Assalamualaikum.
Selepas check-in dan bersolat, kami pun turun semula ke lobi hotel untuk night walking tour.
Suasana senja/malam di depan Galaxy Hotel, Kavala.
Pemandangan Bay of Kavala.
Ini pula pemandangan Old Town - Panagia dan Kavala Fort dari depan hotel. Kami akan dibawa night walking tour di old town itu.
Kelihatan juga Imaret Kavalas dan kubah biru Halil Bey Mosque, kedua-duanya adalah historical landmarks di Kavala.
Bangunan Galaxy Hotel (kiri) dan bangunan pejabat dan restoran.
Penerangan pada group oleh Mehmet.
Memulakan night walking tour di Erithrou Stavrou Street, the main street in front of the Galaxy Hotel and the waterfront.
Passing by restaurants and other eateries.
Iklan apa ni?
Ooo... homemade Kavala Cookie. Iklan ini dalam bahasa Turki, so I suppose it is a Turkish cookie.
Wikipedia - Kavala Almond Cookies, Kavala Cookies or Edirne Almond Cookies is a kurabiye from Turkish cuisine. The Kavala cookie is made with almond, flour and butter. The kurabiye gets its name from Kavala. The modern recipe of the cookie originated during the Ottoman Empire.
Suasana malam yang indah di area depan Kavala Bay waterfront. Suhu masa itu 17℃. So just nice lah for a night walk.
Dari Erithrou Stavrou Street, kami dibawa masuk ke Kountouriotou Street.
Restoran Bpomiko - Greek and Mediterranean food.
Gereja Saint Nicholas Kavala ialah sebuah Gereja Ortodoks Greek di bandar Kavala, di Macedonia Timur dan Thrace, Greece. Ia dibina semasa zaman Uthmaniyyah sebagai Masjid Ibrahim Pasha sebelum ia diubah menjadi sebuah gereja.
Bangunan itu telah didirikan pada tahun 1530 semasa pemerintahan Uthmaniyyah Macedonia sebagai masjid Islam, mungkin di tapak gereja Kristian yang sedia ada, oleh Ibrahim Pasha, wazir kepada Sultan Suleiman the Magnificent, dan ia merupakan masjid terbesar di Kavala. Pada tahun 1920-an masjid itu diubah menjadi gereja sebagai tempat ibadat Kristian, yang didedikasikan untuk Saint Nicholas. Menara loceng ini dibina di atas dasar menara masjid yang telah musnah.
Di sebelah timur gereja ini terdapat satu monumen mural yang menggambarkan kedatangan Apostle Paul ke pelabuhan Kavala. It is the Apostle Paul's Monument, titled "The arrival of the Apostle Paul in Neapolis of Philippi."
Di luar gereja ini terdapat dinding mozek yang menunjukkan kisah Apostle Paul.
Salah satu peristiwa bersejarah yang paling penting di kawasan ini yang menyumbang kepada asas Gereja Kristian dan pengembangan agama Kristian di seluruh Eropah, ialah kedatangan Apostle Paul di pelabuhan Neapolis (Kavala) pada musim bunga 50 AD. berikutan dari 'divine vision' dan seruan memohon dia untuk ke Macedonia.
Seterusnya kami pun dibawa explore Old Town Panagia. Katanya menjelajahi Old Town ini bagaikan satu perjalanan melalui masa dan sejarah. Tapi sebab walking tour kami ini dibuat malam, maka tidaklah terserlah 'the journeys through time and history' itu. Tidak nampak jelas binaan dan lain-lain peninggalan bersejarah di malam hari.
Sunset over Kolpos Kavalas / Kavalas Bay.
Such a beautiful sunset.
Arah ke Panagia-Old Town dan Castle-Acropolis.
Masuk ke Theodorou Poulidou Street.
Kelihatannya kebanyakkan bangunan di sini adalah moden.
Mencungap jugalah nak panjat bukit ini.
Seperti old towns lain yang kami lawat, Old Town Panagia ini juga mempunyai jalan cobblestone asal yang masih utuh dan masih digunakan hingga hari ini.
Lukisan Kavala - Bay of Kavala, Old Town Panagia dan Kavala Fort.
Bangunan-bangunan di lereng bukit ini nampaknya dibina betul-betul rapat pada dinding batu bukit. Like infused/merged. Or perhaps it was dark and they seemed like that to me...hihi 😄.
Berhenti sekejap untuk menikmati pemandangan malam Bay of Kavala dari Panagia Old Town.
Bagusnya walking tour malam begini ialah dapatlah lihat dan merakam foto keindahan seperti ini.
Dari sini boleh nampak hotel penginapan kami, Galaxy Hotel, Kavala.
Marina Kavala.
Looks like the buildings are infused to the big hill rock.
We came across this opening at the remains of the Wall of Kavala. This opening is called the arrow-slit. Extra protection was given to archers and crossbowmen by carving slits into walls and towers so that they could shoot at attackers in relative safety.
This is the view of Bay of Kavala captured from the Wall of Kavala's arrow-slit. |
Bay of Kavala, Port of Kavala, Kavala Marina and Kavala Waterfront.
Bangunan kanan berkubah itu adalah Imaret, one of Kavala's historical landmark.
Meneruskan lagi perjalanan mendaki bukit di peninsula of Panagia ini.
Deretan restoran-restoran di Theodorou Poulidou Street.
This is the famous bakery, Boulangerie Boutique by Chef Konstandinos. Said to make the most delicious Kavala Kurabie - Kavala Cookies (almond cookies), in Kavala, some say most delicious in the world.
