Friday, October 10, 2014

SANLIURFA 2014 - Day 14 - PART 02 - TEMPAT KEDIAMAN NABI AYUB a.s

Day 14 - Part 02 - Tempat kediaman Nabi Ayub as.

Dalam kereta kami bersembang dgn Abdulbaki, tour guide kami for the day. Dia bertanya tujuan kami ke Sanliurfa kerana dia kata dia tak pernah lagi bawa pelancung jalan2 di Sanliurfa yg datangnya dari Malaysia. Isteri saya pun beritahu yg tujuan kami adalah untuk melawat jejak para Rasul iaitu ke tempat sejarah Nabi Allah Ibrahim a.s. Terus Abdulbaki kata dia nak bawa kami ke tempat kediaman Nabi Allah Ayub a.s. walaupun sebenarnya tak ada dalam itinerary kami pada hari tu. Tentunya kami setuju dan merasa sangat seronok kerana tak sangka pula dapat pergi satu lagi tempat bersejarah Islam. Alhamdulillah. 

Kami pun teruskan perjalanan. Dan tentunya saya terus juga dgn fotografi saya :)

Compare dgn penjaja watermelon lain yg kami nampak, yg ni kecik2 je saiznya.

Kata Abdulbaki, di kawasan ni memang susah nak ada public transport untuk ke bandar misalnya. Jadi penduduk2 di situ akan menunggu di tepi jalan sambil menahan mana2 kenderaan yg boleh tumpangkan mereka ke bandar. Dan selalunya, tambah Abdulbaki, akan ada kenderaan yg berhenti. 


Entah apa la yg dibuat dek budak2 ni di tengah2 panas tu. Nama pun budak2 kan...hihi..


Sebab panas kalau jalan di dirt roads memang la berhabuk.

Tak berapa nampak dalam foto ni tapi air dalam terusan tu sgt biru warnanya.

Dah biasa dgn panas mereka ni. I know, I know.. saya ni asyik komen pasal kepanasan je kan...hihi... tapi memang panas pun. Panasnya jenis kering. Easily dehydrated. 


Still ada yg tinggal dalam mud houses. 

Sebuah masjid di tengah2 highway. So tak jadi masalah untuk bersolat bila masuk waktu.

Van ni berhenti untuk tumpangkan mak cik ni.

Biru dan bersih sungguh airnya. 

Biru sebab mungkin langitnya yg biru. Reflection.





Construction area.

Pada saya ini adalah suatu pemandangan yg sgt cantik!


Ada construction work nearby and I believe he was one of the worker. Kesian, sure keletihan especially on a hot day like that day. 



Kami noticed ada banyak pokok2 rendang di tanam dalam small parks. Very nice places to hangout. 


Ni kedai jual tepung. 


Lukisan dinding Harran Culture House - beehive house.



Di dinding rumah belakang penjaja tu tertulis "Bu ev satiliktir" yg bermaksud "This house is for sale". 


Tak tahu apa yg adik ni jual. 

Eyyüp Peygamber adalah kawasan sejarah Nabi Ayub a.s. manakala Balıklı Göl pula adalah kawasan sejarah Nabi Ibrahim a.s yang terdapat di Şanlıurfa.

Pemandangan di Eyyüp Peygamber.

Masjid di Eyyüp Peygamber ini didirikan di kawasan kediaman Nabi Ayub dahulu.

Pintu masuk ke Masjid Eyyüp Peygamber.



Nabi Ayub a.s. adalah seorang kaya yang banyak hartanya, kekayaannya meliputi unta-unta yang sihat, hamba sahaya, binatang ternakan dan tanah-tanah yang luas di Negeri Harran.


Iblis berusaha untuk menggodanya agar beliau melupakan Tuhan namun tidak berjaya. Dengan kecewa dan putus asa, Iblis mengatakan kepada Allah, Nabi Ayub boleh taatkan Allah kerana dia kaya, punyai banyak anak dan sihat sejahtera. Maka Allah ingin buktikan kepada Iblis bahawa Nabi Ayub a.s. adalah benar-benar hamba-Nya, lalu dia diuji.

