Wednesday, January 29, 2020

LANGKAWI - DAY 02 - PART 05 - MANGROVE TOUR - GUA KELAWAR

Ok saya buat summary sikit on the Eco Mangrove Tour kami setakat ini. Tour mangrove dalam Kilim Karst Geoforest Park ini bermula dari Pantai Tanjung Rhu dan terus ke sebuah fish farm. Lepas tu tengok burung helang dan seterusnya melalui Sungai Kilim melihat hutan paya bakau dan monyet. Then lalu celah Langkawi 'Grand Canyon' Mangrove Passageway dan ke Gua Buaya. Now, seterusnya kami ke Gua Kelawar pula.

Meneruskan cruise ke Gua Kelawar.

Lalu di satu kawasan yang popular dengan restoran-restoran terapung dan fish farms. 

Salah satu restoran/fish farms yang popular di sini adalah Paksu Fish Farm. Satu lagi  ialah Hole in the Wall Floating Restaurant and Fish Farm.

Langkawi menawarkan pengalaman belayar yang hebat dan mempunyai banyak tempat tambatan yang dilindungi. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Langkawi telah menjadi destinasi pelayaran yang established dengan acara-acara tahunan seperti Langkawi Regatta yang berjaya menarik penyertaan dari seluruh dunia.

Terdapat beberapa tambatan selamat dan terlindung di Langkawi antaranya di Bass Harbour Moorings (di hadapan Bandar Kuah), "Hole In the Wall" Moorings (di timur laut pulau Langkawi) dan Telaga Harbour Moorings. 
 

Dan kawasan terusan yang kami lalu ini ialah “Hole In The Wall” Moorings i.e tempat tambatan 'Hole in the Wall', yang merupakan salah satu dari tempat parking bot-bot di Langkawi yang popular mengikut kata Ash.

Dengan tempat melabuh sauh yang dikelilingi oleh tebing-tebing berhutan hijau dan hutan paya bakau serta labirin terusan-terusan yang boleh diakses oleh kapal, lokasi parking bot ini telah menjadi lokasi kegemaran ramai cruisers.

Tempat tambatan ini dimiliki dan operasinya dijalankan oleh Rahmad yang juga owner Hole in the Wall Floating Restaurant and Fish Farm yang terletak di situ juga. Antara khidmat yang disediakan oleh Rahmad ialah 'pickup and drop' dengan bot secara percuma ke Kilim Jetty pada waktu tertentu iaitu pada jam 12:30 tengahari dan 5:30 petang. Rahmad juga menawarkan bekalan air percuma tetapi terhad kepada pelanggan, akses internet (untuk laptop) pada kadar kiraan jam, perkhidmatan penyelenggaraan asas (seperti engine run etc) dan perkhidmatan pembersihan.

'Hole in the Wall' moorings ini juga merupakan satu-satunya tempat parking bot yang dijaga (watched). Parking jangka panjang di sini adalah dengan kadar RM 300 sebulan sahaja berbanding di tempat lain seperti di marina-marina yang boleh mencapai ribuan ringgit sebulan, kata Ash. 

Kelebihan tempat parking ini adalah ia tempat berlabuh yang selamat dan luas dengan dikelilingi pula dengan keindahan alam sekitar yang pristine. Dari segi keadaan cuaca, ia juga selamat kerana ia adalah 'all weather protected area'. Dengan dikelilingi bukit-bukit ia juga terlindung dari angin dan badai.

Cruise diteruskan dan kami dah nampak Jeti bot Kilim Geoforest Karst Park. 

10 tahun yang lalu, di jeti inilah saya ambil bot for the mangrove tour. 



Dan dah nampak jeti nak ke  Gua Kelawar. 

Boleh tahan ramai juga tourists masa tu.

To recap, ini peta route Eco Mangrove Tour kami dari Pantai Tanjung Rhu hingga ke Gua Kelawar. 

Lokasi gua ini terletak di kaki bukit di Kilim yang dikelilingi hutan paya bakau dan pintu gua ini menghadap Sungai Kilim. 

Masa kami di situ kami nampak kebanyakkannya tourists adalah from abroad.

Tiket masuk ke Gua Kelawar tidak termasuk sebahagian kos pakej Mangrove Tour kami jadi kami perlu beli sendiri tiket masuk yang hanya berharga RM2 seorang. Torchlight juga disediakan untuk disewa pada harga RM1 satu torchlight. Gelap dalam gua tu kata Ash. Juga torchlight itu boleh digunakan untuk menyuluh kelawar.

