Assalamualaikum.
Selepas jalan-jalan di Galata Bridge, kami terus ke lokasi berkumpul dengan group members lain iaitu di depan masjid ini, Yeni Cami Mosque. Memandangkan masih ramai group members yang masih lagi bershopping dan belum sampai ke sini, maka marilah kita explore masjid bersejarah ini.
Wikipedia - The New Mosque (Turkish: Yeni Cami, originally named the Valide Sultan Mosque, Turkish: Valide Sultan Camii) and later New Valide Sultan Mosque (Turkish: Yeni Valide Sultan Camii) after its partial reconstruction and completion between 1660 and 1665, is an Ottoman imperial mosque located in the Eminönü quarter of Istanbul, Turkey. It is situated on the Golden Horn, at the southern end of the Galata Bridge. The mosque is an example of the Sultanate of Women period in Ottoman Empire.
Yeni bermaksud "baru" dalam bahasa Turki kerana ia adalah masjid baru semasa ia dibina. Masjid ini dibina atas perintah Safiye Sultan, ibu kepada Mehmet III, tetapi pembinaannya berlangsung selama 66 tahun antara 1597-1663 kerana gangguan seperti masalah kewangan, gempa bumi, kebakaran dan masalah kejuruteraan kerana lokasinya di sebelah Golden Horn.
Tiada barisan panjang orang beratur nak masuk ke dalam masjid ini. In fact, boleh terus masuk. Tidak seperti di Blue Mosque and Hagia Sophia Grand Mosque yang kata tour guide kami panjangnya barisan pelancong yang beratur boleh sampai 1-2 km. Like seriously?
Ok, jom kita masuk ke dalam masjid ini.
Suasana di pintu masuk. Dinding tiang yang cantik dihiasi jubin hijau.
Lush red carpet. Ada rak tempat letak kasut disediakan. The pillar's echinus was beautifully designed with golden colored carved stucco.
Mahfil.
Ini ruang solat utama. Ia yang diterangi oleh stained glass windows yang cantik sebanyak 5 tingkat di bahagian mihrab bersama dengan sebuah central chandelier besar dan beberapa chandeliers lain yang lebih kecil.
Seperti dalam masjid-masjid lama lain di Turki, selalunya ada iron and glass chandeliers begini. Dulu ianya adalah lampu minyak yang kini telah dielektrikkan.
Bahagian lengkungan dinding mihrab yang besar ini cukup indah sekali dihiasi dengan stained glass windows.
Saya baca kalau di Blue Mosque, pada chandelier besar masjid itu pada zaman dulu ada telur burung unta mentah (dalam mangkuk kaca) diletakkan di antara mangkuk-mangkuk kaca lampu minyak bertujuan untuk menghalau labah-labah supaya tidak bersarang pada chandelier itu. Berkemungkian besar cara pencegahan yang sama digunakan di Yeni Cami Mosque ini.
Idea pencegahan ini bermula pada awal 1500-an apabila Mimar Sinan, ketua arkitek Uthmaniyyah kepada Sultan, menggantung telur burung unta di candelier masjid yang dibinanya. Serangga tertarik kepada lampu, maka secara semula jadi labah-labah akan datang dan membuat sarang/perangkap serangga di candelier itu.
Adalah dipercayai bahawa telur burung unta mengeluarkan bau yang tidak dapat dihidu oleh manusia, tetapi dibenci oleh serangga, terutamanya labah-labah. Di Türkiye, telur burung unta kini digunakan di greenhouses dan di tempat penyimpanan makanan untuk menghalau dan mencegah serangga dan labah-labah bersarang. Telur burung unta hendaklah digantung dari siling di kawasan pengudaraan yang baik. Telur burung unta harus kekal utuh, tidak retak atau tertusuk.
Chandelier Ottoman klasik begini menggunakan lampu-lampu minyak bekas kaca yang dipasang pada gelung logam bulat yang disusun bertingkat-tingkat. Dengan adanya elektrik, lampu-lampu minyak ini ditukar pada lampu-lampu elektrik dengan bentuk bekas kaca lampu minyak itu dikekalkan.
Chandelier lampu-lampu minyak klasik begini ada kami saksikan di masjid-masjid lain yang kami lawati. Here are some of them:
Blue Mosque, Istanbul, Türkiye |
Hagia Sophia Grand Mosque, Istanbul, Türkiye |
Great Mosque of Muhammad Ali Pasha, Citadel of Cairo, Egypt |
Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi |
Masjid Qiblatain, Madinah, Arab Saudi |
Masjid Quba, Madinah, Arab Saudi |
Permaidani di ruang solat utama. Saya perasan karpetnya tiada garisan saf. Mungkin setiap waktu solat sejadah saf panjang dibentang merentasi ruang solat ini untuk menjadi panduan bagi jemaah memastikan barisan saf yang lurus dan kemas. Bagus juga dibuat begitu untuk jaga kebersihan tempat bersujud kerana ketika bukan waktu solat, ruang solat masjid ini sering dilawati/dipijak pengunjung-pengunjung seperti dalam foto dibawah.
Visually magnificent iron and glass chandelier above the center of the main prayer hall.
Seperti kebanyakan masjid empayar Uthmaniyyah yang lain, pada 4 sudut tempat kubah bertemu dengan tiang yang menyokongnya, terdapat plat kaligrafi dengan nama empat khalifah pertama, Abu Bakar as-Siddiq ra, Umar bin al-Khattab ra, Uthman bin Affan ra dan Ali bin Abi Talib ra.
The Minbar and Mihrab.
Hiasan dinding yang sangat cantik.
Ok, ini pula set foto-foto Yeni Cami Mosque dari luar yang berpeluang kami rakam.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment