan Kakanj.

Jalanraya yang sedang kami lalui ini namanya European route E73 yang membentuk sebahagian daripada rangkaian United Nations International E-road network, menghubungkan Hungary dan timur Croatia ke Bosnia dan Herzegovina dan Laut Adriatik di sekitar pelabuhan Ploče. Panjangnya adalah 679 kilometer. 

Bahagian terpanjang European route E73 ini melalui Bosnia dan Herzegovina dan dikatakan sebagai jalan yang berperanan membangunkan negara itu. Jalan ini juga berfungsi sebagai jalan sambungan terpendek bagi bahagian timur dan selatan Croatia.







Most Branilaca Dreznice. 







Kelihatan juga kegiatan fish farming dibuat di sungai Neretva ini. 

Di sungai Neretva dan lembangan sungai Vrbas (terutamanya di Federation of BiH) terdapat kira-kira 40 ladang ikan salmonid konkrit (rainbow trout, brown trout and brook trout) seluas 8.5 ha dan 14 ladang ikan sangkar salmonid (rainbow trout) seluas 8.1 ha.











Crkva Presvetog Srca Isusova - a Catholic church. Passing through Potoci town, Mostar.

Katoličko groblje Borača - Borača Catholic Cemetery.

Di Potoci ada banyak ladang seperti ladang olive farms, organic farms and honey producers. This is a huge olive farms. 



Samostan Školskih sestara franjevaka Krista Kralja - Monastery of the School Sisters of the Franciscans of Christ the King - is a convent.

Agroturizam Hercegovina - Agritourism of Herzegovina.

Blagaj adalah sebuah perkampungan di Mostar yang terkenal dengan mata air sungai Buna dan tekke bersejarah (tekija atau Dervish monastery) yang dibina sekitar 1520, dengan unsur seni bina Uthmaniyyah dan gaya Mediterranean dan dianggap sebagai monumen negara. Kami akan Blagaj juga nanti.


Kelihatan seperti ada car boot sale.



Supermarket Bingo.

International Primary School.

Gas station INA.



Raštanski most.





Neretva river.


Kawasan pergunungan di selatan Herzegovina menawarkan keadaan yang sangat baik untuk wind farms. 
🔷Negara ini memperoleh sebahagian besar tenaga elektriknya daripada arang batu.
🔷Tenaga hidro adalah satu-satunya jenis penjanaan elektrik boleh diperbaharui yang telah ditubuhkan setakat ini.
🔷Turbin angin menjana tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui sebagai alternatif kepada penjanaan kuasa arang batu.
🔷Penjanaan tenaga arang batu bukan sahaja merosakkan iklim, ia juga mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan orang ramai.

Bandar Mostar.

Kelihatan di atas gunung sebuah salib besar. It is the Križ na Humu - Millennium Cross. Pada tahun 2001 UNESCO dan bandar Mostar mengumumkan rancangan pembinaan Old Bridge. Pelbagai pemimpin politik Croat tidak begitu gembira dengan rancangan itu, kerana mereka menganggap Jambatan Lama tersebut sebagai simbol Muslim. Orang Croat juga mahu meninggalkan jejak Christianity mereka dan bertindak balas dengan memasang salib besar di atas bukit Hum.

Millenium cross dibina di puncak tertinggi bukit Hum dan menghadap ke bandar Mostar. Ia setinggi 33 meter, dibina sekitar 2002 bagi mewakili 2,000 tahun agama Kristian. Salib itu dikatakan menandakan permulaan baru. Dengan salib besar yang menjulang tinggi di atas bukit sudah tentu bukan sesuatu yang menarik minat penduduk Mostar yang mengikuti kepercayaan yang berbeza-beza. Sebahagian daripada umat Islam Mostar menganggap salib itu sesuatu yang menyinggung dan memalukan.

Semasa perang, bukit Hum dan pemandangannya ke atas Mostar digunakan sebagai senjata yang mengerikan. Mendirikan salib gergasi di atas bukit yang menghadap ke Mostar, semasa perang etnik berlangsung yang memecahbelahkan bandar itu secara fizikal selama bertahun-tahun, sudah tentu, bermasalah dan tidak boleh megahkan.

Mostar ialah sebuah bandar dan pusat pentadbiran Herzegovina-Neretva Canton bagi Persekutuan Bosnia dan Herzegovina, entiti Bosnia dan Herzegovina, dan ibu kota bersejarah Herzegovina.

Mostar terletak di Sungai Neretva dan merupakan bandar kelima terbesar di negara Bosnia & Herzegovina. Mostar dinamakan sempena penjaga jambatan (mostari) yang pada zaman pertengahan yang menjaga Stari Most (Old Bridge) di atas sungai Neretva. 

The Old Bridge dibina oleh Uthmaniyyah pada abad ke-16, merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan salah satu mercu tanda yang paling kerap dilawati di Bosnia dan Herzegovina, dan dianggap sebagai contoh terbaik karya seni bina Islam di Balkan.

Bersama-sama dengan Sarajevo dan Banja Luka, Mostar adalah pusat kewangan terbesar di Bosnia dan Herzegovina. Salah satu daripada tiga bank terbesar di negara ini mempunyai ibu pejabatnya di Mostar. Memandangkan tiga empangan terletak di bandar wilayah Mostar, bandar ini menjadi pangkalan yang kukuh untuk pembangunan masa depan.

Ekonomi Mostar banyak bergantung pada industri aluminium dan logam, perkhidmatan perbankan dan sektor telekomunikasi. Bandar ini adalah lokasi kepada beberapa syarikat terbesar di negara ini.

Penduduk Mostar terdiri daripada kumpulan etnik berikut: Croat (48.4%); Bosniak (44.1%) dan Serbia (4.1%). Bandar Mostar mempunyai penduduk Croat terbesar di Bosnia dan Herzegovina. Seperti di banyak bandar lain, profil demografinya telah diubah dengan ketara selepas Perang Bosnia; dalam kes Mostar, kebanyakan orang Serbia meninggalkan atau dipaksa keluar dari bandar.

Menara tinggi itu ialah Mostar Peace Bell Tower, looming over Mostar.

Mostar ialah destinasi pelancongan penting di Bosnia dan Herzegovina. Lapangan Terbang Mostar, stesen kereta api dan bas menghubungkannya ke beberapa destinasi nasional dan antarabangsa. Bandar lama Mostar ialah destinasi pelancongan yang penting dengan Stari Most menjadi tempat lawatan yang paling dikenali.


Ini tanah perkuburan Islam Šarića Harem - Graveyard Saric, Mostar.

Graveyard Saric (Sarica Harem) merupakan salah satu daripada dua kuburan bandar besar, yang satu lagi ialah Sutina Graveyard yang juga menempatkan pemandangan kubur Kristian, Ortodoks dan Ateis.







Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.