Friday, January 24, 2020

LANGKAWI - DAY 02 - PART 03 - MANGROVE TOUR - EAGLE WATCHING

Diteruskan dengan cerita percutian kami laki bini di Langkawi. Entry kali ini adalah ke Eagle Feeding area dalam pakej Eco Mangrove Tour.  

So lepas spent time di fish farm Restaurant Floating Tanjung Rhu, program mangrove tour ini diteruskan dengan ke kawasan eagle feeding. Honestly, bahagian mangrove tour inilah yang paling saya look forward to. Masih ingat lagi 10 years ago I was there feeling so excited attempting to capture photos of the beautiful eagles regally flying high and then fiercely swooping down to the river clawing unsuspecting fish. Indeed, it was a sight to behold. But today it was going to be even more challenging sebab saya cuma bawa compact camera sahaja vs dulu saya guna camera dslr 😅😌.   

Cruising away from the fish farm. 


Pemandangan yang cukup indah sekali.

Ash the tour guide and Iwan the boat driver membawa kami ke lokasi seterusnya.

Pelayaran bot kami yang indah dengan pemandangan gunung ganang yang hijau dilitupi hutan tropika. 

Cantiknya... subhanAllah.



Laju si Iwan drive bot ni. Terus tanggal cap takut melayang.. hehe.

Sebuah bot yang mungkin sudah belayar merata dunia membuat persinggahan di Langkawi yang indah ini.

Kalau nak yang lebih adventure lagi dari Eco Mangrove Tour ni, boleh juga berkayak. 

And we all waved at her because it is said to be a time-honored courtesy between boaters/water users. And yes, not exclusive only to the boat owners/operator, in our case Ash and Iwan, but us too as the passengers 😊. I think that's really a nice tradition. It's like saying 'Hello'. So tak salah kalau kita lambai melambai dan be friendly. 


Tetiba Ash tanya semua peserta, 'Did you see the gorilla?'. Maka berpusing-pusinglah semua kepala mencari gorilla. I mean, who wouldn't get excited at the prospect of seeing a gorilla in the wild.

Laaa... rupanya rock formation ni yang rupanya ada macam kepala dan sebahagian badan seekor gorilla... hehehe.

Seekor 'gorilla raksasa' in crouching posture di sebalik gunung. 

Tak nampak 'gorilla raksasa' tu? Ha, ni saya lekapkan the actual 'King Kong'.. hehe.

Side by side 😊. 



Bila tengok rock formations yang dikatakan resembling something, teringat saya the following rock formations yang pernah kami nampak semasa percutian-percutian kami. 

Ini di Gua Charas, Kuantan, Pahang. Dikatakan batu putih di atas pelantar tepi dinding gua ini, yang nampak macam stalagmite tu, menyerupai Quan Yin [Guanyin] an East Asian deity of mercy.

Semasa di Madain Saleh, Arab Saudi, saya ternampak rock formation berbentuk Sphinx. 

Ini pula ikon Halong Bay - "Fighting Cocks Rock".

Patung Buddha di Mount Titlis, Switzerland. 

Ini pula di Silver Cave (Yin Zi Yan atau Yingzi Cave), Yangshuo, China. Rock formations ini dinamakan 'The Water Fall In A Snowy Mountain' atau 'Flying Waterfall of Snow Mountain'.

Lembu Samiri,  Semenanjung Sinai, Mesir.

Elephant Trunk Hill seen while cruising Li River, Guilin, China.

Ok sorry, I digress.. hehe. Sambung balik cerita Eco Mangrove Tour 😊.  

Memang cantik sungguh pemandangan di sini. Tak jemu-jemu ambil gambar.

Still kami tidak la berterusan non-stop mengetik kamera. Pastinya juga kami just sat there and enjoy the view and the breeze. Letting the wind blow through our hair, figuratively speaking la since saya rambut pun kurang dan my wife pakai tudung.. hehe. 



Kelihatan bot-bot lain juga menuju ke kawasan eagle feeding.

Macam berlumba pulak.. hehe.

Haaa... tu dia! Dari jauh dah nampak dah mereka berlegar-legar. 

Our cruise's route so far: dari Tanjung Rhu ke fish farm and now di lokasi eagle watching. Fyi, lokasi eagle watching ni saya agak-agak berdasarkan pada peta dan photos. I'm pretty confident it is there 😊.



Then we spotted a couple of Brahminy kite (Helang merah). Dua spesis helang yang sering kelihatan di sini ialah the White-bellied Fish Eagle and the Brahminy Kite. 

Majestic! 

Kawasan makan utama burung-burung helang ini adalah di kawasan Sungai Kilim di hujung timur laut yang merupakan sebahagian dari Kilim Geopark (where we were) dan juga kawasan perairan berhampiran Pulau Singa Besar yang terletak di selatan pulau utama.

Masa ini kami berada di kawasan paya bakau. Saya baca dulu di kawasan ini ada empat buah 'rumah kayu arang'. Bila Langkawi dapat status Geopark, maka ia dihentikan kerana merosakkan alam sekitar. 


Sekali sekala kami dengar bunyi enjin bot yang sangat kuat seperti yang dibuat oleh bot ini. Dari apa yang saya baca, itu untuk menarik perhatian burung helang. 

Soaring high up in the sky spotting fish down below. Helang Brahminy Kite mempunyai wing span sehingga 1.2 meter.

It was quite a sight. SubhanAllah.


Helang mempunyai penglihatan yang hebat dan boleh nampak sasaran seperti ikan dari jarak 1 hingga 3 km. Masa menjunam, ia boleh terbang pada kelajuan 200 km/sejam.  Seekor Helang dewasa mampu mencengkam dan menerbangkan mangsa seberat hingga 6 kg.

Semasa eagles ni feeding, pengunjung boleh melihat antara 30 hingga 40 ekor helang yang berlegar di langit dan menjunam menangkap mangsa. 

Populasi helang di Kilim Geopark semakin meningkat. Sekarang terdapat lebih daripada 500 helang liar di kawasan ini. Di Pulau Singa Besar, kira-kira 300 hingga 400 ekor.

Antara sebab utama helang di sini dapat membiak adalah kerana struktur ekosistem yang terpelihara dan kadar makanan yang masih tinggi di kawasan ini. 

Selain dari itu habitat mereka di sini juga bebas dari pencemaran yang boleh menganggu kesihatan burung pemangsa ini.

Dengan menghentikan aktiviti 'rumah-rumah arang' di kawasan ini juga telah menjadikan habitat burung helang di hutan paya bakau ini lebih sihat.

Burung helang memerlukan makanan yang kaya dengan protein dan kalsium. Ini diperolehi dengan menangkap ikan di kawasan habitat mereka seperti di kawasan ini. 

Seperti yang kita tahu, ada tour operators yang menggunakan kulit ayam untuk menarik dan memberi makan pada helang di sini. Ini adalah perbuatan yang tidak sesuai walau pun ada amalan di kalangan pemandu pelancong/jurumudi yang memastikan hanya satu bot sahaja yang melempar kulit ayam jika ketika itu ada beberapa buah bot pada satu masa. Mereka juga dilatih supaya tidak memberikan terlalu banyak kulit ayam.

Neither Ash nor Iwan campak kulit ayam untuk menarik burung-burung helang. Ash kata mereka tak buat such practice since mereka mengendalikan eco tour. Sebab tu pakej ini kami berdua prefer panggil 'Eagle Watching' instead of 'Eagle Feeding'. 
Ash and Iwan.

Kenapa kulit ayam? Kerana ia terapung di atas air, tidak tenggelam. Jadi senang burung helang nak spot and grab. Also agaknya sebab kulit ayam adalah sisa makanan, jadi boleh dapat secara percuma tanpa sebarang kos. 


Sekiranya diberikan kulit ayam yang memiliki banyak lemak serta mempunyai bahan kimia seperti antibiotik dan hormon, kemungkinan akan memberi kesan negatif kepada kesihatan helang.

Perbuatan memberi makan seperti ini juga merosakkan kitaran makanan semulajadi helang dan boleh menyebabkan Langkawi kehilangan status Geopark yang diberi oleh UNESCO sekiranya berleluasa.

Moreover, nak memerhati helang ini tidak semestinya dengan memberi mereka makan. Adalah lebih menarik dan mencabar jika dapat melihat aktiviti mereka menangkap mangsa secara semula jadi. Or to just simply watch them fly majestically.

Saya sendiri pernah berpeluang menyaksikan dan ambil gambar burung helang secara alami di beberapa tempat lain selain dari di Langkawi ini. 

Contohnya masa saya morning walk di Port Dickson ini.

Dan ketika saya menjengok keluar tingkap bilik hotel semasa kami menginap di The Gurney Resort Hotel and Residences, Pulau Pinang.

Dan ketika saya ambil Kuantan River Cruise, managed to spot a white-bellied sea eagle.

Dan di luar tingkap masa bersarapan di Mega View Hotel, Kuantan, flying over Kuantan River.

Granted that some of them were chance encounters, but still the experience was far more exhilirating and super fun and challenging to capture. And yes, no swooping actions and all that cool actions, but I've learn to bersyukur for the chance encounters 😊.

Dari pemerhatian, burung helang ini suka melegar-legar di udara pada masa-masa tertentu di kawasan tumpuan seperti di muara sungai. 

Untuk melihat burung di sungai hutan paya bakau, waktu yang sesuai adalah ketika air mula pasang kerana pada masa itu air mula masuk ke sungai membawa sumber makanan kepada burung-burung.

Jadi since dah tahu di mana burung helang ini akan berada dan bila waktu mereka akan muncul, tidak perlulah menarik perhatian burung-burung itu dengan sisa makanan. 

I suppose I understand kenapa burung helang ini perlu diumpan. Mungkin the tour operator nak memastikan pelanggan mereka dapat melihat burung helang bukan sekadar ketika ia terbang di langit tapi juga dapat melihat burung itu in action, menjunam dan menerkam 'mangsa'.

Juga untuk memastikan pelanggan mereka dapat menyaksikan kehebatan action tersebut dengan lebih jelas dan lebih dekat dengan melempar kulit ayam berdekatan dengan bot mereka. 

Susah juga nak handle kalau ada pelanggan mereka yang merungut jika tak dapat nak tengok the eagles in action. Maklum la harga pakej mangrove tour ni bukannya murah. 

Jadi jika anda peka terhadap penggunaan sisa makanan kulit ayam untuk menarik kedatangan burung-burung helang, maka bolehlah anda ambil Eco Tour yang dianjurkan oleh pengendali pelancongan mesra alam seperti Eco Mangrove Tour yang kami ambil ini.

Btw, Januari hingga Mac mungkin bukan masa yang tepat untuk datang ke sini untuk menyaksikan helang-helang ini kerana itu adalah masa bagi mereka bersarang dan membiak. 

Haaa.. dapat pun capture satu shot yang decent of eagle swooping dengan compact camera ni 😊.

Ok, here are the rest of the photos.










Ok, since both my wife and I were equipped with only compact cameras, it was really, really challenging to capture those swooping actions of this magnificent birds. Susah nak capture and freeze action menyambar tu. Jadi saya korek la balik arkib foto saya dan share di sini some of the said photos captured using dslr camera masa saya di Langkawi long time ago.





























Ok balik semula ke foto-foto baru 😊. 

The reddish brown eagle, a Brahminy Kite.

We also managed to spot a White-bellied Sea Eagle. Bilangan White Belly Sea Eagles ini tidaklah sebanyak Brahminy Kites. Kira bertuah la dapat melihat White Belly Sea Eagles ini, kata Ash.



White Belly Sea Eagle about to take flight.

Meneruskan cruise dalam Eco Mangrove Tour. 

Lepas ni nak ke actual mangrove area pula. 



Bye magnificent birds. Take care and be well 😊.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. hehhehehhe..
    rambut kurang tu tanda banyak ilmu dan pengalaman dalam kepala tu ! ")

    mising ye olde dslr ?
    nahhhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. good one!
      Although, in my case, it may not be necessarily true. but hey, I'll embraced it.. haha.

      Hahaha..
      Although, when I failed to get a certain shot, or having difficulties in getting exactly what I was after, yeah, I do teringat my old dslr... hehe. But I immediately snap out of it, like mentally smack the back of my head, and tell myself, 'Do not go there!'.. hahaha.

      Although, from time to time I took the dslr and check if it is doing ok. Wipe it clean and do a few clicks.
      Then I masuk balik dalam kotak sebab lenguh bila pegang lama2.. hehehe.

      Delete