Assalamualaikum.
Selepas jalan-jalan dalam Spice Bazaar, kami decided untuk jalan-jalan pula di Galata Bridge. The bridge is just a few meters away from the Spice Bazaar so tidak perlulah kami berjalan jauh dan boleh cepat berpatah balik nanti untuk berkumpul dengan group members lain. Dibina pada tahun 1994, Galata Bridge di Daerah Bazaar Istanbul merentangi Golden Horn dan menghubungkan dua daerah, Eminönü dan Beyoğlu. Jambatan itu tidak menghubungkan Asia dan Eropah.
Di Dataran Eminönü ada lorong pejalan kaki bawah tanah untuk ke tebing Golden Horn yang melalui bawah jalan raya Ragıp Gümüşpala Cd.
Melalui lorong bawah tanah untuk ke Galata Bridge.
Ada banyak kedai dan gerai di bawah ini.
Keluar lorong ke Eminönü Liman - Eminönü Port.
Di sini ada banyak gerai, food court, fast food restaurants, fish restaurants, Bosphorus Cruise ticket counter, Princes' Island ticket counter, Eminönü (Turyol) Ferry Terminal, Eminönü (Mavi Marmara) Ferry Terminal and Eminönü Bus Station.
Ok, jom kita ke Galata Bridge.
This is the Galata Bridge
Wikipedia - Galata Bridge is a bridge that spans the Golden Horn in Istanbul, Turkey. From the end of the 19th century in particular, the bridge has featured in Turkish literature, theater, poetry and novels. The current Galata Bridge is just the latest in a series of bridges linking Eminönü in the Fatih district and Karaköy in Beyoğlu since the early 19th century. The current bridge, the fifth on the same site, was built in 1994. The bridge was named after Galata (the former name for Karaköy) on the northern shore of the Golden Horn.
Pemandangan dari Galata Bridge. Kalau ke Istanbul, elok ke jambatan ini kerana pemandangan dari sini begitu indah sekali sebab boleh nampak kedua-dua belah bandar Istanbul iaitu di daerah Beyoğlu dan Eminönü.
Pemandangan daerah Beyoğlu. Kelihatan Galata Tower.
Dari Galata Bridge ini boleh nampak 2 masjid besar Istanbul iaitu Yeni Cami Mosque dan Suleymaniye Mosque. Ini Yeni Cami Mosque.
Wikipedia - The Yeni Cami Mosque / New Mosque and later New Valide Sultan Mosque after its partial reconstruction and completion between 1660 and 1665, is an Ottoman imperial mosque located in the Eminönü quarter of Istanbul, Turkey.
Ini pula Suleymaniye Mosque.
Wikipedia - The Süleymaniye Mosque is an Ottoman imperial mosque located on the Third Hill of Istanbul, Turkey. The mosque was commissioned by Suleiman the Magnificent and designed by the imperial architect Mimar Sinan. An inscription specifies the foundation date as 1550 and the inauguration date as 1557.
Dari Galata Bridge ini juga kita boleh nampak Beyazıt atau Serasker Tower.
Wikipedia - Beyazıt Tower, also named Seraskier Tower, from the name of the Ottoman ministry of War, is an 85-metre-tall (279 ft) fire-watch tower located in the courtyard of Istanbul University's main campus (formerly Ottoman Ministry of War) on Beyazıt Square (known as the Forum Tauri in the Roman period) in Istanbul, Turkey, on top of one of the "seven hills" which Constantine the Great had built the city, following the model of Rome.
Beyazıt Tower was ordered by the Ottoman Sultan Mahmud II (1808–1839), and designed by Senekerim Balyan, who built it of stone in 1828 on the place of the original wooden Beyazıt Tower, which was destroyed in a fire.
