Thursday, October 9, 2014

SANLIURFA 2014 - Day 14 - PART 01 - ISTANBUL TO SANLIURFA & HARRAN

Day 14 - From Istanbul to Sanliurfa and Harran.

Weekend last kami di Turki, kami merancang untuk keluar dari Istanbul dan melawat Sanliurfa yg terletak di Tenggara Turki about 50 km away dari sempadan Syria. Kami memilih untuk berkunjung ke sana kerana bandar ini merupakan bandar Anbia. Di sinilah Nabi Allah Ibrahim a.s. tinggal dan berdakwah kepada Raja Namrud pada masa dahulu. 

Kami mengalami kesukaran mencari travel agent di Malaysia yg ada package ke Sanliurfa seperti yg kami mahu. Travel agents kat Turki pula, seperti yg di Malaysia, kebanyakkannya lebih menawarkan 'Christian Tours' seperti ke Ephesus yg dikatakan ada rumah Virgin Mary atau ke Tarsus tempat lahir Paul the Apostle. Yg lain pakej pi tempat hot spring dan naik hot balloon. Kami ok je kalau nak ke tempat2 tu tapi kami rasa lagi elok kalau ke tempat2 bersejarah Islam. 

Dah hampir kami decided untuk tidak ke Sanliurfa sebab tak jumpa pakej yg kami nak bila tiba2 isteri saya terjumpa satu travel agent di Turki yg ada pakej day trip ke Sanliurfa melawat ke kawasan Arkeologi Gobekli Tepe yang terletak tidak jauh dari Şanlıurfa. Terus kami hubungi travel agent tu and inform the sort of pakej we were looking for. Sebab dlm pakej2 mereka yg dah sedia ada tak ada yg macam kami nak, travel agent tu tawar pada kami Private Tour, Day Trip dari Istanbul ke Sanliurfa which inclusive return tiket kapal terbang, private car transport, tour guide, lunch dan kami boleh pilih mana2 destinasi yg kami nak di Sanliurfa. Waa... bagus la travel agent di Turki! And they also replied our emails very fast, which was great.  

Lepas tu kami rasa risau juga kerana Syria sedang bergolak masa tu dan Sanliurfa ni dekat je dgn sempadan Syria. Tapi kami yakin selamat sebab kalau tak tentu Kerajaan Turki dah keluar warning and Turkish Alirlines tak terbang ke sana. Apa2 pun kami byk berdoa semoga selamat perjalanan kami pergi dan balik dan selama di sana.

Penerbangan dari Istanbul [Ataturk Airport] ke Sanliurfa [Gap Airport] mengambil masa selama 1 1/2 jam. Macam dari KL ke Kuching. 

Flight ke Şanlıurfa kami ialah pada 9:40 pagi. 7:30 pagi, wakil dari Syarikat Turkey Tour Specialist dah datang ke Hilton Bosphorus untuk bawa kami ke Ataturk Airport.


Pemandu yg namanya Sefer got excited bila kami memberitahu yang kami nak ke Şanlıurfa. Sebab kata Sefer dia tu bekas tentera dan pernah bertugas di Sanliurfa untuk satu jangka masa dahulu. Di atas ialah foto di Terminal Domestik Ataturk Airport 

Wakil Travel Agent tadi tugas dia hanya ambik kami di hotel dan bawa kami ke Airport. Urusan check-in kami kena buat sendiri dengan maklumat penerbangan yang diberi oleh Travel Agent.

Check-in sendiri di kiosk Turkish Airlines.

Boarding Pass penerbangan kami ke Şanlıurfa.

Suasana di Terminal Domestik Ataturk Airport.

Makin lama makin busy. 

Sementara menunggu masa nak terbang, kami round2 dulu airport tu dan ambik2 gambar. 


'Kokpit Kafe' di Terminal Domestik Ataturk Airport.

Arah ke Pintu Perlepasan.




Menunggu di Gate Perlepasan. 

