Wednesday, March 2, 2016

PHILIPPINES - DAY 01 - DEPARTURE TO MANILA - MANILA HOTEL - RIZAL PARK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ dan السلام عليكم

Alhamdulillah saya dan isteri telah selamat pergi bercuti di Filipina. 

Kenapa Philippines? Sebenarnya isteri saya telah mendapat notis Enriched Points [Malaysia Airlines] yang akan expire pada bulan November 2015. Rugi dibiarkan lupus saja points tu. Masa tu bulan Julai 2015, jadi kami pun ke pejabat Malaysia Airlines untuk semak mata ganjaran tu dan nak check ke mana boleh kami pergi dengan points yang ada tu. Points tu boleh convert ke tiket penerbangan. Kira macam tiket percuma la.

Kami pun ke pejabat Malaysia Airlines di KL Central naik LRT.

Tiba di pejabat Malaysia Airlines.

Saya pun ada juga points tapi sikit je not like my wife.

Staf Malaysia Airlines yang menolong kami semak. As it turned out, dengan points yang ada cuma boleh tukarkan ke 2 tiket penerbangan ke negara-negara Asia Tenggara sahaja. Dan antaranya ialah ke Manila. Jadi kami pilih Manila sebab belum pernah ke sana lagi. 

Kami memilih untuk pergi ke Manila pada cuti tahun baru Cina from 6th to 9th February 2016. Sedang elok je rasanya tempoh tu sebab nak save cuti tahunan dan to remain within budget :). 

Seperti biasa, kena la tukar duit, ke Philippine Peso. Mostly nak guna untuk makan di sana nanti. 


Peso tak susah nak dapat di money changer.  

Info solat wajib ada.  

Juga info cuaca. Mostly sunny.  

Juga info ni.  

Flight pukul 10:20 pagi tapi kami bertolak pukul 5:00 pagi dari rumah supaya senang nak solat subuh dan breakfast. Sampai je di KLIA, kami bersyukur kami telah bertolak awal pagi tu sebab dah ada barisan-barisan ke check-in counter yang sangat panjang dari Row B hingga ke Row M! Terkejut kami!  
Kata staff di Information Counter, barisan panjang macam ni adalah biasa terutama bila ada long weekend seperti masa cuti tahun baru Cina ni.

Since barisan panjang sangat kami pun pergi solat Subuh dulu dan bersarapan. Selesai terus pergi beratur. Syukur Alhamdulillah kebetulan bila kami nak masuk barisan, satu barisan baru kedua telah dibuat so kami tak la perlu beratur di tempat paling belakang di barisan pertama. 
Dah beratur tu sempat le bersembang dengan keluarga berbangsa Cina di depan kami ni. Mereka ni nak ke Bangkok. Saya tanya tak balik kampung ke masa tahun baru Cina. Mereka kata orang tua pun dah tak de so sekarang trend mereka sekeluarga sambut tahun baru Cina ialah dengan berkumpul di destinasi percutian. Jadi kata uncle tu, berkumpul tetap berkumpul tapi sambil-sambil tu bercuti-cuti. Tak la perlu stuck dalam traffic jam berjam-jam tambah uncle tu. Ni mereka 3 beranak. Di Bangkok nanti semua 15 orang.  

Checked in. Lepas tu terus ke perlepasan antarabangsa. 

Tak ramai saya perhatikan orang Malaysia dalam flight ni. Paling ramai tentunya orang Filipina. Peramah mereka ni. Ada yang berteguran dengan kami. 
Salah seorang orang Filipina yang menegur kami ialah seorang wanita. Masa sembang tu saya bertanya apa dia buat di Malaysia. Wanita tu kata dia bekerja dengan sebuah cruise ship company yang dulunya beroperasi di Manila dan sekarang the company's Asia operations dah dipindahkan ke Malaysia. Jadi dia bertanggung jawab memastikan the transitions happen smoothly. 

Pesawat Boeing 737-800, flight MH704 kami ke Manila. 

Penerbangan kami yang mengambil masa selama 3 jam 30 minit berlepas tepat pukul 10:20 pagi.

Biasa la, mesti saya nak selit foto-foto macam ni dalam cerita-cerita cuti-cuti saya.. hehehe... 

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Ninoy Aquino International Airport. Masa tiba jam 2:10 petang waktu tempatan. 
Pada 1983, senator Benigno "Ninoy" Aquino ditembak mati di satu lokasi di lapangan terbang ini masa Presiden Ferdinand Marcos memerintah, hence the airport's name. Pembunuhan ni menjadi pencetus kebangkitan orang Filipina menentang Marcos. 

Di area ketibaan. Cantik airport ni. Berjalan ke imigresen.

Tapi sebelum tu singgah toilet dulu lah.. hehehe.. Bagus lah sebab dalam toilet ada paip air :).

Dan dalam tandas di airport ni ada tempat Muslim Footwash. How considerate. Tapi yang ni nampaknya dah dijadikan macam store simpan peralatan mencuci tandas. 
Hehehe... in case you are wondering, yes I did take photos dalam tandas.. hehehe. Yes, indeed. Sebab I think they are important to share especially tempat footwash tu :).  