It is currently equipped with lighting system to indicate weather conditions in different colors. Red colour means snow, blue—nice and clear weather, green—rain and yellow—fog. |
Bersama-sama dengan mercu tanda bersejarah Istanbul yang lain seperti Blue Mosque, Galata Tower dan Hagia Sophia, Jambatan Galata merupakan ikon bandar Istanbul dan tidak dapat dinafikan mempunyai kepentingan yang besar kepada nelayan dan pemancing tempatan.
Kebanyakan nelayan dan pemancing di sini telah melakukan penangkapan ikan di jambatan ini sejak selama lebih sedekad. Tangkapan harian di sini selalunya adalah bluefish dan Atlantic bonito. Nelayan ini pakar dalam menilai sejauh mana dan dalam mana yang mereka perlukan untuk melontar joran untuk menangkap ikan yang diingini. Kepakaran ini penting kerana lokasi ini adalah di tingkat 2 jambatan ini.
Dulu pada 2014 masa saya jalan-jalan di Galata Bridge ini ada ramai penjual peralatan memancing seperti di dalam foto (foto 2014) di bawah, tapi kali ini tiada satu pun penjual yang saya nampak. Mungkin pihak Municipality sudah tegah aktiviti sebegitu di jambatan ini. Cuma boleh memancing sahaja. Anyway, pemancing di sini nampaknya menggunakan peralatan memancing yang ringkas/asas sahaja seperti pancing, tali pancing, mata kail, pemberat pancing dan umpan.
Terdapat 2 jenis ikan yang ditangkap di jambatan ini iaitu jenis komersil dan jenis bermusim. Yang komersil termasuk ikan-ikan tenggiri kuda, Spicara, belanak kelabu dan bluefish. Yang bermusim pula antaranya adalah sardin, ikan bilis, siakap, bonito, tenggiri dan ikan Garfish.
Di jeti tepi jambatan ini ada perkhidmatan feri yang bertolak dari jeti Eminönü ini menuju ke Üsküdar, Bosphorus dan Princes Islands. Feri kereta pula menyeberangi Bosphorus ke Harem, antara Üsküdar dan Haydarpaşa.
Tidak jauh dari Galata Bridge ini ada sebuah lagi jambatan yang merentangi perairan ini iaitu Golden Horn Bridge.
Bot-bot berkubah warna emas ini adalah restoran-restoran terapung menjual, khasnya, sandwic ikan.
Bosphorus floating fish restaurants |
Mungkin sudah selama satu abad, para nelayan membawa hasil tangkapan mereka dari Bosphorus dan Laut Marmara ke kawasan sekitar Jambatan Galata Istanbul untuk dijual. Bermula dari menjual hasil tangkapan ikan mentah, sejak 50 tahun yang lalu mereka mula menjual makanan segera ikan panggang yang diletak dalam roti. Kini hidangan yang paling popular di restoran-restoran ini ialah fish sandwich yang dipanggil 'balık-ekmek'.
The fish is grilled with herbs and crushed red pepper, before being placed inside bread with a nice squeeze of lemon, and the eater’s choice of lettuce, tomato, onion, and even peppers.
'Balık-ekmek' bermaksud 'balık' iaitu ikan dan 'ekmek' iaitu roti. Balık ekmek ialah street food yang cukup popular di Istanbul. Ia adalah sandwic filet ikan goreng atau panggang (biasanya ikan tenggiri atau ikan lain), dihidangkan bersama pelbagai sayur-sayuran, di dalam roti Turki.
Kibaran bendera-bendera Türkiye di tebing Bosphorus.
Hasil tangkapan.
Jambatan Galata, yang terletak di pintu masuk Teluk Golden Horn, Istanbul, terkenal dengan ramai nelayan yang memancing dari jambatan ini.
Info yang saya baca di internet (research data 2011-2012) menyatakan purata bilangan nelayan di jambatan ini ialah 203 orang sehari, dengan anggaran jumlah tangkapan ikan kira-kira 64 tan dalam setahun (1 tan = 1,000 kg, so 64 tan = 64,000 kg).
Ada juga saya baca, secara umumnya, orang Turki tidak makan banyak ikan berbanding purata pemakanan ikan dunia walaupun Turki dikelilingi oleh Laut Hitam, Laut Aegean dan Laut Mediterranean, yang merupakan kedudukan yang baik untuk menangkap pelbagai jenis ikan dan makanan laut. Menurut Institut Statistik Turki (Türkiye Đstatistik Kurumu 2010), seorang warga Turki makan 6.9 kg ikan dan produk ikan dalam setahun secara purata, manakala purata dunia ialah 16.7 kg.
Walau bagaimanapun, memancing adalah hobi yang popular di kalangan orang yang tinggal di Istanbul. Salah satu tempat memancing yang popular ialah Jambatan Galata ini di mana ramai nelayan boleh ditemui tidak kira masa atau cuaca.
Pada masa yang sama, ramai pelancong melalui Jambatan Galata ini setiap hari antara bandar lama dan bandar baru Istanbul. Kehadiran nelayan di jambatan ini menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk ke jambatan ini. Dengan cara itu, memancing di Jambatan Galata telah menjadi salah satu tempat pelancongan terkenal di Istanbul.
Memancing amatur adalah untuk keseronokan dan bersantai. Lokasi Jambatan Galata berada dalam persekitaran bandar, mudah dikunjung dengan pengangkutan awam. Lebih-lebih lagi, terdapat banyak penjual pancing, tali dan umpan di atas jambatan (seperti ketika saya di sini pada tahun 2014). Oleh itu, Jambatan Galata adalah lokasi yang sesuai untuk memancing amatur. Harga bahan pancing yang agak berpatutan turut menarik bilangan nelayan amatur ke jambatan ini.
Umumnya, nelayan amatur tertarik dengan tempat yang sesak, tanpa mengira musim. Pada musim bunga dan musim luruh, nelayan menangkap lebih banyak spesies ikan kerana ada ikan berhijrah. Atas sebab ini, terdapat banyak nelayan profesional pada musim bunga dan musim luruh.
Namun, pada musim panas lebih ramai nelayan amatur dan nelayan asing datang sebagai pelancong kerana bercuti musim panas. Pada musim panas sukar untuk berada lama di jambatan ini kerana panas dan ikan yang ditangkap cepat rosak.
Selalu sahaja ada nelayan di jambatan ini tanpa mengira cuaca, kecuali apabila salji lebat. Secara umumnya, pada hari mendung lebih banyak ikan boleh ditangkap. Pada hari hujan lebat dan hari bersalji, sangat sukar untuk nelayan berada lama di jambatan. Walau bagaimanapun, walaupun cuaca buruk, jika terdapat banyak ikan, nelayan mungkin akan tetap datang juga ke jambatan ini. Mereka terus berhubung antara satu sama lain dan berkongsi maklumat mengenai tangkapan ikan mereka.
Wikipedia - Galata Bridge is a bascule bridge, which is 490 m (1,610 ft) long with a main span of 80 m (260 ft). The deck of the bridge is 42 m (138 ft) wide and has two vehicular lanes and one walkway in each direction. Tram tracks running down the middle of it allow the T1 tram to run from Bağcılar, in the western suburbs to Kabataş, a few blocks away from Dolmabahçe Palace. In 2003 a string of restaurants were added to the underside of the bridge in imitation of the more ramshackle ones that had clung to the underside of the fourth bridge.
Pemandangan Bosphorus dan Golden Horn Bridge dari Galata Bridge dengan Eminönü di sebelah kiri dan Beyoğlu di sebelah kanan.
Selama lebih sedekad, nelayan tempatan lazimnya menghabiskan masa di sepanjang Jambatan Galata menangkap ikan kegemaran seperti sardines, bluefish, horse mackerel dan palamut, tetapi ini tidak sebelum itu.
Pada awal 1900-an, Golden Horn pernah menjadi tempat limbungan kapal di mana terdapat lebih 2,000 buah bengkel dan kilang, yang semuanya menyumbang kepada pencemaran air. Akibatnya air di Golden Horn ini tidak lama kemudian menjadi pekat, berwarna gelap dan dipenuhi dengan bahan pencemar.
Kerana pencemaran yang teruk ini, memancing terutamanya pada tahun 1980-an menjadi mustahil kerana airnya terlalu kotor menyebabkan hidupan marin lenyap. Pencemaran itu sungguh teruk sehingga penduduk tempatan juga tidak membuka tingkap mereka kerana bau dari Golden Horn yang busuk.
Antara tahun 1997 dan 2000, projek Halic telah dilaksanakan untuk mengekstrak dan memindahkan sisa dalam bentuk lumpur cecair dari lembangan Halic ke lokasi yang lebih terpencil. Hampir lima juta meter padu lumpur berjaya dipindahkan dan bau busuknya hilang.
Untuk membantu pembersihan dan menggalakkan perubahan yang berpanjangan, air laut segar telah dipam ke Golden Horn pada tahun 2009 melalui terowong bawah tanah. Ini bukan sahaja menghalang bau dan pencemaran masa depan, tetapi perlahan-lahan menyebabkan hidupan marin kembali ke perairan ini. Usaha pemindahan air laut tawar ini telah selesai pada tahun 2012.
Pembersihan perairan ini juga telah mengubah keadaan di darat, dengan pembinaan kawasan perumahan, hotel, restoran, kafe dan muzium serta beberapa taman di kawasan Golden Horn.
Sejak itu, para nelayan dan pemancing telah tertarik ke Jambatan Galata ini dan perairannya untuk bekerja menangkap ikan secara komersil, berhobi memancing atau sekadar menangkap ikan untuk makan seharian.
Kini beratus-ratus nelayan dan pemancing tempatan boleh dilihat pada siang dan malam di sepanjang Jambatan Galata untuk menangkap ikan.
This is Yavuz Sultan Selim Mosque in the Balat district, about 3.5 km away from the Galata Bridge.
Di tengah jambatan ini ada laluan tangga untuk turun ke tingkat bawah jambatan.
An Istanbulite preparing for a day of fishing at this Galata Bridge.
Mesti si comel ni nanti akan dapat habuan freshly caught fish! 😄
Amazing view of the Golden Horn.
Wikipedia - While the reference to a "horn" is understood to refer to the inlet's aerial silhouette, the significance of the designation "golden" remains more obscure, with historians believing it to refer to either the riches brought into the city through the bustling historic harbor located along its shores, or to romantic artistic interpretations of the rich yellow light blazing upon the estuary's waters as the sun sets over the city.
Golden Horn ini memang sibuk dengan feri dan lain-lain bot. Terdapat perkhidmatan feri Golden Horn setiap jam menghubungkan Üsküdar dan Karaköy dengan kebanyakan pinggir bandar di sepanjang muara.
Galata Tower.
Suleymaniye Mosque.
Bangunan merah berkubah biru (di bahagian depan) ialah Zeyrek Mosque, dan masjid besar 2 menara itu adalah Fatih Mosque.
Menara telekomunikasi besar ini merupakan struktur tertinggi di Istanbul, terletak di Bukit Küçük Çamlıca di sebelah Asia. Menara 369 meter ini memberi pengunjung pemandangan bandar yang unik. Menara ini mempunyai restoran dan dek pemerhatian. Ia menyediakan perkhidmatan televisyen, radio dan organisasi media serta pengendali komunikasi.
Penjual roti simit.
A couple spending their Sunday fishing.
Pemandangan Istanbul New City.
Tiba di hujung jambatan.
Peta Galata Bridge.
Maklumat tentang Galata Bridge.
Turun ke bahagian bawah.
Wikipedia - The Galata Bridge has long acted as a symbolic link between the old city of Istanbul, site of the imperial palace and principal religious and secular institutions of the Ottoman Empire, and the modern districts of Beyoğlu, where a large proportion of the inhabitants used to be non-Muslims and where foreign merchants and diplomats lived and worked.
Galata Bridge ini 2 tingkat dengan tingkat bawahnya dedicated for restaurants only yang menyajikan pelbagai makanan masakan Turki terutamanya ikan panggang dan makanan laut lain.
Tempat memancing dan restoran.
Pemandangan ke arah Istanbul Old City dari Beyoğlu.
Galata Bridge and Yeni Cami Mosque |
Wikipedia - The Nuruosmaniye Mosque is an 18th-century Ottoman mosque located in the Çemberlitaş neighbourhood of Fatih district in Istanbul, Turkey, which was inscribed in the Tentative list of World Heritage Sites in Turkey in 2016. Designed by a Greek architect named Simeon, the Nuruosmaniye mosque was the first monumental Ottoman building to exemplify the new Ottoman baroque style, which introduced baroque and neoclassical elements from Europe.
Ada pasangan suami isteri menjual roti simit di sini. Saya yang memang teringin hendak cuba roti ini sejak dari dulu lagi pun belilah satu 😃.
Terkenal sebagai 'The star of Turkish street food', simit dijual secara meluas di jalanan dan di kedai pastri di seluruh rantau ini. Perkataan simit berasal daripada bahasa Arab samīd (سميد) "roti putih" atau "tepung halus".
Simit ialah roti berbentuk bulat, disalut dengan biji bijan atau kadang kala biji bunga matahari. Bentuknya lebih kurang menyerupai bagel. Ia dianggap sebagai ruji sarapan pagi di Istanbul dan bahagian lain di Turki.
Menurut sumber arkib, simit telah dihasilkan di Istanbul sejak 1525 dan merupakan makanan tradisional dari era Empayar Uthmaniyyah.
Menariknya, simit mengandungi bahan istimewa yang memberikannya warna perang yang sedap, rasa manis yang unik dan bahagian luar yang segar. Bahan istimewa itu ialah grape molasses.
Simit biasanya dihidangkan untuk sarapan pagi ringan dan dimakan begitu sahaja bersama dengan teh.
Ia mungkin kelihatan seperti donat atau bagel, tetapi rasanya berbeza. Garing di luar, lembut dan kenyal di dalam, ditambah dengan rasa biji bijan. Roti ini bagi saya adalah cukup padat dan sungguh mengenyangkan. Kalau beli satu, memang boleh kongsi dua orang. Tapi kalau ada teh, memang lagi sedaplah, boleh dicelup-celup 😄. Bila lembut kena celup, senang sikit nak telan... hihi 😆.
Kalau di Turki, selain dimakan bersama teh Turki, ada juga beberapa gandingan popular untuk simit seperti telur, keju feta, jem, sapuan dan segelas Aryan sejuk (susu yogurt). Sandwic Simit ialah satu lagi cara popular untuk memasukkan roti simit ke dalam rutin sarapan pagi dan dibuat secara tradisional dengan menggunakan bahan seperti hirisan tomato, timun, keju segar dan daging deli pilihan. Hasilnya - Egg Sandwiches and Sausage Breakfast Sandwiches.
Lepas itu kami berpatah balik ke Istanbul Old City di Galata Bridge.
Meow at Galata Bridge 😃😍.
Pemandangan Istanbul Old City, Eminönü district.
Kalau tadi kami menikmati pemandangan ke arah utara Galata Bridge, kali ini kami memandang ke arah Istanbul Asia pula.
Kelihatan juga beberapa cruise ship besar yang berlabuh di Istanbul. Yang ini namanya Seabourn Encore, sebuah sebuah kapal persiaran mewah yang berkapasiti 604 penumpang. Luxury cruise ship ini sudah pernah berlayar sampai ke Bali, Australia dan New Zealand.
Ini Terminal Feri Karaköy untuk feri dari Karaköy to Kadıköy. Nun di sana ialah menara komunikasi Çamlıca Tower.
Pastinya seronok hanging out with friends with the same interest and hobby.
Bagus sungguh jambatan ini dibuat lebar dengan ruang pejalan yang cukup selesa.
Cruise ship yang paling besar pernah berlabuh di Istanbul ialah cruise ship Costa Venezia (an Italian-flagged cruiser) yang boleh membawa seramai 5,100 penumpang.
Nampaknya bukan saja peralatan memancing penting dibawa, kerusi lipat juga sangat penting dibawa sekali. Iya lah kan, tak kanlah nak berdiri lama masa menunggu umpan dipagut ikan. Dan sudah tentu juga mesti berpakaian yang sesuai sebab bila lama berada di atas jambatan ini boleh jadi kesejukan ditiup angin laut.
Haaa... ada juga rupanya Istanbulite yang menjual peralatan dan keperluan lain untuk memancing.
Yang di atas baldi hijau itu adalah umpan. Di bawah itu adalah set fishing rod/pole holder and rope yang akan diikat pada pagar dek jambatan.
Fishing pole holder is for fishing over a bridge. This simple wooden cut-out holds the pole evenly so the fisherman can rest in between casts.
Wooden fishing pole holder attached to the bridge.
Çamlıca Tower.
Bas Hop-On Hop-Off Busforus. Btw, macam pelik juga tiada pagar keselamatan antara jalan raya yang sibuk ini dan laluan pejalan kaki.
Golden Horn ini nampaknya begitu sibuk dengan feri dan bot-bot lain.
Di bahagian tengah jambatan ini adalah bahagian dilarang memancing. Tersangkut pula nanti tali pancing pada feri dan bot-bot yang lalu lalang di bawah kalau memancing di section ini.
Sebuah lagi cruise ship besar. Ini Costa Cruises.
Dari Galata Bridge ini juga boleh nampak 15th of July Martyrs Bridge di Bosphorus.
Wikipedia - The Bosphorus Bridge, known officially as the 15 July Martyrs Bridge and unofficially as the First Bridge, is one of the three suspension bridges spanning the Bosphorus strait in Istanbul, Turkey, thus connecting Europe and Asia (alongside Fatih Sultan Mehmet Bridge and Yavuz Sultan Selim Bridge). The bridge extends between Ortaköy (in Europe) and Beylerbeyi (in Asia).
Shrimp and sea worm baits.
Spice Bazaar dari Galata Bridge.
Macam-macam sea vessels berlayar di Golden Horn ini.
Bangunan yang terletak di atas bukit sana adalah Istana Topkapi.
Wikipedia - The Topkapı Palace or the Seraglio, is a large museum in the east of the Fatih district of Istanbul in Turkey. From the 1460s to the completion of Dolmabahçe Palace in 1856, it served as the administrative center of the Ottoman Empire, and was the main residence of its sultans.
Wikipedia - Construction, ordered by the Sultan Mehmed the Conqueror, began in 1459, six years after the conquest of Constantinople. Topkapı was originally called the "New Palace" to distinguish it from the Old Palace in Beyazıt Square. It was given the name Topkapı, meaning Cannon Gate, in the 19th century. The complex expanded over the centuries, with major renovations after the 1509 earthquake and the 1665 fire. The palace complex consists of four main courtyards and many smaller buildings. Female members of the Sultan's family lived in the harem, and leading state officials, including the Grand Vizier, held meetings in the Imperial Council building.
Turkey Maritime Operations Inc. Sarayburnu Port Management - Port Authority.
Tiba kembali ke Istanbul Old City.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Woww syok nya baca. Trip kami masa di Istanbul tak lama. Tapi Alhamdulillah dapat explore sebanyak mungkin dgn masa yang terhad. Thanks for sharing.
ReplyDeleteAlhamdulillah... betul tu... we just have to make do with the limited time we had.
DeleteThanks for reading and for the comments too.