Sudah bersiap sedia untuk menyuluh kelawar dalam gua ๐Ÿ˜Š. 

Gua Kelawar terletak dalam Taman Georimba Kars di bahagian timur Langkawi, di tengah hutan paya bakau Kilim di Hutan Simpan Kisap.

Gua ini terletak di bukit batu kapur terasing di hutan bakau.

Gua Kelawar merupakan lokasi penting dalam Georintis Kars kerana ia mudah dikunjungi. Malah ia gua yang paling ramai dilawati di Langkawi.

Ini Peraturan Memasuki Hutan Simpanan Kekal.

Nampaknya kera long-tailed macaque juga adalah salah satu spesis penghuni di sekitar gua ini.


Lepas semua group members dah beli tiket kami pun follow Ash ke pintu gua.


Ash stop sekejap di info board ini untuk memberi penerangan tentang Gua Kelawar dan tips keselamatan serta rules yang perlu dipatuhi.

Papan Penunjuk Gua Kelawar. 

Welcoming words for tourists. Aduh.. kecik benor tulisannya.. hehe. No worries, bawah tu ada versi besar ๐Ÿ˜Š.
Selamat datang ke Gua Kelawar. Ada berbagai benda yang menarik untuk dilihat di sini. Batuan di gua ini berusia lebih 490 juta tahun. Ketahuilah mengapa sesetengah batuan di sini membengkok ke arah cahaya. Anda juga akan mengenali satu-satunya mamalia yang mampu terbang dan pelbagai sifatnya yang menarik. Luangkanlah masa anda di sini!

Welcome to Gua Kelawar. There are many interesting things here to see. The rocks are over 490 million years old. See if you can figure out why certain rock structures here bend towards sunlights. Discover about the one and only group of flying mammals and some interesting facts about them. Enjoy your time here!

Ada maklumat tentang Mamalia Terbang. 

Baru la saya tahu sebab sebenar kenapa kelawar bergantung upside down ๐Ÿ˜Š. Dan kelawar sukar nak berdiri dan berjalan. 



We just love info board macam ni ๐Ÿ˜Š.

Info tentang Geotapak Gua Kelawar. 


Gua Kelawar terbentuk daripada hakisan ombak jutaan tahun dahulu.

Spesis Kelawar yang ada di gua ini.
๐ŸŒ“ Kelawar ladam bulat Horsfield (Horsfield's roundleaf bat).
๐ŸŒ— Kelawar ladam Diadem (Diadem's leaf-nosed bat).
๐ŸŒ“ Kelawar ladam bulat besar (Great roundleaf bat). 

Ciri-ciri yang paling menarik dan penting ialah lapisan teritip lama yang ada pada dinding dan bumbung gua. Radiocarbon dating menunjukkan bahawa teritip ini berusia sekitar 5,000 tahun. Ketinggian lapisan teritip ini menunjukkan bahawa paras laut pada masa itu adalah 2 meter lebih tinggi daripada paras semasa.
Foto kiri: Lapisan teritip mewakili paras laut kuno sekitar 5,000 tahun lampau.

Ok, jom kita masuk gua Kelawar ini. Jangan risau sebab ada laluan konkrit untuk kegunaan pelawat berjalan masuk ke dalam. Jadi tak perlulah bimbang terpaksa pijak selut dan lumpur paya bakau. Masuk pun beramai-ramai. Cuma kena berhati-hati sebab ada bahagian laluan yang licin. 

Gua ini terbentuk daripada proses hakisan ombak, membentuk terowong yang mudah dilalui oleh semua pelawat.

Sejuk dalam gua ni. Natural air-conditioning. Makin ke dalam makin gelap. Torchlights pun dinyalakan. Pelan-pelan kata Ash and to watch our steps.

Dan kami pun sampai ke ruang utama gua ini. Ada koloni besar kelawar bergantungan di siling, Semua teruja! 

Dan semua yang ada torchlights menyuluh pada kelawar. Kami berdua rasa kesian pulak tidur dan rehat kelawar ini diganggu. Kerana itu pelawat diminta untuk tidak membuat bising dan tidak boleh berlama-lama and we were asked to keep moving after seeing and taking photos of the bats. Elok la pun keep moving since we would not want to hold up the groups behind us.

My wife tolong suluh dan saya ambilkan gambar. 

Gua Kelawar itu panjangnya kira-kira 60 meter. Ia terdiri daripada 2 gua yang boleh dijelajahi. Gua barat yang memanjang ke arah timur laut mempunyai keluasan lantai kira-kira 270 meter persegi dengan bumbung setinggi antara 1 hingga 3 meter. 

Gua kedua pula lebih besar, mempunyai keluasan lantai kira-kira 750 meter persegi, dengan bumbung mencapai ketinggian 10 meter dan menghala ke arah utara-barat laut.

Besar koloni kelawar yang ada di sini.

Kami juga rasa lega kerana tidak ada kelawar yang berterbangan di atas kepala kami.. hehe. 

Good thing kelawar-kelawar ni dok diam je bergantungan jadi senang la nak fokus dan ambil gambar dalam gelap ni.

Dinamakan 'Gua Kelawar' kerana ia adalah habitat beratus-ratus insect-eating bats yang berpaut di siling ruang utama gua ini.

Gua yang gelap dan sejuk menyediakan habitat yang sesuai untuk tiga spesies kelawar pemakan serangga yang memainkan peranan penting sebagai pemangsa serangga. 

We have to say it was quite a fascinating experience seeing the hundreds or perhaps thousands of bats in the cave. And having had the opportunity to see them in their natural environment makes it even more special. 

Teringat saya pada seekor kelawar yang saya terjumpa di jalanraya dekat rumah saya pada suatu pagi ketika nak pergi bersenam di sebuah taman berdekatan. Kesian... ๐Ÿ˜ข.


Teringat juga masa kami di Pasar Beriman Tomohon, di Sulawesi Utara, Indonesia. Di pasar ini kelawar dijual sebagai makanan. 

Maaf ya, I did not mean to upset anyone with the above images. Sekadar mengimbau semula my encounters with bats.

Dalam gua ini juga terdapat 'hiasan' asli gua batu kapur iaitu stalagtit dan stalagmit yang pelbagai bentuk. 

Laluan pejalan kaki yang dibina adalah cukup selesa dan selamat untuk seluruh peringkat umur. Tapi mungkin tidak untuk yang menggunakan kerusi roda sebab masa masuk tadi saya tak perasan ada ke tidak ramp turun ke dalam gua ini.

Di sebelah dinding kiri dalam foto ini sebenarnya ada rock formation seperti air terjun yang mencurah turun tapi lupa pulak nak ambil fotonya properly. 

Jadi saya carilah foto 'waterfall' tu di internet. So beautiful, right.

Di pintu keluar Gua Kelawar ini ada sungai, hutan paya bakau dan dinding gua yang berstalaktit. Bayangkan jutaan tahun dahulu di pintu gua ini berlaku proses hakisan ombak yang membentuk terowong yang kami lalui ini. The force of nature. SubhanAllah.

At the cave's exit ada papan maklumat ini tentang 'Sebatang Tiang Purba'. 

Ciri-ciri dan struktur menarik di dalam gua ini termasuk stalaktit, stalagmit dan tiang-tiang baru kapur semulajadi. 

Inilah tiang purba tersebut yang terbentuk dari stalaktit dan stalagmit yang telah bergabung dan membentuk satu tiang.

Pembentukan tiang yang mengambil masa beribu tahun.


Titisan air dari rekahan siling batu kapur yang membentuk rock formation sepanjang 1 milimeter setahun atau sepanjang 1 meter dalam masa 1,000 tahun. It's mind boggling!

Eventhough I had seen similar naturally formed columns before, it never cease to amaze me. SubhanAllah. 

Keindahan 'hasil seni' purba semulajadi yang mengagumkan!


Juga ada papan info tentang 'Kita Perlukan Kelawar'. 

Kelawar adalah agen pendebungan dan penyebaran benih. Juga berperanan sebagai agen kawalan biologi serangga pemusnah.

Penyebar benih.

Jika anda peminat durian, maka ketahuilah peranan kelawar setiap kali anda menikmati buah itu ๐Ÿ˜Š. And never ever touch a bat!



Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. kelawar vs corona virus !!!

    kenapa suluh bats tu tengah sedap tidur ??
    kesian dia silau!!
    masa dekat Gua Tempurung ada tulis and guide larang suluh dekat kelawar tu
    sebab kesian dia silau

    kelawar mammal kan?


    penyebar benih dan penyebar corona virus :]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guide kata boleh suluh. In fact, visitors can rent torch lights for said purpose. Tak pulak saya nampak sebarang larangan menyuluh kelawar di pintu gua tu.

      But I agree. Kesian kelawar2 tu tgh nak tidur. Dah malam mereka berjaga terbang sana sini cari makan. Next morning groggy agaknya.

      Yes, the only mammal that can fly.

      I guess cause mereka dimakan manusia. Teringat my visit ke Pasar Beriman Tomohon di Sulawesi Utara... shudders...

      Delete