Friday, May 26, 2017

UMRAH 2017 - DAY 09 - PART 02 - MADAIN SALEH

Seterusnya kami ke kota bekas peninggalan umat Nabi Saleh, kaum Thamud di Al-Hijr (Madain Saleh). 

Pada tahun 2008, UNESCO's World Heritage Committee (WHC) bersetuju menyenaraikan Madain Saleh dalam World Heritage List (WHL). Oleh itu, Madain Saleh telah menjadi tapak arkeologi pertama di Arab Saudi yang disenaraikan dalam WHL.

Al Hijr atau Madain Saleh adalah tapak arkeologi pra-Islam purba di Arab Saudi. Ia adalah tempat tinggal kaum Thamud di Wadi Al Qura, "Lembah Perkampungan", yang terletak antara Madinah dan Tabuk. Al Hijr juga dikenali sebagai Madain Saleh, kampung Nabi Saleh a.s. Tempat ini telah disebutkan dalam Al-Quran dengan merujuk kepada Nabi Saleh a.s. Al-Quran menyatakan bahawa, rakyat Thamud telah ditimpa azab oleh Allah SWT kerana mereka menolak seruan Nabi Saleh a.s untuk mentaati Tuhan SWT selepas mereka menyembelih unta betina yang telah dihantar kepada mereka sebagai tanda kebesaran Allah SWT. Kaum Thamud dibalas dengan azab yang amat dahsyat iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibril yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.

Malah, bukan kepada kaum Thamud sahaja yang diturunkan azab oleh Allah SWT. Dalam kitab suci Al-Quran Surah At-Taubah ayat 70, Allah SWT berfirman, “Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (yaitu) kaum Nuh, ‘Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan, dan (penduduk) negeri-negeri yang telah musnah? Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata, maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri”.

Firman Allah SWT, “Dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah). Maka apakah mereka tidak mendengar?” (As-Sajdah : 26)

Saya kongsikan di sini ayat-ayat lain as reference:
Al-A'raf - 7:73-79, Hud 11:61-68, Al-Hijr 15:80-84, Al-Isra 17:59, Ash-Shu'ara 26:141-159, An-naml - 27:45-53, Fussilat 41:17-18, Al-Qamar 54:23-32, As-Shams 91:11-15, Ibrahim 14:8-9.

Oleh itu juga Ustaz mengingatkan kami agar kami jangan berlama-lama di situ dan bersuka ria kerana tempat yang ditimpakan azab oleh Allah SWT perlu dielak seperti yang dipesan oleh Nabi SAW. 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar ra yang telah berkata: “Rasulullah SAW ketika berada di Hijr (daerah kaum Thamud), maka baginda pernah bersabda, “Janganlah kalian masuk ke tempat orang-orang yang disiksa itu kecuali jika kalian dalam keadaan menangis. Jika tidak dapat menangis, maka janganlah kalian memasukinya, dikhuwatirkan kalian tertimpa seperti apa yang telah menimpa mereka.” (Hadith riwayat Bukhari no. 3200, Muslim no. 2980 dan Ahmad).

Saya letakkan info di atas agar jika rakan-rakan bercadang untuk melawat ke tempat ini atau yang seperti tempat ini, maka ketahui jugalah scope sepenuhnya ziarah ke tempat-tempat seperti ini. Kami suami isteri telah membincangkan perkara ini dan niat kami ke sana adalah kerana tempat ini ada disebut dalam Al Quran dan melawat ke sini adalah sebagai mengingati kekuasaan Allah SWT, merenungkan akhir perjalanan orang-orang terdahulu dengan mengambil pelajaran dan peringatan agar kita tidak mengingkari segala perintahNya. Ini disamping kemestian kita untuk sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT walau di mana pun kami berada, seperti ketika kita melihat keindahan ciptaanNya setiap hari. Semoga Allah SWT mengampunkan kami jika kami telah melakukan kesalahan. 

Berikut adalah info dari pamphlet tentang Al-Hijr, Madain Saleh.


Peta lokasi of the ruins.