Panggilan untuk pesawat kami ke Şanlıurfa - Turkish Airlines TK 2246.

Oleh kerana pesawat kami parking jauh dari bangunan terminal, semua penumpang dibawa ke pesawat dengan bas.

Sambil dalam bas tu, snap le a few shots...hihi...


Ok, dah sampai. Tu plane yg akan kami naik.

Suasana dalam kapal terbang domestik Turkish Airlines. 


Dari plane kami ada kapal terbang di sebelah yg passengers juga tgh boarding.

Flight path from Istanbul to Sanliurfa.

Ternampak pulak Malaysia Airlines..hihi..

And off we went. Alhamdulillah, cuaca baik hari tu.

Pesawat kami berlepas dari Ataturk Airport ke Şanlıurfa Gap Airport tepat pada pukul 9.40 pagi mengikut jadual.



Pemandangan pertemuan Selat Bosphorus dengan Laut Hitam dilihat dari udara.


Pramugari yg bertugas.


Cheese sandwich yg sedap. Nampak je macam ni, tapi surprisingly memang sedap. 



Penerbangan selama 1 hour 30 minutes tu lancar, syukur Alhamdulillah. Cuaca memang bagus so kami dapat tgk pemandangan2 menarik di luar tingkap kapal terbang. Ni gunung ganang yg awesome, SubhanAllah.



Tak sangka pulak naik kapal terbang hari tu boleh dpt gambar2 cam ni. Cantik sungguh! SubhanAllah...










Walaupun tanah di sini gersang, pertanian tetap dapat dilaksanakan dengan bantuan pengairan dari Empangan Ataturk.

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Gap Airport pada pukul 11:25 pagi. 

Sanliurfa Gap Havalimani Airport.


Sempat lagi toleh belakang jap ambik gambar pesawat...hihi...
Tourist Guide kami, Abdulbaki (disebut Abdul-Back-Kay) dah sedia menunggu di airport Gap. Masa kami berbual berkenalan, dia beritahu yg dia adalah seorang English teacher. Jadi sgt senang berkomunikasi dgn dia ni. Abdulbaki ni berketurunan Kurdish dan dia kerja jadi Tourist Guide secara part-time.
Dan kami terus dibawa Abdulbaki ke destinasi pertama kami di Sanliurfa iaitu Harran. 

Harran terletak 100 km dari Gap Airport. Ia adalah sebuah kota purba di mana letaknya universiti Islam yang pertama di dunia. Perjalanan dari lapangan terbang ke Harran ambik masa 1 jam 10 minit.

Sepanjang perjalanan memang saya tak duduk diam, mesti asyik ambik gambar. Saya sgt suka ambik gambar suasana begini. Tu ha... biri-biri pun saya shoot...hihi...

Lebuhraya yg sgt bagus dgn views yg cantik left and right. Cuaca di Sanliurfa ni jauh lebih panas dari Istanbul. Tu yg boleh nampak mirage kat jalanraya ni. 


Kata Abdulbaki, tanah pertanian yg subur yg kami nampak tu adalah hasil projek mega Southeastern Anatolian Irrigation Project yang dilaksanakan oleh Kerajaan Turki.

Ladang2 pertanian yg begitu luas sekali. Hujung tu Airport Gap.


Tak tahu la apa yg biri-biri tu semua dok ragut. Nampak cam tanah je...hihi...

Pemandangan yg mengingatkan kami masa kami di Jordan few years ago.



Pemandangan di kawasan luar bandar Sanliurfa.

Lebuhraya yg serba moden di Sanliurfa.  

Masuk je bandar Sanliurfa ni, kami lalu di Bandar Baru Sanliurfa yg sedang giat dibangunkan. 

Kelihatan banyak projek2 pembinaan high-rise buildings. 

A corner restaurant. 

Lagi projek besar.



'Sanliurfa Buyuksehir Belediyesi' bermaksud Sanliurfa Metropolitan Municipality.


