Monday, June 15, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1 DAN PANTAI-PANTAI TELUK CEMPEDAK-BESERAH-BATU HITAM

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 01 - Part 04 - Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Pantai Teluk Cempedak, Pantai Beserah dan Pantai Batu Hitam.

Selesai dengan Kuantan River Cruise dan minum berehat sebentar di restoran berdekatan, kami pun meneruskan perjalanan to the next destination.

Kami menuju ke Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan Pahang. Tak jauh, cuma lebih kurang 10 minit sahaja. 

Kami park kereta di Taman Kerang. Ada poster ni ditampal di pokok. 

Dan inilah Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan. Foto ni saya ambil dari Padang Majlis Perbandaran Kuantan yang terletak bersebelahan masjid tersebut. 

Ianya terletak di tengah-tengan Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Terletak di Jalan Mahkota, masjid ini terletak di pusat bisnes yang sibuk.

Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai. Bersebelahan masjid ini ialah sebuah padang bola yang luas.

Masjid ini adalah masjid terbesar di Pahang dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 8,000 jemaah. Pembinaannya ialah hasil idea Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Pembinaan masjid ini berdasarkan reka bentuk seni bina zaman Othmaniah, tetapi menggunakan bahan dan teknologi moden. Empat kubah separuh bulat diletakkan pada empat penjuru yang mengapit sebuah kubah utama yang mendominasi bahagian atas ruang utama solat. Warna biru dan hijau digunakan bagi mewarnai keseluruhan Masjid Negeri ini. Masjid ini juga mempunyai ruang halaman yang mewujudkan suasana keterbukaan dan mengimbangi keluasan masjid ini.

Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi.

Hiasan dalaman dan luaran masjid ini berdasarkan corak geometri. Jalinan-jalinan geometri telah digarap dengan begitu teliti hingga menjadikan ia sebuah masjid yang indah dan menarik. Cahaya biru dan putih daripada marmar yang bercorak, memberikan sinar yang mampu menggamit siapa sahaja agar berkunjung lagi ke masjid ini. Sinar biru dan kuning pada cermin kaca yang dipilih untuk tetingkap menambahkan lagi keindahannya. Asma’ al-Husna berbentuk khat memenuhi dinding masjid dan ayat-ayat al-Quran menjadi sebahagian hiasan dalam bangunan ini

Sumber: http://masjid.islam.gov.my/

Di sebelah masjid ni ialah Padang Majlis Perbandaran Kuantan. Padang ni terkenal terutama semasa bulan Ramadhan kerana akan ramai orang akan berbuka puasa di padang ni. Berbuka secara open air :).

Berdekatan padang MPK ni ada replika kerang ni. Sekarang taman ni dah jadi tapak peniaga-peniaga kecil. Tapi masa kami di situ tak de peniaga sebab waktu perniagaan bermula dari pukul 8 pagi sampai 2 petang. 

Di bawah beranak panah merah ialah lokasi replika kerang ni. 

Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Cherating kerana kami akan bermalam di sana. On the way tu kami nak explore pantai-pantai pulak depending on their locations and tengok juga kalau ada masa. Also kami akan refer to signboards je. Mana yang ada kami akan cuba cari lah. Santai-santai je :).

Ok, tu dah ada satu direction..... ke Teluk Cempedak. Ok jom, kita ke Pantai Teluk Cempedak :).

Jalan sesak sikit masa kami nak keluar dari Kuantan. Tak lama, kejap je. 

Macam saya kata sebelum ni, kalau tempat yang nak kita pergi tu berpapan tanda warna coklat, memang jelas direction nya. Just follow je :). 


Dan kami pun sampailah ke Pantai Teluk Cempedak. Ada layang-layang sedang melayang-layang. 

Ada pulak adik2 ni tengah main-main bubbles.. hehe... cantik bubbles tu, dengan cahaya petang nampak jelas dan berwarna warni. 


Just nice je. Tak sesak pantai ni dengan pengujung masa kami sampai tu. 

