السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Tepat pukul 2:30 petang kami pun bertolak dari Kangar, Perlis ke George Town, Pulau Pinang. Kami menggunakan khidmat teksi Pak cik Saadon yang telah bawa kami jalan-jalan semasa kami di Perlis. Perjalanannya ambil masa lebih kurang 2 jam.
Passing through Bandar Kangar. Ini restoran US Pizza where we had lunch on our first day at Kangar.
Bangunan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.
Pak cik Saadon begitu baik hati bawa kami ikut jalan kampung melalui banyak kawasan-kawasan sawah padi yang indah.
Sudah semestinyalah kami merakam keindahan hamparan sawah padi di Perlis dan Kedah masa dalam perjalanan kami ke Pulau Pinang.
Sambil melintasi kawasan sawah padi, Pak cik Saadon bercerita kepada kami tentang proses penanaman padi di sekitar Kedah/Perlis. Kata dia, dengan kemajuan dalam bidang pertanian sekarang, padi yang ditanam dapat dituai sehingga 3-4 kali setahun. Teknologi moden seperti drone turut digunakan untuk membantu pesawah melaksanakan tugas seperti menyembur racun serangga.
Cerita pasal sawah padi ini mengingatkan saya pada Jata DiRaja Raja Perlis yang saya lihat di gerbang sempadan Kedah-Perlis dan pada Mercu Tanda DiRaja di Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen. Pada Lambang Negeri Perlis ini lingkaran padi.
Lambang Negeri Perlis mempunyai lingkaran padi, perisai dan tulisan Jawi yang bertulis 'Perlis'. Lingkaran padi pada Lambang Negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.
Jata Negeri Kedah dan Negeri Perak juga mempunyai lingkaran padi.
Sekali sekala kami berpeluang menyaksikan kawasan padi yang berair begini, seperti kolam besar yang tenang airnya. Bila begitu dapatlah saya merakam keindahan bayangan pokok-pokok dan langit biru berawan pada bendang 😃.
Rumah-rumah di tepi bendang.
Yang bagusnya juga Pak cik Saadon tidak memandu dengan laju. Steady je dia drive ikut speed limit. Maka ini membolehkan saya merakam imej yang agak sharp seperti ini dari dalam teksi 😊.
Saya juga gigih cuba merakam traktor-traktor di sawah 😅.
Passed by Kampung Bendang Baru.
Terfikir juga kalaulah kami lalu di sini masa musim menuai tentunya kawasan sawah sebegini indah dengan warna kuning keemasan 😊.
Menguning seperti di Sekinchan ini 😃.
Sebuah rumah di tengah bendang.
Kedah dan Perlis menghasilkan kira-kira 43% pengeluaran padi negara di mana kawasan penanaman padi di Perlis adalah seluas 24,000 hektar diusahakan oleh seramai 9,171 pesawah padi. Pengairan sawah padi di Negeri Perlis adalah dari Empangan Muda.
Dapat juga saya rakam jentera menuai padi warna kuning yang besar ini. Jadi la walaupun ianya tidak menuai 😄.
Rumah burung Walit yang dibina untuk mendapatkan sarang burung.
Alhamdulillah, cuaca baik semasa perjalanan kami masa itu.
Dapat pun satu shot jentera menuai padi ini dengan lebih dekat lagi 😄😃.
Since tak dapat rakam jentera menuai ini yang sedang bergerak, saya kongsi di bawah foto-foto jentera menuai padi yang sedang beroperasi yang saya rakam di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor a while ago.
Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor |
Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor |
Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor |
Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor |
Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor |
Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor |
Jentera padi yang ini saya tak pernah nampak. Ia juga adalah jentera menuai padi yang dipanggil Jentuai Mini.
Sebelum ini saya tidak tahu pun ada begitu banyak jentera atau mekanisasi yang digunakan dalam penanaman padi seperti dalam senarai di bawah 😲. Rupanya traktor membina dan membaiki batas sawah pun ada!
Masa saya dan isteri melawat sebuah kilang padi di Sekinchan ada kami lihat mesin-mesin besar yang digunakan untuk memproses padi dan Rice Seedling Transplanter.
Mesin-mesin memproses padi - Boiler, Blower, Storage, Rice Huller Machine, Paddy Separator and Rice Polisher Machine di Kilang Beras Rakyat Sekinchan Sdn. Bhd. |
Rice Seedling Transplanter di Kilang Beras Rakyat Sekinchan Sdn. Bhd. |
Rice Seedling Transplanter di Kilang Beras Rakyat Sekinchan Sdn. Bhd. |
Kelihatan seorang pesawah sedang bekerja di sawah padi. Saya baca migrasi kaum muda ke bandar merupakan salah satu faktor yang menjejas pengeluaran padi negara.
Ada bendera Palestin di pasang pada jentera ini.
Kejayaan aktiviti penanaman padi dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya adalah sumber air yang mencukupi dan sistem pengairan dan saliran yang baik.
Pada masa ini kami pun masuk ke Kedah.
Melalui Kampung Sanglang.
Beberapa lagi jentera tuai padi.
Kami pun came upon Gunung Keriang. Gunung Keriang ini tingginya 217.92 meter dengan lokasi di tengah-tengah sawah padi. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun) dan Early Triassic conodonts di barat laut Semenanjung Malaysia.
Gunung Keriang merupakan pembentukan Batu Kapur Chuping yang paling ke selatan. Formasi Chuping banyak tertabur di bahagian tengah Perlis. Adalah dipercayai bahawa air laut yang susut melonjak pulau Keriang membentuk apa yang masa kini dikenali sebagai Gunung Keriang. Walau pun saiznya kecil penduduk tempatan tetap memanggilnya gunung.
