Friday, May 15, 2020

SUMATERA BARAT 2020 - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ARRIVAL


Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kembali saya dengan catatan percutian ke Sumbar (Sumatera Barat). Iya betul, saya sudah pun ke sana sebanyak 3 kali sebelum ini. So why go there again la? Sebab wife nak bawa her kakak and family jalan-jalan ke sana. Saya mesti la nak join sekali.. hehe. 

Lokasi Sumatera Barat.

Ini peta perjalanan kami selama 4 hari 3 malam di sana. As you can see, kami masukkan lawatan ke Sawahlunto dalam trip Sumbar kami kali ini, a town both my wife and I had never visited before. Ada UNESCO World Heritage Site di situ. Tempat-tempat lain tu adalah yang standard dan mesti kami masukkan dalam itinerary sebab ini adalah trip pertama kakak ipar and her family ke Sumbar. Oh ya, fyi kami pergi ni pada Januari 2020, sebelum PKP. 

Btw, ini summary trips Sumatera Barat saya. 

Since tarikh kami pergi trip ini adalah masa Chinese New Year, maka Air Asia pun hantar reminders asking its passengers to arrive at the airport early. 




Nak ikut ke? 😊

Haaa... moh !! 😄

Macam dah tahu nak kena tinggal kat rumah sorang-sorang so buat muka sedih la tu. Selalu dia buat peel ni 😊. So untuk pujuk, saya tolak la beg beroda ni dengan dia dok atas tu. Suka betul dia... hehe. 

Kami ambil flight pertama Air Asia 7:20 pagi ke Padang. So seawal 3:30 pagi kami dah bertolak ke KLIA2. Ngantuk!

Subuh-subuh macam ni pun dah banyak kereta di KLIA2.


Jalan terus ke check-in counters.



Lovely CNY decorations. 



Flights info.


Self check-in di kiosk. Selesai print boarding pass/tag etc, pasang tags pada beg dan tampal bag codes, terus tarik beg ke drop bag counter.

Lepas jumpa kakak ipar sekeluarga, kami pun masuk ke dalam. Ingat nak sarapan je di bahagian luar tapi restoran banyak tak buka lagi since masih awal sangat. 




Kami decided breakfast di food court ini. Walau pun mahal, semua restorannya buka, pilihan banyak dan rasanya pun sedap.


Tu dia, subuh-subuh makan semangkok besar mee sup.. hehe. Macam nak sahur! 😆

Lepas makan, terus tuju ke Gate Q9. 

Ada Capsule Transit. Macam agaknya rupanya. Yang macam di Jepun tu ke?

Sampai ke Q9.

Alhamdulillah kami semua sempat menunaikan Solat Subuh walaupun masuk waktu solat dan waktu boarding very near. Fyi, lokasi surau betul-betul depan Gate Q9 ini. 


Melangkah masuk sambil membaca doa.


Suasana dalam kapalterbang.


Alhamdulillah cuaca baik pagi tu.




Air Asia fleet. 

Avani Sepang Goldcoast Resort.




SubhanAllah. Cantiknya!

Mesmerizing ray of lights. 


It was so breathtaking looking at above clouds ray of lights of this magnitude.


Flight ni tak lama, tak sampai sejam pun. Kesian kami tengok akak-akak dan acik-acik yang makan macam nak tercekik rupanya sebab nak cepat habiskan. First timer agaknya. Tapi crew Air Asia ni bagus, mereka dah sediakan beg-beg plastik dan getah (untuk ikat bekas makanan) untuk passengers tapau makanan mereka. 

Tepat-tepat pula sudut tingkap seats kami dengan matahari yang diblock sayap pada ketika ini. 


Penuh flight awal pagi ni. 

Fluffy cotton candy clouds. 


Bot/sampan tradisional nelayan.

Berkabus, bagai laut dan langit bersatu.

Kelihatan juga beberapa pulau-pulau kecil yang cukup indah sekali di Indian Ocean ini. 

Dah nak submerged.





Pendaratan.




Alhamdulillah, selamat mendarat. 

Pesawat kami tiba di Bandar Udara Internasional Minangkabau Padang pada pukul 7.35 pagi waktu tempatan. Departed from KLIA2 at 7.20 am and arrived Padang at 7.35 am. Sumatera Barat adalah 1 jam lewat berbanding waktu di Malaysia.

West Sumatera's beautiful mountainous landscape.

Nampak macam nak hujan. Harap-harap tak la hujan.


Bandar Udara Internasional Minangkabau. 

Alhamdulillah.

Tour guide bersama driver dah menunggu masa kami tiba. Terus saja kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi pertama kami, Sawahlunto.



Our ride for this trip.

Bersambung..

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. sibukkk je nak ikut !! duk rumah jaga Tamtam !!

    Halu Pulis !
    Ada orang dera kucing dekat Ampang ni!
    Tangkap dia !!

    togeh kalau sebatang kita panggil apa ?
    togeh
    kalau banyak ?
    togehder .. :))

    ramainya makcik makcik nak pergi shopping kain sulam Bukit Tinggi !!!

    eh ..
    Ada pondok aa kat pulau kecik tu!!

    Sumbar best kan??!!
    Makan sedap ..
    Banyak tempat wisata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. dia suka sgt duduk dalam beg besar tu. Anything resembling a box mesti dia nak duduk2 dalam :).
      Pas tu mesti dok tgk je saya packing... :)
      Hahaha... dia suka, so bukan la dera kan.. hahaha... lama tau dia dok baring telentang strapped on like that, tak gerak2.. hehe.

      togehder.. haha.. new word :)

      Yes, dah macam a must-do thing for them. I guess kalau yg ada di Malaysia, agaknya harganya mahal2 belaka.

      Pondok? Ye kot. Sure serene je dok situ.

      Indeed, makan mmg sedap. Kena dgn selera kita. And yes, soooo many interesting places!

      Delete
  2. Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa sihat dan ceria.

    Kini kawan-kawan tidak perlu risau lagi untuk merancang percutian yang menyenangkan kerana kami di Bayu Adaz Tour sedia menemani perjalanan anda semua ketika bercuti di Sumatera Barat.

    Kami sentiasa menyediakan penginapan untuk anda, seperti:
    - Homestay untuk Keluarga/Kumpulan.
    - Pengangkutan jenis Bas, Elf dan Bas Mini.
    - Pakej Pelancongan, Perjalanan Tempatan dan Perjalanan Darat.
    - Pelancongan Agama, Sejarah dan Pendidikan.

    Untuk tempahan, sila hubungi kami di:
    Instagram: @rumah_liburan_murah
    WhatsApp: +62 852-7430-0888 (Bayu)
    +62 852-6440-8200 (Suci)

    Tempah sekarang untuk percutian yang menyeronokkan anda 😍😍

    ReplyDelete