Wednesday, August 30, 2023

ITALY & SWITZERLAND: SWITZERLAND - LUCERNE - WALKING TOUR - PART 02

Assalamualaikum.
Ok sambung lagi cerita walking tour kami di bandar Lucerne.

Pada masa dahulu, kawasan sebelah sini Sungai Reuss ini, di mana terletaknya kawasan Rathaussteg dan kawasan Reusssteg, dinamakan Small Town. Kawasan ini ditandakan dengan sebuah jambatan kayu yang dipanggil Spreuer Bridge dan sebuah pintu kota yang dipanggil Baslertor (Basel Gate).

Inilah Basel Gate.

Maklumat tentang Basel Gate yang ditampal di dinding pintu kota ini.

Di bawah Basel Gate.

Jom kita ke Spreuerbrücke atau Chaff Bridge.

Chaff Bridge.


Maklumat tentang Spreuerbrücke (Chaff Bridge).

Lukisan Chaff Bridge dari tahun 1597. 
Stadtprospekt von Martin Martini 1597
Extract from City prospectus by Martin Martini 1597

Seperti Chapel Bridge, Chaff Bridge turut membentuk sebahagian sistem pertahanan kota lama Lucerne.

Jambatan ini dibina pada sekitar tahun 1400, musnah dalam satu ribut pada 1566 dan dibina semula pada 1568.

Chaff Bridge ini dibina untuk menghubungkan City Mills dengan Pfistergasse (Baker's Quarter). Baker's Quarter dibina jauh di luar kawasan bandar/perumahan sebab penduduk ketika itu takut kebakaran akan berlaku berpunca dari dapur bakery yang sememangnya dinyalakan sepanjang malam. Seperti yang terjadi di kota London semasa Great Fire of London 1666 yang berpunca dari bakery diraja.


Pemandangan sungai Reuss dan Lucerne Old Town dari Chaff Bridge.

Itu menara Nolli yang terletak di tepi sungai Reuss, dibina pada 1531 as a gate tower.

Menara Nolli dan menara Männliturm. Kedua-dua menara ini adalah sebahagian dari Musegg Wall yang merupakan sebahagian dari kota pertahanan Lucerne yang dibina pada abad ke 13 yang masih terpelihara.

Seperti Chapel bridge, Chaff Bridge ini juga dibina menggunakan kayu.

Chaff Bridge.

Pemandangan sungai Reuss dan Lucerne dari Chaff Bridge.

Kelihatan Jesuit Church St Francis Cavier.


Kelihatan Geissmattbrücke (Geissmatt Bridge), jambatan kereta api dan menara Nölliturm.

Seperti di Chapel bridge, Chaff Bridge juga ada lukisan di siling bumbungnya. 
🔸Kematian banyak digambarkan dalam lukisan segi tiga Jambatan Chaff ini. 
🔸Motif melambangkan Dance of Death. 
🔸Panel kayu dilukis menggambarkan pertemuan antara yang hidup dan yang mati, telah digantung di alang bumbung Jambatan Chaff ini selama kira-kira 400 tahun. 
🔸Gambar lukisan pertama digantung di Jambatan Chaff sekitar 1616. Di panel-panel lain dilukis dan digantung bermula antara 1630 dan 1637. Pada ketika itu kemungkinan besar ada 71 lukisan semuanya.

The Dance of the Dead
Eight skeletons are dancing and skipping around in a circle. They are swinging a pick, spade, pickaxe, shovel, scythe, sandglass, arrow and bow. One is playing the triangle and another is blowing a long trumpet, a symbol of past glory.

Berkali-kali lukisan-lukisan ini telah diubahsuai kerana terdedah kepada kelembapan - antara 1727 dan 1730, sekitar 1858 dan pada 1924/25. Beberapa details pada lukisan telah diubah dalam proses pengubahsuaian, tetapi kandungan lukisan itu masih sama hari ini. Sejumlah lukisan telah hilang pada tahun 1785 apabila Jambatan Chaff ini dipendekkan.


Ada sebuah chapel dibina di jambatan ini untuk menghormati Virgin Mary setelah jambatan ini musnah kerana ribut pada 1566. Nama chapel ini ialah Brückenkapelle Maria auf der Reuss (Bridge Chapel Maria on the Reuss).

Tertera di bahagian atas belah kiri pintu chapel ini:
1408 - wurde die brucke erbaut - jambatan ini dibina
1566 - vom sturme zerstort - dimusnahkan oleh ribut
1568 - wieder aufgebaut mit der kleinen kapelle die - dibina semula dengan gereja kecil
1889 - renoviert wurde - diubahsuai

Di dalam chapel kecil di jambatan ini.


Lucerne terbahagi kepada dua bahagian oleh Sungai Reuss, yang dilintasi oleh tujuh jambatan di dalam bandar. Jambatan ini, Spreuerbrücke (1407), kini adalah jambatan tertua, berbumbung di Lucerne. Sehingga kemusnahannya oleh kebakaran pada tahun 1993, Kapellbrücke (1333; Jambatan Chapel bridge) adalah jambatan tertua.


