Wednesday, March 25, 2015

PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 03 - ISTANO BASA PAGARUYUNG - GOING HOME

Percutian diteruskan ke Istano Basa Pagaruyung. 


Pintu gerbang masuk ke Istano Basa Pagaruyung sebuah istana yang terletak di kecamatan Tanjung Emas, kota Batusangkar, kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Istana ini merupakan objek wisata budaya yang terkenal di Sumatera Barat.

Entrance fee berharga Rp 12,000

Isteri saya pernah melawat Istana ini sewaktu kunjungan pertamanya dulu pada tahun 1997. Dia masih ingat lagi bangunan istana ini sudah usang pada ketika itu. Seperti juga banyak istana Melayu yang lain (termasuk juga di Malaysia), bangunan ini dibina tidak menggunakan paku. Hanya kayu-kayu yang dipasak dengan begitu kukuh digunakan di dalam pembinaannya.

Inilah Istano Basa Pagaruyung pada tahun 1997, sebelum kebakaran. Foto diambil oleh isteri saya.

Saya ada beli VCD ni dari sebuah gerai di depan istana yang mengandungi informasi dan video tentang kebakaran dan pembanggunan kembali Istano Basa Pagaruyung selepas berlaku kebakaran. Jadi rasanya elok juga saya kongsikan di sini sebelum ke foto-foto yang saya ambil. 


Sumber: wikipedia
Istano Basa yang berdiri sekarang sebenarnya adalah replika dari yang asli. Istano Basa asli terletak di atas bukit Batu Patah dan terbakar habis pada sebuah kerusuhan berdarah pada tahun 1804. Istana tersebut kemudian didirikan kembali namun kembali terbakar tahun 1966.

Proses pembangunan kembali Istano Basa dilakukan dengan peletakan tunggak tuo (tiang utama) pada 27 Desember 1976 oleh Gubernur Sumatera Barat waktu itu, Harun Zain. Bangunan baru ini tidak didirikan di tapak istana lama, tetapi di lokasi baru di sebelah selatannya. Pada akhir 1970-an, istana ini telah boleh dikunjungi oleh umum.

Pada tanggal 27 Februari 2007, Istano Basa mengalami kebakaran hebat akibat petir yang menyambar di puncak istana. Akibatnya, bangunan tiga tingkat ini hangus terbakar. Ikut terbakar juga sebagian dokumen, serta kain-kain hiasan. Diperkirakan hanya sekitar 15% barang-barang berharga yang selamat dan sekarang disimpan di Balai Benda Purbakala Kabupaten Tanah Datar. Harta pusaka Kerajaan Pagaruyung sendiri disimpan di Istano Silinduang Bulan, 2 kilometer dari Istano Basa.

Berikut adalah kejadian kebakaran Istana Basa Pagaruyung yang berlaku pada hari Selasa, 27 Februari 2007 pada pukul 19:10 wib malam. Kebakaran ini disebabkan oleh sambaran petir yang sangat kuat pada gonjong paling barat yang merupakan salah satu dari dua gonjong yang paling tinggi, dengan ketinggian lebih kurang 30 meter.













Pembanggunan semula Istano Basa Pagaruyung. 




Dan inilah Istano Basa Pagaruyung versi ke 4. 




Saya juga ada beli ni. Ada info lengkap tentang istana ini. 


Tolak bala?

Haaaa... menawar dengan air gunung campur darah kerbau??!!


Pemandangan keseluruhan di dalam Istano Basa Pagaruyung. Ada tiga bahagian utama pada aras pertama ini: Anjuang Perak (di kiri), Singgasana (di tengah - mengadap pintu masuk) dan Anjuang Rajo Babandiang (di sebelah kanan)


Singgasana dibina mengadap ke pintu masuk utama. Di sinilah Bundo Kanduang yang merupakan ketua rumah gadang duduk melihat tetamu yang datang.


Anjuang Perak adalah tempat di mana wanita-wanita rumah gadang berkumpul.






Seperti juga di Minangkabau Village, pengunjung boleh menyewa pakaian tradisional Minangkabau di sini untuk bergambar.


Patung-patung yang dipakaikan dengan pakaian tradisional Minangkabau berdiri di tepi Anjuang Rajo Babandiang.


Then kami melawat ke dapurnya pula. Dapur Istano Basa terletak di bangunan lain di belakang bangunan utama yang dihubungkan dengan sebuah jambatan terbuka yang beratap. Ruang dapur terdiri dari dua bahagian, satu untuk memasak dan satu lagi sebagai ruang untuk dayang-dayang istana.

Tempurung Bakaki ini digunakan sebagai gelas minuman.

Seluruh rumah gadang Istano Basa ini dibina dari dari kayu dan sebahagian dindingnya dibuat dari buluh. Kami diberitahu, buluh ini direndam terlebih dahulu untuk menambahkan kekuatannya bagi membina rumah ini. Atap rumah ini pula dibuat dari daun enau.


Alat yang dinamakan Kampahan Karambia ini digunakan untuk memerah santan. Kelapa yang diikat dengan kain akan diletakkan pada Kampahan Karambia ini sebelum ditekan dengan kayu pemerah untuk mengeluarkan santannya.



Kuda untuk tunggangan di perkarangan Istano Basa.

Pemandangan dari jambatan menuju ke bangunan dapur. Bangunan yang kelihatan di sebelah kanan ini adalah surau di mana anak-anak lelaki seawal umur 5 tahun akan mula tidur di sana sambil mengaji agama. Surau ini juga adalah satu-satunya bangunan yang terselamat dalam kebakaran besar pada tahun 2007.

Bangunan Istano Basa ini terdiri dari tiga tingkat. Ada sebuah tangga yang tinggi dan curam di belakang ruang Singgasana yang terletak di tengah rumah untuk naik ke tingkat atas.



Pemandangan yang menarik dari tingkat atas.



Ruang tingkat kedua ini dikhaskan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis-gadis yang belum berkahwin.

Pemandangan belakang istana.

Ruang yang paling tinggi pula merupakan tempat bermesyuarat yang dinamakan Mahligai. Ia hanya ruang yang kecil dan tidak dibina mengikut kepanjangan Rumah Gadang seperti di tingkat pertama dan kedua.



Saya suka dengan ukiran-ukiran di istana ni. Jadi saya kongsi di sini 40 motif ukiran yang ada di istana ini. Saya suka Jalo Taserak :).







Foto bawah:
Banggunan yang kanan adalah surau yang letaknya di belakang istana. Fungsinya adalah untuk tempat bersolat, belajar, mengaji Al Quran dan tempat tidur putera raja yang telah akil baligh atau yang telah berumur 7 tahun ke atas. Disamping mengaji, di sinilah mereka diajarkan tentang undang-undang adat, hukum syarak, sejarah, seni budaya dan bela diri.

Banggunan yang tengah pula ialah Tabuah Mambang Diawan yang berfungsi untuk menyampaikan pengumuman dan pemberitahuan kepada Basa Nan Ampek Balai, Rajo Tiga Selo untuk mengadakan rapat/mesyuarat serta menyampaikan berita gembira.

Dan banggunan yang kiri ialah Tabuah Manggaga Dibumi yang berfungsi untuk menyampaikan pengumuman dan pemberitahuan kepada masyarakat iaitu dibunyikan bila terdapat peristiwa yang besar seperti bencana alam, kebakaran, tanah longsor dan sebagainya. 

Seterusnya kami ke Istana Silindung Bulan. 

Istano Silinduang Bulan mempunyai senibina yang sangat  indah. Ia mempunyai  tujuh  buah  gonjong (tanduk)  yang berdiri kukuh dan megah menjulang ke langit.

