Wednesday, May 3, 2017

UMRAH 2017 - DAY 01 - PREPARATION & DEPARTURE

Saya mulakan dengan syukur Alhamdulillah. 

Saya dan isteri telah selamat menunaikan umrah baru-baru ni dari 5 April hingga ke 17 April 2017 lalu, 6 malam di Makkah dan 5 malam di Madinah. 

Syukur Alhamdulillah kerana segala urusan berjalan dengan lancar, penerbangan pergi balik dan perjalanan-perjalanan kami di sana selamat. Syukur kerana dapat pergi melakukan umrah buat kali ke 3 bagi saya dan kali ke 4 bagi isteri saya (tak termasuk umrah ketika menunaikan haji bagi kami berdua). Syukur Alhamdulillah kami dapat bersolat dan beribadat dengan selesa, baik kesihatan kami (hanya sedikit batuk) dan cukup makan minum. Syukur Alhamdulillah kerana telah dapat melawat beberapa tempat bersejarah yang berkait langsung dengan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat-sahabat baginda di Makkah dan Madinah. 

SubhanAllah. Sesungguhnya terlalu banyak yang perlu kami syukurkan. Dalam bersyukur, bila selamat sampai ke tanah air, kami terasa terharu juga kerana memikirkan adakah kami akan berpeluang lagi untuk ke sana. Terasa kerinduan untuk berada di sana lagi. Namun itu semua kami serahkan pada Allah SWT. Jika ada rezeki, insyaAllah kami ke sana lagi.

Baiklah, insyaAllah saya kongsikan kisah kami menunaikan ibadah umrah berserta, seperti biasa, dengan foto-foto yang sempat dirakam. And there are a lot of photos yang nak saya share 😊.

Umrah kali ini kami ingin sekali sertakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah Islam bagi merasakan kesan perjuangan rasul kita Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Dan syukur Alhamdulillah kerana isteri saya telah terjumpa Pakej Umrah Khas 13 Hari/12 Malam yang ditawarkan oleh Syarikat Mursyid Alharamain pada bulan April 2017.  

Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd berlokasi di Unit No. A-1, First Floor, Block 1, Worldwide Business Park, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Ada pelbagai pakej umrah yang disediakan oleh pihak Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd to suit its customers' needs. 
Sumber: http://mursyidalharamain.com/v2/

Kalau nak yang 'Umrah Eksekutif Premium' pun ada juga.
Sumber: http://mursyidalharamain.com/v2/

Kami telah memilih pakej 'Umrah Khas'. Senang nak memilih tarikh yang sesuai untuk kami kerana dah ada dates set by the company.
Sumber: http://mursyidalharamain.com/v2/

Saya kongsi juga invoice ini supaya rakan-rakan pembaca yang berminat boleh tahu harga sebenar pakej ini. Ada additional RM500 for twin sharing. 

Kami diberikan percuma beg-beg oren beroda ni: 1 beg besar, 1 beg saiz hand luggage (ada dalam beg besar tu) dan 1 beg kecik sandang. Buku 'Panduan Praktis Umrah & Ziarah' juga diberikan sama. In retrospect, memang bagus sangat beg-beg ni berwarna oren terang sebab masa di airport cukup senang spot even dari jauh. Dan selama perjalanan, tak ada kejadian any of the bags yang pecah bagi semua ahli group kami. Beg kecik tu nampak je kecik, tapi macam-macam boleh sumbat 😊.

Voucher dan informasi penting dari Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd.

Ada info harga untuk bilik berempat atau berlima, bertiga dan berdua.

Ada juga ziarah ke tempat-tempat bersejarah termasuk lawatan khas ke Madain Soleh dan Toif. Juga penting adalah jarak hotel ke masjid untuk di consider. Untuk kami yang berusia gini elok la kalau boleh pilih hotel yang dekat.