Kavala Kurabie by Chef Konstandinos.
Kelihatannya bekas dinding/tembok lama Old Town ini diperlihara dengan cara menjadikannya sebahagian dari binaan bangunan yang ada sekarang.
Bangunan Imaret.
Kavala cats.
Kami pun sampai di main entrance Imaret, salah satu bangunan bersejarah Kavala. Imaret, monumen yang indah dan contoh klasik seni bina Islam, telah dibina pada awal abad ke-19 oleh Mohammed Ali, pengasas Dinasti Mesir yang terakhir. Vali (gabenor) ini ingin memberikan sesuatu kembali kepada bandar kelahirannya, dan menawarkan institusi amal ini, yang beroperasi sebagai seminari (medrese) dan rumah anak yatim serta soup kitchen untuk semua orang miskin di bandar, tanpa mengira agama.
Imaret Kavala ini dianggap sebagai salah satu mercu tanda terhebat Kavala, dan antara landmark Uthmaniyyah yang paling penting di Greece.
Pengasas Imaret Muhammad Ali Pasha seorang kelahiran Kavala, mengarahkan pembinaan yayasan ini sebagai "hadiah" kepada tempat kelahirannya pada tahun 1813.
Walaupun didedikasikan untuk kurikulum dan sains Islam tradisional, the soup kitchens menerima semua pelajar dan pengembara, tanpa mengira agama. Ia adalah salah satu contoh awal sekolah gaya barat yang menyediakan pendidikan sekular di Empayar Uthmaniyyah, selaras dengan usaha Muhammad Ali untuk pemodenan.
Hari ini Imaret ini adalah sebuah hotel mewah 5 bintang, since 2004.
Ini maklumat tentang Imaret dari website hotel ini.
Sambung lagi perjalanan. This is a one of the abandon building in this old town.
Night walking tour kami mengarah ke pinggir semenanjung Panagia membawa kami ke Mehmet Ali Square.
Di dataran ini ada House (konak) of Mohammed Ali dan patungnya, yang dibuat oleh pengukir Konstantinos Dimitriadis. Rumah Mohammed Ali kami tidak lawat kerana sudah tutup. Ia dianggap sebagai salah satu contoh seni bina Uthmaniyyah abad ke-18 yang paling tipikal yang masih ada di Greece dan, pada zamannya, rumah terbesar di Kavala. Hari ini ia telah dipulihkan dan kini menempatkan sebuah muzium, yang boleh dilawati dan merasai suasana rumah agam abad ke-18. Ia juga menempatkan Mohammed Ali Research Center.
Night view of Bay of Kavala from Mehmet Ali Square.
Di sebelah Mehmet Ali Square ada sebuah gereja Ortodox iaitu Holy Church of the Dormition of the Virgin.
Semasa pendudukan Turki, kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah Kristian Ortodoks Greek. Oleh kerana kepercayaan mereka yang mendalam dalam agama Kristian, pernah terdapat sebuah biara di lokasi gareja ini. Walau bagaimanapun, pada tahun 1957, ia telah dibina semula kerana keadaannya yang teruk.
As mentioned, di Mehmet Square ini ada Denkmal des Mehmed Ali Pascha / Monument of Mehmed Ali Pasha.
Patung gangsa berkuda Mehmet Ali ini telah dibuat di Paris oleh Konstantinos Dimitriadis, seorang pengukir dan ahli akademik. Patung ini adalah hadiah rakyat Greek di Mesir kepada kota Kavala, dan diumumkan oleh Putera Amr Ibrahim dari Mesir pada 6 Disember 1949.
Penduduk Kavala dengan bangganya mendakwa Mehmet Ali (juga dikenali sebagai Mohammed Ali, 1769-1849), Pasha Mesir, sebagai anak jati Kavala. Ini mungkin menghairankan terutama kerana Mehmet Ali turut dikenali dengan kerjaya politiknya yang kejam, terutamanya peranannya dalam cubaan untuk menghancurkan perjuangan Greece untuk kemerdekaan daripada Turki.
Mehmet Ali (1769-1849), berasal dari Kavala, Pasha Mesir |
Mehmet Ali adalah anak kepada seorang petani Albania dan tinggal di Kavala selama bertahun-tahun. Dia telah diterima oleh penduduk Kavala sebagai salah seorang daripada mereka, dan dipuji sebagai dermawan besar bandar itu.
Merakam keindahan suasana malam Bay of Kavala dari Mehmet Ali Square.
Night walking tour kami berakhir di Mehmet Ali Square. Time to walk back to the hotel.
Kalau tadi mencungap masa mendaki jalan ini, now lega berjalan menurun bukit 😄.
Katsamaka Tavern - a restaurant serving traditional Greek dishes.
Sebahagian Walls of Kavala yang masih utuh.
Map of Walls of Kavala.
About the Walls of Kavala.
Dari Theodorou Poulidou Street (jalan di dalam Old Town Panagia) kami masuk semula ke Kountouriotou Street. Lepas itu ke Erithrou Stavrou Street untuk balik ke hotel.
Church of St. Nicholas.
Tiba di Galaxy Hotel.
Ini peta Kavala night walking tour kami. Perjalanan keseluruhan pergi dan balik dari hotel hingga ke Mehmet Ali Square adalah sejauh 2 km.
Sampai saja ke hotel penginapan kami ini, kami terus naik ke restoran hotel ini untuk makan malam.
Ini beberapa lagi foto-foto Kavala Waterfront dirakam dari balkoni bilik hotel.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment