Tuesday, February 14, 2023

BALKANS - TÜRKIYE - SAHAFLAR ÇARŞISI & BEYAZIT MOSQUE

Assalamualaikum. 
Kami pun selamat tiba di Istanbul selama lebih 5 jam sejauh 447 km perjalanan dari Kavala, Greece. Alhamdulillah.

We got off the bus at Darülfünun Cd. Fatih in Istanbul Old City untuk melawat Grand Bazaar. Tapi sebelum itu kami dibawa ke Beyazit Mosque dahulu untuk bersolat. 

Berjalan ke masjid dari Darülfünun Cd. ke Ordu Cd.

Bangunan berkubah biru itu ialah II Bayezid Türk Hamam Kültürü Müzesi - II Bayezid Turkish Hamam Culture Museum. 

Bayezid II Hamam ialah rumah mandian bersejarah di Jalan Divanyolu di Istanbul, Turki. Ia dari segi sejarah adalah sebahagian daripada külliye Masjid Bayezid II yang berdekatan dan merupakan salah satu hamam terbesar di bandar Istanbul.

Antara hamam Uthmaniyyah abad ke-16 di Istanbul, II. Bayezid Bath ini termasuk dalam "Kawasan Bersejarah Istanbul", yang telah dimasukkan dalam Senarai Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO pada tahun 1985. Ia kini adalah sebuah muzium yang telah didaftarkan sebagai Muzium Persendirian dengan kelulusan Ministry of Culture and Tourism, General Directorate of Cultural Heritage and Museums Türkiye.



Di seberang jalan Ordu Cd. ini ialah Hasanpaşa Konağı or Hasanpasa Mansion which is now a Turkish Restaurant. 




Di hadapan bangunan ini ada satu historical landmark. Namanya Forum of Theodosius. 

Theodosius Forumu or Forum of Theodosius is a Byzantine legacy. 
Wikipedia - The Forum of Theodosius was probably the largest square in Constantinople and stood on the Mese, the major road that ran west from Hagia Sophia. It was originally built by Constantine I, probably on the site of a pre-existing Hellenistic agora called the Strategion, and named the Forum Tauri.

Di hujung sana itu ialah İstanbul Üniversitesi Tarihi Beyazıt Kapısı - Istanbul University Historical Beyazit Gate. 


Istanbul University Historical Beyazit Gate. 

Main entrance gate of Istanbul University on Beyazıt Square, which was known as Forum Tauri (later Forum of Theodosius) in the late Roman period.

Di sebalik pokok-pokok besar ini ialah Beyazit Mosque. 


Istanbul's ginger meow 😍😃.



Kami tidak terus ke masjid, tapi dibawa tour guide dulu ke satu dataran berdekatan dengan salah satu pintu gerbang masuk ke Grand Bazaar. 


Istanbul tram.



Ramai juga orang Istanbul yang saya nampak guna electric scooter ini. Di sini menunggang skuter elektrik di kaki lima pejalan kaki adalah dilarang. Sebab itu kita boleh lihat pengguna skuter seperti di dalam foto ini berada di atas jalanraya. Kelajuan maksimum skuter ini pula mestilah dihadkan sekitar 25 km/j sahaja. 

Boleh sewa electric scooter ini guna mobile app. Caj dikenakan serta-merta untuk permulaan perjalanan dan kemudian pembayaran dilakukan setiap minit.


Penjual jagung bakar. Harum baunya! Di gerai ini juga ada dijual kestane Kebap atau kebab berangan. 

Restoran makanan Turki. Fast food and buffet. 

Kiosk selling sandwiches and toast. 
Bazlama - beef and cheese pita
Ayvalik - pepperoni, cheese and salami
Kumru - sausage, pepperoni, cheese and pickle

Di dataran inilah nanti kami akan berkumpul selepas solat/shopping/jalan-jalan on our own, iaitu berdekatan dengan salah satu pintu gerbang Grand Bazaar, iaitu Beyazit Kapisi. 

Grand Bazaar's Beyazit Kapisi.



Singgah sebentar di money changer. Yang ini terima duit MYR. 

Berjalan menuju ke Beyazit Mosque. 

We walked through Sahaflar Çarşısı which is a second hand book bazaar. Masa berjalan di bazaar ini teringat masa saya berjalan di sini ketika program 'Photography and Walking Tour' pada tahun 2014 dulu. 

Di Sahaflar Çarşısı Square ini ada patung Ibrahim Müteferrika. Beliau ialah seorang ethnic Hungarian Unitarian yang telah memeluk agama Islam. Beliau adalah, antara lain, seorang diplomat Ottoman, Economist, publisher, historian, astronomer dan Islamic scholar. List pada tugu tu ialah the titles for his 17 publications. 

Sahaflar Çarşısı is a second hand book bazaar. Bazaar ni terletak antara Masjid Beyazit dan pintu masuk [Fesciler] Covered Bazaar. Ia merupakan salah satu market tertua di Istanbul. Dulunya penjual buku berada dalam Covered Bazaar tu tapi telah berpindah keluar dan set up shops kat bahagian courtyard. Lepas Printing and Publishing legislation diperkenalkan, trading of book jadi lebih hebat dan tempat tu mula dikenali sebagai Sahaflar Çarşısı.



Memandangkan kami hanya sekadar lalu sahaja di bazaar buku ini sebab hendak segera ke masjid, maka tidaklah dapat saya merakam suasananya dengan baik. Jadi saya kongsilah di sini beberapa foto-foto bazaar buku ini yang saya rakam masa trip Istanbul 2014. 















Pintu gerbang Sahaflar Çarşısı.


Keluar dari pintu gerbang Sahaflar Çarşısı, kami pun memasuki dataran Beyazit Mosque. 


Tiba di Beyazit Mosque.

İstanbul Üniversitesi.


Memasuki Beyazit Mosque melalui pintu gerbang arah Sahaflar Carsisi.

Masjid Bayezid II ialah sebuah masjid empayar Uthmaniyyah awal abad ke-16 yang terletak di Dataran Beyazıt di Istanbul. 
istanbul-tourist-information.com - The mosque is situated on the historic Beyazıt Square, across from the Old Palace (Eski Saray) of the conqueror of Constantinople: Fatih Sultan Mehmed II (1451-1481). This magnificent mosque was built between 1500 and 1506 by architect Hayrettin on behalf of Sultan Beyazıt II, the son of the conqueror. Its architecture is stylistically reminiscent of the Hagia Sophia and marks the beginning of classical Ottoman architecture, which dominated for over two centuries.


















Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

No comments:

Post a Comment