Dari pengalaman kami yang lalu, bilik di hotel Makkah bagi harga pakej seperti yang kami ambil ni adalah kecil. Ini adalah standard. Pandai-pandailah nak sesuaikan diri. Lagi pun di hotel cuma untuk mandi, berehat dan tidur. Most time akan di masjid.

Dan kebiasaannya bilik hotel di Madinah adalah lebih besar dan selesa.  

Itinerary kami dalam pakej ini. Dah diaturkan boleh buat 5 kali umrah oleh pihak Syarikat Mursyid Alharamain untuk para jemaah tapi terpulang pada individu. 


Informasi ringkas.

Pihak syarikat Mursyid Alharamain juga akan send mesages about kursus umrah yang boleh dihadiri oleh para peserta. Kami pergi yang di Putrajaya ni.



Belajar mengikat kain ihram. Penting untuk elak terburai especially sebab untuk lelaki underneath tak boleh pakai apa-apa 😊.

Bagi persiapan lanjut untuk menunaikan umrah, di rumah kami juga menonton semula VCD ini bertajuk  'Inilah Umrah Yang Tepat' yang disampaikan oleh Dato' Hj Md Daud Che' Ngah. VCD ni kami beli a few years ago sebagai panduan tambahan masa nak mengerjakan umrah dulu. 
"Ibadah haji dan umrah adalah fardu dan wajib...."

Juga sebagai persiapan fisikal, saya buatlah juga senaman. Pertama sebab faktor umur. Dulu masa buat umrah I was a few years younger. Now ni dan berumur. Juga faktor berat badan. Also baik kalau I discover any 'shortcomings' now rather than masa di sana. Bolehlah rawat atau ambil sebarang langkah untuk menyihatkan diri dan memperkuat stamina. Maklum la nanti akan banyak berjalan semasa nak ke masjid, masa nak tawaf dan ketika bersaie. Dan masa jalan tu nanti very likely cuaca adalah panas. Tambah lagi cabaran masa tu akan ramai jemaah lain yang tentunya akan present different kinds of challenges. 

Bila dah dekat nak departure, Syarikat Mursyid Alharamain juga menghantar mesej-mesej penting seperti di bawah ni.

Juga penting dapatkan maklumat waktu-waktu solat di Makkah dan Madinah.

Kebetulan di sekolah sebelah rumah saya ada dijemput seorang ustaz memberi ceramah tentang ibadah haji. Siap praktikal sekali.

Seronok pulak dengar dan tengok sesi ceramah ni. 

Wajah adik-adik sekolah yang bakal menjadi haji satu hari nanti, insyaAllah. 

Praktikal bertawaf.

Bakal-bakal hajjah, insyaAllah, sedang melakukan praktikal Istilam Hajar Aswad.


Melakukan tawaf beramai-ramai.

Mereka juga bersaie.

Dan tentunya juga ada beberapa barang keperluan umrah yang kami beli sebagai kelengkapan. Kami ke Kedai Bin Daud.

Besar juga kedai ni dan barangan yang dijual juga ada macam-macam. Lengkap.


Cara nak ke Kedai Bin Daud. Selain di Desa Pandan, ada juga cawangan di Shah Alam.


Dan kami ke sini sebab nak beli penapis hidung ni. Dari pengalaman yang lalu, 'Nosk' ni sangat berguna dan convenient. 

Kalau tak nak pakai mask tutup hidung, boleh la juga cuba 'Nosk' ni.

It is a pharmaceutical product.

Cara nak guna. Sumbat je dalam hidung. Tak sakit sebab penapis tu lembut. Also boleh dibasuh dan guna semula.

This is how it looks like.

Lain-lain barangan yang ada di Kedai Bin Daud ni.



Ni penting. Buatlah wasiat sebelum pergi.

Ni kad wasiat saya sebagai contoh. Boleh buat wasiat di Amanahraya. Furthermore, wasiat ni elok buat tanpa perlu kerana nak menunaikan umrah/haji.


Beg oren tu memang besar. Mula-mula rasa macam terlalu besar tapi lepas dah packing, bersyukur beg tu bersaiz besar! 

Dan tentunya elok juga bawa Quran sendiri. Di masjid sana memang ada Quran tapi kalau lebih selesa dan dah biasa dengan yang kita baca hari-hari di rumah, elok la bawa yang itu.

Bawalah pakaian yang cukup lagi sesuai untuk di pakai ke masjid serta juga semasa pergi ziarah. Boleh kalau nak basuh tapi sebenarnya di sana nanti penat especially masa di Makkah. Jadi elok kalau ada masa, digunakan untuk berehat. Tapi kalau nak basuh sikit-sikit tu, ok la. Service laundry juga ada tapi kena pandai-pandai la urus sendiri. Apa-apa pun segala persediaan kita nak ke sana elok dibuat selengkapnya supaya kita tak sibuk dengan hal-hal lain selain beribadat sebanyak-banyaknya.

Ni first time kami nak guna beg pesyen kotak macam ni. Selama ni kami kalau bercuti guna beg kain yang lebih flexible. So takut pulak nanti beg kotak tu pecah masa loading/unloading. Jadi sebagai persediaan kami beli this small foldable two-wheeled hand trolley, netting dan bag straps. Kalau roda patah, boleh guna trolley tu. Kalau beg pecah boleh balut dengan net atau strap je. Alhamdulillah, beg-beg kami tak pecah. In fact none of the bags dalam group kami pecah except for one incident roda tercabut. Kuat jugak beg ni rupanya.

Bagi orang macam saya ni yang kena makan ubat hari-hari, mestilah pastikan bawak ubat-ubatan yang secukupnya. Boleh beli di sana tapi harganya mahal. Btw, that 'terapi resdung' tu is very very nice! Alternative yang baik selain using Vicks Inhaler nasal stick. 

Dari pengalaman kami yang lalu, selalunya kami akan batuk atau selsema kerana cuaca yang panas dan berdebu di sana. So elok bawak lozenges. My wife perfers the Manuka Honey Suckles. Me like Fisherman's Friend. 

Haaa.. ini juga penting. In between meals mungkin rasa lapar while doing a lot of activities. So elok to have something in your bag. In fact, nanti saya cerita satu kejadian menyayat hati yang melibatkan coklat-coklat ni. 

Panas terik elok bawak shades. Tetiba lapar elok bawak quick fix noodle cup ni 😊.

Elok juga bawak hangers for closets organizing. Perangai saya, saya suka hang pakaian yang akan saya pakai the next day. Kurang la sikit kedut-kedutnya. Nak ke masjid kena la pakai elok-elok. Saya juga bawak extra slippers. Di sana banyak orang hilang selipar. Boleh kalau nak beli je di sana tapi takut tak sesuai la. 

Juga elok tukar duit sikit in case ada emergency. Or for a bit of shopping. Tukar RM1,000 boleh la dapat SAR800.

Dan tentunya elok kalau kita grooming sikit, biar kemas. Also takut kalau panjang senang gugur dan kena bayar dam pulak kalau masa tu tengah dalam berihram.

Siap dah packing. Sebab semua dalam group guna beg oren saiz yang sama, maka selain in case takut beg pecah, kami strap the bags untuk bezakan beg-beg kami dengan beg-beg jemaah yang lain. 

Info yang sangat berguna shared by Mursyid Alharamain Travel & Tours.

Jadi janganlah minum susu unta ya. 

Kami juga menerima mesej-mesej in dari Muttawif kami Ustaz Abu Fatih Ahmad Husni. Ini tentang solat sunat musafir. Info sebegini adalah sangat penting bagi melengkapkan dan menyempurnakan ibadah umrah.

Juga doa keluar rumah untuk musafir.

Zikir selepas solat berdasarkan sunnah baginda SAW.

I know... panjangnya part persediaan kan.. hehe. Saya rasa elok saya include supaya saya tak lupa dan sebagai panduan kepada sesiapa yang berminat. 

Maka tibalah masanya untuk kami bertolak. Kami akan berpakaian ihram dan berniat ihram di dalam kapal terbang di Miqat Qarnul Manazil yang akan kami lalui sebelum mendarat di Jeddah. Ini kerana kami akan terus masuk ke Makkah dari Jeddah. So saya pakai kain ihram bawah siap-siap dari rumah dan kain top pakai masa nak boarding nanti. Boleh juga kalau nak pakai kain ihram masa di kapal terbang tapi saya rasa macam susah sikit nanti sebab sempit. Untuk wanita mudah je. Pakai je pakaian macam biasa. 

Syukur Alhamdulillah kami dapat sekali lagi mengerjakan umrah. Selepas zohor kami pun bertolak kerana mesti ada di airport pukul 3:30 pm. Flight kami dengan Saudia (Saudi Arabian Airlines) ke Jeddah adalah pukul 7:30 pm. Bergambar kenangan dalam teksi 😊.

Alhamdulillah cuaca baik, especially considering selalunya petang hujan lebat. 

Sampai di KLIA senang kami nak spot group kami di Kaunter K sebab semuanya guna beg-beg oren.. hehehe. Ahli-ahli rombongan kami berasal dari sekitar Kuala Lumpur dan Sg Petani di Kedah, semua seramai 18 orang.

Kami diberi kad ni yang wajib kami pakai selama di sana. 

Dan inilah Muttawif kami, Uztaz Ahmad Husni Abdul Rahman. He looked familiar. Rupanya dia sering dijemput dalam rancangan agama di TV seperti dalam program Tanyalah Ustaz di TV9. Ini Ustaz Ahmad Husni sedang memberi taklimat perjalanan Umrah di samping pesanan-pesanan lain.

Ini group members lain. Yang lelaki saya tengok tak de sorang pun yang pakai kain ihram. Saya je sorang.. hehehe. Or may be mereka pun dah pakai kain ihram bawah under their jubah. Juga para petugas dari Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd yang datang ke airport menguruskan bagasi dan check-in dan to send us off. 

Bergambar kenangan bersama group dengan banner Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd.

Ustaz Husni ni cukup peramah, professional dan easy-going orangnya. Bila kami tanya dia betul ke dia ustaz yang biasa masuk kat TV tu, dia kata yang dia sama saja dengan Upin & Ipin yang juga selalu masuk TV.... hehe. Agaknya kerana itulah juga ada beberapa passengers lain di airport tu yang bertanya tentang pakej kami dan ada couple yang nak ke Mesir yang minta nama dan alamat Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd.

Selesai check-in dan taklimat kami semua ada masa untuk minum petang sebelum berkumpul semula nanti di bahagian departure. 

Di departure gate, kami berkumpul semula diberi sedikit lagi taklimat dan diberikan juga passport dan boarding pass. 

Menuju ke departure gate. 

Ke Guardian kejap beli air dan Cod Liver Oil.

Kami terbang dengan Saudia pesawat Boeing 777-300ER dari KLIA ke King Abdulaziz International Airport di Jeddah, Arab Saudi selama 9 jam pada pukul 7.30 malam mengikut jadual.

Boarding pass.

Masuk ke pesawat.

Flight info.


Bacaan doa musafir.

Penerbangan adalah selama 9 jam. Masa tu malam di KL, siang di Jeddah. Ada beberapa turbulence. Lebih terasa sebab kami duduk di ekor pesawat. 

Yang disediakan oleh Saudia for its passengers. I love the socks! Tapi kena ingat untuk tanggal sebelum berihram.

Lagi 6 jam nak tiba di Miqat.

Hidangan makan malam yang sedap. Seeloknya masa nak pergi umrah/haji kita kena la banyak bersabar dan jangan complain macam-macam. Makanan tak sedap la, bilik tak selesa la. Cuaca panas berdebu la. Hotel jauh dari masjid la. Ini semua rezeki masing-masing. Kena rendah diri, banyak bersabar dan jaga la mulut. In fact, pada bila-bila masa pun kita kena patut begitu.


Tak pernah pun dengar nama pulau-pulau ni.

Then it was time to rest and slumber for it will be a very long day ahead.

Btw, dalam kapal terbang ni ada disediakan ruang solat. So nice!

More flight info. Kami memang suka tengok info ni 😊.


Peta lokasi Miqat Qarn Almanazil. 

1 jam 44 minit lagi nak fly over miqat.


Hidangan kedua lebih kurang sejam setengah sebelum sampai Jeddah. 

Masa melintas Miqat Qarnul Manazil, Kapten pesawat pun membuat pengumuman. Masa tu juga para Mutawwif memberitahu ahli jemaah masing-masing untuk membantu mereka melafazkan Niat Ihram dengan betul, terutama bagi mereka yang terpaksa membuat Niat Ihram Bersyarat. Fyi, ada juga dalam pesawat dengan kami ni beberapa group umrah dari Indonesia. 

Bersambung.....

Saya list di bawah semua entries Umrah 2017 for easy reference:
DAY 01 - PREPARATION & DEPARTURE

DAY 02 - ARRIVAL & UMRAH PERTAMA

DAY 03 - MASJID SITI AISYAH, TANAIM

DAY 04 - JABAL ABU KUBAIS, JABAL THUR, MASJID AL RAJHI, UMM AL-QURA UNIVERSITY, ARAFAH, MASJID NIMRA, JABAL RAHMAH, AIN ZUBAIDAH, WADI MUHASSIR, MASJID MASYA'IR HARAM, MUZDALIFAH, MINA, JABAL QURBAN, KOMPLEKS JAMRAH, MASJID BAIAH AQABAH, JABAL NUR, JAARANAH & UMRAH KE 2

DAY 05 - TAIF, MASJID ANDULLAH BIN ABBAS, MASJID KU', EMPANGAN IKRIMAH, PASAR BUAH-BUAHAN, MASJID MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH KE 3

DAY 06 -  LADANG UNTA, EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE & YAYASAN JAMIYYAH KHAIRIYYAH

DAY 07 - BERANGKAT KE MADINAH, MASJID JIN, TANAH PERKUBURAN MAA'LA, KAWASAN ABU LAHAB, MASJID SITI AISHAH & WADI QUDAID

DAY 08 - MASJID GHAMAMAH, MASJID QUBA', LADANG KURMA, TELAGA YASEERAH, JABAL UHUD, MASJID SAYYID AL-SHUHADA, JABAL RUMAT, PERKUBURAN SHUHADA, MASJID QIBLATAIN, KAWASAN KHANDAK, MASJID SAB'AH, MASJID FATH, MASJID KHANDAK, PASAR KURMA, ZIARAH MASJID NABAWI, TELAGA HA DAN PERKUBURAN BAQI'

DAY 09 - PART 01 - MASJID BANI MUAWWIYAH, MASJID IMAM BUKHARI, SANDSTORM AREA, HIJAZ RAILWAY MUSEUM, MADAIN SALEH

DAY 09 - PART 02 - AL-HIJR (MADAIN SALEH)

DAY 10 - MASJID BILAL BIN RABAH, MASJID JUMMAH, BUKIT TSANIYATUL WADA', MASJID QUBA, TELAGA ARIS, KUBU KAAB BIN ASYRAF, BUKIT KHURAIDAH, KUBU URWAH BIN ZUBAIR, HIJAZ RAILWAY STATION MADINAH, MASJDI AMBARIAH

DAY 11 - PART 01 - MASJID QUBA, THE REFUGE OF FAITH EXHIBITION, UNIVERSITI ISLAM MADINAH, WADI AQIQ, MASJID QIBLATAIN

DAY 11 - PART 02 - SOKAIFAT BANI SAEDAH & MUHAMMAD MESSENGER OF ALLAH EXHIBITION

DAY 12 - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

12 comments:

  1. Alhamdulillah, diberi rezeki menjadi tetamu Allah pada 22hb Mac - 3hb Apr baru-baru ini. Harap saya pun direzekikan peluang macam en. Syed dijemput menjadi tetamu Allah berulang kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Syukur. Saya doakan NM juga dapat pergi ke sana berulang kali. InsyaAllah.

      Delete
  2. Alhamdulillah... jumpa juga orang yang bagi review TA Mursyid Alharamain ni secara details. Insyallah bakal menunaikan umrah khas pada hujung Nov. Insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Diharapkan blog saya ni dapat membantu Cik Cujie.
      Semoga selamat menunaikan umrah, insyaAllah.

      Delete
  3. ha ah kan..
    best terapi resdung tu ! menusuk berangin masuk ke sinus sungguh ! [ saya punya dah hilang tapi balik dari Bromo .. ntah ke mana .. kucing main kot ! ]
    apesal muka kat pas tu muka terkejut !! :))

    kemain.. minun Evian ..
    masa ke surabaya baru ni. air tak macam tak cukup masa makan .. macam nak tercekik .. kena beli air . air asia pastinya ..depa jahat . jual Evian je .. dua kali tercekik nengok harga .. rm 9 sebotol ! hahahhaa

    pulau2 kepulauan maldives rasanya tu ..

    ihram bersayarat apa eh en syed?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rekomen sgt beli terapi resdung tu! Menusuk habis sampai rasa ke tekak! Best! Lega!
      Nakal kucing tu! Tak ke benda lain dia nak main.. hehehe..Bagi dia hidu tentu dia cabut lari.. hahaha

      Muka terkejut? Hahahaha.. dah jurugambar kata besarkan mata.. hehehe.

      Hehehe.. masa tu, can you believe it, tak de air mineral yg biasa tu. Ada Evian je. Terpaksa.
      Wah! RM9!! Mahalnya! Sedap rasanya sebab air alps kan.. hehehe.. ke rasa kelat sebab mahal.. hahahha

      Oooo.. Maldives rupanya...

      Ihram bersyarat tu utk wanita yg still nak buat umrah tapi risau takut haid datang masa umrah tak siap lagi maka mesti la berniat yg khas utk keadaan tu.

      Delete
  4. As salam...

    Alhamdulillah byk yg saya dapat info yang lengkap di sini sebagai persediaan mengerjakan umrah jika dijemput menjadi tetamuNya nanti In Shaa Allah. Saya juga berhasrat utk mengambil pakej umrah dari Al Haramain ni juga, sekarang masih mencari info lagi. Terima kasih tuan kerana kongsikan banyak tips dan persediaan sebelum mengerjakan umrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga catatan saya bermanfaat untuk Cik Intan. Terima kasih kerana share your feedback pada saya. Appreciate it.
      Sebenarnya memang saya cuba record selengkap yg saya mampu supaya saya dan isteri tak lupa pengalaman kami disamping berkongsi dengan rakan2 pembaca dengan harapan ia dapat sedikit sebanyak beri info yang bersangkut paut.

      Alhamdulillah.

      Delete
  5. Assalamualaikum. One of the most complete travelog umrah. Terima kasih. Semoga segala perkongsian tuan Syed dikurniakan Allah pahala yang besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam En. Amran
      Ya Allah... Aminnnn....
      Terima kasih En. Amran for the feedback.

      Delete
  6. Assalamualaikum... saya mencari info berkaitan umrah dan terjumpa blog ini. Sangat tertarik dengan penulisan yang begitu informatif dan foto-foto menarik yang dipaparkan.

    Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Sama2. Thanks ya for your kind words. Appreciate it.
      Semoga blog ni bermanfaat.

      Delete