Historisches Museum Luzern / History Museum. Museum exploring the region's history through interactive multimedia & tours with costumed actors.

Painting on the museum's wall facing the Reuss river of the legendary wild men (giants).
Wikipedia: The wild man, wild man of the woods, or woodwose/wodewose is a mythical figure and motif that appears in the art and literature of medieval Europe, comparable to the satyr or faun type in classical mythology and to Silvanus, the Roman god of the woodlands.
The defining characteristic of the figure is its "wildness"; from the 12th century, it was consistently depicted as being covered with hair. The image of the wild man survived to appear as supporter for heraldic coats-of-arms, especially in Germany, well into the 16th century.



Dari Chaff Bridge ini kita juga boleh lihat wasserkraftwerk mühlenplatz atau Mühlenplatz small hydroelectric power station. 

Di tengah-tengah bandar Lucerne, kuasa aliran sungai Reuss telah digunakan untuk menjana tenaga di Mühlenplatz selama sejak berabad-abad. Sungai Reuss sentiasa menjana kelajuan aliran tinggi dan dengan itu menawarkan keadaan ideal untuk menjana tenaga.

Kerana lokasinya yang sempurna betul-betul di sungai Reuss, kilang Reuss yang pertama dibina di sini seawal tahun 1178. Tapak ini, dengan jaraknya yang berdekatan dengan Spreuerbrücke, berfungsi sebagai bengkel dan tempat pemindahan dan kemudian dilindungi dengan baik oleh kubu pertahanan di pinggir bandar.

Sejak kurun ke 8 lagi penduduk Lucerne dah mejana kuasa air deras sungai Ruess dengan water mills (roda-roda air) untuk macam-macam kegunaan seperti mengisar bijirin dan menukul dan mengisar bahan-bahan lain.

Selama berabad-abad, banyak sambungan dan penukaran telah berlaku. Kilang, pengisar, loji memproses perbandaran dikendalikan melalui pulau-pulau buatan, terusan dan sejumlah sebelas roda air. Kuasa itu disalurkan melalui gear penghantaran kayu dan pada masa itu memberikan anggaran keluaran sekitar 20 hingga 25 kilowatt.









Dari Chaff Bridge, kami jalan-jalan pula dalam Lucerne Old Town while making our way back to the meeting point with other group members.

Lucerne, sebagai bandar paling popular di Switzerland Tengah, dikatakan tidak boleh dilepaskan peluang melawatnya jika ke Switzerland. Bahagian paling popular di bandar ini ialah Lucerne Old Town (Altstadt) dengan unsur seni bina, seni dan sejarah seni bangunan yang menarik. Ketika ini kami memasuki Mühlenplatz atau Mill Square.

Lucerne berasal dari penempatan monastik zaman pertengahan yang dipanggil St. Leodegar, yang wujud dengan asas sebuah biara pada pertengahan abad kelapan. Kebanyakkan gaya seni bina di sini dipengaruh dari bangunan-bangunan di bandar-bandar Eropah yang lain, yang dicerminkan dalam fasad yang mengagumkan dengan kedua-dua butiran klasik, neo-Gothic dan neo-Baroque bandar lama. Sebagai ibu kota cantonal hari ini, Lucerne ialah destinasi pelancongan yang penting dan destinasi pelancongan yang semakin popular.

Seni bina yang pelbagai adalah daya tarikan Old Town ini. Selain fasad yang menarik, terdapat banyak pemandangan seni bina yang mengekspresikan budaya bandar. Bandar lama ini sendiri adalah zon pejalan kaki, yang menawarkan pengunjung suasana yang lebih tenang dan aman dari kesibukkan bandar dan lalu lintas. 

Fountain Neptunbrunnen. Di Switzerland dan lain-lain negara Eropah, most city fountains have cultural and historical significance and history. 

At the top of the fountain base is the eponymous figure of Neptune.
stadtluzern.ch: The representative figure fountain with its artistically designed fountain stick is committed to the stylistic features of the rococo. The sandstone floor, four meters high, has four storeys, with the top being a pagoda-shaped house. This is crowned with the eponymous bronze figure of Neptune. The Neptune fountain is also connected to the old fountain network.

Beberapa bangunan di Mill Square yang mempunyai facade yang menarik, especially yang tengah sebab ada lukisan pemandangan bandar Lucerne beberapa abad yang lalu. 

Lukisan gambaran sungai Reuss dan jambatan Spreuer yang menghubungkan kawasan City Mills (kanan) dengan Pfistergasse (Baker's Quarter) (kiri).  




Bangunan sebelah kanan juga ada frescoes. Arts by Simone Erni done in 1987. Simone Erni is a Swiss Postwar & Contemporary artist who was born in 1946.




An art installation above a gift shop at Rössligasse lane.

Suasana sepi sebab banyak kedai tutup since it was a Sunday. 

Kami pun sampai di satu dataran namanya Hirschenplatz yang dinamakan sempena 'Hirschen' (rusa jantan) sebuah hotel yang pernah ada di sini yang sudah tidak ujud lagi.

