Tuesday, February 21, 2023

BALKANS - TÜRKIYE - HAGIA SOPHIA GRAND MOSQUE

Assalamualaikum. 
Selepas lawat Yeni Cami Mosque, kami dibawa pula ke Sultanahmet di Istanbul Old City, tempat mesti lawat kalau ke Istanbul kerana di situlah lokasi Hagia Sophia, Blue Mosque dan Topkapi Palace. The Old City of Istanbul is built on 7 hills and Sultanahmet marks the first hill. It is named after an Ottoman Sultan named Sultan Ahmed I.

Yeni Cami Mosque.


Kami dibawa oleh Ebrahim, local tour guide, ke Sultanahmet naik tram.


Projek restorasi.

Berjalan ke Eminönü Tramvay İstasyonu.

Inilah Ebrahim, our Istanbul local tour guide. 

Naik tram dari Stesen Eminönü ke Stesen Sultanahmet.

Kesemua kami yang 20 orang ini masuk stesen ini dengan swipe satu Istanbulkart sebab kad itu boleh guna berulang kali selagi cukup balance. 


Masa itu stesen ini tidak sesak, jadi dapatlah kami naik secara berkumpulan tanpa terpecah dari group. 


Suasana di Eminönü Tramvay İstasyonu.

Istanbul, bekas ibu kota Empayar Uthmaniyyah, pernah mempunyai rangkaian trem yang besar di kedua-dua belah Asia dan Eropah. Ia pertama kali bermula sebagai trem kuda pada tahun 1860, dan secara beransur-ansur ditukar kepada sistem trem elektrik bermula pada tahun 1912. Banyak laluan baru telah ditambahkan pada sistem trem, dalam peringkat progresif dari semasa ke semasa. Rangkaian ini mencapai tahap yang paling meluas pada tahun 1956 dengan 108 juta penumpang dibawa oleh 270 kereta trem, pada 56 laluan. 

Walau bagaimanapun, merujuk kepada perkembangan di banyak bandar-bandar di seluruh dunia pada tahun 1960-an, perkhidmatan trem mula ditutup pada tahun 1956, dan dihentikan sepenuhnya pada tahun 1966 kerana dikatakan menghalang kelancaran lalu lintas bandar.
Getir büyük - Affordable products At GetirBüyük, you can order thousands of products at affordable prices. Delivery to your door doorstep.

Penutupan rangkaian trem lama pada pertengahan 1960-an telah menyebabkan peningkatan yang tidak terkawal dalam penggunaan kenderaan bahan api fosil seperti bas, teksi dan kereta persendirian yang mula menyebabkan kesesakan jalan-jalan Istanbul dan juga pencemaran.

Memahami kesilapan besar penutupan khidmat trem, kerajaan Türkiye mula berusaha mengurangkan pencemaran secepat mungkin disamping memulihkan imej Istanbul di kalangan pelancong. Pihak berkuasa pengangkutan Istanbul pun memutuskan untuk melancarkan trem berkelajuan tinggi yang serba moden.

Suasana di dalam tram.


This is Istanbul Railway Museum owned and operated by the Turkish State Railways.


No 'manspreading' please.

Tiba di Sultanahmet Tramvay İstasyonu (Fatih).


Firuz Ağa Cami - Firuz Ağa Mosque. 

Masjid Firuz Ağa (Firuz Ağa Camii) ialah sebuah masjid Uthmaniyyah abad ke-15 di daerah Fatih di Istanbul, Türkiye. Ia dibina oleh Firuz Ağa, ketua bendahari Sultan Beyazıt II. Sarcophagus marmar Firuz Ağa terletak di kompleks masjid ini. Masjid ini terletak di pusat bersejarah bandar Istanbul, di Jalan Divanyolu, berhampiran dengan mercu tanda bersejarah lain yang terkenal, Masjid Sultanahmet, Aya Sofya dan Basilica Cistern.

Ini jalan laluan tram kami tadi - Divan Yolu street.
Divan Yolu Cd. ialah jalan utama kawasan Sultanahmet yang bersejarah. Ia melalui banyak tarikan utama yang berdekatan seperti Topkapi palace, Hagia Sophia, Basilica cistern dan lain-lain tarikan pelancong. Jalan Divan Yolu ini yang satu ketika dahulu dikenali sebagai "Road to the Imperial Council", pernah menjadi jalan empayar dari Constantinople ke Rom. Apabila ia dibina oleh Constantine the Great pada awal 300-an Masihi, Divan Yolu adalah 'Mese' iaitu jalan utama yang menuju dari pusat bandar.