Di bahagian halaman Istana Silindung Bulan terdapat dua buah rangkiang yang merupakan tempat penyimpanan  padi  para  keluarga  Kerajaan   Pagaruyung.  Kedua-dua  rangkiang  tersebut diberi nama Si Bayau-bayau dan Si Tinjau Lauik.










Sayangnya tutup pulak istana ni hari tu. 




Masuk balik kereta dan jalan lagi :)

Kami melintasi kawasan Pemakaman Raja Minangkabau yang dinamakan Ustano Rajo Alam dalam perjalanan meninggalkan Pagaruyung untuk kembali ke kota Padang. Kawasan perkuburan ini kecil sahaja dan terlindung dengan pohon-pohon yang rimbun. Jika tidak ditunjukkan oleh Muslim kepada kami, pasti kami tak perasan sebab dikelilingi dengan pagar batu setinggi aras pinggang. 

Walaupun kelihatan seperti sebuah makam purba, ia adalah sebuah pemakaman Islam. Bentuk batu nisan yang digunakan unik dan kelihatan berlumut. Batu nisan di sini juga tidak diletakkan dengan nama orang yang dikuburkan di situ.

Berdekatan dengan pemakaman ini terdapat batu seperti tempat duduk yang disusun secara melingkar. Ia dinamakan Batu Kasur atau pun disebut juga sebagai Batu Timbang. 

Batu ini merupakan satu tempat ujian bagi anak-anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi raja. Antara ujiannya ialah mereka harus tidur beberapa hari di atas batu ini di samping gangguan-gangguan lain selama beberapa hari di atasnya. Hanya mereka yang bertahan dalam tempoh yang ditentukan, dianggap telah lulus ujian.

Kemudian kami berhenti di sini pula. Prasasti Pagaruyung adalah sebuah kompleks Batu Bersurat yang terdapat di Pagaruyung. Batu Bersurat ini penting kepada ahli-ahli sejarah kerana ia menjadi bukti akan kewujudan Kerajaan Pagaruyung pada masa dahulu.



















Selepas melawat Prasasti Pagaruyung bermakna habislah program lawatan kami ke Sumatera Barat ini. 

Kami dibawa untuk bermalam di kota Padang kerana penerbangan balik ke Kuala Lumpur berlepas awal esok harinya. Jadi senang la nak bergerak awal ke Airport kalau dah sedia berada di kota Padang.

Dah nak balik ni, sempat la juga saya ambik a few more shots. 




Happy dapat shot ni :).

Jom kita tengok pemandangan-pemandangan cantik :)





Memang tak akan jemu lah ambik gambar sawah.. hihi...







Sampai ke Kota Padang Panjang. 




Perjalanan patah balik ke Padang dari Bukittinggi jadi kami jumpa semula area yang kami dah lalu semasa ke Bukittinggi masa 1st day.




Padang Pariaman. 

A few more people shots.

More sawah padi :)





Saya juga teringin nak melawat Jambatan Akar tapi Muslim beritahu perjalanan ke sana memakan masa 3 jam walaupun jaraknya hanya 80 km dari sini. Masa tu dah nak senja so tak jadi le.



Muslim pada mulanya bercadang nak bawa kami tengok keindahan matahari terbenam di tepi laut bila tiba di kota Padang. Tapi disebabkan jalan yang agak sesak, kami tak sempat. Terpaksalah berpuas hati melihat sunset dari dalam kereta sahaja. Jadi la... hihihi...

Muslim juga beritahu dari pelabuhan Muara, ada perkhidmatan bot pergi ke Pulau Mentawai yang ambik masa 9 jam dari sini. Pulau ini dihuni oleh penduduk-penduduk primitif yang memakai cawat sehingga kini.

Makan malam disediakan di Restoran Palanta Minang yang terletak di tepi laut. Menu istimewa di sini ialah makanan laut.

Cam biasa saya rayau dalam restoran dan pergi ke belakang tempat bakar ikan.. hihi...

Suasana dalam restoran.

