Wednesday, November 30, 2016

KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 03 - BAIT AL-OTHMAN MUSEUM - ORIENTAL CUISINE - AL MUBARAKIYA

Saya sambung cerita cuti-cuti kami di Kuwait. Ini adalah hari terakhir kami di Kuwait. Esok kami akan bertolak ke UAE pula.

Selepas solat Maghrib di residence, kami dibawa pula oleh kawan saya ke satu lagi muzium iaitu Bait Al Othman Museum. Muzium ni according to my friend is a must visit museum. I totally agreed with him!

Kami tiba di Bait Al Othman Museum ni lebih kurang pukul 7 malam. Muzium ni dibuka hingga pukul 9 malam, so had ample time to explore. And photography is allowed, which to us is definitely a good thing lah 😊.
Ada info tentang muzium dan pengasas muzium ini.

Ini di bahagian depan muzium. Ada beberapa objek pameran which we will see closer later bila dah selesai round di bahagian dalam.

Info visiting hours.

Ini tiket masuk ke muzium. Entrance fee is KD2 atau RM28.00.

Seperti biasa saya share the brochure. Muzium ini mempamerkan kebudayaan dan sejarah Kuwait. Asalnya adalah sebuah rumah yang dibina pada tahun 1940an dengan 157 bilik, 16 dapur dan 61 bilik air.  

Setiap aspect kehidupan, budaya dan sejarah Kuwait sejak dari era pra-minyak dipamerkan di dalam bilik-bilik khas. Muzium ini berfungsi sebagai peringatan peristiwa-peristiwa masa lalu untuk memupuk semangat nasionalisme, patriotisme dan tanggungjawab di kalangan generasi muda. Dan muzium ini sebenarnya sangat besar - 9,454 meter persegi. Nampak macam kecik je dari luar.
Ada peta muzium pada brochure. Bagusnya! Senang la nak navigate dalam muzium besar ni. Ada banyak sections seperti housh (courtyard), diwaniyas, dapur, ruang tamu, bilik tidur dan bilik pelawat. Juga ada bahagian dedicated untuk kementerian-kementerian seperti Ministry of Information, Interior and the Culture and Arts. Ada juga Kuwaiti House Museum, Heritage Hall, Drama Museum, Kuwaiti Souq dan lain-lain. 

Ada souvenir shop.

Masuk je ada satu dewan besar cantik ni yang dipanggil housh atau courtyard. Ada dipamerkan beberapa sampan dan dhow di ruang ni. Oh by the way, this museum is fully air-conditioned. 

Di housh ini juga ada pameran di bahagian Kuwait's Life Journey Museum yang mengambarkan kehidupan orang Kuwait masa pra-minyak.

Berniaga masa dulu di Kuwait.

Muzium ni memang hebat. Barangan yang dipamerkan memang tulin dan lengkap, betul-betul barangan dari era pra-minyak. 
Ada minyak sandalwood dari Bombay, sikat rambut kayu dan krim Tiger Balm. 

Fascinated sangat, tu yang sampai terbongkok ambik gambar.. hehe.

Menjual hasil tenunan. 

Bilik pameran yang pertama kami masuk ialah bilik pameran Kuwait Airways. 

Yep, memang uniform pramugari Kuwait Airways dulu-dulu pendek macam tu. 


Kuwait Airways memulakan perkhidmatannya pada 16 Mac 1954. Penerbangan pertamanya adalah dari Kuwait ke Beirut (Lebanon), Damascus (Syria) dan Abadan (Iran). 

Board of Directors.

Lapangan terbang berpasir Kuwait tahun 1932.


Next, Kuwaiti Currencies.

Currency apa pulak dalam guni-guni ni?

Aaaa.. ni zaman dulu masa duit masih tak ada. So they traded  one commodity for another as needed such as tembakau, gula, beras, kopi, kurma dan teh. Belalang pun ada. 

Then coins were introduced. 

Copper coin pertama di Kuwait pada tahun 1887. Digunakan cuma sebulan sahaja. Rare sangat coin ni. 

Jenis-jenis duit shiling zaman dulu. 

Sebelum Kuwait mempunyai matawangnya sendiri, Indian Rupees yang diperkenalkan oleh British sewaktu menjajah negara ini digunakan sebagai matawang rasmi.


Third issue of Kuwaiti Dinar.

Tinggi sungguh nilai Kuwaiti Dinar sampai kena break jadi 1/4 dan 1/2. 


Ini di bahagian 'The Stages of Telephone Development in Kuwait'.

Antik-antik telefon di sini. I like!

Juga peralatan radio dan telekomunikasi.

Kembali semula ke housh atau courtyard. Kami ikut je peta muzium ni.. hehe.

Antara yang dipamerkan di housh ni.

Ada juga set up sebuah kedai runcit dengan foto-foto celebriti Kuwait zaman dulu.

Since muzium ni besar, elok sangat ada sofa benches ni untuk duduk berehat. 

Jom explore lagi. By this time we realised that tak ada pelawat lain masa tu. Syok la kami explore dan ambik gambar.. hehe.

Ke 'The Amiri Diwan'. 

Salasilah Keluarga Diraja Kuwait. 
Kuwait adalah sebuah negara beraja berpelembagaan yang diperintah oleh seorang Amir. Di bawah Perlembagaan Kuwait, Amir berkuasa untuk melantik Perdana Menteri yang seterusnya diberi kuasa untuk melantik kabinet yang membentuk kerajaan.

Putera Mahkota yang mewarisi takhta perlu mendapat persetujuan majoriti Ahli National Assembly (Parlimen) Kuwait. Sekiranya Putera Mahkota tidak mendapat sokongan majoriti yang diperlukan, Amir perlu mengemukakan 3 nama baru calon yang bersesuaian dari kalangan anggota Keluarga Diraja untuk persetujuan semula National Assembly. Putera Mahkota akan mewarisi takhta Kuwait selepas kematian Amir yang memerintah.

Portrait-portrait mereka. 




Pemerintah sekarang, Sheikh Sabah Al-Ahmed Al-Jabir Al-Sabah adalah Amir Kuwait yang ke-15.

Model Seif Palace yang merupakan kediaman rasmi Amir Kuwait.

Next is Kuwait National Guard.
Foto kanan: Ramai rakyat Kuwait yang dijadikan Tawanan Perang (Prisoners-Of-War/POW) oleh Tentera Iraq semasa Perang Teluk dan ruang ini didedikasikan untuk mereka.

Left: 'Free Kuwait' Memorabilia.
Middle: Kuwait National Guard uniform.
Right: Military ceremony music suit for the band in the Kuwaiti National Guard.

Left: Cannon shell RCL 105 mm.
Middle: Receptacle of copper for cannon shell.


Right: Ricket 68 mm made from France.


Foto-foto Amir dengan Kuwait National Guards.

Bilik seterusnya ialah 'Martyr Bureau'. 

Portraits para syahid.

Replika Al-Qurain Museum yang kami dah lawat pagi tadi juga ada di bilik martyr ni.



Kami meronda lagi. Saya ternampak ada beberapa lukisan menarik di dinding muzium ni. 

A beautiful old wooden door.

Satu lagi lukisan yang saya jumpa yang mengambarkan suasana di pelabuhan Kuwait zaman dulu.

Ini bahagian 'Drama Museum and Kuwaiti Souq'. Later kami akan ke sini. Now make a turn to the next room dulu.

Kami masuk dulu ke Kuwaiti House Museum. Menarik ni!

Sebuah lagi lukisan depiciting old Kuwait. Saya noticed semua lukisan ni adalah dari pelukis yang sama. 

Ini di ruang depan sebuah rumah rakyat Kuwait. Ada tempat duduk berbantal. Dan mestinya ada tempat buat menjerang kopi atau teh untuk menjamu tetamu. Lengkap dengan baby dalam crib. 

Satu lagi lukisan peniaga di pasar Kuwait. 

Kita masuk pula ke  'Bride's Room'.

Ruang bilik tidur lengkap dengan bride bertelekung membaca Al Quran.

Cantik dan antik betul perabut-perabut on display. Hebat efforts mereka dalam usaha menonjolkan depiction yang accurate.

Saya kalau nampak details macam ni, memang la teruja sangat. Jadi perlulah ambik gambar.. hehehe. Ada mesin jahit putar pakai tangan, seterika lama yang pakai arang, terompah-terompah kayu, radio lama, cermin muka bulat dulu-dulu, lampu minyak lama dan selipar-selipar kulit. Bestnya! 😊

Di luar bilik tu ada pula sampan lama ni. 

Another beautiful painting.

Masuk ke Marine's Museum pula. 

Memang best museum ni. So many items, besar mata saya tengok satu per satu! 😁

Jom tengok 'Diwaniyah' orang Kuwait pulak. 'Diwaniyah' secara literalnya bermaksud, 'berkumpul', 'tempat berkumpul', hall atau lounge. Ia berasal dari perkataan Arab "Diwan" yang bermaksud tempat di mana Amir bertemu rakyatnya dan mendengar isu-isu mereka.
Diwaniya ni dah ujud di Kuwait sejak dahulu lagi. Ia adalah tempat menerima tetamu oleh tuan rumah lelaki menyambut rakan-rakan perniagaan dan tetamu lelaki. Hari ini istilah ini merujuk kepada kedua-dua dewan penerimaan dan perhimpunan. Hosting di diwaniyah ni merupakan ciri penting dalam kehidupan sosial seorang lelaki Kuwait dan dah jadi sebahagian dari asas kehidupan Kuwait.

Inilah antara sebab utama yang saya suka muzium ni. Pameran-pamerannya cukup lengkap memberi gambaran sebenar sesuatu suasana. And you can walk in and observe all the meticulous details that are on display. 

Sebuah diwaniyah yang tipikal di Kuwait where the gentlemen would sit around and talk business or pleasure while drinking coffee or tea. 
Diwaniyah di Kuwait ni dah evolve dari khemah-khemah di padang pasir dengan duduk atas bantal di lantai berkarpet ke sebuah dewan gathering dalam rumah seperti ini.

Kawan saya bercerita konsep diwaniyah ni memang sangat penting dalam masyarakat Kuwait. Contohnya, semasa bulan Ramadhan, kawan saya setiap hari menerima jemputan ke rumah-rumah orang Kuwait dan hadir ke diwaniyah mereka selepas solat tarawih. Dalam satu malam kadang-kadang tu sampai 4 rumah! Jenuh la dia memenuhi jemputan.

Tengok tu, lengkap dengan lesung penumbuk, bara api, pengepam udara untuk bara api, penyepit bara selain kelengkapan seperti teko-teko dan cawan-cawan. Kedudukan tempat buat kopi ni selalunya di hujung diwaniyah.
Peralatan menyediakan kopi terdiri dari teko tembaga pelbagai size yang mucungnya panjang seperti dalam gambar yang dipanggil "Dallah". Kopi Arab atau Qahwa dihidangkan dalam cawan kecil yang diperbuat daripada tembikar. Sama ada pemilik menyediakan kopi itu sendiri untuk tetamu atau staff dia yang buatkan.

Pada orang Arab minum-minum kopi cara ini adalah penting sebagai tanda hospitaliti, kemurahan hati dan kekayaan. Juga berkaitan dengan bersosial dengan rakan-rakan, keluarga dan rakan-rakan perniagaan.

Di dinding diwaniyah ni juga ada foto-foto lama. Awesome or what la! Boleh lihat bagaimana cara pakaian lelaki bangsawan Kuwait dulu-dulu. Telling images macam ni dan juga semua details pameran memang saya suka sangat as they gave me a glimpse of what it was like back then. 

Dan tentunya saya cuba rakam sebanyak details yang boleh 😊.
Ada foto-foto vintage, radio lama, alat pengisar kopi dan teko-teko, gramophone antik, mangkuk bekam dan cerek-cerek antik.

Panjang pulak cerita Diwaniyah ni kan... hehe. Dah jom ke bilik pameran seterusnya 😊.

Seterusnya ke Pejabat Saudagar pula.

Saya rasa diadakan bilik Merchant Office ni kerana perniagaan adalah merupakan satu aspect penting dalam kehidupan orang Kuwait zaman dulu. Banyak aktiviti perdagangan took place.

Tempat saudagar menerima dan berbincang dengan businessmen.

Meja kerja saudagar. 

Jom tengok 'Living Room' pulak. 

Ruang tamu tipikal orang Kuwait zaman dulu. Cosy 😊.

Antara barang-barang yang ada di ruang tamu. 

Perabot antik dan tv/radio lama.

Masa saya kecik dulu, di rumah kami memang ada wall carpet gambar Masjidil Haram ni. Rasa nostalgic kejap 😊.

Now ke Kuwaiti Kitchen.

Dapur orang Kuwait dulu-dulu. 'Wanita' tu sedang buat flat bread masak atas kuali terbalik.
Terfikir kalaulah tetiba kepala patung perempuan tu bergerak toleh ke arah kami... serammmmm.. dah la masa tu kami berdua je di situ.... hehehe.

Perkakas dan bahan-bahan memasak. 
Ada dapur minyak (warna biru). Teringat masa kecik dulu, mak masak pakai dapur tu la. Masa tu saya fascinated sangat tengok mak isi minyak dalam botol kaca, lepas tu letak botol kaca tu sebelah dapur dengan posisi terbalik supaya minyak tanah tu mengalir ke stove. Lepas tu macam mana mak nyalakan sumbu dapur tu. Aaaa... such fond memories.. hehehe. 

Almari antik dan peti sejuk dan mesin basuh lama. 

Haaa... reban pun ada! Ayam-ayam tu patung tapi burung-burung tu real 😊.

Kawasan belakang rumah siap ada ampaian pakaian, telaga dan tempat cuci pinggan mangkuk dulang belanga.

Nama game tradisional Kuwait ni ialah Al-Darbaha, as per the label pada roda tu.

Ini pula Kitchen Utensils Room. 

Menarik perkakas-perkakas ni cuma rasanya akan lebih menarik jika dipamerkan dalam setting suasana dapur. 
Butter churner with glass jar tu vintage sungguh!! 😲

Next, the Kuwait National Cinema co. room. 

Zaman gemilang penghasilan filem dan drama TV Arab Kuwait diperingati dalam bilik pameran ini. 

Dulu-dulu kiranya Kuwait ni jadi pusat dunia perfileman Arab tapi tak lama lepas tu Mesir pulak took over the gelaran di mana negara tu produce 3/4 of total filem dan drama TV dalam bahasa Arab.


Di Islamic Collectibles ni ada pelbagai artifak Islam dari Al Quran lama hingga ke potteries. 

Top right: hand written Quran by Taher ben Ahmed 1270.
Top left: hand written Quran by Saeed bin Idris 1201.
Bottom right: 19th century Ottoman Copper Bowl engraved with floral designs.
Bottom left: 19th century Islamic bowl.


Terompah mandi Ottoman.

Sandal kulit Ottoman.

Kasut kulit Ottoman.

Ini bahagian 'Drama Museum and Kuwaiti Souq'. Di bahagian ini ada dikumpulkan macam-macam props dari drama bersiri TV Kuwait. Settings created for the drama series were that of a Kuwait old souq. Sebab tu la ianya jadi sebahagian pameran muzium ini.

Siri TV Kuwait popular tu adalah sebuah drama bersiri komedi bertajuk 'Darb Al Zalaq' atau 'The Slippery Path' yang diterbitkan pada tahun 1977.
Siri TV tu menceritakan kisah Hussain, seorang janitor yang jadi kaya selepas kerajaan membeli rumahnya semasa tempoh penilaian perumahan berikutan penemuan minyak. Lepas tu dia asyik dengan satu demi satu skim cepat kaya hingga mengalami nervous breakdown sampai pakar psikologi dia suruh dia pergi bercuti ke Mesir.

Saya dah tengok a few clips drama TV ni di Youtube dan memang ada props ni. Rajin kan! Hahahaha... 😅.
Kedai tukang kasut.

Kedai jual bottled drinks. Vintage sungguh!

Kedai barangan tembaga.

Kedai runcit.

Saya suka betul Coca Cola vintage sign board ni.


More vintage signs. Ada Coca Cola and Sinalco enameled sign dan Pepsi Cola bottle cap tin metal sign. Collectors items semua ni!

Kalau tengok ke atas ada flying carpet! Tu adalah satu babak dari sebuah old short opera bertajuk 'Bsat Al-Faqor'. 

Juga ada pelamin tradisional yang dipanggil 'koosha'. 

Ke bahagian Sayed Bahbahani Museum pula. Muzium ni mempamerkan barang-barang yang disumbang oleh Sayed Ismail Bahbahani dan keluarga beliau.

I so adore these old wooden doors. So much history and character. 

Barang-barang sumbangan Sayed Bahbahani yang dipamerkan. Apa yang menarik bagi saya tentang items ni semua ialah ia memberi sedikit gambaran bagaimana hidup seorang bangsawan Kuwait di masa dulu. Kehidupan yang begitu mewah, sepertinya apa saja peralatan dan kemudahan yang diperlukan semua ada, dari senjata seperti pedang dan senapang, hingga ke telefon dan gramophone. 

Teko-teko antik.