Sempat lagi shoot orang tgh kebas2 kain...hihi...



Tembikai yg sgt besar! Memang subur sungguh bumi Sanliurfa ni.

Keluar dari bandar Sanliurfa, kami lalu lagi kawasan2 ladang. 

Ladang2 yg subur menghijau. Ini ladang jagung.


Ehhh... dari jauh ternampak gembala2 dan biri2 melintas jalan. Terus saya jadi excited...hihi.. 

Dapat la a couple of shots...hihi...





Terusan pengairan kawasan perladangan yg meliputi kawasan yg sgt besar. 

Saya cuba capture sebanyak mungkin suasana di luar bandar Sanliurfa. 

Capturing in photos.... their houses...

... their farms and crops....

... their occupations...

... of people under the shades waiting for transport to go to the city...

'KANALA GIRMEK TEHLIKELI VE YASAKTIR' bermaksud 'channel is both illegal and dangerous to enter'. Maknanya jangan masuk/mandi dalam terusan. Tapi saya tgk ada jugak orang yg mandi...hihi... But I cannot blame them cause panas cuaca hari tu! 

Ini tanah perkuburan Islam. 

Nampaknya bawang pun ada ditanam di ladang2 tu. 




Bila dah mula nampak kedai2 cam ni maknanya dah nak dekat sampai bandar Harran.

Pemandangan Tembok Kota Harran.

Panas sungguh. Elok berteduh. 

Satu lagi pemandangan Tembok Kota Harran. Kata Abdulbaki, tembok ini telah wujud sejak dari zaman Nabi Allah Ibrahim as lagi.



Seronok sungguh saya dapat shot akak ni tgh jemur karpet...hihi...

Masa kami dalam perjalanan ke destinasi pertama, kami ternampak rumah tanah ni dan terus jadi excited...haha. Sebabnya sebelum ke Harran ni kami dah tgk foto2 rumah bentuk beehive ni and were so fascinated by them. 

Dan ini pula adalah Harran Castle. Kata Abdulbaki ianya sedang dalam proses baik pulih sebelum boleh benarkan pelawat masuk. Pada zaman Kerajaan Mesopotamia dahulu, istana ini merupakan tempat penyembahan bulan.

They are called Harran Culture Houses. More of this later.

Kami terus dipandu Abdulbaki naik ke atas bukit. View dari atas memang cantik. Lain yg pernah saya tgk sebelum ini. Cantik rumah2 beehive tu.
Pemandangan rumah-rumah tradisional di Harran yang dikenali sebagai Beehive House dilihat dari tapak First Islamic University. Walau tak dinyatakan di dalam Al Quran, Kitab Injil ada menyebut yang Nabi Ibrahim a.s dan isterinya Siti Sarah beserta anak mereka, Nabi Ishak a.s. tinggal di kawasan ini sebelum mereka berhijrah ke Syria.


Tu Harran Castle tadi. 

Castle ni dibina 1000 tahun yg lalu oleh Khalifah Fatimid Caliphate untuk pertahanan dari serangan the Crusaders. Ia kemudian diserang oleh orang Mongol pada kurun ke 13. 

Mula2 kami ke bekas tapak universiti Islam yang pertama di dunia. Universiti ini juga adalah sebenarnya sebuah masjid yang dinamakan Harran Ulu Mosque. Ini adalah kerana pada masa dahulu, Masjid tidak hanya berfungsi sebagai tempat ibadat, ia juga adalah tempat untuk menuntut ilmu.


Papan tanda mengenai Harran University. 


Laluan masuk ke tapak First Islamic University.

Di hujung pejalan kaki dan di bawah bukit itulah tapak university tersebut.

Anjung tinjau ke tapak University Islam pertama.

Foto ini diambil dari atas di anjung tinjau. Runtuhan First Islamic University yang masih tinggal.

