Friday, January 10, 2020

PORT DICKSON - THISTLE HOTEL - MORNING WALK - PART 03 - BEACH WALK

Cerita morning walk di Thistle Hotel, Port Dickson diteruskan lagi dengan bahagian ke 3, ie bahagian yang terakhir. Lepas ni dah nak check-out dan balik rumah. 

Before I proceeded, I texted my wife and she replied kursus that she was attending masih tak habis lagi. Jadi saya pun sambung lagi my morning walk, now di pantai pula. 

A beautiful morning for a beach walk. 

Nak tunggang bot pelampung pisang pun ada di sini. 

Banana boat and tubing/towable water rides. Come to think of it I don't think I had ever ridden a banana boat. Oh wait, yeah, I know for sure I had never because I cannot swim.. hehe. 

Saya lebih prefer buai yang macam ni, di tepi pantai, atas pasir, digantung pada actual pokok. Bukan yang macam kat atas air tu, yang digantung pada tiang yang dipacak. Bila air pasang langsung tenggelam. Still nak bergambar jugak so nampak half body je dengan tangan pegang tali buai, while the other half body dalam air. .. hehe. Cumanya kalau yang macam dalam foto bawah ini may be tak instagram worthy la pulak kan.. hehe. 

Dulu-dulu, masa saya bersemangat berfotografi, kalau nampak pokok besar macam ni, di tepi pantai pulak tu, mula saya berangan alangkah bestnya kalau dapat buat outdoor model shoot di sini.. hehe. But now, mehhh... leceh la... nak plan the date and time... nak cari model la... nak set up lighting bagai.. etc etc... hehehe.

Sekarang saya lebih bahagia ambil gambar dengan compact camera sahaja and shoot whatever opportunities that present themselves. It's more relaxed and absolutely more fun. And most definitely much lighter too after not having to haul my 5 kg dslr camera and lenses around. Do you know what that much weight did to my shoulder? RM X,XXX.00 and 14 sessions of physiotherapy, that's what! 😂😓😅

Yep, whatever subjects presented themselves in front of you, just use them and frame them the way you like. More importantly, just enjoy the moments. Macam dalam foto ini saya cuba la nak buat '3 layered' image, aligning the 3 subjects diagonally. I just thought it was a very nice setting to do so because of the open space hence has none or very little distracting elements that could potentially divert the focus away from the 3 intended subjects.  

Waaa... dah macam nak buat tutorial photography pulak... hehe. I am so not qualified.. hahaha. Just for fun and just sharing my thoughts 😊.


In hindsight, what I could have done better was to find an untrampled patch of beach/sand. You know, without those shoes/foot prints... hehe.

Walking away from this scenery...


.... and moving toward this scenery.

I found this 'emptiness' rather blissful. 

Balai Cerap Teluk Kemang / Teluk Kemang Observatory. 



I had always had difficulties in composing when the subject is very far. I felt that there are just so many nice ways to frame the shot sampai tak tahu nak decide which one.. hehe. 

Alhamdulillah, pantai-pantai di negara kita ini adalah bersih dan tidak tercemar. Semoga terus begini, insyaAllah. Kalau ada yang sebaliknya semoga tidak berkekalan begitu. 

Relationship goal.

Beauty is not just in front of you but also under your feet. 



When I stated 'explore the beach' di atas tadi, tak de la saya merancang nak explore like this guy.. hehe. Hey, I did not have the right shoes on la... alasan.. hehehe. 

It sure was nice to have a human subject in this framing. A wonderful coincidence. 


Very, very far away juga ada orang sedang, I'm sure what he was doing actually. Fishing? Mungkin mencari kepah agaknya.

Super huge LNG tanker.  

Kapal ni transport LNG (liquefied natural gas). Curious kenapa bentuk tanks tu spherical saya pun buat research sikit. Sebabnya bentuk sfera membolehkan pengagihan tekanan, oleh itu mampu mengurangkan risiko keretakan tank.

Beginilah rupa keratan rentas sebuah LNG tanker yang namanya ialah Moss-type LNG carrier.
Sumber: Wikipedia

I think those rough rocks give this scenery that 'rugged' look. 






Another 3 layer photo. Or is 4 layer.. entah la.. hehe..







Hitam batu-batu di sini. Adakah asalnya volcanic rocks?

Teringat saya masa melawat Pantai Batu Hitam di Kuantan, Pahang. Ini fotonya. Blog entry saya ke pantai ini boleh dibaca di sini







Yang kecil pun cantik juga.


Cantik corak pasir ini.

Kan best kalau ada burung tengah bertenggek pada drift wood tu 😊. 