Berjalan ke Sultan Ahmet Park/ Sultanahmet Square dibawa Ebrahim dan Mehmet.

Turkish Literature Foundation building.


Tourism Police post.

Kelihatan Blue Mosque di hujung sana.

Sultan Ahmet Park. 



Bekas bangunan lama.


Ramai sungguh pelancong di Istanbul ini. Tentulah, kerana Istanbul mempunyai kekayaan sejarah dan budaya yang unik yang telah menjadi tempat berkembang pesat banyak tamadun-tamadun besar dengan geografinya yang tersebar di dua benua. 

Sebelum kami berjalan-jalan, Ebrahim beri sedikit penerangan ringkas. Berkaitan dengan ramainya pelancong yang datang bercuti ke Istanbul, sesuatu yang menarik yang dikongsi oleh Ebrahim ialah Istanbul sebenarnya hanya mula jadi popular pada lewat tahun 1970-an. Dikatakan cetusan aktiviti pelancongan di wilayah ini adalah disebabkan oleh kedatangan hippies. Hippies (dan backpackers) mula melawat Turki pada pertengahan 1960-an. "Hippie Movement" ke Turki memuncak antara 1965 dan 1979. Selepas penutupan "Hippie Trail", pergerakan hippie menyaksikan penurunan ketara apabila "traditional hippie trail" (bersambung lebuh raya) ditutup. 

Turki telah menjadi salah satu jejak penting hippies, yang membuka Turki kepada dunia dengan mengembara ke Timur pada awal 1970-an, seperti dari Istanbul ke Kathmandu. Walaupun ramai hippies pergi ke tempat seperti Katmandu dan Tibet, sesetengah daripada mereka menginap di hotel atau rumah tamu di beberapa wilayah di Turki, termasuk Istanbul. Oleh itu, terciptalah asas pergerakan pelancongan yang dimulai oleh hippies bukan sahaja di Istanbul tetapi juga wilayah-wilayah lain di Turki. Memandangkan Turki adalah jambatan yang menghubungkan Eropah dan Asia, golongan hippes yang mengembara dari Barat berkumpul di pelbagai destinasi di Turki sepanjang 1970-an dan memulakan perjalanan Timur mereka dari Turki/Istanbul.

Ersoy Büfe, a fast food kiosk.

At the back is the Istanbul Regional Directorate of Land Registry and Cadastre building.
Cadastre: cadastre. noun [ C ] /kəˈdæstər/ us. LAW, TAX. an official record of the owners of land and of the amount and value of the land they own, used for calculating the amount of tax owed.

Nearby is the Istanbul's Sultanahmet Foundation building. 

Alhamdulillah cuaca baik dan suhu nyaman. Jom kita jalan-jalan.

The German Fountain.

Kelihatan di sana Hagia Sophia Grand Mosque.


Blue Mosque di belakang sana. 

Hagia Sophia Grand Mosque dilihat dari Sultan Ahmet Park.

This is Istanbul's Sultanahmet Foundation building. This building is right in front of the Blue mosque, close to Hagia Sophia Grand Mosque, and is the place of Sultanahmet cemetery. It has lovely gardens around it and functions as a place for conferences. Foundation was founded by businessman İbrahim Ayçiçek and Sultanahmet Mosque retired Imam Hatipoğlu and still provides religious education.

Asalnya Hagia Sophia adalah sebuah Gereja Greek Orthodox dibina oleh Maharaja Byzantine, Emperor Justinian I. Ia dijadikan masjid selepas Ottoman menawan Constantinople pada tahun 1453 dengan nama 'Hagia Sophia' yang bermaksud 'Holy Wisdom' dikekalkan. Selepas pembentukkan Republic of Turkey pada tahun 1935, Hagia Sophia dijadikan muzium oleh Mustafa Kemal Ataturk, Presiden Turkiye yang pertama. Pada tahun 2018, Hagia Sophia kembali menjadi sebuah masjid  oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan sehingga sekarang. Nama rasmi Hagia Sophia kini adalah Hagia Sophia Grand Mosque.

Sultanahmet Park ialah taman indah yang terletak di antara Blue Mosque dan Hagia Sophia Grand Mosque dengan air pancut besar di tengahnya.



Taman ini memberikan pemandangan-pemandangan Hagia Sophia Grand Mosque dan Blue Mosque yang cukup indah. 


Terjemahannya.

Kawasan sekitar Sultanahmet Park, di antara Hagia Sophia Grand Mosque dan Blue Mosque.


Blue Mosque.



Di sini adalah hentian Sultanahmet bagi Busforus Istanbul (Hop-On Hop-Off bus tour). 

Kalau ada peluang, pusinglah Istanbul dengan bas hop-on hop-off ini. Masa kami di Istanbul pada 2014, dua kali kami naik bas ini. Memang sangat berbaloi. 


Hagia Sophia Grand Mosque.

Pemandangan Hagia Sophia Grand Mosque dari Sultanahmet Park.

Ok, saya cerita sikit tentang Hagia Sophia yang bertukar status dari masjid ke muzium dan akhirnya ke kembali jadi masjid. Hagia Sophia kekal sebagai masjid sehingga 1931, apabila ia ditutup kepada orang ramai selama empat tahun. Ia dibuka semula pada tahun 1935 sebagai muzium di bawah Republik Turki yang sekular, dan bangunan itu merupakan tarikan pelancong yang paling banyak dikunjungi di Turki setakat 2019. 

Pada Julai 2020, Council of State (mahkamah pentadbiran tertinggi di Republik Turki) membatalkan keputusan 1934 untuk menubuhkan muzium itu, dan Hagia Sophia telah diklasifikasikan semula sebagai masjid. Dekri 1934 itu telah diputuskan sebagai menyalahi undang-undang di bawah kedua-dua undang-undang Uthmaniyyah dan Turki kerana wakaf Hagia Sophia, yang diwakafkan oleh Sultan Mehmed, telah menetapkan tapak itu sebagai masjid. Penyokong keputusan itu juga berhujah Hagia Sophia adalah hak milik peribadi sultan dan bangunan itu melambangkan identiti Islam Turki. Keputusan untuk menamakan Hagia Sophia sebagai masjid adalah sangat kontroversi dan mendapat kecaman daripada pembangkang Turki, UNESCO, World Council of Churches, the International Association of Byzantine Studies, serta banyak pemimpin antarabangsa.

Bertentangan dengan Hagia Sophia Grand Mosque ialah Sultan Ahmet Mosque (Blue Mosque).

Even though it has been known with this name, Blue Mosque, by most of the Westerners, the Sultan Ahmed Mosque has never been called by the Turks as "the Blue Mosque" throughout history. It was called like that by Western visitors because of its famous blue tiles from Iznik (Nicaea) that adorn the interior walls of the mosque. 





Di sebelah Sultan Ahmet Park ini ada 2 lagi bangunan bersejarah iaitu Hurrem Sultan Hammam dan Mausoleum of Sultan Ahmed I. 



Ok, jom kita pergi lebih dekat lagi ke Hagia Sophia Grand Mosque.



Ini di Ayasofya Meydani atau pun Dataran Hagia Sophia. Wah! Panjangnya barisan pengunjung yang hendak masuk ke Hagia Sophia!

Barisannya melingkar-lingkar! Kata Ebrahim, our local Istanbul tour guide, memang beginilah keadaannya hampir setiap hari di Hagia Sophia Grand Mosque ini. 

Seingat saya, masa kami ke sini pada tahun 2014, kami tidaklah terpaksa beratur lama dalam barisan sepanjang ini. In fact, according to my wife, masa dia ke sini pada awal 2022 juga tidak perlu beratur panjang. 

Di hujung Ayasofya Square ini, di seberang jalan Divan Yolu, ada satu mercu tanda bersejarah, iaitu Haji Agha Bashir Fountain. Silalah baca kisah Basir Agha yang asalnya seorang hamba dari Afrika yang akhirnya menjadi Chief Black Eunuch Empayar Ottoman yang peranan sama penting dengan perdana menteri kerajaan Ottoman. Dia seorang yang kaya dan cukup berpengaruh untuk menjadi penasihat, memikul tanggungjawab untuk pendidikan putera-putera raja dan mempunyai hubungan rapat dengan sultan.

Barisan orang beratur panjang begini saya rasa mungkin kerana terdapat pemulihan berterusan di Blue Mosque sejak 2015 dengan banyak bahagian-bahagian masjid itu yang telah ditutup untuk pengubahsuaian pada masa yang berbeza. Inevitably, the flocks of tourists gravitate towards Hagia Sophia. 

Makanya kami tidaklah berpeluang masuk ke dalam Hagia Sophia Grand Mosque ini. Kalau hendak masuk juga terpaksalah beratur dan kami tidak punya masa yang sebegitu lama di Sultanahmet ini. 

Kami saksikan masjid ini dari luar sahaja. 


Entah berapa jam agaknya mereka ini kena beratur. Tapi kan, alang-alang sudah sampai sini, berbaloilah kiranya dapat masuk ke dalam masjid ini walau pun beratur lama. Especially if you come from far away land.

Kami yang terikat dengan scehdule group tour tidak dapatlah hendak beratur lama.

Baik, disebabkan kami tidak dapat masuk ke dalam Hagia Sophia Grand Mosque, maka saya kongsikan di sini foto-foto di dalam masjid bersejarah ini yang saya rakam ketika kami bercuti di Istanbul pada tahun 2014.  Ketika itu masjid ini dikenali sebagai 'Hagia Sophia' dan merupakan sebuah muzium. 

Saya juga kongsikan di sini foto-foto di dalam masjid ini yang dirakam oleh isteri saya pada Jun 2022, setelah masjid ini ditukar status semula dari muzium ke masjid.

Here are the photos inside Hagia Sophia in 2014, when it was a museum. 

Dataran di dalam Hagia Sophia Grand Mosque.

Hujan renyai masa itu.

Bahagian dalam bumbung berkubah di koridor masjid, yang dipanggil Outer Nathrex.

Tentulah masa itu kami ada juga kena beratur, cuma tidaklah lama. In fact, beratur pun di kawasan dataran dalam ini, bukannya di dataran luar. Jadi barisannya pendek.

Ketika itu kami join Full Istanbul Tour, which was a guided tour by an Istanbul tour agent. Program ini dikendalikan oleh Karavan Travel secara sit-in coach dan disertai oleh 21 orang yang berasal dari pelbagai negara: Malaysia, Armenia, Pakistan, USA dan Australia.

Mari kita tengok dalaman Hagia Sophia ini. In bahagian koridor dalam yang dipanggil Inner Nathrex. Lokasinya sebelum masuk ke pintu utama.

Inner Nathrex section.

Pintu masuk utama.





Inilah pemandangan pertama bila kita masuk bahagian dalam Hagia Sophia Grand Mosque melalui pintu utama.

Ok, here are the rest of the photos.




Ketika ditukar fungsi menjadi masjid, semua lukisan-lukisan asal gereja Ortodox ini telah di tampal. Tapi Mustafa Kemal Ataturk telah menukarkan masjid ini menjadi sebuah muzium dan mengarahkan supaya plaster yang menutupi lukisan-lukisan itu ditanggalkan untuk menunjukkan ciri gereja yang asal. Antara lukisan-lukisan yang ada di sini adalah lukisan Virgin Mary and Baby Jesus dan angels. 


















Sebagai sebuah masjid, Hagia Sophia Grand Mosque dihiasi dengan plat kaligrafi nama-nama Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, keempat-empat khalifah: Abu Bakar as-Siddiq ra, Umar bin al-Khattab ra, Uthman bin Affan ra dan Ali bin Abi Talib ra serta nama 2 cucu Nabi Muhammad SAW: Hassan ra dan Hussain ra.





















Pada masa itu juga, in 2014, bahagian tingkat atas Hagia Sophia ini dibuka untuk pelawat. Tapi setelah menjadi masjid, bahagian atas ini telah ditutup. 




















And here are the photos inside Hagia Sophia in June 2022 captured by my wife, after it was converted back to a mosque. 

Setelah berstatus masjid, lantai Hagia Sophia kini sudah berkarpet. Dan sudah semestinyalah kasut/footwear ditanggalkan sebelum masuk ke dalam masjid.

Juga bahagian depan mihrab dan minbar serta beberapa baris saf-saf telah dikepung menjadi ruang bersolat lelaki yang tidak boleh dimasuki pelawat, kecuali jika mahu bersolat. 

Seperti masjid-masjid lain contohnya Sultan Ahmet Mosque (Blue Mosque) dan Suleymaniye Mosque yang kerap dikunjungi pelancong, Hagia Sophia Grand Mosque juga ditutup dan dibersihkan sejam sebelum waktu solat sebagai persediaan kehadiran para jemaah.



Lukisan-lukisan Kristian di kubah atas mihrab juga telah ditutup dengan kain. 

This is the painting behind the curtain.


Bahagian dalam kubah utama Hagia Sophia Grand Mosque.




Foldable and movable fences for crowd control especially during prayer times.

Marble Jar.


Tingkat atas yang kini sudah tidak lagi boleh dilawati oleh pengunjung. 



Ini ruang solat wanita di bahagian 'Gallery Over', iaitu di kiri kanan ruang solat utama. 








The Omphalion - place of the coronation ceremony of the eastern Roman Emperors. 
























Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
 
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

No comments:

Post a Comment