Thursday, October 13, 2016

DAPUR BARU

Dah lebih 10 tahun usia dapur kami. Time to change kata isteri. Saya setuju especially sebab kabinet dah diserang anai-anai! 

Maka kami pun check out a few kedai kabinet dapur. Mahalnya quotations yang kami dapat. Ye la, tak boleh la banding dengan harga 10 tahun lalu. Tambah pulak lagi kali ni isteri nak countertop concrete. Good idea sebab the current countertop especially near the sinky dah nak mereput sebab basah hari-hari. Kalau tengok dari luar memang nampak elok lagi tapi bahagian dalam dah reput dan kembang sampai pintu kabinet bawah sinki tak boleh bukak. 

Di kedai dapur. Beberapa displays contoh kitchen.  

Isteri saya nak stove macam ni dan laci dalam kabinet yang boleh slide out like in photo. 

Di section countertop.

Punya la banyak pilihan! Macam-macam warna.

Macam-macam material.

Macam-macam nama.

Ok, saya kongsi proses tukar dapur baru. Masa ni rumah dah macam kapal pecah.. hehe.

Ini current kitchen kami yang dah dikosongkan. Masa nak kosongkan punya la penat! Tak sangka banyak betul barang! Later on kebanyakkannya were given away.

Barang-barang dan peralatan pekerja. 

Tentunya barang si meow kena letak di balkoni.. hehe. 

Kerja-kerja mencabut existing cabinets. Sebenarnya masih elok lagi kabinet-kabinet atas tu.  

Curious yang amat dia ni. Resah gelisah je, takut-takut campur curious.. hehehe. 

Kejap je dah cabut semua. Cepat betul dan nampak mudah je mereka buat.

Haaa... inilah sebab utama kami tukar dapur. Dah teruk diserang anai-anai. Kami sebenarnya tak expect teruk macam ni! 

Kebinasaan oleh anai-anai! Dah berkampung halaman di kabinet dapur bawah sinki!

Nampak anai-anai terus sembur dengan racun serangga! 

Then cabut kaunter pulak. 

Pun teruk dah diserang anai-anai! 

Lagi dahsyat!

Kata pekerja tu, anai-anai memang suka sangat kayu kabinet macam ni. 

Kerja-kerja membuat concrete countertop dimulakan. 

Punya la resahnya dia, curious sangat nak tengok orang buat kerja!


Kesian nengoknya, so kasi la dia masuk. Tapi kena jaga sebab kejap-kejap dia pi dekat pekerja-pekerja tu.. hehehe. 

Sampai terbeliak begitu sekali. Actually kerja-kerja yang dilakukan memang sangat bising kerana melibatkan mixing, cutting and drilling. 

Dah separuh siap. The skeleton.

Ini bahagian sinki. Masa ni ketua pekerja bagitau saya yang ukuran lubang sinki yang diberikan oleh planner adalah tidak betul. So dia pun beritahu the planner and new measurements were given. 

Oh ya, memang masa mereka buat kerja ni saya sibuk ambik gambar dan tanya itu ini... hehehe. 

Batang-batang besi jadi tulang countertop supaya kukuh.

Filling the concrete. 

Esoknya dah kering keras. Maka menyibuk la si dia ni... hehe. 

Bila pekerja datang, kena kurung di balkoni... hehe.

Pasang marble. Actually by this time, memang habis dah dapur, ruang makan dan ruang tamu berhabuk berdebu. 


Ini the next day. Bukan main lagi dia lounging. 

Bila dia turun dari countertop ni terus kena tangkap dan tepuk-tepuk sebab badan berdebu! Hishhh.... hehehehe. 

Sambung tampal marble slabs.

Siap dah. Alhamdulillah. 

Lepas tu perlu dibiarkan konkrit kering keras lagi 5 hari sebelum pasang kabinet.

Meanwhile, kena la mop. Banyak tapak dia sana sini... hehe.  

Bila hujan, nyenyak le dia tidur. Tak kisah mana pun boleh landing... hehe. 

5 days later pemasangan kabinet dibuat.

Saya mintak tolong pekerja ni tutup lubang di cracks antara door frame dan dinding. Tu laluan anai-anai tu. 

It was quite an eventful few days for him... hehe.

Cepat je siapnya. Semua dah buat di kilang jadi tinggal pasang je. 


Syukur Alhamdulillah, siap dah. 


Final inspections.. hehe.

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

16 comments:

  1. bulatnya mata Tam Tam !!!!!!
    nyibuk aaa dia ni!

    gelinya nengok anai-anai tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... mmg... curious sgt dia!
      Sibuk sgt. Kena jaga dia. Kejap2 dia menyelinap ke dapur tu.. hehehe.

      Delete
  2. Replies
    1. A'aa.. tapi bukan induction stove. Pakai gas :).

      Delete
  3. Salam. saya jumpa blog ni secara tak sengaja, menarik perkongsian tuan. Lebih-lebih lagi ada si misai penyibuk. Geram betol ni tengok si bulat tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Thanks. Si misai tu memang sentiasa nyibuk. Tapi tu la yg cute tu..hehe.

      Delete
  4. salam en syed, boleh tau kedai mna yg buat kitchen cabinet ni? and if you dont mind boleh share cost kitchen cabinet yg en syed buat ni. saya tgh survey2 nk buat dapur juga skg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Julie
      Nama kedai tu ialah Ba Li Kitchen http://www.balikitchen.com.my/
      Cost about 15k sebab kami buat concrete countertop tu.
      Nice.. kat kedai tu ada macam-macam style boleh pilih.

      Delete
  5. Kalau da kembang kabinet tu boleh kembali asal x?? Risau sbb kabinet pon tuan rmh ni pnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya kalau dah kembang dah tak boleh balik macam yg asal. Kena diganti tu.
      Bawak la berbincang dengan tuan rumah. Mesti dia faham sebab apa pun benda mesti ada jadi wear and tear.

      Delete
  6. balikkitchen tu dia buat kabinet je kan? hood and stove beli asing, then dia measure ikot stove n hood yg dh dibeli isit? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ba Li Kitchen juga ada selections hood and stove so kami order terus dari mereka.

      Delete
  7. En.Syed,sy nak tanya. Adakah masalah anai2 settle lepas tukar set kabinet? Kabinet rumah sy teruk diserang anai2, baru 3 thn duduk. Dah beribubhabis byr ke agen oenghapus anai2 tp x bkesan pun. Frust sgt tgk kabinet, sbb habis hampir 100k utk design dapur saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, so far kami tak hadapi sebarang masalah anai-anai lagi. Kabinet kami so far masih ok.

      Sorry to hear about your masalah anai-anai. Fyi, kami guna khidmat dari Kamal & Kamal Pest Control Sdn. Bhd. No. 24, Jalan Melur 43, Taman Melur, 68000 Ampang, Selangor. Phone: 03-4297 4853. Memang ambil masa berbulan nak bunuh semua anai-anai tu. Mereka datang beberapa kali sebulan untuk pantau dan letak/tukar racun anai-anai. Perhaps boleh cuba.

      Delete
  8. Salam. Blh sy tahu total price utk pest control tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Lebih kurang RM2k. Saya tak ingat dah the exact figure.

      Delete