Nampak drift wood ni teringat pada arca-arca kayu yang dibuat dari kayu-kayu hanyut yang ada di laman Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang yang pernah saya lawat.  

Inilah contoh-contoh 'Driftwood Art' itu yang dibuat oleh seorang sculptor dari Indonesia bernama Abdul Ghofur. Blog entry saya tentang arca-arca ini boleh dibaca di sini

Batu hitam, laut biru dan kapal putih LNG carrier.



Mengutip kepah agaknya.




Rasanya menjala ikan.






And then I saw it.. bertenggek so majestically pada tiang tu. 

Huha.. me so excited. But cannot go too close because the moment it saw me walking forward, dia terus cabut.. hehe. And yet I was so very far away. 

Jenuh la jugak zooming dari jauh ni. Mujur la compact camera ni mampu. Tapi gini je la kualiti fotonya.. hehe.. jadi la.. 😊.

Rupanya burung-burung helang tu dok circling si pengutip kepah / nelayan, hoping for some fish. 

Kalau la masa tu saya ada sebaldi ikan, boleh la lempar and get closer shots..hehe. But then someone else la kena tolong lempar sebab saya nak mengetik kamera. May be next time saya ke sini I'll come prepared bearing tasty 'gifts' for these magnificent bird 😊. 

Kalau tak silap ini adalah Helang Merah (Brahminy Kite).

Burung Lang Merah merupakan pemangsa atau maging (karnivor). Makanan utamanya ialah haiwan mamalia seperti tikus, tupai dan ayam. Juga menangkap ikan di sungai dan laut.

Burung Lang Merah biasanya terbang dalam kawanan kecil, terbang di paya bakau di mana ia makan ikan buangan dari bot atau menangkap ikan. Helang Merah juga sering bertenggek di tiang kelong di laut.

Ia biasa terdapat di pelabuhan dan perkampungan nelayan. Juga di kawasan berpaya, semak di pantai, sawah padi, paya air tawar dan takungan air di kawasan persisiran.

Tengah makan tu tapi kamera saya tak mampu nak lebih close up lagi.. hehe. Makan ikan agaknya yang diberi oleh si nelayan tadi.

Tak sangka dapat pulak ambil gambar helang liar di sini. Alhamdulillah.

Actually saya teringin nak pergi tegur nelayan ni. Curious nak tahu apa yang dia tangkap and perhaps take a couple of shots. But he was too far away.






Cantik pulak bayang-bayang pokok kelapa ni.

Some fun shots 😊.



Instagram worthy tak? Hehehehe... 

Ok, babai birdy. Tilll we meet again... 😊.




Berjalan balik ke Thistle Hotel. Stop kejap-kejap and took a few shots of these lovely sea shells. 



And a few batu karang also.



Then I noticed something moving di pasir tu.

Ni kalau ada bola-bola pasir kecil ni mesti ada ketam yang halus tu.

Haaa.. memang betul ada!

Halus sungguh ketam-ketam ni. Dan bukannya boleh pergi dekat, habis semua lari masuk lubang. 

Gigih ambil gambar ketam-ketam halus ni. Sampai ketaq tangan.. hehe.


Ok sampai semula ke Thistle Hotel. Overall, memang menyeronokkan morning walk saya pagi itu. Tak sangka dapat ambil gambar helang dan ketam halus. Alhamdulillah.

Wife pun dah selesai kursus dan kami pun check out and head on home. 



Dan begitulah ceritanya. Terima kasih kerana sudi membaca. 

Next entry cerita jalan-jalan kami di Langkawi pula, insyaAllah.

Meanwhile be good and take care 😊.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. memang kaki tak basah pun kena air laut kan masa ni ? :))
    mandi laut lagi lah tak :))

    frozen shoulder ke ?
    sakit lagi tak ?


    this is interesting
    https://www.letsgoholiday.my/p/raptor-watch-2019
    kamera saya tak boleh zoom jauh

    nampak kurus aaa dalam bayang-bayang ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, I managed to keep both my foot dry.. hehe.
      Saya kalau ke laut atau sungai mmg la malas sgt nak salin2 bagai.. hehe.
      Also I cannot swim.. hehe..
      Also fear of water.. hehehe..
      Banyaknya alasan... hahahaha...

      Shoulder dah ok. Masa treatment physiotherapy tu la my wife suggested I change to compact camera. Hence the one I am using now.

      Waaa.. raptor watch! I never knew ada such event. And kat Malaysia ini ada tmpt singgah migratory birds tu. How awesome!
      Ye la, kalau nak ambil gambar burung2 tu, camera kena power baru dpt cantik.

      Hahaha... elongated gitu.. hehe.

      Delete