Perjalanan perdagangan purba di Al Hijr yang berasal di selatan Semenanjung Arab terbahagi kepada dua cabang, satu ke utara melalui Tabuk berakhir dalam Petra di Jordan, yang merupakan kota politik Nabataea, manakala cabang kedua ke arah Mesopotamia melalui Tayma di utara Saudi. Lokasi strategik yang penting ini telah membuat Madain Saleh menjadi sebuah bandar perdagangan penting Nabataea dan destinasi ekonomi yang penting bagi perdagangan karavan. Barang-barang dagangan seperti incense, spices, frankincense, and myrrh dibawa dari Semenanjung Arab ke Rom, Yunani, Mesir, Syria dan lain-lain tempat. Bayaran tol 25% dikenakan ke atas semua barangan yang datang dari luar Nabataea bila dibawa melalui Nabataea. Kemudian bandar ini telah dikuasai oleh Rom pada 106 AD dan hilang kepentingannya apabila laluan perjalanan dagang berpindah ke jalan laut. 

Di kawasan ini ada banyak necropolis atau cemeteris, jadi ada banyak tombs.  








Dan kami meneruskan perjalanan masuk ke kawasan yang ada struktur batu dari bukit batu yang dipahat yang digunakan sebagai rumah-rumah, kuil dan kubur oleh kaum Thamud. 

Ini bukan kesan peninggalan kaum Thamud tapi bangunan yang dibina semasa zaman Hijaz Railway beroperasi.

Bangunan ini pula dipanggil Islamic Castle. Ia adalah salah satu daripada bangunan yang dibina pada jalan haji dan mel semasa era Abbasiyyah. Ia dianggarkan berusia lebih daripada 700 tahun. Ia tidak ada kena mengena dengan monumen yang sedia ada di dalam Al-Hijr. Di dalam bangunan ini ada masjid, bilik-bilik kecil untuk penginapan dan beacon untuk tujuan mengawal. Juga terdapat juga sebuah kolam yang besar untuk menyimpan air untuk kegunaan jemaah haji.

Di tapak warisan dunia ini telah ditemui lebih daripada 131 binaan kubur-kubur besar bersama bilik-bilik dan dewan yang dipahat pada kelompok bukit-bukit batu dan some of them are in a state of decomposition. Ada banyak lagi kawasan yang sedang digali seperti tempat tinggal kaum Thamud.

Sehingga 1812, tempat ini tidak diketahui oleh dunia barat sehingga ia telah diperkenalkan oleh explorer Johann Ludwig Burckhardt.

Ini adalah sebahagian daripada kompleks kubur yang dipahat pada dua bukit yang dipanggil Qasr al-Bint tombs. 


Menggunakan pahat besi, para tukang batu memulakan kerja mengukir facades kubur dari bahagian atas bukit batu dahulu mengarah ke bahagian bawah bukit. Kesimpulan ini dibuat bila terdapat kerja-kerja pahatan yang tidak siap seperti dalam foto di bawah di mana hanya bahagian atas facade sahaja yang sempat disiapkan.

Ini facade yang siap, yang di atas tu tidak.

Qasr al-Bint tombs area. Di belakang tu ialah Gunung Ethlib. 

Qasr al-Bint atau 'Palace of the Daughter or Maiden' adalah tomb façade terbesar di Mada'in Saleh dengan ketinggian 16 meter dengan kumpulan 31 kubur berkedudukan bersebelahan. 

Nampaknya lokasi kubur Qasr Al Bint ini adalah strategik sebab tiada sebarang halangan di hadapannya seperti bukit, mengadap pemandangan dataran yang luas. Kami ambil gambar ni pun dari jauh tapi nampak jelas. Facades kubur-kubur di situ juga sangat besar siap dengan ukiran. Mungkin Qasr Al Bint ni kawasan kubur orang-orang penting/kenamaan/kaya kaum Thamud.


Dari foto ini boleh kita bayangkan besarnya saiz facade kubur-kubur ini. Bandingan dengan orang dan truck dalam foto ni.


Jalan masuk ke Qasr Al Bint.

Saya rasa ini ialah rumah tempat tinggal kaum Thamud dan bukannya kubur mereka kerana kedudukannya yang agak jauh dari kelompok tempat kubur. Dari apa yang saya baca, rumah mereka juga adalah bukit batu yang dipahat dan lebih simple, tak ada decorations dinding macam kubur mereka. Dan masa tu kami memang sedang lalu kawasan 'Settlement Area' di Madain Saleh ini.

Pemandangan gunung-gunung batu di Madain Saleh.


Ini pula di kawasan Jabal Al Khuraymat. Di sini ada 53 tombs yang dipahat pada beberapa bukit-bukit batu. Setiap kubur di sini ada decorative motifs. 

Jabal Al Khuraymat group of tombs.


Ini juga saya rasa ini ialah rumah tempat tinggal dan bukannya tombs.



Dan kami pun stop di tempat pertama, di Qasr Al Bint. 

Qasr Al Bint atau 'Palace of the Daughter or Maiden' ini ada kumpulan 31 kubur.


Kubur-kubur yang diukir/pahat ini adalah tempat pengebumian untuk individu atau keluarga. Tempat kediaman mereka pula adalah di tempat lain dan masih lagi sedang digali. 

Ukiran-ukiran di facades menunjukkan pertemuan di antara pelbagai pengaruh hiasan dan seni bina seperti dari Assyrian, Mesir, Phoenician dan Hellenistik.

Pelawat boleh masuk ke bahagian dalam kubur. Ada bilik empat segi yang kosong di dalam tu. 

Secara umumnya seni bina facade yang saya notice adalah seperti berikut. Bahagian depan tombs ni dipahat rata dan dengan gaya binaan yang agak seragam. Di bahagian atas ada sepasang crowsteps atau tangga yang bermula dari satu point di bahagian tengah. Ke bawah ada satu atau dua cornice atau birai hias yang terletak di atas capitals (hiasan antara cornice dan pilaster) dan seterusnya disokong dengan pilasters (tiang di kiri dan kanan). Dan ada portal pintu masuk di bahagian tengah facade. Di bahagian dalam pula ada bilik di mana di dindingnya dikorek beberapa lubang bentuk petak empat segi. Dinding bilik ini dipahat secara kasar sahaja, tidak smooth rata macam dinding facade di luar. 

Luas sebenarnya kawasan Qasr Al Bint ni.

Ini di bahagian hujung belah kanan yang dipahat beberapa lagi facade kubur-kubur yang lebih kecil saiznya dan ukiran pahat yang nampaknya lebih simple.


Saya share foto-foto according to the facades. Mula dengan Façade A. 


Info tentang Qasr Al Bint.


Façade A.


Foto berikutnya, Façade B.

Kedududan kubur yang ini lebih tinggi dari Façade A, Facades yang lain letaknya / pintu masuknya sama level dengan tanah.


Secara amnya decorations permukaan pada dinding-dinding tombs di sini ada bermacam ukiran seperti helang, ular, singa bersayap, muka dan tempayan-tempayan yang diukir di atas pintu. Facade yang ini ada helang tapi kepalanya dah dimusnahkan. Ukiran-ukiran ini mirip seperti yang ada di Petra, terutamanya tangga-langkah bahagian di atas.

Satu persamaan ukiran/pahatan yang ketara antara binaan di Petra dan Al-Hijr ini ialah pahatan berbentuk tangga atau crowsteps yang ada pada atas pintu. 

Ini adalah beberapa contoh ukiran pada facade yang mempamerkan teknik ukiran yang hebat pada masa itu. Al-Hijr menyaksikan tempoh pembangunan seni bina yang hebat pada masa pemerintahan raja Nabataean Aretas IV (9 B.C. - 40 A.D.) apabila ia menjadi salah satu bandar besar zaman itu.

It is huge!

Next Façade C.



Bahagian dalam kubur-kubur di situ adalah lebih ringkas, cuma ada lubang-lubang yang dikorek pada dinding untuk diletakkan mayat di dalamnya. Tapi yang ni menegak pulak. Rupanya ini adalah rak yang si mati boleh gunakan dalam kehidupan mereka selepas kematian. 

Lubang-lubang kubur di Petra seperti foto di bawah juga berbentuk yang sama.  


Saya sambung dengan Façade D.


Secara purata ada 6 atau 7 kubur dalam satu tomb.  

Ada tomb yang besar mempunyai 64 lubang dengan 4 atau 5 tingkat dikorek pada dinding. 

Kubur-kubur ini asalnya di tutup dengan kepingan batu dan dimeterai dengan mortar.

Seterusnya Façade E.