Di situ letaknya the grand mosque, satu masjid tertua di bahagian Turki ini. Masjid ini siap dibina pada 750 AD oleh Khalifah Marwan II (688-750). Yg tinggal sekarang hanyalah minaret setinggi 33 meter. Ia telah dimusnahkan oleh orang2 Mongol pada kurun ke 13 dan juga kerana gempa bumi. Banyak batu bata runtuhan di situ telah diambil oleh orang2 tempatan untuk membina rumah mereka. Contohnya ada batu-batu tersebut digunakan untuk membina the Harran Culture House [beehive house] yg akan kami lawat sebentar lagi.

Banyak kejayaan yang dicapai oleh sarjana di First Islamic University ini terutama dalam bidang astronomi. Di sinilah ahli astronomi yang bernama Al-Battani menjadi orang yang pertama dapat mengira jarak bulan dari bumi dengan tepatnya. Dia juga diberi pengiktirafan sebagai pengasas sains atom. Di sini jugalah Jabir ibn Hayyan'nin yang mencipta Algebra menuntut ilmu pada masa dahulu.

Namun astronomer Islam pada masa dahulu tidak menggunakan ilmu untuk mencipta nama kerana mereka melakukan semua kajian untuk kemudahan manusia sejagat sepertimana yang dianjurkan oleh agama Islam. Ini adalah kerana ilmu astronomi sangat penting dalam menentukan waktu solat dan permulaan serta pengakhiran Ramadan. Kerana itulah juga saintis Islam kurang dikenali berbanding saintis barat yang mencedok dan memperkemaskan lagi teori mereka.

Pintu Gerbang Harran Ulu Mosque yang merupakan universiti Islam pertama di dunia.

Harran adalah sebuah kota yg bertembok. Ditengah2 ada satu bukit kecil setinggi 20 meter dan di situlah dulunya pusat bandar. 

Bandar Harran Harran menjadi sebuah bandar Islam semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab (579-644). Ia adalah satu bandar yg letaknya di hujung Ummayad’s Islamic Empire.

Semasa kami dipandu meninggalkan kesan sejarah university Islam pertama itu, the first Islamic learning and research institution, saya rasa macam satu kesedihan pula mengenangkan nasib university tu. Sebuah institusi yg terkenal di masa dahulu di mana terdapat begitu ramai cendekiawan2 Islam... saya membayangkan bagaimana begitu gemilangnya pencapaian mereka sehingga jadi terkenal all over the ancient world.  Kalau lah universiti itu masih ada....


Seterusnya kami melawat pula the Harran Culture House. 

Pintu gerbang masuk ke rumah tradisional Harran. Rumah2 di dalam kawasan ini telah dijaga dan sesuai untuk dilawat oleh pelancung. Satu usaha yg saya fikir sangatlah bagus!


Di bahagian depan rumah Tradisi Harran ni ada pelbagai pealatan yg digunakan harian oleh penduduk2 dulu.  

Sebuah khemah tempat rehat2 dan berteduh dari keterikan matahari. 

Kami disambut Samia. Rumah tradisional yang kami lawati ini adalah milik keluarga Samia sejak turun-temurun dari 300 tahun lalu. Sebelum masuk ke dalam rumah, Samia menunjukkan kepada kami peralatan tradisional yang masih terdapat di luar rumah tersebut.

Peralatan untuk membuat couscous yang banyak digunakan dalam masakan Turki.

Samia kasi demo sikit cam ner orang dulu2 buat couscous.


Ancient tool untuk buat keju. 

Samia kata ni tempat rehat selepas kerja2 luar dibuat. 



Masuk je dalam... waaaa... terasa sejuk dan nyaman sekali. Kata Samia, dinding Rumah Beehive ini yang dibina dari campuran tanah liat dan jerami gandum dapat menghalang haba yang panas dari luar masuk ke dalam rumah di musim panas. Pada musim dingin pula, ia dapat menyimpan haba dan menghalang cuaca sejuk di luar dari masuk ke dalam rumah. Genius! Boleh keep rumah tu cool masa musim panas dan warm masa musim sejuk.

