Thursday, August 29, 2019

CEBU, PHILIPPINES - DAY 04 - PART 03 - CHOCOLATE HILLS

Seterusnya dari Xzootic Animal Park kami nak ke Chocolate Hills. 

While on the way, we came upon Loboc River, yang juga merupakan salah satu tarikan pelancong di Pulau Bohol ini. Scenic dan bersih sungai ni.

Salah satu attraction di Sungai Loboc ini ialah river cruises. Dalam itinerary 'Bohol Day Tour' kami ini ada river cruise dan makan tengahari atas bot di sungai ni nanti.

Di Pulau Bohol ini juga we came across banyak sawah padi yang luas. 

Dengan deretan pokok-pokok kelapa di pinggir sawah menjadikan suasana begitu scenic sekali.

Cara bersawah masih lagi menggunakan cara tradisional, kata Mr. Padre, our tour guide.

Itukah Chocolate Hills? Eh.. bukan, belum sampai lagi.. hehe.

Di sepanjang perjalanan kami selama lebih kurang 45 minit dari Xzootic Animal Park ke Chocolate Hills kami melalui beberapa buah perkampungan dan pekan-pekan kecil. 

Haa... itulah Chocolate Hills. Elok bulat je rupanya. Unik!

Selekoh masuk ke Chocolate Hills Complex. Dari kompleks ini pelawat akan dapat melihat pemandangan dari aras tinggi sebahagian besar dari bukit-bukit itu.

Jalan masuk ke Chocolate Hills Complex.

Jalan masuk ini pun scenic juga.

Aaa... there it is! And several more di hujung sana! So beautiful and unique. Puncaknya almost rounded. Kebetulan langit pada masa tu begitu dramatic sekali. Nice.  

Bukit-bukit ini dipanggil chocolate Hills kerana rumput hijau yang melitupinya bertukar jadi warna coklat semasa musim kemarau.

Chocolate Hills adalah tarikan pelancong yang terkenal di Bohol. Ia dipaparkan dalam bendera provinsi Bohol untuk melambangkan banyak tarikan semula jadi di wilayah itu. 

Poster tourism Bohol tentunya ada gambar Chocolate Hills ni.

Chocolate Hills juga ada pada duit kertas Filipina.

Chocolate Hills berada di dalam senarai destinasi pelancongan Philippine Tourism Authority dan telah diisytiharkan sebagai National Geological Monument yang ketiga bagi Filipina. 

Salah satu lagi National Geological Monument Filipina yang telah kami saksikan ialah Taal Volcano semasa percutian kami ke Filipina pada 2016. Ini foto-fotonya.

Ini Tasik Taal yang asalnya adalah sebuah kawah gunung berapi. Di tasik ini ada pulau yang ada gunung berapinya sendiri. Pulau tu namanya Volcano Island dan gunung berapinya dipanggil Taal Volcano.

Melihat bukit-bukit ini juga mengingatkan saya pada bukit-bukit kapur yang pernah kami lihat di Guilin, China pada 2016.

Chocolate Hills juga dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Ok dah pun sampai di Chocolate Hills Complex, Carmen. Kompleks ini dibina di bukit terbesar yang ada di kawasan ini. Sebenarnya terdapat dua tempat yang boleh dilawati untuk melihat pemandangan Chocolate Hills ini, di kompleks ini dan di Puncak Sagbayan. 

Tak berapa ramai tourists masa kami sampai di sini. Nice la, tak la sesak. Ada souvenir shops and restaurants di kompleks ini. 

Ini pemandangan dari dataran kompleks.

Di hujung sana kelihatan selonggok bukit-bukit bulat Chocolate Hills.

Untuk pemandangan Chocolate Hills yang lebih cantik dan jelas, pelawat boleh naik ke bukit ini ke platform yang ada di atas. 

Ada 214 anak tangga yang perlu didaki. Hari dah mula panas pula masa tu. It's ok, easy does it 😊. Anyway, ada a couple of pit stops di tangga ni. So boleh la rehat kejap kalau dah tak larat.

Sampai di pit stop no.1 saya stop kejap ambil gambar. Pemandangan yang sungguh hijau sejuk mata memandang.

Mounds apa pulak tu?

Eh.. kenapa ada ATV pulak atasnya?

Agaknya itulah Chocolate Hills Adventure Park (CHAP).

Beberapa Chocolate Hills yang belum betul-betul coklat.


Haaa. yang ini dah coklat.


Views dari tempat stop ni pun dah cantik. Tentu lagi awesome di observation deck atas tu.

Ada juga bukit yang penuh dengan pokok-pokok seperti yang ini.



Pada saya bukit-bukit bentuk kon ini unik bukan sahaja sebab puncak-puncaknya yang rounded macam tu tapi juga nampak macam symmetrical walau pun saiz bukit-bukit ini berlainan.

Dah, jom sambung panjat tangga ni.

Akhirnya sampai pun di puncak bukit ini! Mengah weh! Hahaha.. Luas obervation deck ni.

Terdapat sekurang-kurangnya 1,260 bukit tetapi mungkin terdapat lebih banyak lagi, perhaps up to 1,776 bukit di kawasan seluas lebih daripada 50 km². Chocolate Hills adalah suatu pembentukan geologi di wilayah Bohol Filipina.

The Chocolate Hills terdiri daripada pembentukan batu kapur yang kemudiannya dilitupi dengan tanah dan rumput. Ciri karst, berbentuk topografi ini dihasilkan apabila lapisan-lapisan dasar batuan yang boleh larut perlahan-lahan terhakis.