Di Qasr Al Bint ini, di atas pintu masuk ke dalam kubur ada ukiran seperti foto bawah. Ada pediment (berbentuk segi tiga) di atas pintu kubur. Helang di atas portal itu dianggap mewakili dewa Nabataean utama Dushara, "Lord of the Mountain." Wajah dengan ular yang keluar dari sisi seperti Medusa pula menunjukkan pengaruh Yunani. Di kedua belah pediment ada dua tempayan-tempayan dan ke bawah adalah deretan roset (rose shaped decorations). Dikatakan roset ini adalah representing piring-piring yang digunakan untuk menakung darah dari haiwan yang dikorbankan untuk dewa-dewa mereka. Kepala helang dah dihancurkan kerana di KSA tidak dibenarkan ada patung berbentuk makhluk hidup.


Di facade kubur-kubur di sini juga ada inskripsi di atas pintu. Sebahagian besar daripada tulisan-tulisan Nabataean adalah dalam bahasa Ibrani (Aramaic) yang merupakan lingua franca di Timur Tengah pada masa itu. Inskripsi ini adalah dokumen undang-undang pendaftaran hak harta pemilik dan hukuman yang akan dikenakan ke atas orang-orang yang mengganggu atau cuba untuk menggunakan kubur itu. 

Tapak Madain Saleh telah dijumpai semula oleh Charles Doughty pada tahun 1876 semasa dalam perjalanan melalui kawasan itu bersama jemaah yang menuju ke Madinah dan Makkah. Tidak seperti bandar kembarnya Petra di mana hanya satu inskripsi ditemui, dua pertiga daripada 138 kompleks kubur Madain Saleh mempunyai inskripsi pengebumian mengenal pasti penghuni kubur dan tarikh penguburan. Ia juga menunjukkan kehadiran epigraphic/inscriptions daripada beberapa bahasa purba seperti Lihyanite, Thamudic, Nabataean, Greek dan Latin.

Salah satu inscriptions di Qasr Al-Bint ini diterjemahkan seperti di bawah. 

Satu lagi contoh terjemahan inscriptions yang dijumpai di sini. Very lawyerly. Ni zaman dahulu kala ni. Nampaknya mereka sangat pentingkan penandaan kubur dengan jelas siapa pemiliknya dengan memahat selain maklumat pemilik tapi juga maklumat perjanjian undang-undang mengenai penggunaan kubur pada permukaan hadapan kubur selain daripada dokumen asal yang disimpan di kuil atau pendaftaran sivik mereka.


Kita tengok Façade F pula.

Façade F ada beberapa kubur yang lebih kecil. Tapi nampaknya macam 2 tingkat.

Sebagai perbandingan, ini foto yang saya ambil semasa di Petra, Jordan. Memang ada persamaannya dengan yang di Madain Saleh ni.

Dari apa yang saya baca, ada kubur dua saudara perempuan di bahagian ini. Yang kakak kuburnya di tingkat atas dan si adik di tingkat bawah. Agaknya inilah contoh kubur bertingkat tu. 



Ada tangga untuk ke tingkat atas.


Dari pemerhatian saya, dapat dibuat beberapa kesimpulan/andaian seperti berikut:
1- Tempat kaum Thamud ni memang thriving disebabkan ia terletak di jalan dagang antara selatan semenanjung Arab dan negara-negara utara Arab. Satu bukti thriving ni sebab mampu buat kubur-kubur besar.
2- Dari segi senibina facades ni memang ada persamaan dengan senibina di Petra. So they were twin cities.
3- Qasr Al Bint ni saya rasa perkuburan orang kaya/ternama sebab lokasinya strategik. Facade kuburnya juga besar. Decorations facade juga hebat. Tentunya hanya orang kaya/ternama saja yang mampu hire pemahat-pemahat mahir untuk buat facade in.
4- Bila tengok terjemahan inskripsi pada facade tu, nampaknya mereka ni kaum yang advance, siap ada undang-undang harta hakmilik bagai. Siap ada hukuman jika undang-undang itu dilanggar. Kalau dari segi perundangan dah advance macam tu, logically dari segi lain juga mereka advance. Contohnya kemahiran mereka mengairi kawasan settlement mereka sehingga subur dan thriving.
5- Bila ada undang-undang detail sampai macam tu, maknanya ada banyak penjenayah. Bila banyak penjenayah menunjukkan komuniti di situ adalah 'advance' dan banyak social ills. 
6- Mereka ni menyembah berhala, contohnya bila ada ukiran helang pada facade kubur yang melambangkan dewa utama Nabataean iaitu Dushara.
7- Mereka percaya ada kehidupan selepas mati sebab ada petak rak empat segi vertical dikorek pada dinding kubur yang dikatakan untuk kegunaan kehidupan selepas kematian. Mungkin juga lokasi kubur yang strategik dan facade kubur yang indah merupakan persediaan untuk si mati punya life after death.
8- Mungkin juga masa itu tempat ni diduduki pelbagai kaum kerana bukit penggunaan berbagai bahasa pada inskripsi. Juga evident pada seni bina dan seni ukir mereka yang dikatakan punya pengaruh dari beberapa kaum lain.