Pemandangan matahari terbenam di Laut Hindi yang diperhatikan dari Restoran Palanta Minang. Gigih saya ambik foto sunset ni dari tingkap restoran sebab tadi tak dapat ke pantai nak tengok sunset. Jadi la buat kenangan... hihi... 

Hidangan makan malam kami. 



Hotel penginapan kami di Padang ialah Pangeran Beach Hotel yang sebenarnya memang terletak di tepi pantai. Tapi sebab sampai dah malam dan esoknya nak keluar pun awal jadi tak dapat la ke pantai. 


Esoknya awal-awal pagi kami dah Check-out dan tunggu Muslim di lobi hotel untuk ke airport. Tak sempat pun nak breakfast di hotel. 

Lalu pasar dan stesen keretapi. Di sini keretapi juga dinamakan KTM tetapi ia tidak membawa maksud Keretapi Tanah Melayu. Sebaliknya, KTM di sini bermaksud Keretapi Tanah Minang.

Tiba di Bandar Udara Internasional Minangkabau di Padang. Air Asia terbang ke Kuala Lumpur dua kali sehari dari Padang. Kami pilih penerbangan paling awal yang dijadualkan berlepas pada pukul 8.30 pagi.

Airport Tax di sini ialah IDR 100,000 (about RM30.00).


Bandar Udara Internasional Minangkabau kecil je. Sebab Pintu Perlepasan ketika itu belum dibuka, kami singgah di sebuah restoran di luar Pintu Perlepasan untuk sarapan pagi. Kami makan risoles, dadar gulung (kuih ketayap) dan pastel (karipap) + teh. 


Di boarding gate.

Sebab semua penumpang sudah masuk awal ke dalam pesawat, kami berlepas pulang dari Padang pada pukul 8.05 pagi, 25 minit lebih awal berbanding jadual. Walaupun perjalanan pulang dijangka memakan masa 1 jam 10 minit, penerbangan pulang ini hanya ambil masa 45 minit sahaja.

Sajian penerbangan kami. 

Memang yummy :).

Dan kami selamat tiba di KL, syukur Alhamdulillah.


Ok, habis dah catatan percutian kami ke Padang dan Bukittinggi :).

Alhamdulillah. 

Setiap percutian punya keistimewaannya. Setiap perjalanan punya pengalaman yang tersendiri. Bukan sekadar keseronokan yang ingin dikecapi. Bukan hanya inginkan satu 'escape' atau 'break' dari kesibukan hidup seharian. 

Ia harus lebih dari itu. Mesti.  

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries Padang dan Bukittinggi saya: 
1) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - LEMBAH ANAI – PDIKM

2) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 02 - PUTRI MINANG - CHAN UMAR - OKE - BIKA TALAGO


3) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 03 – WEDDING


4) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 01 - JAM GADANG


5) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 02 - SG LANDIA - LAKE MANINJAU


6) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 03 - PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG


7) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 04 - STREET DRUMMER - PASAR ATAS


8) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 05 - CULTURAL SHOW


9) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 01 - BENDI - NGARAI SIANOK - LOBANG JEPANG - AGAM GALLERY


10) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 02 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - SULAMAN HJH ROSMA - SAWAH - KINIKO ENTERPRISE - PONDOK FLORA


11) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 03 - ISTANO BASA PAGARUYUNG - GOING HOME


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

13 comments:

  1. salam tuan,

    superb view. insyallah jika sy berkesempatan sy juga teringin ke padang dan bukit tinggi via bangkinang, pekan baru. just came back from my husband kampung. belum abis survey kabupaten kampar lg. fyi, kulit kayu manis sana more kualiti dari sini. bole gigit terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah ada highway trans sumatera kan?
      yang akan lalu kelok 7 tu nanti?

      Delete
    2. Thanks ff :)
      Tentu sekali lalu you nanti juga sangat scenic. Jgn lupa ambik gambar byk2 ya :). Lagi elok kalau dapat berhenti kejap to capture those sceneries.
      Gigit terus? Ye ke? Wah.. tak tau pulak saya. Cool!

      Doc, kalau ikut highway scenic tak agaknya. Ke elok lagi kalau ikut jalan kampung...

      Delete
  2. yang gambar istana pagar ruyung yang sebelum terbakar tu.. ada tumbuhan melata kan kat atap dia tu? cantik !!!
    walaupun ada istana pengganti , tapi masuh tak sama dengan yang lama kan!!?
    hilang dah keasliannya..
    walaupun diukir penuh..
    macam bertiang konkrit je kan yang istana baru tu!!

    mannequin tu nampak real kan!!
    suka yang bermisai tu!!

    saya suka ukiran Si Kambang Manih !!

    Darul Qorror ? apakah maknanya ? ada ensyedtanya?

    first time saya jumpa entripasal batu kasur dan timbang ni! mistik ceritanya .. macam-macam yang datang ' mengganggu 'putera yang tidur atas batu tusaya dengar!!

    saya pun tak jemu jemu nengok sawah tangkapan en syed ni!!

    batu bersurat tu pun pertama kali saya baca dandebgar !
    menarik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik doc. According to my wife yg lama tu walaupun nampak macam tak berjaga sangat tapi look lebih authentic. However, according to her also, barangan di dalam for the old istana tak begitu berjaga dan banyak yg berhabuk dan lusuh/lama. Compared to the new one, jauh bezanya.
      Yes, I believe especially the main beams were made of concrete. Lebih teguh dan tahan lama is the reason I assume. Make sense lah. Still I think they did all they can to make as original as possible. An effort that definitely should be applauded! :)

      Betul doc. Dari jauh saya ingat real people! Ada some local pengunjung siap cabut the headgears and pakai sambil bergambar...hahaha...

      Kambang Manih tu memang cantik. Actually semua pun pada saya memang la cantik. Halus keseniannya. It is a good thing that even now they still have juru ukir yg masih boleh menghasilkan seni ukiran ini semula. Major project betul nak dirikan semula istano ni sebab segala aspects perlu diambil kira!

      Tak pulak saya tanya maksud Darul Qurror tu doc tapi saya jumpa yg di bawah ni:
      "Alam Darul Qoror, yaitu alam keabadian yang merupakan tempat kehidupan yang hakiki bagi hambah Allah yang beriman dan beramal shalih sebagaimana firman dalam Al Qur’an surat Muhammad 15 (QS 47 : 15)."

      Saya pun ni 1st time saya tahu pasal batu kasur tu. Tu pun Muslim yg tunjuk since locationnya dah memang on our way. Fascinating kan. Bukan senang putera nak jadi raja. Bukan saja diuji dari segi fisikal tapi juga dari segi mental dan ilmu. Gangguan2 tu ada juga saya cuba cari2 apakah contoh2 'gangguan' tu tapi tak jumpa pulak doc.

      Hihihi... lepas saya load to my computer, punya la banyaknya foto2 sawah dan bendang! Sampai banyak yg saya terpaksa excluded dari posting di sini... hihihi... cantik sangat, tu la pasal... hihi... nanti doc and geng ke sana, elok sangat kalau doc turun ke salah satu bendang tu dan explore serta ambik gambar byk2 dan share dgn pembaca2 blog doc ya :).

      Sebenarnya saya nak buat research sikit pasal batu bersurat tu tapi tak larat dah.. hihihi... tunggu doc je lah ya.. hihi...