Walau bagaimanapun, penjelasan saintifik mengatakan bahawa bukit-bukit ini terbentuk daripada batu kapur karang yang asalnya dari laut (dahulu kawasan ini adalah dasar laut) perlahan-lahan terhakis dan membentuk bukit-bukit bulat seperti sekarang ini.

Suasana yang sesuai untuk dirakam dengan kamera 360° ðŸ˜Š.

Bila cuaca di sini beralih dari keadaan tropikanya yang biasa ke musim kering, warna bukit-bukit ini berubah dari hijau ke coklat. Penduduk setempat kata bukit-bukit coklat ini menyerupai coklat Hershey's Kisses.

Could you not see the uncanny resemblance? 😊

Aaa.. giant chocolate kisses as far as the eyes can see.. hehe.

Hmm... chocolate hills.. yum! 😋

And talking about giant brown mounds, kisah lagenda setempat ada menceritakan yang bukit-bukit warna coklat ini asalnya adalah taik kerbau gergasi.. hahaha... 😄. 

Ini kisahnya.
Legenda menceritakan tentang sebuah bandar yang dibelenggu dengan kehadiran seekor kerbau raksasa, yang memakan semua tanaman penduduk di situ. Geram pada kerbau tu, mereka kumpul semua makanan yang sudah rosak dan meletakkannya di tempat yang senang dijumpai oleh kerbau raksasa itu. Langsung dimakan oleh kerbau raksasa itu. Then kerbau tu tak tahan dan sakit perut lalu berak merata. Bila dah kering, maka terbentuklah 'bukit-bukit coklat' ini.. hehe. 

Ini satu lagi kisah lagenda Chocolate Hills ni. Yang ini romantik 😊.
A more romantic legend tells of a giant named Arogo who was extremely powerful and youthful. Arogo fell in love with Aloya, who was a simple mortal. Aloya's death caused Arogo much pain and misery, and in his sorrow he could not stop crying. When his tears dried, the Chocolate Hills were formed. - Wikipedia

Satu lagi kisah. Banyak lagendanya pun 😊.
Story of two feuding giants who hurled rocks, boulders, and sand at each other. The fighting lasted for days, and exhausted the two giants. In their exhaustion, they forgot about their feud and became friends, but when they left they forgot to clean up the mess they had made during their battle, hence the Chocolate Hills. - Wikipedia

And another one.. hehehe. Ok, ni last one lah.. hehe.
There was a gluttonous giant named Miguel who ate anything and everything. He met a beautiful girl named Adrianna, a meeting that inspired him to lose weight. He excreted everything he ate (which, yes, formed the large brown hills) and he won her affection. How romantic. - curiosity.com

Rupa bentuk bukit-bukit ini yang bulat dan hampir sama menjadikan Chocolate Hills unik.

Bukit-bukit ini tidaklah besar; yang paling tinggi hampir mencapai ketinggian 120 meter. Kebanyakannya adalah antara 30 dan 50 meter.

Kena la bergambar juga 😊.


Adalah tidak dibenarkan memanjat/mendaki bukit-bukit di sini melainkan yang di Chocolate Hills Complex ini di mana tangga disediakan. Kan bukit-bukit ni dah di declare as National Geological Monument. So kena la dijaga. 

Di dek ini pelawat boleh enjoy pandangan 360°. 

Formasi ini bukan sahaja mewujudkan pemandangan yang menarik, tetapi juga memaparkan keanehan geologi. 


Terdapat lebih dari 1,700 bukit-bukit bulat dalam kawasan seluas 50 km² dengan beberapa darinya berketinggian hampir 500 meter di atas paras laut.  

"An expanse of outworldly cones", kata National Geografic. 

Kekadang tu kelihatan seperti macam pernah ada ancient civilization di sini. 

Carmen, Bohol.

An absolutely stunning view.




Seperti 'pulau-pulau' di tanah perladangan. 

Formasi permukaan bentuk muka bumi yang sama juga boleh dilihat di sekitar pantai timur di Candijay District, Pulau Bohol ini. 


Selain dari lihat Chocolate Hills dari dek ini, boleh juga dilihat at ground level. 

Kalau nak tengok Chocolate Hills dari bawah dengan lebih dekat lagi bolehlah sewa ATV dan round the area.

Saya share here a few images pemandangan Chocolatte Hills dari ground level.



Laluan ATV juga cover area sawah. 

Nampak elok jalan laluan ATV ni. 


Reflection Chococlate Hills di sawah padi. So beautiful. 

Mesti la mereka stop dan ambil gambar kalau view cantik macam ni.


Ok, back to my photos .😊 

Ketinggian di sini adalah antara 100 meter hingga 500 meter di atas paras laut.  

Chocolate Hills ini ada juga di anggap sebagai “Eight Wonder of the World”.

8th wonder fo the world? I'm guessing bukit-bukit bulat macam ni mungkin ada juga di tempat-tempat lain, di negara lain. So I did a bit of search. Here are 4 that I found.

Lush green masa musim hujan.

Bertukar coklat pada musim kering (Feb hingga July). Yang kami nampak masa ini masih lagi hijau. 

Batu kapur bukit-bukit ini terbentuk dari rangka hidupan laut.

Di Obsrevation Deck ini ada 2 tingkat.


Tak tahu saya apa ceritanya perigi dan loceng ini.


Ada info board tentang Chocolate Hills.

Bagaimana Chocolate Hills terbentuk.



Ok lah, puas dah ambil gambar di Observation Deck ini. Jom kita turun.

Beberapa lagi foto-foto Chocolate Hills di ambil dari dataran kompleks.







Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.