Jadi kiranya mereka ni kaum yang bertamadun, advance dan hebat. Mereka rasa mereka hebat sangat sampai mereka jadi angkuh dan menolak dakwah Nabi Saleh a.s sehingga Allah SWT menghancurkan mereka. 

'Thamud achieved power and glory after the destruction of Aad and as far as progress in civilization is concerned, they followed in the footsteps of their predecessors. In their case, too, the standards of living went on rising higher and higher and the standards of humanity continued to fall lower and lower, suffering one deterioration after the other. On the one hand, they erected large edifices on the plains and hewed beautiful houses out of the hills like those in the caves of Ellora and Ajanta in India, and on the other hand, they became addicted to idol-worship and the land was filled with tyranny and oppression. The worst men became leaders and rulers in the land' - http://www.islamicstudies.info

Selesai di Qasr Al Bint, kami naik bas semula untuk pergi ke satu lagi ruins. 

Mukabumi Madain Saleh yang dibentuk oleh keadaan cuaca gurun.

Beberapa lagi rumah kaum Thamud.




Stop kedua kami adalah di satu kawasan keagamaan kaum Thamud yang dikenali sebagai Jabal Ithlib. Ia dipercayai tempat penyembahan dewa orang Nabatean bernama Dushara.




Haaa... ada info boards. Jom baca.

Tapi frust betul bila tengok keadaan papan-papan maklumat ni. 

No choice, terpaksa la cari di internet.








Di tengah-tengah Jabal Ithlib adalah celah semulajadi yang berukuran 40 meter (131 kaki), yang dipanggil Siq, seperti di Petra. Di sebelah kanan Siq ini ada satu lubang 4 segi yang besar yang dipahat.  

Hari ini ruang ini dikenali sebagai al-Diwan (court). 



Diwan ini merupakan salah satu monumen yang bukan sebuah kubur. 

Selain acara keagamaan, pemerintah-pemerintah Nabatean juga mengadakan perintah mahkamah dan mesyuarat di sini.


Pintu masuk yang besar menunjukkan bahawa perayaan-perayaan yang diadakan di situ dilanjutkan dari ruang dalam hingga ke kawasan terbuka di hadapannya. 

Al Diwan ini berukuran 12.80 meter panjang, 8 meter tinggi dan 9.80 meter lebar.

Al Diwan ini ada tiga bangku batu setinggi 103 cm dari lantai di dalamnya yang digunakan sebagai triclinium (dining table style Rom purba) for sacred feasts.  

Siq, laluan sempit di antara dua batu-batu besar. Ada beberapa niche (a shallow recess, especially one in a wall to display a statue or other ornament) di kiri kanan dinding Siq ini.  

Jabal Ithlib dianggap adalah tempat untuk orang Nabataean menyembah dewa Dushara, "Lord of the Mountain".




Sebagai perbandingan saya letak sini satu foto Siq yang di Petra, Jordan.

Di kiri kanan dinding Siq di Madain Saleh ni ada beberapa niches.


The niches.

Ada pendapat mengatakan 3 blok dalam niche ini representing 3 aspects of one god.  

Tapi ada juga yang buat andaian ianya representing 3 gods iaitu Qaysha, Dushara and Manotu yang merupakan sembahan paling penting di Hegra seperti yang terpahat pada inscriptions yang dijumpai di situ.

Yang ini pula dikatakan untuk penyembahan Shay 'al-Qaum, dewa yang menjaga kebajikan penduduk di padang pasir, orang nomad dan pedagang karavan. Ia juga dewa pahlawan. Tapi ada pula yang kata niche ni kosong sebab Nabataean sendiri bawa patung sembahan mereka dari rumah dan letak dalam sacred niche ini dan buat penyembahan di situ.



Niche ini, “This is the mesgida, which was made by Sakuhu, son of Taura, A‘ra, who is in Bosra, the god of Rabb'el; in the month of Nisan, year one of Malichus, the king”.



Patung helang dengan dua vessels di kiri kanan adalah ukiran yang biasa di Hegra. Helang tu seolah-olah menunjukkan ianya dewa langit. Kepala eagle ini juga dah dihancurkan.

Tengah ambil gambar niches. 


Tiba-tiba saya nampak Ustaz berjalan dengan laju, hampir macam berlari. Terkedu saya sekejap. Mungkin dia ada terasa sesuatu yang tidak baik bila berada tempat yang diturun azab oleh Allah SWT ini. 

Boleh kalau nak jalan lagi ke dalam tapi kami decided not to. 




Di sini juga ada satu temple.

Ini Ithlib Sanctuary yang mempunyai 'bidang suci' dan mezbah-mezbah. Terdapat juga beberapa mezbah korban di sini di mana haiwan dibunuh sebagai persembahan untuk menenangkan dewa.


Orang-orang Nabatea adalah hebat dalam kejuruteraan hidraulik; menggali tangki air di dalam batu gunung dan menyalirkan air menggunakan saluran untuk sampai ke kuil-kuil mereka menyediakan air untuk ritual keagamaan dan untuk kegunaan umum.



Kami pun berjalan keluar menuju bas.



Masa kami berjalan masuk tadi ada terdengar Mutawwif group lain kata di sinilah batu yang pecah mengeluarkan unta betina mukjizat Nabi Salleh as. Wallahu a’lam.






Peta perjalanan kami dari Hijaz Railway ke Qasr Al Bint dan seterusnya ke Jabal Ithlib (Al Diwan).

Peta excavation di kawasan Madain Saleh. 


Semasa dalam perjalanan keluar kami ternampak satu lagi peninggalan sejarah ini, sebuah telaga yang dikatakan di mana unta Nabi Saleh a.s minum.

Info wells and water channels in al Hijr.

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar dan disebut dalam Bukhari, bahwa Rasulullah SAW singgah di sebuah kampung Thamud yang bernama Hijr dalam perjalanan menuju perang Tabuk bersama para sahabat. Di situ para sahabat telah mengambil air dari telaga di mana kaum Thamud pernah dapatkan bekalan air mereka. Dengan air itu mereka membuat adunan roti dan bekas air telah disiapkan di atas api. Bila Rasulullah SAW mengetahui perkara ini Nabi SAW memerintahkan agar bekas air ditumpahkan dan adunan roti diberikan kepada unta. Kemudian Nabi SAW bersama para sahabat meneruskan perjalanan dan sampai di telaga di mana unta Nabi Saleh as minum dan mengambil air dari situ.

Telaga ini adalah sangat dalam.

Perjalanan diteruskan.



Kawasan world heritage yang luas ini adalah dipagar. Kelihatan beberapa lagi bukit-bukit batu yang berlubang dijadikan samada untuk tempat tinggal atau kubur. 



Then kami ternampak bukit batu ini. Macam similar with something we have seen before, right? 

Macam sphinx, right? Tapi yang ni ada janggut lebat 😊.

Edit sikit.. hehe.




Kehijauan di tengah gurun. MasyaAllah.



Dah tengahari jadi kami dibawa berhenti di sebuah RnR di tepi highway for lunch. Nama tempat ni ialah Qa'a Alhaj.

Qa'a Alhaj tak berapa jauh dari Madain Saleh.

Kami makan tengahari di RnR yang ada Petrol Station tu.


Ini restorannya.

Suasana dalam restoran. Yes, makan duduk bersila.

Dapur restoran. 

Ayam panggang. Ooo... baunya tersangatlah menyelerakan. 

Seorang customer tengah lunch. Simple je. Ada roti, kacang dal, beef/mutton dan timun/bawang. 

Makanan tengahari kami. Mesti ada timun/bawang. Also got lemon. 

Ada roti dan kacang dal. Sedap dan Sedap!

This is the main dish. Ni makan berempat. Satu dulang besar penuh dengan nasi arab/beriani. Dengan sekor ayam lagi. Standard portion orang Arab makan.

Masa tengah tulis blog ni saya jadi terliur. Begitulah sedapnya ayam dan nasi ni!


Lepas makan kami bersolat.

Dah masuk waktu solat Zohor masa tu di Qa'a Alhaj.

Foto masjid di RnR ni dari luar.

Rumput kering makanan haiwan ternakan.

Perjalanan pulang ke Madinah diteruskan.

Perjalanan ke Madinah ambil masa lebih 3 jam.


Seperti masa ke Madain Saleh tadi, saya tidak tidur semasa perjalanan pulang ke Madinah. Walau pun rasa agak letih lebih-lebih lagi pula baru lepas makan tenghari yang sungguh sedap dan mengenyangkan, saya tetap bersengkang mata ambil gambar.. hehe. 

Kalau tidur maka akan terlepas peluang saya merakam keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT.



Breathtaking views!






Sepasang unta.

Seekor unta. 









Melalui kawasan sandstorm. Pelan-pelan driver pandu bas. 

Kuat anginnya! Bergegar bas!

Pasir berterbangan!



Di jalanraya lebih jelas nampak pasir ditiup angin. 


Ini rakaman video ribut pasir dari dalam bas.




Dari jauh boleh nampak angin kuat menerbangkan pasir.


Visibility memang dah tahap merisaukan. 

Kami nampak ada beberapa kereta berhenti di tepi jalan. May be the driver felt unsafe to continue his/her journey.


Lagi bahaya kalau ada unta tengah melintas jalanraya masa ribut pasir. Tapi very likely tak de la unta dok jalan-jalan dalam masa ribut pasir. 

Ada juga yang minta tumpang.

Kami selamat merentasi kawasan ribut pasir. Syukur Alhamdulillah.

Banyak unta kami nampak masa ni.




Then nampak pula these white tents. 

Ooo.. rupanya ni kawasan untuk berkelah. Siap ada tempat permainan kanak-kanak.

Tiba di Madinah Al Munawwarah.

'Kedatangan anda membahagiakan kami, Kenyamanan anda harapan kami'. 


Ke pusat bandar Madinah Al Mukarramah. Di hadapan sana ialah Masjid Qiblatain.

Antara yang sempat saya rakam dalam perjalanan balik ke hotel di Madinah. Ada gym, Babel tu sebuah restoran, 'Zain' tu is leading mobile and data services operator.

Ada Arabian Oud, Crocs, Starbucks Coffee dan Dunkin' Donuts.

Ada Krispy Kreme, Body Shop, McD dan Hardee's. 

Ini adalah Madinah International Market atau Souq Al Madinah Al Douli.

Madinah International Market
'It is distinguished international market located close to the Holy Prophet’s Mosque. It is one of the finest markets in the city and is located on the Abu Bakr Street. The advantage of the market is its internal aesthetic touch, giving the visitor a sense of taste, beauty and exquisite shopping time. It has an integrated shopping mix that meets all the needs and tastes. It boasts of an extensive parking facility for the shoppers' - SaudiTourism.sa.

Bandar Al Madinah Al Munawarah.




Makan malam kami. Ada ikan patin (I think la cause I remembered wondering, like, ada ke ikan tu di Madinah ni?) masak asam pedas nenas. Also ada burung goreng, tapi tak tau burung apa. Taste like chicken. And of course favourite kami, sambal! Syukur Alhamdulillah. 

Begitulah catatan hari ke 09 kami dalam program Umrah 2017 kami yang saya kongsikan in 2 entries. 

Syukur Alhamdulillah.

Bersambung....

Saya list di bawah semua entries Umrah 2017 for easy reference:
DAY 01 - PREPARATION & DEPARTURE

DAY 02 - ARRIVAL & UMRAH PERTAMA

DAY 03 - MASJID SITI AISYAH, TANAIM

DAY 04 - JABAL ABU KUBAIS, JABAL THUR, MASJID AL RAJHI, UMM AL-QURA UNIVERSITY, ARAFAH, MASJID NIMRA, JABAL RAHMAH, AIN ZUBAIDAH, WADI MUHASSIR, MASJID MASYA'IR HARAM, MUZDALIFAH, MINA, JABAL QURBAN, KOMPLEKS JAMRAH, MASJID BAIAH AQABAH, JABAL NUR, JAARANAH & UMRAH KE 2

DAY 05 - TAIF, MASJID ANDULLAH BIN ABBAS, MASJID KU', EMPANGAN IKRIMAH, PASAR BUAH-BUAHAN, MASJID MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH KE 3