Lepas lalu imigresen, terus ambik beg dan keluar menunggu rep dari travel agent. Sampai je di entrance keluar kami tak nampak pun rep tu. Eh... selalunya dari pengalaman kami bila tiba je dah ada rep dari travel agent menunggu sebagaimana sepatutnya. Nak dekat 20 minit menunggu masih juga tak de. No choice saya pun call la travel agent tu. Kami diberitahu memang dah ada rep mereka di situ sejak sejam sebelum kapal terbang kami dijangka mendarat. Ehh.. heran. Mana pulak rep tu. Lepas tu saya pun bertanya security guard di situ. Dia kata travel agent rep tak boleh menunggu di entrance keluar ni tapi di bangunan sebelah. Laaa... mana la kami nak tau! 

Dah kena caj roaming.

Kami pun naik la kenderaan yang disediakan oleh travel agent menuju kota Manila yang terletak lebih kurang 30 minit dari airport. 
Seperti di Jakarta, di Manila juga ada penjual jalanan begini. 

Haa.. Philippines ni terkenal dengan Jeepney, salah satu pengangkutan bandaraya yang terkenal dan murah. Dari apa yang kami nampak, jeepney ni tak de keseragaman. Setiap jeepney ada 'design' dan 'decorations' tersendiri which I think is a good thing sebab kelihatan lebih unik dan berkarakter :).

Di setengah-setengah tempat yang kami lalui terdapat bangunan dan rumah begini. Ketidakaturan macam ni yang saya suka bila mengambil gambar. 

Sepanjang jalan tu juga ada begitu banyak kerja-kerja jalanraya. 

Ini Jane, rep dari travel agent yang mengambil kami di airport tadi. Benda pertama yang dia cerita pada kami ialah Manila ni situasi trafiknya teruk. Dan pemandu adalah tidak sabar dan suka potong queue dan mencelah-celah. 
Agaknya sebab kenapa the first thing yang Jane cerita pada kami ialah keadaan trafik Manila, ialah supaya kami tak terkejut dan merasa frustrated. Jane tambah dia ambik masa 1 jam 30 minit nak sampai office dia yang kalau tak jam cuma 30 minit saje. 

Lagi satu foto jeepney. Jane kata dalam tour itinerary, kami akan dibawa ke jeepney factory. Nice lah!

Kesesakan di Manila ni juga disebabkan oleh banyak kerja-kerja jalanraya seperti projek Metro Manila Skyway ni.  
Skyway yang sedang dalam pembinaan ni adalah dalam Stage 3 dan bakal siap pada 2018. Jane however was concerned if the project will be continued by the soon-to-be elected leader. Pada pemerhatian saya, he/she better continue sebab dah macam nak siap dah highway ni. 

Mesti selit people shot lah kan :).

Filipina ni majoriti rakyatnya beragama Kristian, Roman Catholic dan negara Katolik ketiga terbesar di dunia. Jadi tak heran lah kalau di sana akan nampak sangat banyak churches. 

Contrast yang pada saya menarik. Dalam satu framing bukan saja dapat captured bangunan tinggi dan highway yang menggambarkan kemajuan tapi juga kambing-kambing tengah meragut rumput.   
Jane bercerita lagi. Tu yang best tu tentang si Jane ni. Dia suka bercerita dengan gaya yang direct dan sometimes kelakar. Tak terasa bosan stuck dalam traffic jam masa tu. Dia cerita pernah sekali dia pergi ke satu perhimpunan politik dan ditanya oleh ahli politik apa yang Jane sebagai warga Manila dapat lakukan untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi? Jane cerita dia jawab, 'I must first look into myself and asked myself what I can do instead of pointing finger and blame others'. Uwahhh... terus saya joke dengan si Jane dan kata, 'Wahhh! With answers like that you can definitely enter and win beauty peagents! You definitely get high score for the Q&A section!'. Terus si Jane gelak.. hahaha... 

City of Dreams ni ialah sebuah resort dan casino terbesar di Manila. Ia adalah a 4-billion-dollar casino yang kedua. Yang pertama ialah di Macau. Kiranya City of Dreams Manila ni dan City Of Dreams di Macau tu ialah sister resort casino lah. Ada 3 hotel di sini iaitu Nobu Hotel, Crown Towers and Hyatt Hotel.
Kata Jane ramai Malaysian Chinese suka berjudi di sini.

Gambar yang terambik dengan tidak sengaja. Ingat nak delete je, tapi bila tengok balik betul-betul, laaaa.. pemandu teksi tu tengah kencing! Actually bukan di sini je kami nampak tapi juga di beberapa tempat lain.  

Of course tak la semua tempat yang kami lalu tu sesak dan tak teratur keadaannya. Ada juga yang cantik kemas macam ni :).
Dan Jane pun bercerita lagi. Masa Manila dilawati Pope Francis pada 2015, pope tu telah ditanya oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dengan soalan, "Why God lets children suffer in Philippines. Why is God allowing such things to happen, even if it is not the fault of the children?". Pope jawab, "She is the only one who has put a question for which there is no answer and she wasn't even able to express it in words but in tears". In other words kata Jane, Pope tu tak boleh jawab soalan tu. Jane tambah, patut tak boleh gitu, kena la beri jawapan yang boleh membuatkan budak perempuan tu dan yang lain-lain senasib dengan budak tu supaya bersemangat menjalani kehidupan yang penuh ujian dan berusaha terus dan jangan putus asa. Amboi.. si Jane ni bukan main lagi dia. Siap boleh nak ajar apa Pope patut jawab.. hehehe... Kami senyum je la. She is just sharing her opinions.