Mungkin foto tengah tu lah Sayed Bahbahani.


Banyak sekali sumbangan barangan dia ke muzium ini.

Dalam Bait Al Othman Museum ni juga ada cafe. Jom kita tengok kejap rupa cafe ni.

Cantik, direka macam diwaniyah. Wished we had more time, boleh relax kejap di cafe ni. Tapi masih banyak lagi area nak cover.. hehehe.

Dari bahagian Sayed Bahbahani Museum, kami masuk ke section Internal Souq pula. 

Dinding di Internal Souq ni penuh dipamer pelbagai jenis radio-radio lama dan vinyl record players

Antique turntables.

Wonderfully decorated antique trunks. 

Ada living room di section Internal Souq ni. 


Dan mesti la ada set buat kopi ni. 

Contoh pejabat khidmat Writer. 


Sebuah farmasi.


Poster lama dalam farmasi ni. Awesomenyaaa! 😊

Sebuah perahu kayu lama dan eagle.

Tukang besi.


Tukang emas.

Pembuat roti.

Ke bahagian Sports Museum.





Next kami ke satu section yang pada kami paling menarik sekali. Actually semua sections dalam muzium ni adalah menarik belaka tapi yang ni lebih sikit menariknya kerana unik. Oh ya, sign pada burung ostrich tu dalam bahasa Arab yang bermaksud roughly 'Muzium persekitaran daratan' which sounded macam pelik.. hehe. So I guess saya namakan section ni 'Kehidupan di Gurun' atau 'Desert Life'. Ok jom masuk.

Lorong masuk ke 'Desert Life' section.

Uwaahhhh.... awesomenyaaaa.... 😮.

Luas sungguh. Masa tu kami noticed ada burung-burung berterbangan di atas kepala. Ingatkan section ni open air tapi tidak rupanya. And there are birds flying freely inside this huge enclosure. 

Kelihatan juga beberapa buah khemah besar di hujung ruang besar ni. Di tepian khemah ada binatang belaan untuk pengangkutan seperti unta dan keldai ditambat. 

Ada telaga yang gayung pencedok airnya disokong dengan 3 kayu usang. Ada karung kulit dan buyung tembikar untuk mengisi air. Semua look very authentic. 

Di pintu masuk ni juga ada dhab, seekor binatang dari jenis cicak. Ia vegetarian dan most times duduk dalam lubang tanah yang digalinya atau di celah-celah batu untuk berlindung. Yang ni dikurung dalam balang kaca. Dhab ni halal dan boleh dimakan. Orang Badwi suka makan dhab ni.

Ada pelbagai haiwan gurun dipamerkan di sini. Dah taxidermied la 😊. But not the birds. The birds are very much alive and they can surely fly by and poop on your head, so they are very real indeed.. hehehe. 

Jom kita explore! Excited 😁.

Untuk anak-anak orang Badwi agaknya dibuatkan juga satu khemah untuk mereka, and this one look like a mini diwaniyah siap dengan sitting area dengan tempat duduk berbantal dan minuman. Cute la sangat! 😄

Oh ya, the path jalan masuk ke dalam section ni dihadang dengan pengadang kaca jernih which is such a great idea. Well, obviously untuk elak pelawat dari entering the sandy area and messing with the displays. For me, more importantly though, was foto-foto nampak elok as if tak de pagar. Kalau ada pagar kayu ke, tak nice la. 

Satu lagi khemah mini. Comel je. 

Ada  kolam dan burung-burung helang. 

Haiwan-haiwan gurun.

Burung-burung gurun.
Burung helang sedang menangkap mangsa.

A falcon. 
Burung helang adalah burung pemburu yang amat diperlukan oleh orang Badwi sejak beratus-ratus tahun dan sering dianggap sebagai ahli keluarga. Jadi ada strong bond of trust antara burung helang dan tuannya kerana burung-burung helang ini memainkan peranan penting dalam membantu keluarga untuk terus hidup di padang pasir.

Seekor burung helang yang baru ditangkap memerlukan 4 minggu untuk dijinakkan. Masa tu burung tu akan sentiasa bertenggek di atas lengan tuannya, beransur-ansur mengenal suara tuannya dan bergantung pada tuannya untuk mendapat makanan. 

Tengok betapa cantiknya antique wooden air blower tu. 

Burung-burung hidup di ruang pameran ini. 

Burung hidup bertenggek atas hidung taxidermied camel.. hehe. 


More desert animals.



Jom jalan ke khemah-khemah pula. Seorang wanita Badwi sedang di bahagian luar khemah sedang memasak. 
Kerana orang Badwi sering berpindah randah, jadi susah la nak bawak sayuran dan buah-buahan. Bawak tepung dan beras adalah lebih senang. Jadi makanan utama adalah roti seperti roti fetir klasik yang dibuat dengan tepung, air dan sedikit garam dan dimakan dengan sup atau susu panas pada waktu pagi. Atau moraras, seperti pancake, dibuat daripada tepung, air dan samna (sejenis lemak) dan gula atau madu.

Walau pun status seorang wanita Badwi ditentukan oleh suaminya, wanita itu memegang kehormatan suaminya kerana beliau bertanggungjawab dalam segala urusan dalam khemah mereka, melayan tetamu, mengurus kerja-kerja rumah dan ternakan dan membesarkan anak-anak.

Khemah orang Badwi adalah berbentuk segi empat tepat dan terdiri daripada 2 atau kadangkala 3 bahagian. Satu bahagian adalah untuk wanita, dapur dan bilik stor. Bahagian lain adalah hampir secara eksklusif merupakan domain lelaki dan untuk tetamu dan kaum kerabat. Kadang-kadang rumah Badwi ada bahagian ketiga, di mana diletak haiwan yang sakit atau sangat muda.

Khemah orang badwi yang tradisional adalah ditenun dari bulu kambing. Bila hujan, anyaman bulu kambing tu akan mengecut dan air hujan tak masuk khemah. Semasa musim panas pula walaupun di luar adalah panas, di dalam khemah terus kekal nyaman. Pada musim sejuk pula, dengan nyalaan api kecil cukup dah untuk memanaskan khemah. 

Bahagian diwaniyah dalam khemah. Look very cosy and inviting. 



Pemandangan padang pasir dari dalam khemah.

Seorang wanita Badwi sedang menenun. Ada jiran khemah sebelah datang menegur. 

Mesin menenun dan bahan-bahan untuk tenunan.

Tak tahu saya apa mesin/perkakas/perabot ini.

Diwaniyah ni with pillowed benches seatings. 

Lantai adalah fully covered with Persian carpets. 

Okeh, one last shot of this awesome section of the museum before we left. 

We really did immensely enjoyed ourselves jalan-jalan dalam bahagian Desert Life ni. We think the museum curator did an excellent job! 

Off to the remaining section of the museum. Kami jalan semula ke bahagian depan muzium ni di courtryard besar tadi. Ada section 'Desert Environment' dengan pameran kampung miniature orang Kuwait dulu-dulu. 


Model rumah orang Kuwait. Rumah-rumah masa tu dibuat dari dari lumpur dan batu laut.

Model dapur tradisional membuat roti. 

Ke satu lagi museum. 

Yet again the details, the vintage items on display got me excited.. hehe. 

Saya suka section ni sebab ada more miniatures.


People miniatures. Mengambarkan kegiatan harian penduduk. Yang ni nampaknya macam seorang pembantu menolong membawakan barangan belian seorang wanita untuk dihantar ke rumah. May be masa tu ada service pembantu macam tu.  

Mengisar bijirin dan membuat roti.

Bagaimana barang dibawa dari satu tempat ke satu tempat. Pintu kayu digendong macam tu!

Pemuzik. Model rumah orang Kuwait.

Diet makanan orang Kuwait dulu-dulu.

Perkakas-perkakas dapur.


Di dalam bilik lelaki. Di kaunter tu ada sikat, shaving brush, pisau cukur, ketam rambut dan botol-botol minyak. Di dinding ada kipas tangan mengkuang. Di bangku tersidai tuala mandi dan sejadah. Bestnya details!


Pakaian penyelam tiram.

Jenis-jenis kunci dari jenis selak kayu dan tombol berkunci.

Bilik dengan sebuah lukisan yang sedang disiapkan.

Ke section Kuwait Oil Company. Ada banyak info industri petroleum Kuwait. 


Ada banyak foto-foto vintage. Saya suka!! 😊


Amir Kuwait merasmikan pembukaan dermaga minyak baru.


Dan mestilah saya lekapkan sekali di sini foto-foto vintage ni 😊.











Masa Perang Teluk, banyak telaga-telaga minyak Kuwait dibakar musnahkan oleh tentera Iraq.