DAY 06 -  LADANG UNTA, EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE & YAYASAN JAMIYYAH KHAIRIYYAH

DAY 07 - BERANGKAT KE MADINAH, MASJID JIN, TANAH PERKUBURAN MAA'LA, KAWASAN ABU LAHAB, MASJID SITI AISHAH & WADI QUDAID

DAY 08 - MASJID GHAMAMAH, MASJID QUBA', LADANG KURMA, TELAGA YASEERAH, JABAL UHUD, MASJID SAYYID AL-SHUHADA, JABAL RUMAT, PERKUBURAN SHUHADA, MASJID QIBLATAIN, KAWASAN KHANDAK, MASJID SAB'AH, MASJID FATH, MASJID KHANDAK, PASAR KURMA, ZIARAH MASJID NABAWI, TELAGA HA DAN PERKUBURAN BAQI'

DAY 09 - PART 01 - MASJID BANI MUAWWIYAH, MASJID IMAM BUKHARI, SANDSTORM AREA, HIJAZ RAILWAY MUSEUM, MADAIN SALEH

DAY 09 - PART 02 - AL-HIJR (MADAIN SALEH)

DAY 10 - MASJID BILAL BIN RABAH, MASJID JUMMAH, BUKIT TSANIYATUL WADA', MASJID QUBA, TELAGA ARIS, KUBU KAAB BIN ASYRAF, BUKIT KHURAIDAH, KUBU URWAH BIN ZUBAIR, HIJAZ RAILWAY STATION MADINAH, MASJDI AMBARIAH

DAY 11 - PART 01 - MASJID QUBA, THE REFUGE OF FAITH EXHIBITION, UNIVERSITI ISLAM MADINAH, WADI AQIQ, MASJID QIBLATAIN

DAY 11 - PART 02 - SOKAIFAT BANI SAEDAH & MUHAMMAD MESSENGER OF ALLAH EXHIBITION


DAY 12 - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

8 comments:

  1. Salam Syed. Terima kasih tulis detail tentang Mada'in Saleh. Tengah fikir nak pergi tapi lepas baca your catitan rasanya ilmu yang you research, capture and share lebih berguna.

    Keep up the excellent knowledge sharing.

    Next trip kemana pula?

    Wassalam
    yusof shahid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yusof.
      You are most welcome. Alhamdulillah catatan saya dpt beri Yusof some insights.

      InsyaAllah, will do.

      Earlier dah made plan, tapi 1 month before nak pergi, kena cancel. Gitu la, kita hanya boleh merancang.

      Delete
  2. Salam en syed,
    Jazakallahu khair atas info tentang madain salleh, doakan saya jua dapat sampai ke sini untuk mengambil ibrah dari kisah rasul terdahulu dan umatnya, insyaALLAH feb2018 ini ingin ke madain salleh ini. ada tak semasa lawatan ke al hijr ni, ustaz bagitahu tempat telaga kaum thamud( yg di sebut dalam hadis, yg sahabat ambil airnya dan buat roti dan kemudian rasulullah saw minta di buang dan diberi kpd unta ) dan juga telaga nabi salleh. di khaybar singgah tak?

    regards,
    pn alhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pn Alhan
      InsyaAllah saya doakan.
      Kami tidak dibawa Ustaz ke telaga-telaga tersebut. Pada kami cukup ke tempat-tempat yg Ustaz bawa kerana kami faham kami tidak digalakkan untuk berlama-lamaan di tempat turunnya azab Allah SWT.
      Mungkin Puan boleh request untuk ke telaga2 tu bila ke sana nanti.

      Delete
  3. Boleh bagitau travel agent tuan yg bawak rombongan tuan ke Madain Salleh? Tak semua pakej umrah yg ada travel ke sana. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.
      Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd
      Untuk full info boleh refer pada my 1st blog entry for this Umrah
      http://agarakutidaklupa.blogspot.com/2017/05/umrah-2017-day-01-preparation-departure.html

      Delete
  4. Salam tuan, teringin nak pi madain salih.Insya allah my trip on Aug. plan nak sewa kete & drive. is it ok . brapa jam dari madinah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya tak tahu ok atau tidak kalau ke sana drive sendiri since saya dan isteri ke sana dengan rombongan bas. Semua urusan perjalanan dibuat oleh pihak travel agent.
      Kawan saya ada ke sana pada Jan 2020 and I think they drove there and all was fine. Saya rasa ok dah sekarang sebab Arab Saudi dah open to tourism.
      Kalau tak silap saya, dengan bas, ambil masa nak dekat 4 jam. Dengan kereta should be faster.

      Delete