Ada antara benda2 ni yg boleh dibeli. Ada orang kata tempat ni macam tourist trap tapi saya tak setuju. Kami tak dipaksa beli pun. Bebas tengok2. round2 dalam rumah tu dan ambik la sebanyak mana pun gambar, tak de larangan. Lagi pun pada saya rumah ni sgt fascinating. Dan saya tak kisah kalau kena bayar entrance fee sebab this is all so interesting to me. Actually saya tak tau kalau ada entrance fee atau tidak. Kot Abdulbaki dah bayar ker, tak pulak saya tahu atau tanya. Dan Samia was really a wealth of information. Dan dia cool je sebab I joke2 dgn dia pun ok je...hihi...

Ray of light yg cantik. 


Perkakas dan peralatan lama yg digunakan oleh tok moyang Samia. 





Samia kata corong bumbung ni hitam disebabkan oleh jelaga dari kerana kesan api yang dinyalakan untuk berdiang sewaktu musim sejuk.

Bekas yang dibuat dari kulit binatang ini adalah untuk menyimpan makanan. Ia digantung tinggi untuk mengelakkan makanan yang disimpan dari dimakan oleh tikus.


Samia kata rumah ni dah berusia 300 tahun dan semua perkakas2 yg on display tu adalah dari zaman ke zaman. Excited saya tengok!





Ruang Tamu Rumah Beehive.


Keluar je dari rumah beehive tu kami terasa panas terik matahari tghari tu. Cepat2 kami berteduh di cafe ni...hihi...

I like it when they kept places like this as 'traditional' as they possibly could. Love it!



Sempat2kan jugak ambik a few more shots...hihi...

Ok, ok.. last shot.... bye bye beehive house.... :)

Antara runtuhan2 yg sedang dibaik pulih. 

Harran Castle. 

Masih lagi terdapat banyak rumah2 tradisi Harran yg masih diduduki. 







Dan kami pun terus ke next destination.... bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. gambar2 ladang dan padang pasir dari atas kapalterbang tu sangat cantik en syed!!!!!
    saya suka sangat yang ladang petak-petak tu!!

    cool rumah bee hive tu..
    senang je boleh besarkan rumah
    sambung-sambung .. buat bee hive baru.. jadik bilik baru! cool !!

    berapa degree panas kat situ? macam panas sangatt!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu doc. Kami selama sejam lebih dalam kapal terbang tu memang le asyik dok jengok keluar tingkap...hihi...
      Banyak ladang boleh diusahakan sebab kerajaan Turki ada buat mega projek pengairan dari empangan Ataturk yg merangkumi area yg sgt luas.

      Sgt cool and literally too...hihi. Masa kami masuk dlm rumah tu terasa betul nyamannya kat dalam especially datang dari luar yg tgh sgt panas masa tu.
      Haha...betul tu. Selagi ada tanah, selagi tu boleh buat extensions. One thing I notice also, tingkap2nya kecik2 and some rooms are smaller then the others. Yg kecik tu saya rasa a bit claustrophobic at first but then bila dongak...waa... dome tu tinggi so rasa selesa :).

      It was about 40 degrees tapi terik dan kering. Kulit saya jadi gelap! Lepas sental entah berapa tiub Fair & Lovely masih tak ada perubahan...hahaha...

      Delete
  2. saya juga setuju dgn gambar ladang n padang pasir. cool...mcm google 3D pun ade plus macam carpet...tp tak bole kalahkan carpet kat istanbul tu :).
    beehive house tu mcm kota sarang semut la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami bersyukur sgt ff sebab cuaca hari tu elok jadi bukan sahaja penerbangan lancar tapi juga pemandangan2 jelas dan cantik.
      Haaa,.. betul tu. I also feel it looked macam carpet...hihi...
      Macam sarang anai2 pun ada orang kata :).

      Delete