Dikatakan terdapat sekurang-kurangnya 10 jenis batu berlainan di Gunung Keriang. Kepelbagaian batu yang menarik ini menjadikan Gunung Keriang sebagai warisan geologi unik bagi penyelidikan dan kajian lanjut dan patut dilindungi.
Keindahan Gunung Keriang yang menghiasi landskap Kedah pernah kami saksikan ketika senja dari Menara Alor Setar.
Pemandangan Gunung Keriang dari Menara Alor Setar |
Perjalanan kami ke Pulau Pinang diteruskan.
Memasuki Lebuhraya PLUS.
Keindahan hamparan sawah padi Kedah.
Dari dalam teksi saya gigih cuba merakam sawah padi yang ada pokok-pokok kelapa... hihi 😄.
Kalau tidak silap itu adalah Hutan Lipur Rekreasi Tupah (Tupah Recreational Forest). Sebagai sebahagian daripada formasi Gunung Jerai, Hutan Lipur Tupah terletak pada ketinggian antara 100-200 meter dari aras laut.
Penang Bridge Traffic information.
Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.
Since kami datang dari arah Utara, maka Pak cik Saadon, our taxi driver, bawa kami lalu Jambatan Pulau Pinang Pertama sebab lebih dekat.
Ini pemandangan Jambatan Pulau Pinang Pertama ketika kami terbang dari KLIA ke Alor Setar.
Dari Jambatan Pertama ini kita juga boleh lihat Jambatan Pulau Pinang Kedua.
Ini pemandangan Jambatan Pulau Pinang Kedua dari kapalterbang.
Maklumat ringkas tentang Jambatan Pulau Pinang Pertama dan Kedua.
Pemandangan George Town dari Jambatan Pulau Pinang Pertama.
George Town dengan Menara Komtarnya. George Town, dahulunya dikenali sebagai Tanjung Penaga, adalah penempatan British pertama di Asia Tenggara.
Kelihatan Pulau Jerejak (kiri), area Bayan Lepas dan Bukit Kukus di background.
The Light Collection, Penang.
Terus lagi perjalanan ke hotel.
Banyak sekali bangunan pencakar langit di Pulau Pinang. Dianggarkan, setakat 2016 sahaja sudah ada lebih 680 bangunan tinggi dan pencakar langit yang siap dibina di Pulau Pinang.
Bangunan tinggi beberapa blok ini adalah Bayswater Resort Condominium.
Mutiara Heights.
The Spring Condominium.
Sri Saujana Apartments.
Mutiara Idaman 2.
Wesley Methodist School.
Serina Bay Apartments. Bangunan putih di belakang tu adalah Sandilands Condominium.
Pencakar langit pertama Pulau Pinang kekal tertinggi di negeri ini sehingga hari ini. Disiapkan pada tahun 1986, Menara KOMTAR pada asalnya adalah 232 m (761 kaki) tinggi. Ia kini menempatkan pejabat kerajaan negeri Pulau Pinang, termasuk pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
This is Temple of Monkey God, Penang at jalan Pengkalan Weld.
Dan kami pun selamat sampai ke Royale Chulan Penang, hotel penginapan kami di Pulau Pinang. Alhamdulillah.
Royale Chulan Penang Hotel is at the heart of UNESCO Heritage Site in George Town, Penang, Malaysia. This 4-star heritage property offers a charming fusion of history through its colonial architecture and style, and modern luxuries through unique accommodations and gourmet dining options. Part of this hotel in Penang is a beautifully restored heritage building built in 1892 which provides a charming old-world sophistication unique to Royale Chulan Penang.
royalechulan.com/Penang
Checking in.
The lobby.
Cantik design bunga di lantai marmar lobi hotel ini. Ia mengingatkan saya lantai Sahan Courtyard di Sheikh Zayed Grand Mosque Abu Dhabi, United Arab Emirates dan juga pada lantai di Empire Hotel and Country Club, Brunei.
Sahan Courtyard di Sheikh Zayed Grand Mosque Abu Dhabi, United Arab Emirates.
Bunga-bunga seperti iris, teratai, bunga popi, bunga tulip, bunga ros, melur dan passifloras telah dipilih untuk hiasan lantai Sahan Courtyard ini.
Empire Hotel and Country Club, Brunei.
Ke bilik penginapan.
Satu lagi marmar mozek bunga di lantai depan lift. Nice.
Bilik kami.
Syukur Alhamdulillah, biliknya cukup selesa sekali.
Pemandangan dari tingkap bilik.
Ini adalah Swettenham Pier Cruise Terminal. Ia terminal untuk feri ulangalik Butterworth ⇋ George Town. Terminal di Butterworth adalah Pangkalan Sultan Abdul Halim.
Sekarang tiada lagi digunakan feri lama. Sudah digantikan dengan Passenger Ferry untuk bawa penumpang dan Vehicle Ferry untuk bawa motorsikal dan basikal.
Walau bagaimanapun, Penang Fast Ferry ini adalah perkhidmatan sementara beroperasi dari 1 Januari 2021 hingga pertengahan 2022 sebelum ditukar kepada penggunaan Water Bus atau boleh juga dipanggil Water Taxi. Essentially a ferry service juga lah.
Tiada lagi feri-feri ikonik ini yang dinamakan sempena nama-nama pulau di Malaysia. Yang ini namanya Feri Pulau Payar.
Feri Pulau Angsa.
Feri Pulau Talang-Talang.
Dari tingkap bilik hotel kami boleh juga nampak Butterworth. Ini Penang Port, Butterworth.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment