Friday, March 25, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 03 - PART 02 - KUCHING - KUCHING WATERFRONT EVENING WALK - PART 01

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sambung lagi cerita. Dari Kuching International Airport kami terus naik teksi ke hotel penginapan kami di tengah Bandaraya Kuching.

Kuching International Airport

Dari pemerhatian kami, Bandaraya Kuching sudah banyak berubah. Ini kerana kali terakhir saya ke Kuching adalah pada tahun 2014, which is 8 years ago.

Menuju ke pusat Bandaraya Kuching. 

Sambil itu kami berbual dengan pemandu teksi. Kata dia masa Chinese New Year, Kuching memang sepi bermula on the very day kami sampai Kuching kerana esoknya adalah CNY.

Ini bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, sebuah bangunan Kerajaan setinggi 12 tingkat.

Di sebelahnya pula adalah bangunan Sultan Iskandar yang tingginya 17 tingkat. Juga bangunan Kerajaan.

This is Lim Fah San, Chinese Temple, a buddhist monastery at Jalan Tabuan, Kuching, Sarawak.

Ini pula Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru. Mercu tanda Sarawak ini adalah setinggi 9 tingkat.

Ini Hong San Si Temple, di Jalan Wayang, Kuching, Sarawak.

Muzium Sejarah Cina.

Kuching Waterfront. Saya excited nak ke sini sebelah malamnya as per our plan. From my recollection masa di sini years ago, waterfront ini memang cantik di waktu malam. 

Tiba di hotel penginapan kami di Kuching, Grand Margherita Hotel. 

Scan dulu sebelum masuk hotel.

Suasana di dalam Grand Margherita Hotel, Kuching.



Cantik decoration pada dinding kaca di reception area hotel ini. Kalau tidak silap ini adalah perhiasan terabai kaum Iban, yang merupakan perisai tradisional kaum Iban suatu masa dahulu.

Dulu di Kuching kami menginap di hotel ini juga. My wife suka hotel ini sebab setiap kali dia ke Kuching atas urusan kerja, dia mesti menginap di sini. 

Jadi for this trip she booked a room via Agoda, so dapatlah rate terjangkau. Kalau rate rendah, maka biliknya adalah bilik city view. 

My wife sajalah bertanya pada reception kot boleh dapat riverview room. Dulu masa menginap di hotel ini, kami duduk di bilik riverview. Memang cantik pemandangannya. 



Dan isteri berjaya mendapat free room upgrade ke riverview room 😀. Alhamdulillah. Masa kami di Miri, di Pullman Miri Waterfront Hotel pun kami dapat upgrade ke riverview room juga, tanpa sebarang extra charge. Room rate yang kami bayar masih lagi rate yang kami dapat when booking via Agoda. Come to think of it, agaknya memang begitu practise hotel-hotel, i,e, bila hotel guests requested for room upgrade, the reception staff can and is authorised to give the upgrading. Of course depending on room availability lah.

Pemandangan indah Sungai Sarawak dari Grand Margherita Hotel. Bangunan tinggi itu adalah Sarawak State Government Administrative Headquarters building.

Kelihatan juga Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru dan Imperial Riverbank Hotel. 

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru.

Rumah/kedai kek lapis di seberang Sungai Sarawak, Mira Cake House.



Behind the Sarawak State Government Administrative Headquarters building is the majestic Mount Santubong. 

Ini peta lokasi Grand Margherita Hotel, Sarawak State Government Administrative Headquarters building and Mount Santubong.

Melihat ke arah kiri tingkap, boleh nampak Gunung Serapi / Banjaran Matang (Matang range).

These are the locations for Grand Margherita Hotel, Sarawak State Government Administrative Headquarters building, Mount Santubong and Mount Serapi.

Lepas check-in kami decided nak pergi cari dan beli lagi Kek Lapis Sarawak sebab Kek Lapis Sarawak Siti Payung yang kami beli earlier di Miri tak cukup pulak 😄.
Imperial Riverbank Hotel (kanan) dan Riverside Majestic Hotel (kiri)

Lepas tanya concierge di mana kedai kek lapis, kami set out to walk to the kedai. From the concierge's description macam dekat je. Anyway, since we were already out and about maka kami juga decide untuk jalan-jalan di Kuching Waterfront sambil merakam sunset dan suasana malam di situ. After that, kami rancang akan terus pergi makan malam sebelum balik ke hotel.

Kuching's iconic Cat Monument. 


Masa ini sudah pukul 6:23 petang. So let's hurry dan cari kedai kek lapis so that we can be at the waterfront during sunset. 

Pemandangan Gunung Serapi dari Bandaraya Kuching. SubhanAllah... cantik sungguh. Seperti dalam foto di bawah, on a clear day macam ini kita boleh nampak Stesen Pemancar Komunikasi di puncak Gunung Serapi yang jauhnya lebih kurang 22 km dari Bandaraya Kuching ini.

Gunung Serapi terletak dalam banjaran Matang (Matang range). Dalam Matang range ini terdapat 2 lagi gunung yang lebih kecil iaitu Gunung Selang dan Gunung Sendok. Di Matang range juga adalah merupakan lokasi Kubah National Park, Matang Wildlife Center, Stesen Pemancar Komunikasi Serapi dan TM Gunung Serapi Upper Peak. 

Then we came upon this amazing mural at the Riverside Majestic Hotel.

Saya ni kalau jumpa mural memang la jadi exited... hihi 😄. 


Colorful 'KUCHING' sign.


Bergambar kejap di Kuching Waterfront.


Sungai Sarawak dan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru.

Meneruskan perjalanan mencari kedai kek lapis. 

Ini Siew San Teng (Tua Pek Kong) Temple. 

Maklumat tentang Tua Pek Kong.

Kuil ini adalah kuil tertua di Bandaraya Kuching dan merupakan salah satu daripada bangunan bersejarah yang ada dalam Jejak Warisan Kuching.

Dipercayai kuil ini sudah ujud sejak tahun 1839. Kuil itu terselamat daripada Kebakaran Besar Kuching pada tahun 1884 (1884 Great Fire of Kuching) dan pencerobohan Jepun semasa Perang Dunia II pada 1941 apabila strukturnya kekal utuh walaupun bangunan-bangunan berhampiran mengalami kerosakan teruk akibat pengeboman oleh Tentera Imperial Jepun.

Ehh... another mural di dinding bangunan Singgahsana Lodge at Temple Street.

Let's zoom-in and have a closer look. Orangutan mural! So beautifully painted! Bertajuk 'Wild About Kuching', ia dilukis oleh Leonard Siaw. 

Bangunan Muzium Sejarah Cina.


Kedai kek lapis yang kami cari ada di blok ini. Jom lintas jalan.

Ini kedainya. Asma Cake House. Fortunately kedai ini masih buka. Ingatkan sudah tutup sebab masa itu sudah pun pukul 6:36 petang. Morever, esoknya cuti umum CNY. 

Suasana di dalam kedai Asma Cake House.

Selain dari Kek Lapis Sarawak, ada juga pelbagai produk makanan lain dijual di sini.

Seperti di Kedai Kek Lapis Sarawak Siti Payung di Miri, kedai ini juga ada banyak pilihan kek lapis. 

Kalau ikutkan hati, mahu je saya grab beberapa bungkus snek-snek ini tapi memikirkan takut tak muat beg, maka batalkan sajalah niat itu... hihi 😄.

Di Asma Cake House, kek lapisnya dipanggil Kek Lapis Basah Sarawak. Kalau di kedai kek lapis Siti Payung Miri, kek lapisnya dipanggil Roll Sarawak Layer Cake dan Normal Sarawak Layer Cake. Same different I guess.  

Antara Kek Lapis Basah Sarawak yang kami beli di kedai Asma Cake House Kuching. Sedap rasanya dan tidak terlalu manis, which is good of course. I prefer the 'Pineapple Cheese' 😋. 
Curious though, if you look closer at the 'Ramuan', the 'Pineapple Cheese' cake actually has no pineapple or cheese. Similarly, the 'Horlick' cake do not have Horlick in the ingredient 😕. How come eh? Perhaps the producer do not use actual pineapple or cheese or horlick but uses artificial flavourings that taste like pineapple/cheese/horlick. May be that's what the ingredient 'Perisa' refers to. 

My wife suka snek sago ini. So we bought a box.

Selesai beli kek lapis, kami pun crossed the road for a short evening stroll at Kuching Waterfront. 

Makin malam makin sibuk Jalan Main Bazaar ini. 

Cantik hiasan lampu-lampu jalan ini. Ada bentuk-bentuk burung Enggang and bunga Raya dibuat dengan rope lights pelbagai warna. Nampak festive.

Ternampak satu lagi wall art. Mural dinding ini bertajuk 'Children' di Jalan Wayang. Ia menggambarkan kanak-kanak dari pelbagai kumpulan etnik Sarawak. Ia terletak di dinding Granary Kitchen and Bar.

Mural ini dilukis oleh Mohd Afiruddin (Dean R) dan Amey Sheik Ali.

Satu lagi wall art. Yang ini bertajuk 'Hornbill, Hibiscus, Harmony'. Lokasinya di Jalan Main Bazaar.

Mural ini dilukis oleh Dewi Mio dan Mohd Nor Shaddiq Mohamad Hamsah. Ia adalah sebahagian dari projek #tanahairku oleh Petronas.

Ok jom kita jalan-jalan di Kuching Waterfront.

Beautiful garden landscape lighting. Suluhan lampu warna berlainan pada pokok-pokok rendang di waterfront ini membuatkan suasana garden jadi magical.

Bila sudah lewat petang dan towards malam dan suasana makin nyaman, maka lebih ramailah pelawat berkunjung ke waterfront ini. 

Wonderful tree illuminations. 

Selain permanent street lights fixtures, waterfront ini juga dihiasi dengan rantaian lampu-lampu dan rope lightings.

Ada hiasan rope lightings berbentuk tang long sempena Chinese New Year. 

Selain rope lightings bentuk tang long, ada juga dibuat bentuk kucing dan bunga. 

Keindahan pemandangan senja menyingsing di Kuching Waterfront.

There's nothing like a beautiful sunset to end a wonderful day. 
**Me letting out a contented sigh... 😊**.

Beautiful colors of sunset illuminating the Sarawak river. So mesmerizing!

River cruise boat leisurely sailing the calm river. 

Capturing the blue hour at Kuching Waterfront. Detik-detik keindahan ketika alam diselubungi cahaya kebiruan.



Dan pastinya bergambar untuk kenangan 😊. 

".... presence beyond appearance... fantastic in wonder.... blue in mood...."


Jambatan Darul Hana. Last time kami di sini, tiada jambatan ini. It is an S-shape footbridge.


Di waterfront ini juga ada copper plate inscriptions ini yang dipanggil 'History Walk'. Ini History Walk plate no. 7. Semuanya ada 12. Plak-plak ini menceritakan sejarah penting Bandaraya Kuching. Catatan sejarah ini merangkumi pembentukan, lokasi dan peristiwa-peristiwa besar di Kuching yang membentuk bandaraya ini hari ini. Beberapa wira tempatan turut diketengahkan.

Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. tak pergi naik bot ke seberang sana sungai ?
    sana lagi banyak choice kek lapis. tapi yang dekat Mira tu macam sana je rasanya cuma nama je beza .. too commercialised
    ada satu kedai dekat Mira tu .. tu sedap sikit

    teringin nak pergi Rain Forrest Festival kat Sarawak ..

    masa kecik-kecik , kita orang panggil kuil Cina tu tok pek kong cina ...
    ex :' kedai yang dekat sebelah tok pek kong cina tu .... "
    saya ingat ada atok nama pek kong :))) dalam kuil tu
    rupa-rupa nya tua pek kong ..

    mural Children tu cantik !

    masa saya ke Kuching dulu pun Jambatan darul hana tu tak ada lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak doc. We know sebab dulu kami ke Kuching ada pergi ke seberang sana tu. Memang ada so many choices. I think masa tu I ate a lot of samples.. hihi.

      Yes, pergi doc. Pas tu blog about it. I would love to read about that festival.

      Kan. As you know I mmg suka mural besar2 macam tu. I wished masa tu kami ada banyak masa untuk kami buat walking tour sambil cari murals.

      Walking bridge macam tu selalunya ada dibina dlm cities yg ada waterways. Very nice and scenic.

      Delete