Banyak lukisan dibuat pada dinding bangunan-bangunan terutama di Old Town ini pada zaman dulu dengan tujuan untuk berterima kasih pada penaung/pelindung seperti saints and Maria. 

Di dataran ini ada satu lagi fountain namanya Brunnen mit Schwänen atau Fountain with swans. Ia adalah replika patung 'Goose man of Nuremberg' yang terkenal. 

Selain sebagai cara untuk berterima kasih pada saints mereka, lukisan-lukisan besar pada dinding bangunan di Old Town ini ada juga dibuat untuk memperingati pertempuran penting seperti pada bangunan ini. Lukisan ini adalah untuk memperingati Battle of Dornach pada tahun 1499, yang merupakan peperangan terakhir yang berlaku antara Jerman dan Switzerland.



Pada bangunan-bangunan di dataran ini kami nampak beberapa bangunan yang mempunyai wrought iron guild signs yang cantik dan elaborate. 

Dataran ini namanya Hirschenplatz yang dinamakan sempena 'Hirschen' atau rusa jantan. Jadi di tengah wrought iron guild signs ini ada patung-patung rusa jantan yang diwarnakan dengan warna emas.

Pada facade bangunan ini pula ada lukisan cincin-cincin yang dipegang oleh cherubs. Lukisan ini adalah untuk advertistment kerana bangunan ini dulu adalah tempat jewelers.


Kanan: Lukisan Wolfgang von Goethe pada bangunan di mana dia pernah tinggal semasa dalam perjalanan ulang alik dari Italy.
Johann Wolfgang von Goethe was a German poet, playwright, novelist, scientist, statesman, theatre director, and critic. 

Bangunan ini ada oriel windows yang menarik. 

Oriel windows with gargoyles. 

Kami sambung lagi jalan di Weggisgasse dan belok ke Werchlaubengässli ini. 

Satu lagi mural yang kami jumpa. 

Menara yang kami nampak di belakang sana itu ialah menara Zytturm yang merupakan salah satu dari 9 menara-menara yang ada di Musegg Wall. Musegg Wall merupakan sebahagian kota pertahanan Lucerne yang dibina pada abad ke 13 yang masih terpelihara.

Foto kanan: Ada sebuah restoran Thai di lorong ini. 


We came upon another water fountain. This one look quite elegant with wrought iron decorations. Labelled in maps as Fontanna, which in Polish means fountain. 

Pada zaman dulu fountains membekalkan manusia dan haiwan dengan air minuman dan juga berfungsi sebagai tempat membasuh pakaian. Ia juga khususnya membentuk kehidupan sosial bandar dengan berfungsi sebagai tempat pertemuan untuk pertukaran gosip. Sistem bekalan air moden pada akhir abad ke-19 telah mengalihkan tempat pertemuan ini ke kafe dan restoran.



Di lorong ini juga kelihatan banyak establishments yang mempunyai wrought iron guilds yang cantik. 



Seperti di Hirschenplatz tadi, di dataran Sternenplatz ini juga ada bangunan-bangunan yang dilukis dengan mural-mural yang besar. Foto bawah menunjukkan mural besar yang cantik berwarna warni di bangunan Restaurant Fritschi. 

Mural besar ini dilukis oleh muralis bebas tempatan Robert Ottiger pada tahun 1985. Ia menampilkan banyak watak dan kumpulan bertopeng (dipanggil Guggemuusige) yang berarak di jalan-jalan semasa Lucerne Carnival the week before Ash Wednesday.


Info tentang Sternenplatz atau Star Place.

Ada 'Star' besar di lantai Star Square ini. 

Restaurant Fritschi outdoor seatings.

Stadtkeller Restaurant.

Di dataran ini ada satu lagi mural besar pada dinding rumah ini. Saya baca artworks begini dipanggil Lüftlmalerei yang dikatakan adalah seni budaya yang berasal dari Bavaria dan Austria.

Lüftlmalerei biasanya menggambarkan saints kegemaran dan pekerjaan pemilik rumah. Kadang-kadang, ia hanya berfungsi sebagai hiasan sahaja.



Ok, jom kita ke meeting point. Sudah hampir masa untuk berkumpul semula dengan group members yang lain. 

Patung di bucu dinding di Gerbergasse. 


Sudah pun sampai di hujung Lucerne Old Town sebelah Tasik Lucerne. 


Sempat kami stop sekejap di Casagrande Souvenirs • Watches Grendel sebab wife nak beli Swiss Army Knife. 

Bila semua group members sudah sampai, kami pun naik bas untuk balik ke Jet Hotel yang terletak di Rümlang. Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam.


Hujan masa ini.



Tiba di Jet Hotel.

Dinner kami dihantar ke bilik. Hidangan malam itu ialah nasi, ayam masak pedas dan sayur masak lemak bersama sayur terung goreng. Sedap habis licin kami makan. Maklumlah, siangnya tadi banyak berjalan... hihi. Syukur Alhamdulillah.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.