Tapi lepas tu pusing kat satu corner, terus nampak balik pemandangan macam ni.    
Jane bercerita lagi secara jujur dia kata salah satu masalah besar kota Manila ialah masalah sampah sarap. Secara candid dia bercerita yang dia pernah nampak seorang lelaki membuang sampah dan kebetulan sampah tu melayang ke muka dia. Jane sangat bengang dengan perangai orang macam tu lalu terus ditegurnya lelaki tu mengatakan kenapa buang sampah merata sedangkan ada tong sampah berdekatan sambil menuding jari dia ke arah satu tong sampah di tempat kejadian tu. Terus lelaki tu dengan sarcastic kata, 'Who are you? Police?' and just walked away. Needless to say Jane was super angry at the guy. Then she added, begitu lah keadaan sebenarnya. No matter what the government do, kalau the rakyat sendiri tak de kesedaran susah nak benteras masalah sampah di Manila ni.

Ini ialah Cultural Center of The Philippines yang dibina oleh Imelda Marcos untuk memelihara, membangun dan mempromosikan seni dan budaya di Filipina. Kata Jane selalunya ramai orang di situ tapi lengang sebab mungkin masa tu hujan.
Oh ya, by this time kami dah really clicked dengan si Jane ni. We really do like her as a person and as a tour guide. Very chatty, knowledgable, courteous dan always smiling. Also kelakar... hehe. So saya pun tanya lah pada dia samada adakah dia yang akan jadi tour guide kami pada esok hari? Dia kata tidak, sebab dah ada schedule dan esok tour guide kami ialah Ivan. Kami ok je, tapi saya continued to say that we hoped that she will be our guide esok.. hehehe... Bukan apa, since dah macam ngam dah dengan dia, kalau dia tour guide kami esok, maka tak payah lah nak get to know a new person tomorrow. Pada saya penting to get along well dengan tour guide, baru le touring jadi lagi best :). Last-last Jane kata she'll see what she can do and let us know. Cool :).

Cawangan Maybank di Roxas Boulevard, Manila.

Di Manila ada banyak juga patung-patung leaders mereka. 

Jane beritahu kami Manila Hotel yang bakal kami menginap tu adalah sebuah hotel premier bersejarah di Manila ni. Dia kata nanti cuba perhati pakaian staff di hotel tu. Macam style Parisian zaman dulu-dulu. Amboi.. ye ke? Teruja kejap saya.. hehe. Sounded macam grand je hotel tu. Jane juga kata yang since hotel tu adalah sebuah hotel bersejarah, hotel tu ada 'Hotel Tour' dia sendiri. Wah... ni first time saya dengar sebuah hotel ada touring. Kalau Jane tak bagitau, langsung kami tak tau ada such tour by the hotel. Pulak tu kata Jane tour tu percuma je untuk guests yang menginap di hotel tu. Jane kata kalau kami nak dia boleh tolong aturkan tour tu dengan pihak hotel. Tentu la kami nak! Bagus la si Jane ni, went above and beyond her duties. Sebenarnya tugas dia hari tu cuma pick us up from the airport and send to the hotel je. By this time, we were really hoping that Jane will be our tour guide tomorrow lah :).

Kenderaan yang macam ni jarang saya nampak di Manila ni. Macam hybrid motor/truck. 

Ni more for recreational and for tourists je. 

Saya suka the purple one sebab yang merah tu macam too common.. hehehe... 

Selama di Filipina, kami menginap di Manila Hotel. 5 hotel ni actually tapi ia bukanlah pilihan kami. Sebenarnya masa kami hubungi WOW Philippines [travel agent di Manila] kami specifically requested for 2 or 3 star hotel with the condition hotel tu dekat dengan restoran halal. Agaknya bila travel agent tu notice the condition for halal food terus mereka tawarkan kami menginap di Manila Hotel ni sebab hotel ni restorannya ada halal cafe. Bila kami review the whole cost of staying at the hotel for 3 nights plus the tours and airport transfers, it was still within our budget. Kami agak tentu travel agent ni ada deal dengan hotel tu and therefore dapat good hotel rates. So kami pun bersetuju sebab senang nak makan lebih-lebih lagi memikirkan tentunya kami akan kepenatan selepas seharian berjalan jadi senang boleh makan di hotel saja dan tak perlu keluar mencari restoran. Jadi sebenarnya memang la kami tak plan dan tak sangka nak duduk kat hotel macam ni. 
Manila Hotel adalah sebuah hotel bersejarah di kota Manila. Ia dibuka pada tahun 1912. Penthouse di hotel ini pernah menjadi rumah penginapan General Douglas McArthur, seorang komander tentera Amerika Syarikat sewaktu Perang Dunia Kedua. General MacArthur juga adalah wakil tentera Amerika yang menerima penyerahan kalah Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua dulu.