Allah memberi ujian kepada Nabi Ayub dengan kematian anak-anaknya dan memusnahkan harta kekayaannya. Selain itu, dia terkena bermacam-macam penyakit, sampai tidak ada anggota tubuhnya yang sihat, kecuali jantung/hati dan lidahnya yang selalu berzikir kepada Allah Azza wa Jalla.

Namun demikian Nabi Ayub tetap bersabar dan berzikir kepada Allah setiap ketika. Nabi Ayub menderita sakit selama 18 tahun. Tidak ada seorangpun yang menjenguknya, kecuali isterinya, Siti Rahmah yang setia menunggunya dengan penuh kasih sayang, membantu memenuhi segala keperluannya.

Isterinya tetap bersabar. Tetapi bila keadaan sangat mengujinya dia berkata: “Hai Ayub, seandainya engkau berdoa kepada Tuhanmu, niscaya Dia akan membebaskanmu". Ayub menjawab: “Aku telah hidup 70 tahun dalam keadaan sihat, sedangkan sakitku ini hanya baru beberapa tahun, aku malu dengan Tuhanku.”

Pernah, isterinya tidak mempunyai apa-apa untuk membeli makanan, sehingga dia terpaksa bekerja dengan orang untuk mendapatkan upah, demi menyediakan makanan kepada suaminya. Oleh kerana itu dia terlambat datang kepada suaminya. Nabi Ayub a.s. bersumpah akan memukulnya 100 kali. Semua itu adalah ujian keyakinan kepada Siti Rahmah bahawa suaminya adalah pesuruh Allah.

Sewaktu beliau sakit, Nabi Ayub mengasingkan diri untuk tinggal di dalam sebuah gua. Gua ini kini terletak di dalam kawasan Masjid dan tidak putus-putus dikunjungi orang ramai yang ingin mendekati sejarah beliau.
Sewaktu beliau sakit, Nabi Ayub telah mengasingkan diri ke dalam sebuah gua di kawasan masjid ini. Bangunan ini didirikan untuk menandakan kedudukan gua tersebut.

Pintu masuk ke Gua Nabi Ayub.


Gua kediaman Nabi Ayub ini boleh dikunjungi, tetapi ruang masuknya agak sempit dan kadang kala sesak dengan pengunjung.



Allah Swt. berfirman dalam Al-Quran surah Al-Anbiya (83-84):
“Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang. Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah".

Dalam surah Shad ayat 41-42 pula Allah berfirman:
“Ceritakan riwayat hamba Kami Ayub ketika berseru kepada Tuhannya: “Aku ditimpa kepayahan dan penyakit yang disebabkan syaitan.”
Maka Allah berfirman kepadanya: "Hentakkanlah kakimu di bumi, niscaya timbul air yang sejuk untuk mandi dan minum.”

Telaga Nabi Ayub ini terletak tidak jauh dari gua kediamannya. Air dari telaga ini dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Untuk keselamatan, telaga ini kini telah ditutup oleh Kerajaan Turki dan air dari telaga ini disalurkan ke paip berhampiran untuk kegunaan orang ramai.

Apabila sembuh, Nabi Ayub perlu menunaikan sumpahnya terhadap isterinya yang solehah, maka Allah ringankan dengan menyuruh Nabi Ayub mengambil seikat tali jerami yang mempunyai 100 batang dan memukulkannya sekali pukulan sahaja lalu dikira sama dengan 100 pukulan. Maka, terlaksanalah sumpahnya. Tuhan ada jalan bagi setiap masalah hamba-hambaNya.

Untuk keselamatan, telaga Nabi Ayub ini telah ditutup dan air dari telaga ini disalurkan ke paip yang berhampiran.



