Friday, February 22, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 01 & 02 - DEPARTURE / ARRIVAL AND 1ST NIGHT IN AUCKLAND

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Percutian abroad kami yang pertama untuk 2019 ialah ke New Zealand. Isteri ingin ke South Africa tapi rezeki kami ke New Zealand pula. Masa mencari pakej ke South Africa, isteri terjumpa pakej ke New Zealand yang cuma ke North Island sahaja, tidak seperti kebanyakkan pakej percutian ke NZ yang merangkumi both North Island and South Island. 

Pakej ke North Island sahaja ini adalah sangat bersesuaian dengan kami. 
- Harga pakejnya hampir half of the pakej North/South Islands. 
- Duration pun cuma 7 hari dan bukan sampai berbelas hari. Jadi tak la perlu ambil cuti terlalu lama. 
- Then tarikh pakej ni terkena pula dengan Cuti Hari Wilayah dan Tahun Baru Cina. So lagi la dapat jimat cuti. 
- Lagi plus point ialah di NZ masa tu ialah musim panas, so terbit mataharinya 6.30 pagi dan terbenam pada pukul 8.30 malam. Jadi waktu siangnya panjang, membolehkan jalan-jalan lebih lama. Also jadinya senang nak jamak solat Zohor dan Asar. Also tak payahlah serabut pakai winter attire 😊.
- Pihak travel agent pula berjaya dapatkan kami seorang tour guide Melayu, so senang berkomunikasi dan jaga solat/makan. 
Alhamdulillah.

Also we were told by the travel agent that Air Asia X akan menghentikan penerbangan ke Auckland bermula dari 11 Februari 2019. So kami masih la lagi dapat enjoy tiket murah Air Asia masa tu.

Perjalanan kami di North Island cover areas Auckland, Hamilton, Waitomo Caves, Matamata, Rotorua dan Taupo.

Yang tak begitu plus point sangat, duit sana lagi besar. Jadi makan, entrance fee etc adalah mahal. Tapi bila dah bajet betul-betul maka tidaklah membebankan. Alhamdulillah.

And the obvious question is, kenapa kami tak ke South Island sekali? Sebab, like I stated above, due to lebih mahal dan lebih cuti kena ambik. Also kami rasa macam ada lebih pelbagai lagi attractions di North Island. 

Kalau mahal kenapa tak travel je sendiri tanpa menggunakan travel agent? Like sewa campervan dan drive sendiri? Aduh... kami mahu bercuti i.e ingin semua di taken care of as much as possible so that barulah boleh enjoy the jalan-jalan. Kami tak larat la memandu and do all the related things when one uses that method of travelling. Umur dah macam ni, maka harus la kami sedar diri.. hehe. Lagi pun masa dalam kenderaanlah saya paling banyak dapat ambik gambar pemandangan yang cantik di NZ ni. So kalau memandu tak dapat la.   

Ok cukup la dengan opening tu. Saja saya catat 'agar aku tidak lupa' 😊.

Baik, saya mulakan cerita percutian kami ke New Zealand, North Island. Macam biasa mesti selit satu foto dalam teksi 😊. Flight berlepas pukul 11.55 malam, so kami bertolak ke KLIA 2 pada pukul 6 petang.

Flight dari KLIA2 ke Gold Coast Airport ambil masa lebih 8 jam. Then transit di Gold Coast selama 75 minit. Then 3 jam lebih lagi ke Auckland Airport.


Alhamdulillah cuaca petang tu baik. We were hopeful sama la malamnya nanti.

Hotel Movenpick yang membentuk sebahagian dari Kompleks Pengurusan Haji dekat KLIA.



KLIA2.


Ada decoration sambutan Tahun Baru Cina di KLIA 2 ni. Memang masa Chinese New Year adalah masa kami sering pergi bercuti. Tahun lepas di waktu yang sama kami bercuti ke Kerala di India. Setahun sebelum itu kami ke Brunei dan setahun sebelumnya pula ke Philippines. CNY pada tahun yang sebelum itu pula kami bercuti ke Bukittinggi di Indonesia. Next year, belum ada perancangan lagi.


Nampak macam tak ramai orang. Sebenarnya ramai sebab it was long holiday period.

Departures.

Kami dinner di Pappa Rich. Restoran lain semua sesak. 


Tu dia! RM59.60!

Lepas dinner, bersolat.

Lepas solat, pergi Drop Bag. Sepatutnya Drop Bag je, sebab dah buat Online Check-in tapi staff Air Asia di situ beritahu semua passengers yang dah buat Online Check-in ke Australia dan New Zealand masih perlu buat Check-in macam biasa sebab ada arahan to do so dari kedua-dua negara tu. Maka ramai passengers yang merungut. Kesian pulak tengok staff Air Asia tu kena handle mereka. Lagi la passengers tak puas hati bila kena queue ke kaunter Check-in dengan passengers yang nak ke Indonesia, yang ramai sekali. Kami tenang je la dan berwefie.. hehe. Anyway, semua Air Asia staff di kaunter masa tu did a good job, semua kaunter buka dan prosesnya pun cepat. Kami beratur kurang 20 minit je.

Tukar RM1,000 dapat la NZD350.

Jom ke Perlepasan.



Cuaca baik, Alhamdulillah.





Pesawat kami, Air Asia X D7 206 adalah penerbangan yang terakhir berlepas pada malam itu.

Trip kali ni, abang ipar sekeluarga, 4 orang, join kami. So kami 6 orang sahaja yang dah kami arrange private package. Kami berjumpa di Gate Q10. 



Melangkah masuk sambil membaca doa.

Kapal terbang Air Asia X D7 206 ni kerusinya 3-3-3. Kami di belakang, di row 2-3-2. Kami dapat pula yang 2 seater tu dengan aisle yg lebar. Jadi selesa la. 

Ngantuk campur excited.

Flight ni lamanya 8 jam 20 minit. Ada 2 sesi flight meals dihidangkan. First one about 1 jam lepas departure dari KLIA2. The second one about 2 jam sebelum pesawat mendarat di Gold Coast. Passengers yang dah buat pre-booked meal boleh pilih nak makan masa sesi pertama atau kedua. Kalau tak buat pre-booked meal, boleh dibeli dalam pesawat. 

Saya masih kenyang so akan makan my per-booked meal masa sesi kedua. Meanwhile, beli snacks ni.. hehe.

Isteri saya lapar so dia makan her pre-booked meal masa first session ni.

Selesai makan kami pun tidur. Bangun-bangun dah sunrise di Australia. 

Teramat sungguhnya cantik ciptaan Allah swt. 








Sesi makan kedua, 2 jam sebelum mendarat di Gold Coast. Nasi lemak. Ni kira sarapan la ni.

My wife beli grilled cheese sandwich, while I helped finished.. hehe.

Berikut adalah beberapa views Gold Coast dari kapal terbang.














Alhamdulillah selamat mendarat di Gold Coast Airport.

Kod lapangan terbang OOL bagi airport ini adalah bersempena nama lama airport ini ~ Coolangatta Airport.

Security checks di airport ini adalah ketat tapi semua berjalan lancar. Since transit kami cuma 75 minit dan passengers yang transit nak ke NZ pun ramai, makanya lepas pemeriksaan sekuriti we hardly had time to rest di ruang menunggu ni. 

Dah kena naik kapal terbang balik.. hehe.

Meneruskan penerbangan ke Auckland pada pukul 11:30 am. Lagi 3 jam 25 minit.  

Advantage duduk di window seat, boleh la ambik gambar pemandangan macam ni.

Alhamdulillah, cuaca sepanjang penerbangan dari Gold Coast ke Auckland juga baik dan cerah.







Lapar, so kami berdua beli meals.

Our lunch Golden Butter Chicken dan Chicken Tikka Masala. Sedap. Alhamdulillah.

Tu, dah nampak New Zealand dah! Excited pak cik 😊.

View macam ni mengingatkan kami pada Great Ocean Road di Victoria, Australia.



Amazing view.