Parti politik Ferdinand Marcos diadakan konvensyennya di Manila Hotel sebelum pilihan raya presiden Februari 1986.

Corazon C. Aquino menyampaikan ucapan di hotel yang adalah titik perubahan dalam kempen presiden beliau.

Hotel ini mendapat perhatian antarabangsa pada tahun 1999 apabila Imelda Marcos, bekas Wanita Pertama, menyambut ulang tahun ke-70 beliau dalam hotel ini. Lebih daripada 1,000 elitis Manila hadir dalam acara itu.

Nak masuk hotel ni bukan senang. Beg-beg besar kena check oleh anjing pengesan. Actually masa kereta kami nak masuk pun kena hidu dek anjing-anjing ni di gate masuk ke hotel. 

Yang bestnya kami nampak staff hotel ni berpakaian yang sangat elegan. Hari tu mereka beruniform seperti zaman kolonial Spanish pada masa dahulu. 
Lain hari, lain pakaian seragam mereka. Ada 4 versi uniforms. Contohnya mereka juga akan berpakaian tradisional Filipina. Ia direka untuk mengingati tempoh keemasan sejarah Filipina, yang diilhamkan dari zaman penjajahan tetapi dengan sentuhan moden, menggabungkan kecanggihan Eropah lama dan Dunia Baru, hingga ke Era Komanwel Filipina.

Hebat betul! 

Bag carry on juga mesti dibuka dan diperiksa. Tapi staff bertugas tu sangat courteous dan mereka check pun dengan tangan berglove dan guna stick i.e tak de sentuh apa-apa dalam beg kami. Juga cepat jer checknya.  

Lepas tu kena jalan melalui scanner ni. Kalau ada bunyi sebab ada apa-apa metallic, the staff will do a quick body search. Pada kami tak jadi isu semua ni sebab ia adalah untuk keselamatan. Maklum la kan, hotel-hotel macam ni kadang-kadang tu boleh jadi target. 

Then kami masuk ke lobi. Wahhhh.... terpegun kejap. Siling kayu dengan beautiful elegant chandeliers. Lots of seatings/sofas. Wonderful and soothing ambience. Mana la kami biasa masuk hotel macam ni, apa lagi nak menginap. For a while I felt like I am out of place pulak. Tapi staff-staff di situ semuanya sentiasa senyum dan made us felt very welcomed. 

Dengan voucher yang di email pada kami oleh travel agent, kami terus ke check in counter. Staff-staff di kaunter pun berpakaian smart segak dan cantik. Proses checking in berlaku dengan begitu efficient, courteous dan dengan senyuman. 

Ada huge pillars menampakkan the grandiose. 

Setiap sudut hotel ni dihiasi dengan beautiful elegant furnitures. 

Terimpress sangat sampai siling lift ni pun saya ambik gambarnya.. hehehe... I mean, just look at that, right? :)

Masuk bilik kami di tingkat 3... we continued to be surprised. Besar sungguh biliknya. The entire concept felt very homey and selesa. 
Behind pagar kayu tu ialah the mini bar.

The room was so big memang selesa sangat nak bersolat. 

Meja menulis where we did all our plug-ins and charging.. hehehe..

Ada set ruang tamu lagi. Terus merancang nak minum teh sambil duduk-duduk kat sini. Atau masa makan maggi.. hehehe... 

Dan tentunya ada TV. Macam-macam channels ada. Dan bila bukak je closet belah bawah tu kami rasa sangat gembira sebab ada banyak extra pillows.. hehehe... we love pillows actually. Kekadang tu sampai berebut.. hahahah... 

Dan bilik airnya punya la besar! Tempat bathtub, shower dan toilet semua berasingan. Dengan sinki lagi. Also ada closet wardrobe yang lengkap dengan bathrobes dan seterika dan ironing board dan slippers. 

Juga ada coklat ni di atas bantal. Sedap sungguh coklat ni! Kebetulan isteri saya tak nak dia punya.. hehehe...

Alhamdulillah. Kami memang rasa cukup selesa sekali menginap selama 3 malam di bilik ni. Still with all the discoveries, sehingga setakat masa ini ada satu lagi surprise yang belum kami perasan which I will tell later :). 


Di kaunter reception tadi saya dapat info ni. Bagusnya ada free shuttle service macam ni. Kami tahu ada satu restoran halal di SM Mall of Asia tu. Mana la tahu kot tetiba terasa nak makan di sana. Ke atau nak shopping ke. Tapi tak la, mana kami pernah nak bershopping masa cuti-cuti macam ni. Bajet lari nanti.. hehehe..

Juga di reception ada pamphlet ni. 

Ada senarai restoran halal. 

Info tentang Metro Manila. 

Di Manila pukul 6 petang dah Maghrib jadi cepat gelapnya. Memandangkan masa tu masih terang lagi di luar tu, kami decided untuk ke Rizal Park which is very near dengan Manila Hotel ni. Jalan kaki je dalam 10 minit. Jadi lepas solat dan secawan maggi, kami pun pergi ke Rizal Park.

Jeepney kelabu tu namanya 'Gift of God'. Gitu... Ia ke Malanday, Sta. Cruz dan Pier 15. Yang merah tu ke Pag Asa, Quiapo dan Pier 15.  

Eh.. ada forest park di tengah bandar. Excellent idea.  
Luntiang Pilipinas adalah program perhutanan bandar kebangsaan di Filipina komited untuk menggalakkan perlindungan alam sekitar dan kesedaran di kalangan rakyat Filipina.

Haaa.. dah sampai dah ke Rizal park. Kejap je dah sampai. Foto kanan tu, di tiang bendera tu ialah entrance masuk ke Rizal Park ke bahagian yang ada patung Jose Rizal. Dan foto yang belah kanan tu [just across the road from the flag pole] adalah juga Rizal park yang terdapat the Memorial Clock.
Tiang bendera tu dikenali sebagai the Independence Flagpole, setinggi 32 meter, adalah tiang bendera tertinggi di Filipina. Di tempat ini di hadapan Tugu Rizal, pada pukul 9:15 pagi 4 Julai 1946, kemerdekaan sepenuhnya Republik Filipina telah diisytiharkan sebagaimana yang dibenarkan oleh Presiden Amerika Syarikat Harry S. Truman.

Memorial Clock atau Centennial Clock: Menara jam 3 muka dengan jam Bulova ini dibina pada 1998 untuk meraikan the centennial of the Philippine Republic. Ia mengadap Rizal monument dan diapit oleh 2 patung kerbau. 

Dan betul-betul di depan Memorial Clock tu ialah titik Zero kilometer - titik dari mana semua jarak jalan dari Manila diukur. 
  

Menuju ke Jose Rizal National Monument. 

Info tentang Jose Rizal National Monument. Jose Rizal's remains ada di bawah monumen ni.

Begitulah rupa Jose Rizal. 
Tidak ada penjelasan rasmi dari makna butiran monumen itu. Monumen ini menggambarkan Jose Rizal memakai overcoat dan memegang novel beliau yang bertajuk 'Noli Me Tángere'. Obelisk ini lazimnya dianggap bermaksud latar belakang masonic Rizal manakala tiga bintang di puncak obelisk tu dikatakan mewakili Luzon, Visayas dan Mindanao. Objek-objek di belakang Jose Rizal tu pula adalah seperti daun dan periuk yang dikatakan melambangkan sumber semulajadi negara. 

Ramai berpendapat bahawa patung-patung di sebelah Jose Rizal tu seorang ibu bersama anaknya dan dua kanak-kanak lelaki sedang membaca - menandakan keluarga dan pendidikan.


Remaja Manila.

Ini pula adalah patung La Madre Filipina atau the Filipina mother. 

Ia menggambarkan Filipina sebagai seorang ibu yang penyayang, menepuk kanak-kanak perempuan dan memujuk seorang budak lelaki yang sedang menangis.

Lepas tu kami terus berjalan lagi. Besar juga park ni. Kami nampak ada ramai juga mengunjung di taman ni, semuanya locals. Ada sebuah kolam dengan air pancut berirama. Kedengaran dari speakers besar di penjuru kolam lagu-lagu Filipina.  
Di taman ni juga ada Orchidarium, Senior Citizens Garden, Japanese Garden dan pelbagai tarikan lain. 

Ada juga open air auditorium for concerts. 

Di kedua-dua belah kolam besar tu ada deretan patung-patung ni. Di panggil 'The Gallery of Heroes', ia adalah deretan monumen patung hero Filipina yang menentang penjajah.

Jom kita tengok siapa mereka. 




-Beliau telah membantu menyatukan pemimpin-pemimpin Sulu.
-Beliau dengan cara tidak adil dipenjara di Manila selepas menyertai misi diplomatik di Sulu.
-Beliau berjaya merancang dan mengetuai serangan Islam di limbungan kapal Sepanyol di Camarines dan Bagutao.





Lapu-Lapu adalah seorang penguasa Mactan di Visayas. Masyarakat moden Filipina menganggap beliau sebagai hero Filipina yang pertama kerana beliau adalah yang pertama sekali menentang penjajahan Sepanyol. Beliau terkenal dari Pertempuran Mactan yang berlaku pada waktu subuh pada 27 April 1521, di mana beliau telah membunuh Ferdinand Magellan. Pertempuran itu menghentikan ekspedisi Magellan dan menangguh penjajahan Sepanyol lebih empat puluh tahun sehingga ekspedisi Miguel López de Legazpi pada tahun 1564.

Lapu Lapu adalah seorang pahlawan terkenal di Filipina. 



Ehh.. ada pulak kucing-kucing kat taman ni. Saya nampak ada juga pengunjung bagi kucing-kucing ni makan. Nampak sihat dan bersih pun comel-comel ni :). 

Ini Senior Citizens' Garden. Tapi kami tak la masuk sebab nak cepat pusing sebelum hari gelap.

Air pancut berirama. 

Ada juga orang yang homeless di taman ni. Tapi mereka ok je, tak ganggu pengunjung. Dia nampak saya ambik gambar dia tapi tak de la dia marah ke apa ke. 

