Monday, January 27, 2020

LANGKAWI - DAY 02 - PART 04 - MANGROVE TOUR - THE MANGROVE & CROCODILE CAVE


Treasure the Mangroves

Lepas eagle watching kami ke kawasan mangrove pula dalam pakej Eco Mangrove Tour ni. 

Beautiful scenery abound. 

Ash kata next kita lalu kawasan hutan bakau dan tengok monyet pula. Bot dipandu Iwan menghala ke terusan yang lebih kecil.

Berselisih dengan bot full with tourists yang nampaknya macam from China.

It was so beautiful and serene and Iwan slowed down the boat and leisurely cruise the channel. Kami pun took the opportunity untuk bergambar 😊. 

Ash yang tolong ambilkan gambar kami 😊. 

Abdelrahman dan Isra yang berasal dari Sudan. Very friendly couple ni. 

Sungai Kilim ini adalah merupakan sungai kecil yang menjadi sebahagian dari jenama penting Langkawi Geopark. Sungai ini menjadi daya tarikan di pulau Langkawi kerana struktur geologi yang menarik terutama sekali hutan paya bakau dari pelbagai jenis yang hidup subur. 

Pokok-pokok bakau yang tumbuh terutamanya di tepi pantai berperanan penting menjaga kesejahteraan penduduk yang tinggal berhampiran pantai dari segi sosioekonomi, alam sekitar dan keselamatan. Ia telah terbukti sebuah ekosistem perantara yang sangat penting antara pantai dan darat. 

Kawasan hutan bakau terletak di kawasan bertanah lembab dan secara keseluruhannya dilitupi oleh air (masin) sama ada secara tetap mahupun bermusim. Pokok bakau adalah spesies tumbuhan malar hijau yang berupaya menyesuaikan kehidupan dengan persekitaran yang kompleks.

Di Langkawi terdapat sebanyak 42 spesies pokok bakau. Dan Kilim adalah ekosistem bakau terunggul di rantau ini. Ia unik kerana pokok-pokok ini membiak di kawasan batu kapur.

Kawasan hutan bakau di Langkawi terletak di satu rangkaian sungai dan teluk tersembunyi yang merupakan habitat semulajadi pelbagai flora dan fauna serta hidupan marin.

Di kawasan pertemuan antara air tawar dan air masin ini menjadi tempat yang ideal bagi banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar 

Masa nak masuk kawasan hutan paya bakau ni awal-awal tadi Ash dah beritahu supaya jangan nak capai-capai dahan-dahan pokok bakau di situ sebab itu tempat ular suka bergayut. And we managed to spot a snake! Fyi, it was super hard to get this shot sebab my camera kept focusing on the branches instead of the snake.. hehe. 

Berselfie kejap 😊.

Couple yang duduk sebelah kami (kanan) adalah dari Germany. Yang sat across us tu couple dari salah satu negara middle east dan the elderly couple tu dari UK. 


Bergambar bersama Abdelrahman dan Isra dari Sudan.

Dengan couple dari Stuttgart, Germany.

Selain hidupan marin, kawasan ini juga istimewa kerana ia juga menjadi habitat utama burung-burung residen dan hijrah untuk mencari makan dan bersarang.

Hutan bakau merupakan satu ekosistem lapisan zon semulajadi yang terletak di antara laut dan darat yang berfungsi sebagai benteng melindungi pantai dengan mencegah dan mengurangkan kadar hakisan pantai oleh ombak, arus dan ribut taufan. 

Saintis alam sekitar mendapati hutan paya bakau yang padat berfungsi sebagai pemecah ombak dan mengurangkan kesan tsunami yang melanda pulau Langkawi, utara Kedah, Perlis dan Perak pada 26 Disember 2004, resulting dengan kemusnahan dan kerosakan yang minimum.

Selepas terjadinya tsunami, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan 'Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Sesuai di Pesisiran Pantai Negara' sebagai usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan Hutan Paya Laut (HPL) di pesisiran pantai negara dengan objektif menjadikan hutan paya laut sebagai pemecah ombak bagi meminimakan kesan kemusnahan akibat bencana tsunami. Usaha yang serupa juga dilakukan oleh kerajaan Indonesia. 



Then we came upon these monkeys. It felt like we were on a parade and the monkeys were watching us passing by.. hahahaha. 

Lokasi kami masa ni lebih kurang seperti di peta bawah ni.

Memang earlier Ash ada beritahu kami akan ada monyet up ahead. 

Ash berpesan supaya jaga barang-barang kami especially makanan sebab monyet-monyet ni sangat nakal. 

Tapi sebenarnya 'kenakalan' mereka tu adalah sebab mereka lapar. 

Kata Ash memang mereka menunggu bot-bot pass by sebab dah kebiasaan tourists yang datang dengan bot ke sini selalu bagi monyet-monyet ni makan. So monyet-monyet ni dah expecting food la. 

For the monkeys 'Tourists' equals 'Food' 😄🙊.

Ash juga beritahu kami supaya jangan membuat any sudden moves takut nanti the aplha male terkejut dan menyerang defending its group.

Persekitaran di tebing Sungai Kilim-Tanjung Rhu ini ditumbuhi dengan pokok-pokok bogak (cycas clivicola). Nampak memang monyet-monyet ini sudah serasi dengan persekitaran begini.

And much to everyone's delight, the monkeys came swimming real close to our boat after a few of our group members threw some peanuts into the water. 

Actually mereka nak campak peanuts tu ke tebing sungai, tapi tak perlu bersusah payah, campak je ke air 😃.  

Sebab dah selalu diberi makan nampak macam dah jinak dan tak takut orang. 

Kata Ash lagi, kerana paya bakau di sini tak ada pokok buah-buahan, monyet-monyet ini hidup dengan memakan serangga dan katak-katak kecil.

Tak seperti di Eagle Watching, kita dibenarkan untuk memberi makanan kepada monyet-monyet di sini tetapi makanan yang dibenarkan hanya kacang. 

Snek dan makanan lain sama sekali tidak dibenarkan. Malah kalau ada sesiapa yang bawa snek lain, disarankan sorok supaya tidak dinampak dan dicuri oleh monyet-monyet nakal di sini.

According to Ash, monyet-monyet ini adalah dari spesis Long Tail Macaque. 

Juga dipanggil crab-eating macaques tapi sebenarnya mereka tidak makan ketam. 

Ada 3 koloni monyet yang tinggal di kawasan hutan paya bakau ini. Spesis ini sering ada di hutan dataran rendah pantai dan hutan paya.

Ada empat jenis monyet di Langkawi dan Long Tail Macaque ni saja yang pandai berenang.

Long Tail Macaque adalah dikatakan spesis non-human primate yang paling berjaya di Asia Tenggara kerana berhabitat di seluruh rantau ini termasuk Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, Timor-Leste, Filipina dan pulau-pulau kecil di sekitar Laut China Selatan dan Lautan Hindi.

Saya baca habitat monyet di Sungai Kilim dikatakan sudah lama wujud sejak laluan sungai dibuka lebih kurang 10 tahun lalu, dengan jumlah monyet yang dikatakan sudah ada ribuan ekor.

Disebabkan mereka hidup memakan serangga dan katak-katak kecil, monyet-monyet ini pandai berenang. 

Ehhh... Ikan Sumpit pun ada.

Ok, here are the rest of the photos yang sempat kami rakam.











Tiba-tiba.... 
"Aaaaaaaaa.....!!!!'
Kami semua terkejut!
Tengah asyik tengok telatah nakal comel monyet-monyet ni, tetiba kami terdengar jeritan. Kami semua berpaling to the other side to a boat next to ours. Di bot itu cuma ada satu couple Arab dan wanita Arab tu yang menjerit.  

Rupanya dia menjerit sebab terkejut bila ada seekor monyet naik ke bot mereka and grabbed a canister of potato chips... hehe. Tu la sapa suruh tak sorok botol chips tu. 

Agaknya monyet ni pun dah kenal, kalau nampak bekas canister bentuk silinder tu maknanya dalamnya ada delicious crunchy salty potato chips.. hehe. 



Then we arrived at Langkawi 'Grand Canyon' Mangrove Passageway also known as 'The Narrow Passage'. Iwan pun slowed the boat down as we approached the narrow channel. To us it was absolutely breathtaking. 

Ini peta cruise route kami setakat ini dan lokasi Langkawi 'Grand Canyon' Mangrove Passageway.

Earlier ada kami nampak bukit-bukau yang menegak di sepanjang sungai Kilim ini tapi di 'Narrow Passage' ini adalah pada saya yang paling epik. Bukit-bukau di sini adalah sebahagian daripada batu kars yang berwarna agak kehitaman menonjol di kiri dan kanan sungai. Pada kami permandangan begini cukup indah dan jarang didapati di tempat lain. Kebanyakan batu di Kilim terdiri daripada Formasi Setul, batu karbonat tertua di rantau ini dibentuk 490-370 juta tahun yang lalu.

Di bawah adalah dua contoh batu kapur Formasi Setul yang didapati dari Kuari Husna di kampung Kilim. 

Pada sample batu kapur ini terdapat permukaan goresan sesar yang menunjukkan berlakunya pergerakan bumi.

Landskap yang berbukit-bukau dilitupi hutan hijau dengan persisiran sungai dipinggiri hutan paya bakau menjadikan pemandangan di sekitar Kilim Geoforest Park Langkawi ini sangat indah sekali. SubhanAllah.


Dengan sejarah geologi sedemikian, bergabung dengan landskap yang menakjubkan, Kilim Geoforest Park menjadi geosit penting yang menarik beratus ribu pelancong setahun.

Kilim juga unik kerana ia adalah satu-satunya tempat di Malaysia di mana pengunjung boleh melihat keujudan bersama ekosistem pantai karst dan hutan paya bakau. 

Kami terus dibawa Ash dan Iwan ke lokasi seterusnya iaitu Gua Buaya.

Menghampiri Gua Buaya. 

Sedang ada beberapa bot di depan kami, so we had to wait our turn. Sekejap je menunggunya.

Tiba di pintu Gua Buaya. Terdapat banyak gua di Langkawi dan beberapa di antaranya adalah menakjubkan. Gua-gua di sini adalah sebahagian daripada formasi geologi unik yang dipertimbangkan ketika proses mendapatkan status Geopark Warisan Dunia bagi Langkawi dari UNESCO.

Lokasi Gua Buaya.

Tidak banyak yang diketahui mengenai kebanyakan gua-gua di Langkawi. Pembentukan geologi yang unik ini telah berlaku berjuta-juta tahun yang lalu. Ada yang terletak di tebing batu kapur dan hutan hujan yang sangat curam dan sukar untuk dijelajahi. Walau bagaimanapun, beberapa daripada mereka boleh diakses. Ada yang boleh diakses dengan berjalan kaki. Ada yang memerlukan bot dan pada masa tertentu boleh dimasuki dengan berada di dalam bot dan melihat pembentukan batu kapur yang mengagumkan di dalamnya. 

Dan salah satu gua di Sungai Kilim ini yang boleh pengunjung lawati ialah Gua Buaya ini semasa lawatan bot Kilim Geopark. Ia dinamakan begitu kerana dahulu kawasan gua ini adalah habitat semulajadi buaya. Tetapi sekarang tidak lagi dan ianya selamat untuk dilawati. 

Masa kami sampai tu air tengah tinggi jadi bot-bot tidak boleh masuk ke dalam gua. Jadi saya share di sini foto-foto lama saya dari 10 tahun lalu yang pada masa itu air tengah surut dan bot boleh masuk.

Sungai Kilim melintas melalui gua ini dan semasa air surut bot-bot kecil boleh digunakan untuk membawa pelawat melewatinya. Di dalam gua ini pengunjung dapat melihat pembentukan batu kapur yang besar di siling. 

Tidak ada stalaktit atau stalagmit di sini. Di bahagian siling yang rendah terdapat banyak kelawar buah-buahan bergantungan.

Gua Buaya adalah unik kerana ia sebenarnya merupakan terowong semulajadi yang terbentuk pada batu kapur oleh aliran bawah tanah yang pernah mengalir di kawasan ini semasa zaman paras laut rendah.

Di dalam gua pengunjung akan melewati ruang yang diapit oleh dinding batu kapur. Selain dari kelawar, pengunjung juga boleh melihat ancient shells yang tertempel pada dinding dan siling gua ini.



Ada yang kata apabila kita melihat dari sudut tertentu, gua ini menyerupai rupa buaya, hence its name. Tak pasti la dari sudut macam mana, mungkin seperti dalam imej di bawah ni agaknya.  

Sambung perlayaran ke lokasi seterusnya.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. hehhehehe..
    good imagination regarding the buaya!!!!

    my guide kata yang batu kat luar cave tu yang nampak macam buaya , bukan lubang cave tu ..




    * pegang placard *

    SIAM !!
    SIAM BILA !!
    PENAT TUNGGU NI !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. thanks... I can only imagine.. :).
      Oic... like the whole outer rock look like a crocodile. Hehehe... I did not see that though :).

      Err... takut nak bagitau.. errr.... sebenarnya lepas semua entries Langkawi habis published, ada 2 lagi entries about HOHO. Lepas tu baru la Siam... hehe.
      **pekup kepala dgn bantal in case kena ketuk**

      Delete
    2. HAIYAAAAAAAAAAAAAA !!!!!!!!!!

      * campak buah kelapa *
      hahahha

      tiba-tibaaaa

      Delete