Pemandangan dekat telaga yang telah ditutup

Kisah Telaga Nabi Ayub diceritakan di sini.







Walaupun kami tidak lama di tempat kediaman Nabi Ayub, namun kami sangat bersyukur kerana mengikut itinerary asal tempat itu tidak termasuk dalam senarai tempat yg akan dilawati. Juga kami memang tidak boleh lama di situ due to time constraint. 

Kami terus ke next destination. Ke restoran for LUNCH!! :)


Bersolat di bawah pokok begini adalah lumrah di sini. 

Seperti di Istanbul juga, penduduk Sanliurfa suka duduk santai di taman2. 




Ada macam2 benda di jual di kedai ni - submersible pumps, Italian dynamos, irrigation supplies, hoses, pumps and supplies, fire hoses, valves and camlock fittings. My guess is ni kedai untuk kerja2 perladangan dan pengairan. 

Ni bus stop.



Lepas park kereta, kami jalan ke restoran. Cam biasa saya tak berhenti click, click dan click lagi,...hihi..

Apples and grapes!


Kalau tak silap tu buah fig. Atau buah ara dalam bahasa kita.

Bandar Sanliurfa yg tak sibuk. Best je jalan2 di situ.

Dan ini restoran tempat kami makan tengahari. Gulhan Restaurant.


Hidangan di Gulhan Restaurant. Kami diminta pilih sendiri. Terkedu kejap sebab tak tahu mana satu nak pilih. Semuanya nampak sedap. Tapi saya hati2 tak pilih kambing..hihi...

Dengan penerangan pengurus restoran, kami memilih lauk sup ayam dan lauk daging beserta nasi. 

Meat dishnya ada macam2 disamping lauk2 ayam dan kambing. Juga a few types of rice dishes. 


Tu dia... kambing golek dan nasi yg macam nasi beriani.

Kami memilih duduk di tingkat atas dgn pemandangan ini, the streets of Sanliurfa.

Suasana dalam restoran.

Abdulbaki juga duduk semeja dgn kami which was nice cause sambil makan boleh berbual2 dgn dia dan tanya macam2 soalan.

Sementara tunggu makanan sampai, saya took a few street shots dari tingkap restoran.


Makanan pun sampai. First sekali bubur yogurt ni. Nampak je simple putih cam ni tapi surprisngly sedap!

Dan saya memang menunggu lauk sup ayam ni. Sebab masa di Istanbul selalu saya nampak foto lauk ni di depan restoran2 di sana. Tu yg teringin. Alhamdulilah dapat juga merasa. Macam mana rasanya? Wah... memang sedap dan lain dari rasa sup kat Malaysia. Ayamnya sungguh lembut dan kentang dan carrotnya juga sweet. So nice.  

Dan ni pulak lauk daging. Tak tahu kami apa nama masakannya. Bedal aje la since dah memang kelaparan...hihi. Sedap sungguh rasa rempahnya. Tak terlalu spicy which was good for my sensitive stomach...hihi...

Nasi yg sedap jika makan begitu sahaja. Kalau saya tak kawal makan di Istanbul ni, mahu naik berat badan rasanya. Tapi wife kata tak pe makan banyak since kami banyak berjalan hari tu which I immediately agreed...hihi...

Sajian makan tengahari kami di Sanliurfa :)

Air jus oren yg pure. Oo la la... :)

Sambil makan sempat gak ambik2 gambar lagi. 


Suasana dalam restoran Gulhan. Tak ramai orang sebab selalunya waktu petang sikit dan malam baru pack kata Abdulbaki.


Ni ruang bawah berhampiran pintu masuk. Senang guests nak pilih makanan.


Di sana ambik2 foto cam ni memang tak jadi masalah which was great! 



Foto2 dari website Gulhan Restaurant.



Ok, seterusnya akan bersambung dgn Part 03....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.



No comments:

Post a Comment