Tu dia speaker di taman ni yang memainkan lagu-lagu dalam bahasa Tagalog.  
Kedengaran juga lagu 'Jika kau bercinta lagi' oleh Alleycats dalam bahasa Tagalog. Tiba-tiba rasa nostalgik.... kat Manila pulak tu.... hehehe... 

Ada juga satu khemah jualan barangan timur tengah.

By this time dah sampai di seberang kolam. Ada lagi beberapa patung pahlawan Filipina. 
- Baginda menyatukan puak-puak Islam di Cotabato, Lanao dan Basilan, dan memerintah selama 50 tahun.
- Beliau mengetuai banyak serbuan dan peperangan menentang Sepanyol dari 1634 sehingga 1637. Pada 1637, beliau telah dikalahkan, tetapi masih mampu untuk melarikan diri walaupun luka peluru. Dan terus berjuang memimpin kaumnya dalam peperangan 1655-1668.
- Dia mengilhamkan Maranaos untuk menentang pembinaan sebuah kubu Sepanyol berhampiran Tasik Lanao, sekali gus menyelamatkan Mindanao untuk Islam.
- Sebelum kematiannya, beliau mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk menjalin perjanjian damai dengan Sepanyol.


Dan ini pula ialah Chinese Garden. Nak masuk kena bayar. 

Ada snack bar. Juga ada keretapi kalau nak round-round taman ni :). 

Ni la keretapi tu, keretapi Thomas and Friends :). Hop-On Hop-Off lagi.. hehe.. so cute... :).

NI entrance ke Chinese Garden. Kalaulah kami ada banyak masa, memang kami dah masuk. 

Jadi ambik gambar dari luar je la :).

Di taman ini juga dulu-dulu merupakan tempat execution penentang penjajah Sepanyol. Monumen ini didirikan sebagai menperingati execution Padre Jose A. Burgos, Padre Mariano Gomez dan Padre Jacinto Zamora. 

  

Sungguh mengerikan adalah cara pembunuhan mereka iaitu secara strangulation atau jerut leher sampai mati. Kejam sungguh cara ni!

Inilah rupa kerusi dengan alat penjerut yang digunakan. Saya telah buat kesilapan besar dengan mencari foto-foto strangulations ni di internet. Menyesal! Ngeri! I felt so disturbed! If you feel nak tengok jugak, DO NOT! 

Betul-betul di sebelah ialah entrance ke The Martyrdom of Dr. Jose P. Rizal ni. Ada diorama saat Jose Rizal ditembak sebagai hukuman bunuh ke atas beliau oleh penjajah Sepanyol. 


Sebuah dedikasi untuk Jose Rizal. 

Butir-butir maklumat tentang execution site ni. 

Di pintu masuk tempat pembunuhan Jose Rizal.

Tiket masuk ke lokasi. Tak mahal, cuma RM3.50 seorang. Sebenarnya belah malam ada light and sound show di tempat ni tapi kami tak nak la ke taman masa malam. 

Di dinding ni terukir puisi terakhir hasil karya Jose Rizal bertajuk 'Mi Último Adiós' atau 'My Last Farewell'. Puisi ini ditulis sebelum beliau menjalani hukuman bunuh. 

Jadi kenapa puisi ni tidak dirampas oleh penjajah Sepanyol sedangkan ia ditulis sejurus sebelum beliau dibunuh? Sebab puisi ni telah di sorok di bawah sebuah lampu meja yang kemudiannya telah diberikan kepada keluarga beliau. Lalu puisi itu dijumpai oleh keluarga beliau. 
Sebenarnya Jose Rizal sempat menulis satu lagi nota dan disimpan di dalam kasut beliau. Tetapi tulisan nota itu tidak dapat dibaca jadi kandungannya sehingga kini adalah suatu misteri.

Di dinding ini pula adalah ukiran sejarah hidup Jose Rizal. Beliau adalah seorang doktor pakar mata [ophthalmologist]. 

La Liga Filipina dan Pergerakan Propaganda. 
Jose Rizal mengasaskan La Liga Filipina yang melibatkan mereka yang ingin menghentikan penindasan oleh penjajah Sepanyol. Ia diasaskan pada 3 Julai 1982 tetapi hanya bertahan 3 hari sahaja kerana beliau telah ditangkap 6 Julai 1982.


Jose Rizal sebagai seorang pelajar.

Jose Rizal seorang doktor sedang merawat. 


Ini ukiran patung Jose Rizal dan ibunya. Ibunya memberitahu cerita tentang rama-rama yang mahu mendekati api lampu yang terang.

Dan inilah diorama Jose Rizal menjalani hukuman bunuh dengan ditembak. 


Jose Rizal ditembak sampai mati oleh sepasukan prajurit Filipina dari Sepanyol Army. Dibelakang tentera Filipina tu ada satu lagi baris tentera Sepanyol yang bukan ditugaskan untuk menembak Jose Rizal, tapi akan menembak tentera Filipina tadi jika mereka tidak menjalankan tugas menembak Jose Rizal. 
Sendiri tak mau tembak. Why? Don't want blood in their hands? 

Saat ketika Jose Rizal ditembak. 
Kerajaan penjajah Sepanyol menuduh Rizal melakukan dua jenayah:
(a) penubuhan La Liga Filipina, sebuah 'pertubuhan haram' yang matlamatnya adalah untuk 'melakukan jenayah pemberontakan'.
(b) pemberontakan yang dilakukan melalui aktiviti-aktiviti sebelum ini.


Mahkamah tentera Sepanyol mendapati Jose Rizal bersalah kerana 'jenayah mengasas persatuan haram dan menggalakkan dan menghasut kepada jenayah pemberontakan' dan dijatuhkan hukuman mati yang akan dilaksanakan di Bagumbayan pada 30 Disember 1896.

Sebelum ditembak Jose Rizal telah membuat permintaan agar beliau dibenarkan menghadapkan muka beliau kepada tentera penembak dan bukan ditembak dari belakang kerana beliau merasa beliau tidak patut mati sedemikian kerana dia bukanlah seorang pengkhianat kepada Sepanyol. Tetapi permintaan beliau telah ditolak atas alasan Ketua pasukan tentera di situ tidak mempunyai kuasa untuk membenarkannya.

Beliau dijanjikan yang kepala beliau akan dihormati dan tidak ditembak di bahagian kepala. Dengan mata tidak ditutup dan berdiri tegak membelakangkan tentera penembak, beliau menunjukkan dengan tangan bahagian belakang beliau supaya beliau ditembak di bahagian bawah bahu iaitu sebagai isyarat supaya penembak menyasar jantung beliau.   
Dan ketika peluru-peluru menembusi tubuh beliau, dengan keupayaan terakhir, Jose Rizal telah berpusing mengadap tentera penembak dan rebah ke depan dengan kepala mendongak. Oleh itu beliau telah menerima tembakan yang menyebabkan kematian beliau ketika beliau mengadap tentera penembak seperti yang beliau inginkan. Maka dia tidak lah mati sebagai seorang pengkhianat.

Di tempat ini juga ada patung-patung menggambarkan detik-detik penting dalam hidup beliau.  

Foto kanan: Jose Rizal's exile in Dapitan.
Foto kiri: Jose Rizal didapati bersalah oleh mahkamah terhadap tiga pertuduhan (pemberontakan, hasutan dan konspirasi) dan dihukum mati.



Foto kanan: Lawatan keluarga terakhir beliau sebelum pelaksanaan hukuman.
Foto kiri: Jose Rizal dan isteri beliau Josephine Bracken. Dalam puisi 'My Last Farewell' serangkap puisi beliau ditujukan kepada Jospehine dengan kata-kata '
Farewell, sweet stranger, my friend, my joy...'. 


Dr. José P. Rizal : 1861 - 1896.

Selesai di diorama Jose Rizal, kami berjalan keluar ke arah taman dan ingat nak balik je terus ke hotel memandangkan hari dah mula nak gelap. Tapi tiba-tiba masa nak jalan keluar dekat dengan the park's maintenance office, kami ditegur lelaki ni, 'Apa khabar?' kata dia. Ehh... pandai pulak kau cakap Melayu ek? Terus kami berenti kejap sembang dengan mereka berdua ni.
Mereka ni husband and wife. He is Richard Thomas dan she is Elsa Zaldarriaga. He is French and she is Filipino. Dah kawin dekat 16 tahun. 


Anyway, masa mula berbual tu Richard tanya kami siapa yang buat kerja-kerja maintenance Petronas Twin Tower? Ehh.. what a strange question kan. Saya bantai le jawab kata kalau tak Petronas sendiri, tentu Petronas appoint another company. Then baru saya faham kenapa dia tanya soalan tu sebab si Richard ni revealed that he was the person/his company yang reka dan buat pencahayaan Petronas Twin Towers tu. 

So kiranya dia ni seorang arkitek lighting design and landscaping lighting. Dia ada office di KL dan Manila ni. Selain Petronas Twin Tower, dia juga menyalakan Tower Bridge di London semasa Olimpik 2012. Dia cerita company dia boleh buat pencahayaan untuk events dan permanent shows, projection atau video mapping dan juga integrasi sistem-sistem audio dan visual.  
Richard cerita mula-mula company dia terpilih untuk membuat pencahayaan di Rizal Park ni untuk Christmas dan New Year. Tapi because they did such a good job, mereka terus mendapat contract buat pencahayaan seluruh Rizal Park ni.
Seronok sebenarnya sembang dengan mereka berdua ni. Nice to speak to locals like Elsa as she gave us a bit of insights about Manila. Plus encounters yang tak dijangka macam ni yang saya suka kerana ia buat percutian kami lebih variety dan menyeronokkan. Peramah, humble and very friendly mereka ni pun. Siap suggest tempat-tempat menarik di Manila/Philippines yang bagus untuk kami lawati. Tapi dah nak gelap dah masa tu. Tambahan kami pun dah mula rasa letih since sebelum subuh dah ke airport paginya. Dan dah berlengas pun dah masa tu.. hehehe... 

Richard siap bagi kad dia. Dia kata kalau ke Manila lagi call la dia :).

Kami pun mula berjalan balik ke Manila Hotel. 
Kalau nak ke Intramuros dan Fort Santiago cuma 1.2 km sahaja. Rasanya macam boleh jalan kaki je ke sana. Or perhaps naik taxi. Kami sebenarnya teringin juga nak ke sana sebab kedua-dua tempat ni tak de dalam tour packages kami. Kalau ada masa lepas touring esok, dan kalau tak rasa penat sangat mungkin kami boleh ke sana on our own. Sebenarnya ini lah salah satu sebab kenapa kami setuju duduk di Manila Hotel ni selepas it was suggested by the travel agent. Lokasinya dekat dengan Intramuros dan Fort Santiago tu.

Sampai ke Manila Hotel.
Foto Manila Hotel dari jauh dan dari depan hotel.


Bila kami masuk je lobi hotel, kami nampak ramai adik-adik ni yang bukan main lagi berhiasnya, bergaun, bermekap bagai! 

Kami pun sibuk-sibuk la bertanya dengan staff hotel. Kami diberitahu yang adik-adik ni semua sebenarnya adalah 'debutante' or 'deb' sedang nak ke majlis formal 'debut' presentation mereka. Kira nak perkenalkan atau beritahu pada masyarakat yang mereka ni dah capai umur matang atau dah dewasa. Selalunya mereka ni dari keluarga bangsawan/atasan la. Definitely a western culture ni.
Macam tengok pertandingan ratu cantik pun ada jugak.. hehehe.. 

Ruang udara lobi Manila Hotel ni dipenuhi dengan muzik jazz dari live band. 

Hiasan LOVE ni adalah sempena kehadiran Valentine's Day yang bakal menjelang. 

Kami terus ke Ilang Ilang Cafe nak makan malam. Unfortunately, dah fully reserved. Oh well, nampaknya room service je la kami malam tu. 

Since masih lagi terang, kami jalan-jalan dulu sekitar hotel yang cantik ni sebelum ke bilik. 

Swimming pool hotel.  

Lorong tepi swimming pool berbumbung tumbuhan pokok menjalar.  

Beautifully inviting to come take a dip :).

Deck tempat berjemur. 

Dan yang paling best bila kami discover ada bay di belakang Manila Hotel ni. It is the Manila Bay.

Masa tu tak sabar rasanya saya nak ke sini esok pagi masa matahari tengah terbit. Tak kira kalau matahari terbit belah mana pun.. hehe...  

View Manila Hotel dengan swimming pool. 

Ok, puas dah ambik gambar di luar, jom masuk semula ke lobi. Lalu je lobi ni saya mesti nak ambik gambar. Grand benor... hehe.  

Di lobi ni ada sebuah lukisan besar yang sangat menarik perhatian saya. 

Lukisan hebat ni bertajuk 'Lapu Lapu' dan dilukis oleh Fernando Amorsolo. 
Fernando Cueto Amorsolo [1892 - 1972] adalah salah satu artis yang paling penting dalam sejarah lukisan di Filipina. Beliau adalah seorang portraitist dan pelukis landskap dan telah menghasilkan lebih 10 ribu karya. Dia berkahwin 2 kali dan ada 20 orang anak. 6 anak-anak beliau juga menjadi artist.

Hehehe.. sorry ya.. saya ni suka artworks so saya researched le sikit tentang lukisan ni :).

Naik ke bilik, rehat sekejap, mandi serta solat. Needless to say, memang kami dah kelaparan masa tu. Terus capai Room Service Halal Kitchen Menu. 

Malam tu kami ordered Main Course 'Butter Chicken' dan Local Delight 'Pancit Bihon'. Betul la macam reviews yang kami baca tentang halal dishes di Manila Hotel ni, memang sedap sungguh masakannya. Portion pun besar! Syukur Alhamdulillah. 
Butter Chicken: Boneless chicken breasts, simmered in a divine tomato-curry sauce. Served with papadum, samosa, pickles and chutney.

Pancit Bihon: Rice noodles sautéed with chicken, shrimp and vegetables, Flavoured with soy souce. 
Note: maaf, foto makanan nampak kurang menyelerakan sebab lampu bilik warna kuning romantik gitu.. hehehe...  

Bersambung dalam entry seterusnya.... 

Di bawah adalah links kepada semua entries Philippines saya:


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. saya jumpa ini ...
    http://lambaian-islah.blogspot.my/2012/05/lapu-lapu-adalah-hero-sebenar-dalam.html

    dan ini
    https://www.youtube.com/watch?v=g2eIBnvioW0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Interesting read doc, thanks.

      Nostalgic sgt kan lagu tu.... masa tu rasanya saya baru nak remaja.. hehehe...

      Delete
  2. Grabd sungguh hotel ni en syed!
    cantik interiornya
    lukisan tu..
    everything lah..

    suka baju penyambut tetamu tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes doc, grand sgt. Alhamdulillah kami dpt merasa dok hotel macam tu. Best hotel tu sebab ada history.
      Dari yg saya baca, hotel2 besar di Manila memang gitu, staff mereka memang kena pakai uniforms macam tu sebagai salah satu tarikan pelancung.

      Delete
  3. sebab tu saya suka baca blog lelaki tulis...lebih lengkap dan details.. tak mengikut emosi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... I guess setiap orang ada cara penulisan mereka berdasarkan pengalaman masing2.

      Saya as much as possible, like to stick to the facts and my observations. Being emotional to me can be very melelahkan:).

      Delete