      Delete
  3. kuat betul pengaruh upin ipin
    kat kenderaan pun ada upin ipin
    tapi mmg kuat pun pengaruhnya kat sana

    cantiknya istana ni
    sangat detail
    saya suka istana yang lama
    atas bumbung atas tumbuh2an
    kebakaran yang cukup menyayat hati
    saya buta sejarah
    tapi saya seronok baca
    cukup seronok tengok gambar
    tapi lepas baca saya harap saya dpt ingat sket
    saya rasa mcm tengah baca buku sejarah tau
    esok nak exam
    pakwe saya tu minat sejarah
    saya lak tak minat
    dia siap beli buku sejarah yang style komik tau
    nak suruh saya minat sejarah
    kahkahkah

    saya sebenarnya tak sabar nak jalan ngan kak singa tuh
    saya rasa sure saya tepu dengan sejarah
    dan juga saya pasti legam dengan dia
    kahkahkah
    saya cuba utk bawak buku nota kalau jalan ngan dia
    supaya bila saya buat entry kat blog saya tak lupa segala mak nenek info
    sebab biasanya berbulan2 lepas travel baru saya up entry
    hehheheheheheheheh

    pemandangan tu tetap favourite saya utk entry jalan2 en syed
    phewwww jenuh ok scroll mouse baca entry ni
    siap 2 kali break kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Di sana Uppin Ipin adalah sehebat Mickey Mouse dan Transformer! :D
      Betul. Details sungguh. Memang hebat efforts mereka mendirikan semula istana ni.
      Hihi.. lain orang lain minatnya. The fact that El still baca dan enjoy the history pun dah cukup bagus. Kalau nak ingat saya pun tak ingat.. hihi. Me just enjoy the readings juga. Because they are facts and shape the future.
      Haaa... doc tu memang minat sejarah. Kalau saya jadi El, saya akan study habis2 info/sejarah tempat2 yg nak pergi dgn dia tu! Hihii..
      Use sunblock please. Bukan je nak elak kelegaman, tapi juga is a healthy thing to do la :).
      Taking notes tu is a very good idea. Tapi kena rajin ok. Saya dulu ada buat tapi towards ending tu saya buat ringkas2 je. Ringkas sangat sampai saya tak faham apa yg saya tulis.. hahaaa...
      Hihihi.... masa saya buat entry ni pun saya took banyak breaks.. hahaha.. so I undertand... hihihi...

      Delete
    2. saya mmg nak study sebelum pi travel ngan dia
      sebab tak nak kena sekel ngan dia sebab sengal tak tau fakta

      Delete
    3. kahkahkahhhhhhhhhh!!!
      tak tau tak pe..
      jangan salah fakta..
      memang kena sekel !!!


      terbaca ' berak' tadi
      baca sekali lagi..
      'break' rupa-rupanya!!

      kihkihkihhhhhhh

      Delete
    4. El, ok study rajin2 ok...hehehe... apa2 pun mesti enjoy dan bukan macam nak prepare for exam pulak.. hehehe... unless tetiba doc keluarkan kertas soalan untuk rakan seperjalanan lengkapkan untuk uji kesediaan anda.. hahahaha :D
      If got exam, please save the facts in handphone, mana la tau kot doc buat open book exam kan.. hehehe

      Doc, berak pun kira break jugak kan.. hahahaha...

      Delete
  4. Assalam tuan,

    Satu pujian diberikan kepada tuan kerana informasi yang diberikan sangat lengkap. Gambar-gambar yang diambil menceritakan segalanya. Saya dan ibu bercadang ke sana pada bulan Mei nanti. Boleh tuan bantu saya untuk mendapatkan no telefon En. Muslim? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cik Akidah
      Terima kasih, terlanjur saya baca tentang tempat-tempat tu langsung saya catatkan di sini juga. Seronok rasanya bila foto-foto saya ni diiring sekali dengan informasi.

      Ok ni contact number En. Muslim +6285356951101.
      Selamat bercuti! :)

      Delete
    2. Terima kasih banyak-banyak di atas bantuan. Saya terlalu leka melihat gambar-gambar tersebut. Blog tuan akan saya follow kerana ianya cukup lengkap sebagai panduan bagi mereka yang ingin bercuti. Nama blog tuan pun senang untuk diingat 'agarakutidaklupa'...........

      Delete