Saya dah pernah ke pantai ni sebelum ni, so memang saya target nak ambik gambar di batu-batu besar ni :).

Keindahan alam yang memukau! SubhanAllah. 

Ok jom! Saya share hasil jepretan saya masa di pantai ni :)








Ni spot favourite saya di pantai ni. Good thing tak de orang masa tu :).



Leka ambik gambar, tengok jam dah pukul 6:03 pm. Adoi... kejap lagi dah nak gelap. Ni baru satu pantai je ni.. hehehe.. Cepat-cepat saya pergi cari Johan dan off we went looking for another beach :).

6:31 pm kami tiba ke area Beserah. Saya nak ke pantai Beserah dan memang pantai yang satu ni saya plan nak cari. 

Lalu satu area yang tengah ada pasar malam. 

Agak sibuk jugak la jalan masa tu. Tambah pulak up the road ada sekolah dan masa tu students tengah nak balik. So sesak dengan kereta-kereta dan bas-bas. Saya rasa resah la jugak sikit sebab tengah nak mengejar masa. 


Cari punya cari, lalu kawasan kampung, lalu kawasan perumahan, akhirnya kami jumpa jugak pantai Beserah ni. Alhamdulillah.



Cantik pantai ni. Ianya adalah pantai nelayan. Tu yang banyak bot-bot ni.

Ok, a few shots of the boats on the beach. 


Seronok nampak bendera kain batik ni berkibar-kibar ditiup dek angin kuat.. hehehe...

Right, must get one closer shot lah.. hehe..


Ok, ni la sebabnya saya beria-ia nak ke Pantai Beserah ni. Sebab masa saya search in the internet pasal pantai ni, foto-foto macam ni popped up. Punya la saya seronok dan teruja! Apparently kerbau-kerbau digunakan untuk menarik bot-bot nelayan yang ada hasil tangkapan laut untuk naik ke pantai! Uwahhh!

Di hujung bot-bot yang tersusun di pantai tu saya ternampak beberapa orang pak cik-pak cik sedang membuat sesuatu di bot-bot mereka. Terus saya berjalan ke arah mereka. Tujuan saya nak tanya mereka pasal kerbau-kerbau tu.... hehe..
Macam biasa lepas memberi salam dan bersalaman, saya perkenal diri dan beritahu tujuan saya ke pantai ni, nak ambik gambar dan nak cari kerbau-kerbau tu. Masa tu saya tahu pastinya ada masa-masa tertentu sahaja kerbau-kerbau tu akan bertugas, tapi tanya je lah kan.. hehe.
Tetapi kecewa.... bila pak cik ni kata, 'Oooo... tu dulu-dulu je ada. Kerbau tarik bot tu zaman-zaman 70an dulu mereka buat. Sekarang dah tak de dah'. 
Oh nooo.... hahahaha.. dramatik pulak la kan. 

Frust memang la frust. Tapi heran la sebab foto-foto yang saya jumpa dalam internet tu bukannya foto-foto lama. Why dah lama tak de pulak. Tapi saya angguk je la kat pak cik tu dan terus bersembang lagi dengan dia tanya pasal pengalaman dia jadi nelayan. Then kami di join oleh pak cik ni pula. Pak cik ni pun confirm yang kerbau-kerbau dah tak digunakan lagi tarik perahu nelayan tu. 

Then saya bersembang pula dengan pak cik ni pulak. Dia sebenarnya bertahun bekerja di KL dan now retired dan duduk di kampung di Beserah ni. 

Ok lah, babai Pantai Beserah. Tak de rezeki saya nak tengok dan ambik gambar kerbau-kerbau tu.... Oh well... next destination :).

Tak dapat gambar kerbau tu, dapat lembu-lembu ni pun jadi la.. hahahaha... kesian kan.... hehehehe...

Saja taruk foto-foto iklan gerai-gerai dan restoran-restoran :).

Next kami ke Pantai Batu Hitam. Pantai ni pun saya memang nak tengok sangat sebab dari foto-foto yang saya jumpa, pantai ni ada banyak batu-batu hitam. 



Haaa... memang banyak batu-batu hitam. Tapi bukan la di sepanjang pantai cuma di sebahagian area sahaja. 

Ok jom tengok snaps yang sempat saya rakamkan :).


Bukan kotoran, bukan selut. Dah memang kalernya hitam, kelabu gelap. Ada juga batu yang tak hitam. Pasir juga ada yang hitam. 

Kat pantai ni kalau buat photoshoot dengan model sangat la bestnya :).

Masa ni dah pukul 7 lebih. Dah nak senja. Tapi matahari terbenam bukan belah laut but on the opposite side.





Saja masukkan human subject untuk beri gambaran yang lebih menarik :).




Close up shot. Memang batunya warna hitam. 



Ok, menunggu sunset :).

Dapat la a few sunset shots :).






Ok, dengan singgahan kami di Pantai Batu Hitam ni maka berakhirlah program Jalan-Jalan Pantai Timur kami untuk hari pertama.

Mak aiii... letih sungguh. Tapi happy sangat!



Then kami pun bertolak la ke Cherating untuk bermalam di sana and for a much needed rest after such a long and exciting first day :).



Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:



No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. saya tak pernah ke Cherating
    emmm...
    bisa dipikirin ni..
    menarik jugak..

    kalau sunrise dekat batu-batu besar kat Pantai Teluk Cempedak tu mesti cantik kan!!??

    macam halus sangat pasir di pantai Beserah tu..
    so.. sekarang ni.. apa yang menarik bot-bot nelayan tu naik ke pantai?
    tenaga manusia?


    rasa macam nak duduk kampung tepi pantai/ sawah lah lepas pencen nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi? Hmm... kalau doc ada plan nak ke belah2 sana, elok sgt masukkan Cherating tu dlm itinerary. Also byk tempat2 makan kat situ doc :).

      Saya rasa tentu cantik doc. Sunrise kat celah2 batu2 besar tu! Uwahhh!!!
      Tu la, kalau doc ke sana nanti, elok plan the time reaching the beaches samada time sunrise atau sunset, especially masa sunrise lah :).

      Tak tau pulak doc. Lupa nak tanya. Agaknya saya dah frust sgt masa tu tak terfikir nak tanya soklan tu.. hehehehe..
      Pakai traktor agaknya. Tenaga manusia tak kot sebab I think mostly nelayan2 situ dah berumur. Pak cik tu cerita org2 muda tak nak jadi nelayan dah sekarang ni.

      Ehh.. ye ke doc? Nanti gelap! Hahahaha... Ok lah, use sunblock ok :)

      Delete
  2. pantai teluk cempedak ngan saya ni sinonim time kanak2
    bertahun duk kuantan, selalu aje picnic kat situ
    tapi satu memory tentang persekitarannya langsung saya tak ingat
    tgk gambar lama ajelah kalau nak ingat

    cantiknya gambar pantai2 tu
    syok plak tengok
    ilang lapar lepas tengok entry gambar mee tadi

    gambar kat batu tu mmg cantik la
    patut la dh awal nak pi batu tu ye
    kahkahkah

    ombak besar
    takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelak besar bila tak dpt gambar kerbau, lembu pun jadilah
      kahkahkah

      baru2 ni saya pi ladang kambing
      elok la saya recommend kat en syed kahkahkah
      tunggulah 2 - 3 bulan saya wat entry

      Delete
    2. Banyak tahun dah the last time saya ke Pantai Teluk Cempedak tu tapi ingat sangat part yang ada batu2 besar tu :).
      Cantik kat situ. Tak selalu saya dapat shoot landskap macam tu :).

      Kan.. hahaha... frust tak dpt foto kerbau tu actually.
      Actually saya suspect masih ada lagi kerbau tarik perahu tu cuma mungkin di pantai lain agaknya.
      No harm still wishing kan? Hahahah...

      Ehh... kambing pun best jugak tu!
      Kat mana ladang kambing El tu?

      Delete