Alhamdulillah, selamat mendarat di Auckland International Airport pada pukul 5.35 petang mengikut jadual.


'Haere mai' means 'Welcome'. It is a Maori greeting. 

Di airport lagi dah terasa ke'Maori'annya. Love it! Btw, 'Aotearoa' adalah nama New Zealand dalam Bahasa Maori. Ia bermaksud 'land of the long white cloud'.

Di Auckland International Airport ni we met up with Haziq our tour guide. Dia ni pelajar Malaysia dan dah nak gradute dah tahun ni. Dia kerja Tour Guide secara part time masa cuti semester musim panas begini. Dia dah beberapa kali dah bawa pelancong Malaysia bercuti di sini.

Suasana di Auckland International Airport.

Di airport ni juga ada 2 patung 'Fantasy Art' Hobbit dwarf sculptures installations. Ia bagai gateway to Middle-earth dan merupakan salah satu cara mempromosi New Zealand melalui fenomena filem arahan Peter Jackson 'The Hobbit'.  Ini salah satu darinya. Besar patung ni,  5 meter tingginya.

Maka haruslah bergambar dengan sculptures ni.. hehe.

Lepas tu terus dibawa Haziq ke van di parking lot. 

Stop kejap ambil gambar patung Jean Batten di depan Auckland International Airport ni.  

Jean Batten ialah seorang aviator wanita dan pilot yang pertama yang terbang secara solo dari England ke New Zealand selama 11 hari pada tahun 1936.

Dari Airport, kami dibawa ke hotel Ascotia Off Queen, hotel penginapan kami di tengah bandar Auckland. Perjalanan ambil masa lebih kurang kira-kira 40 minit.



Lebih kurang pukul 6 petang masa ni. Masuk waktu solat Maghrib adalah about pukul 8:30 pm.

Seronok dapat duduk depan. Luas la sudut nak ambik gambar.. hehe.

Melalui terowong.



Ada beberapa body of water yang kami nampak masa dalam perjalanan dari airport ke Bandar Auckland.


Menuju ke pusat bandar Auckland.

Tiba ke bandar Auckland.

Ini St Benedict’s Church.

Juga dikenali sebagai St Benedict’s Parish of Newton-Auckland, sudah ada gereja di tapak ini sejak 1880. Dulu ia merupakan gereja terbesar di New Zealand.

Juga kelihatan masa dalam perjalanan ini ialah Auckland Sky Tower. Ia adalah menara telekomunikasi dan pemerhatian di Auckland, New Zealand. Tingginya 328 meter menjadikan struktur ini yang paling tinggi di Southern Hemisphere. Dalam program percutian ni, kami ada naik menara ni. Ada 'Sky Jump' dan 'Walk outside the exterior'. Adakah saya nak cuba? Hahahaha.. yeah right! 😂.

City of Auckland skyline.

Berbukit-bukit bandar ni.

Punya la saya excited bila nampak this amazing mural! 😃. Dah la saya memang minat sangat pada art macam ni, tambah pulak yang melibatkan Maori Tattoo! 
Mural setinggi 3 tingkat bangunan ini ialah oleh Auckland Street artist Owen Dippie featuring a Māori woman, Tania Cotter, wearing a tā moko, a traditional Maori face tattoo. Mural ini berjudul "Hine" yang mewakili femininity as each of her facial moko is representative of a Maori goddess.



Tiba di hotel Ascotia Off Queen. Sebuah hotel 3 bintang.

Comel je biliknya. Gitu la kalau duduk di hotel di tengah bandar. Lagi la kalau lokasinya dekat (walking distance) dengan popular shopping streets macam hotel ni. Jalan tu ialah Queen Street yang merupakan jalan komersial utama di Auckland CBD, Auckland, juga pusat penduduk utama New Zealand. Apa pun yang paling penting bilik ni ada ruang untuk bersolat yang selesa.

Dan kira bonus la bila view dari tingkap hotel boleh nampak Auckland Sky Tower. 