USD 5 bilion terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan Kuwait untuk membangunkan semula industri minyaknya.

As the world watched in horror the magnitude of the devastation of the oil piers, Kuwaitis struggled to contain the raging fire.

Seterusnya ke Police Station. 

Ministry of Interior.

Ministry of Defence.





Di pameran Kuwait Education Journey. 

Sekarang sekolah moden.

Dulu-dulu sekolah pondok.

Aaaa... ok, selesai dah kami jalan-jalan dalam muzium yang sangat awesome ni! Memang puas hati sungguh! Okeh, kita duduk sekejap. Lelah jauh berjalan dalam muzium yang besar ni 😊.

Signing buku pelawat sambil berposing.. typical tourist betul kan... hehehe. 

Sebelum beredar kami tengok dulu pameran peralatan perang dan barang kebudayaan Kuwait yang menarik di luar muzium ini. 





Beautiful!


Saay suka yang ni.. hehehe. 

Gelas kopi/teh giant 😊.


Di tempat parking pulak ada dipamerkan model kapal tradisional dan kenderaan-kenderaan perang sebenar yang digunakan dalam Perang Teluk. Best betul la muzium ni! 




Memang bagus sangat Bait Al Othman Museum ni. Muzium yang mesti dilawat kalau ke Kuwait City. Banyak sekali pengetahuan tentang sejarah Kuwait dan rakyat Kuwait yang kami dapat selama hampir 2 jam di muzium ni. 

Syukur Alhamdulillah.

Malam tu kami makan malam di Oriental Cuisine restaurant, our last dinner di Kuwait City. 

The drinks.

The dishes. Tomyam tu sedap sungguh. Ikan masak lemon tu pun. Sayur kangkung yang nampak simple tu pun sedap. Apatah lagi pulut mangga bersantan tu. Sedap la semuanya. Alhamdulillah.

Lepas dinner, kami ke Souq Al Mubarakiya sekejap sebab my friend nak beli oudh perfumes for his friends.  

Suasana dalam sebuah kedai minyak wangi di Souq Al Mubarakiya. Bau harum sungguh sampai dizzy kepala... hehehe. 


Sempat la jugak took a few shots sebelum terpaksa keluar kedai tu and wait outside sebab dah tak tahan bau kuat oudh.. hehehehe. 



Pulang ke residence. Dalam perjalanan tu, kami ditunjukkan bangunan Sekolah Al Mubarakiya ini yang merupakan sekolah formal tertua di negara Kuwait. Sekolah ini dibuka pada tahun 1911 dengan 245 orang penuntut pada ketika itu.

Masjid Al Kabir.

Macam semalam, sampai residence phone terus auto connected to wifi dan message ni masuk. Wah! 8 ribu langkah. Tak la rasa guilty sangat makan pulut mangga bersantan tadi.. hehehe. 

Berikut adalah summary jalan-jalan Kuwait kami hari ke 4:
1) Silsan Sea Tour
2) Al Qurain Martyr Museum
3) Marina Cresent Mall
4) Freej Swaeleh restaurant
5) Embassy of Malaysia, Kuwait
6) Bait Al Othman Museum
7) Oriental Cuisine restaurant
8) Souq Al Mubarakiya

Syukur Alhamdulillah.

Bersambung dengan jalan-jalan kami di UAE....

Berikut saya senaraikan kesemua entries Kuwait saya for easy reference:
1) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 01 - DEPARTURE AND ARRIVAL
2) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 01 - TAREQ RAJAB MUSEUM OF ISLAMIC CALLIGRAPHY
3) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 02 - TAREQ RAJAB MUSEUM - FRIDAY PRAYER - SHATEA ALWATYIA RESTAURANT
4) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 03 - FISH MARKET AND SOUQ SHARQ
5) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 01 - RADISSON BLU HOTEL - KUWAIT MARINE MUSEUM - RADISSON BLU FUN RUN
6)  KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 02 - KUWAIT TOWER - MIRROR HOUSE
7) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 03 - ALSHAHEED PARK - SOUQ AL MUBARAKIYA
8) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 01 - SILSAN SEA TOUR - AL QURAIN MARTYRS MUSEUM
9) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 02 - MARINA MALL - FREEJ SWAELEH - EMBASSY OF MALAYSIA
10) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 03 - BAIT AL-OTHMAN MUSEUM - ORIENTAL CUISINE - AL MUBARAKIYA

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.