Lepas settled in dan selesai bersolat di hotel, kami pun keluar for dinner. Terang lagi nak makan malam dah? Betul sebab sini Maghrib pun pukul 8:30 pm. Kami ikut Haziq sebab dia nak tunjukkan kami di mana nak makan. Kami dibawa ikut Queen Street. 

Kami passed by Myers Park, sebuah taman awam yang dibuka pada tahun 1913. 

Taman padang berumput ini agak curam dengan barisan campuran pokok eksotik dan asli yang besar, termasuk lorong pokok palma. Curam sebab maklum la Auckland ni bandarnya berbukit. 

Bangunan putih belah kiri tu ialah The White House Entertainment Center. Actually adult entertainment center. Ada striptease show dalam tu. 

Kalau nak menginap di hotel banyak bintang di Auckland ni boleh la duduk di hotel Four Points by Sheraton ni. 

Ada benches di pejalan kaki. Elok la sebab masa ni kami sedang jalan turun bukit, so it was a breeeze. Nanti lepas makan nak balik ke hotel kena panjat bukit. Dah mengah nanti bolehlah duduk berehat kejap di benches ni.. hehe.

Di Auckland ni ada banyak restoran Asia. Termasuk la yang halal. 

Then we passed this iconic building, the Auckland Town Hall. Saya memang la suka historic building macam ni. 

Since kami sedang nak pergi makan malam, maka ambil gambar dari luar je. Actually masa tu tak sure kalau boleh masuk pun. Tapi cantiknya dalam tu!

Exterior Auckland Town Hall building.

Suasana di pusat komersil Queen Street. 

View of Auckland Town Hall's clock tower.

Sebelah Auckland Town Hall ada sebuah dataran, namanya Aotea Square. Ia adalah kawasan dataran awam yang besar di CBD Auckland. Dibuka secara rasmi pada tahun 1979 dan digunakan untuk konsert, perhimpunan terbuka, pasar dan perhimpunan politik. Boleh muat seramai 20,000 orang dalam satu masa.
Nama 'Aotea' berasal dari Motu Aotea, nama Maori untuk Great Barrier Island, yang merupakan pulau luar pesisir terbesar di New Zealand, kira-kira 90 km dari pusat bandar Auckland.

Di jalan masuk ke dataran ini dari Queen Street ada sebuah arch yang dipanggil 'Waharoa' (Gateway in Māori), yang dibentuk dengan kayu dan tembaga oleh Selwyn Muru, seorang pengukir Māori. Ini adalah versi expressionis sebuah pintu masuk tradisional Māori.  

Ia mempunyai simbol seperti burung, ikan dan bulan sabit dan bintang tetapi juga ada elemen seperti simbol pelucutan senjata nuklear, yang mencerminkan pengaruh moden pada seni New Zealand.

Haziq membawa kami ke International Food Court yang terletak di dalam bangunan Sky World.

Suasana dalam mall / foodcourt.

Kami makan di Uncle Man's Express. 

Macam-macam ada. NZD13 tu is about RM36.00.

Saya order mee goreng. Besar sungguh portionnya! 😂

Besar pun habis jugak sebab sedap! 😋

Orders kami yang lain termasuk nasi ayam, nasi goreng, kuey teow goreng dan mee rebus. Verdict? Semua sedap! So kalau ke Auckland dan terasa/teringin/rindu kat makanan Malaysia sila la ke sini ya. 

Alhamdulillah, kenyang.

Lepas makan, kami pun berjalan-jalan sekejap while on the way balik ke hotel. It was such a nice night dan nyaman je. Bila panjat bukit berpeluh la jugak. 

Auckland Sky Tower di malam hari. 

Meriah suasana malam di Auckland ni. Susah nak nampak orang Kiwi (orang putih local) sebab Haziq beritahu mereka especially weekend suka dok rumah je. Yang ramai kami nampak bangsa-bangsa Asian lain terutama Chinese. 

Sebabkan tak kuasa nak berdepan dengan pemeriksaan ketat kastam New Zealand, kami sekeluarga tak bawa makanan langsung dari Malaysia. Jadi kami request untuk Haziq bawa kami ke sebuah pasaraya Countdown yang berhampiran sebab kami nak beli Maggi dan jajan untuk bekalan perjalanan hari-hari yang seterusnya. 

Sebelum kami masuk ke supermarket ni, we bid good night pada Haziq and to see him tomorrow morning for pick up and touring. Fyi, pekerja di NZ ni bila habis je time kerja, mereka terus balik. Sangat jarang nak buat overtime. Dan sepatutnya tugas Haziq sebagai tour guide dah habis masa hantar kami ke hotel earlier tapi dia baik hati untuk tunjukkan tempat makan malam dan supermarket. 

Di dalam pasaraya Countdown. 

Then kami pun berjalan balik ke hotel. Sambil-sambil tu macam biasa terus ambil gambar. Ada Broadway Musical Aladdin di bangunan Civic ni. 

Aladdin, Genie and Jasmine.

Bergambar sekejap. 

Auckland Town Hall's clock tower.

Exterior Auckland Town Hall building.

Jadi kami pun passed by again pintu masuk utama ke Town Hall ni. Masa tu saya memang teringin nak masuk tengok dan ambil gambar, jika dibenarkan. Kalau tak dibenarkan pun tak pe. At least cuba la tanya. So I did. Kebetulan ada seorang petugas lelaki di entrance pintu tu and he look very friendly and smiled at us as we approached. Bila tanya boleh ke kami masuk, 'Of course' kata dia. Nak ambil gambar pun boleh. Btw, nama petugas tu ialah Rizwan. Muslim rupanya, so kami pun saling memberi salam. He told us he is local native NZ tapi since muka dia ada sikit iras muka orang Pakistan/Bangladesh kami fikir mungkin dia generasi kedua yang memang dah lahir dan dibesarkan di negara ini. Unfortunately, lupa nak ambil gambar dia.

After short pengenalan diri kami pun explore the main hall dekat entrance. What beautiful interior! 

Grand!

Rizwan kata these are the original tiles from back when the building was opened in 1911.

Auckland Town Hall ini adalah sebuah bangunan bersejarah di Queen Street di Auckland CBD, yang terkenal kerana sampai sekarang masih lagi digunakan bagi tujuan asalnya iaitu berfungsi sebagai pusat pentadbiran (lokasi mesyuarat dan perbincangan Majlis). Juga terkenal because of its Great Hall dan Dewan Konsert berasingan. Dewan Perbandaran Auckland ini sangat dilindungi sebagai tapak warisan 'Kategori A' di dalam Auckland District Plan.

Dibuka pada 14 Disember 1911 oleh Lord Islington, Gabenor New Zealand, bangunan itu adalah salah satu struktur warisan yang paling menonjol di Queen Street. 

Bahagian dalam Dewan Perbandaran ini telah dipulihkan secara besar-besaran dari 1994-1997 dengan kos sebanyak NZ$33 juta, sebahagiannya kerana struktur batu yang tidak diperkuat tidak memenuhi piawaian gempa bumi. Firma kejuruteraan Australia, Sinclair Knight Merz mempelopori pelbagai teknik untuk memperkuat struktur tanpa mengubah sebahagian besar bangunan warisan ini.

Antara plak yang ada di foyer. 

Complex fragmented porcelain and glazed ceramic tiling was restored with exact, new purpose-made replicas in the lavish main entrance foyer. 

Bahagian dalamannya dilitupi dengan beberapa jenis permukaan seramik Inggeris - tessellated floors and glazed ceramic wall tiles.

Wrought iron grill yang cantik.

Grand high ceiling and the grand stairs.


Ada peringatan untuk Kate Sheppard, pioneer of women's rights and universal suffrage. 


View dari tingkat dua. 




Beautiful original floor tiles.


Sampai puas dapat ambil gambar dalam town hall ni 😊.

Dan tentu la kami berterima kasih pada Rizwan kerana benarkan kami masuk dan ambil gambar. We chatted a bit and he suggested that we visit a few local attractions di Auckland ni. So friendly and nice of him. 

Obviously visit ke Auckland Town Hall ni tiada dalam itinerary percutian kami. Kira bonus la dapat lawat salah satu bangunan bersejarah di Auckland ni.

Sambung semula jalan balik ke hotel. Haa.. kan dah kata tadi memang good idea letak benches di sini. Mengah dibuatnya panjat bukit.. hehe.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. dah tahu saya akan tanya soalan soalan tu eh?
    siap siap jawab.. :)
    dan.... sebab tak nak kena tiap tiap hari bersihkan septic tank and sink tank dan isi air camper van!!
    kita nak holiday .. tak nak buat semua tu!!!:)

    yahudi sungguh harga makanan dekat airport kan! fish and chips >20 rm!!
    saya dengan dak iyra dok membebel pasal ni lah hari tu ..!
    tapi kan.. rupa rupanya harga tak banyak beza pun denga yang dekat shopping mall.. kedai tu lah ..

    so.. kalau nak makan dua kali .. boleh beli on line 2x tak? sebab kalau beli on line dapat makan dulu dari semua orang ..


    amazing views og Gold Coast coast line !!
    and Auckland coast line!
    kenapa tepi tepi sungai dekat auckland tu warna cokelat ?
    jean batten tu fly solo ? dengan kapal terbang yang tak berapa moden ..? berapa kalilah dia berhenti kan? navigation systemnya macamana eh ? mana ada gps / electronik thingys lagi masa tu

    canti sungguh Jasmin kat poster Alladin tu!

    wehhh..
    baru sampai dah makan makanan malaysia !!!! belum kategori rindu malaysia lagi !! baru berapa jam!!!hhehehehe..

    cantik sungguh interior town hall tu .. the banister , wrought iron railing , tiles
    age old ..

    lama tak jumpa .. nampak kurus aaa!!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually masa di NZ ada saya terjumpa 2 guys dari M'sia yg travels with families and relatives yg drive campervan. Mereka yg tanya saya kenapa tak travel like them. Tu yg terpanggil nak include in here sebagai part of my opening.

      And yeah, in case you asked.. hehehe. But then you already know wife and I don't travel like that. You know we use package... hahahaha.

      And yes, tong buangan najis tu! I cannot...

      Mmg la mahal sgt, but it was expected. Tak pernah la kami nak beringat bawak something from home.

      Tak pernah saya buat tapi rasanya boleh. Should be la kan especially flight macam ni.
      Yesss.. yg ada prebook dpt makanan dulu. Yg sedihnya macam kami yg beli dlm kapalterbang, dah la duduk seats paling belakang. Dah la lambat, choices pun dah limited.... hehehe.

      Kan. Alhamdulillah masa tu almost cloudless dan cuaca terang cantik dan time pun siang masa sampai tu. Maka boleh nampak the shores.
      Cokelat? Tak tau la. May be sebab adjustments yg saya buat kot.
      Exactly because of all your questions lah makanya her feat was such an amazing one.

      Indeed. She's Shubshri Kandiah as Princess Jasmine, Perth-born.

      Hahaha... dah semua nak makan di kedai tu. Ada juga kedai halal yg lain tapi tutup.

      Syukur doc dpt masuk tgk dlm Town Hall tu. Tu la satu2nya historical building yg sempat kami lawat. Yg ni pun secara kebetulan je. Most tours kami adalah outdoor. Sebenarnya ada dlm itinerary lawat satu bangunan lama, now a museum, tapi tutup sebab upgrade.

      Kurus? Takkk... editing tu... hahahaha...

      Delete
  2. Kami tertarik dgan artikel blog Tuan "agar saya tidal lupa tentang taman Herba negeri Perak,kerna ia akan di lupakan boleh Tuan hubungi kami atau wasp 01135626929 nak minta nasihat Dan pandangan Tuan,Terima Masih,harap dapat panggilan Dari Tuan

    ReplyDelete
  3. Bestnya blog ni. Seronok baca catatan encik dgn gambar2nya. Btw, nak tya boleh? Encik pakai camera apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wan Ir.
      Saya guna compact camera Canon SX720 HS.

      Delete