Wednesday, January 22, 2020

LANGKAWI - DAY 02 - PART 02 - MANGROVE TOUR - FISH FARM

Ok, jom naik bot kita gi Mangrove Tour di Langkawi ni. Last time kami cruise begitu was like 10 years ago. So we were excited lah.. hehe. 

Lepas frolicking Tanjung Rhu Beach for a bit, we were gathered and Wan and Ash shared with us what the tour involves, places we'll visit and some safety regulations and tips. 

Kebiasaannya kata Ash, peserta naik bot di tempat kami berkumpul tu. Tapi pagi tu ombak agak kuat jadi bot-bot kami terpaksa berlabuh jauh sikit. Tak berapa jauh, cuma berjalan about 50 meter sahaja. Kata Ash lagi, group kami ni kira bertuah sebab pagi tu cuaca baik. The day before hujan lebat dan tour hanya boleh dimulakan at noon. 

Sebab total for the group ada 25 orang, maka 2 buah bot digunakan for the tour. Mula-mula Wan buat 2 kumpulan. 1st group dalam satu bot adalah family with kids dan Wan sendiri iring bot tu. The rest; us, other couples and a group of Arab guys, dalam satu bot, dengan Ash bersama. 

Di mana kami nak duduk pun turut diatur ikut berat badan supaya bot seimbang. It was nicely done la, tak la kami berdua terpisah duduk berjauhan pula. Perlu keseimbangan bot sebab sebahagian tour ini nanti akan melalui laut lepas yang kadang-kala ombaknya besar. Kami juga diminta untuk kekal duduk mengikut susunan tempat duduk ini sepanjang perjalanan. 
Bangku plastik turut disediakan supaya senang nak panjat naik bot. So tak payah la buka kasut. 

Off we went.

Inilah group kami. Eh.. life vests tu gantung je ke? So bila bot mula gerak ada yang bertanya tak pakai life vest ke? Kata Ash, permulaan tour ini akan hanya melalui kawasan Mangrove yang tenang. Jadi belum ada keperluan untuk memakai life vest. Later bila ke laut lepas baru dipakai. Tak ada group member yang protest sebab memang tak begitu selesa kalau berlife vest sepanjang tour ni. Lagi pun Ash tak halang pun kalau ada sesiapa yang nak pakai.

Iwan the driver dan Ash the tour guide. Yang duduk sebelah kami tu was a nice young couple dari Stuttgart, Germany.

Alhamdulillah, cuaca cukup baik pagi tu.

Sebenarnya adalah agak mencabar juga nak ambil gambar dari dalam bot ni. Walau pun tak ada ombak besar, terumbang ambing la jugak sikit especially bila berselisih dengan bot-bot lain. 

Otherwise, pelayaran kami tenang dan kami dapat menikmati keindahan alam ciptaanNya. 

Laju speed bot ni dipandu Iwan, I had to take off my cap. Kalau terpelanting ke dalam laut.. nangis! If that happened I will ask for the boat be turned around and my cap fished out of the water.. hahaha. Bukan apa, it is hard to find a good cap that fits my head well.. hehe. 


Our first stop - fish farm terapung. Tempat penternakan ikan sangkar di sini adalah salah satu persinggahan pelancong dalam mangrove tours. 

Tak lama di bot. About 15 minutes je.

Ini peta perlayaran bot kami dari Tanjung Rhu Beach ke Restaurant Floating Tanjung Rhu (Fish Farm).

Jom tengok pelbagai ikan dalam sangkar air di Fish Farm ni. Nama fish farm ini ialah Restaurant Floating Tanjung Rhu, Langkawi.

Setiap petak dengan titi terapung ni ada ikan-ikan berlainan seperti Ikan Pari, Ikan Sumpit, Ikan Malas, Ikan Nyok-Nyok dan beberapa jenis ikan yang lain. Di bahagian lain pula ada Belangkas.

Beautiful spot with lush jungle covered mountain at the backdrop.

Ash bawa kami dari petak ke petak sambil menerangkan jenis-jenis ikan yang ada di sini. 

Antara jenis-jenis ikan yang ada di sini. 

Antara ikan yang menarik di sini ialah Ikan Sumpit atau Archer Fish. Ini Ash sedang memberi penerangan tentang ikan itu.

Untuk melihat ikan sumpit in action, umpan disediakan seperti kepingan ikan, sotong dan udang.

Potongan kecil umpan diletakkan pada hujung palang di atas petak Ikan Sumpit ini.

Bila letak je umpan, ikan-ikan Sumpit dalam petak ini mula muncul dan mendekati umpan.

Dan ikan-ikan itu pun mula 'menyumpit' air, menembak sasaran umpan sehingga umpan jatuh ke dalam air dan dimakan. Memang kami teruja melihat this water squirting actions! Pancutan air tu cukup laju sehingga jatuh umpan. And their aims were perfect! Sharp shooters with pinpoint accuracy! Saya baca ikan ni boleh buat long and short range jet water squirts sejauh antara 1 hingga 2 meter.
In the wild, Ikan Sumpit akan menyumpit air pada serangga seperti cengkerik yang bertenggek pada ranting berhampiran air sehingga serangga itu jatuh ke dalam air dan dimakan. Jadi, tidak seperti ikan-ikan lain yang memburu mangsa, ikan ini menggunakan cara yang khas dan unik iaitu dengan menyumpit air.

πŸŒ“The water shoot is achieved by compressing their gill covers, and forcing water through a 'gun barrel' made by their tongue and the roof of their mouth.
πŸŒ—It was found that the fish adjusted the speed of the jets so that they were most focused and forceful just before reaching a target.
πŸŒ“To do this, the archer fish controlled their water jets by adjusting the rate at which they opened and closed their mouths. When they needed to hit a faraway target 60 cm above the water, the fish sprayed water for a longer period of time, opening their mouth more gradually, than when aiming for a target 20 cm above the water.
Source: link

Then Ash bawa kami ke petak-petak lain juga.


Dan satu lagi ikan menarik yang ada di sini ialah Ikan Pari/Stingray.

Yang menariknya Ikan Pari di sini boleh disentuh dan diusap-usap oleh pengunjung. Fascinated kami tengok Ash bermain-main dengan ikan ini.

Then Ash pun menerangkan yang dia akan bagi ikan-ikan Pari ni makan. Waa... 

Dengan umpan yang ada, Ash menunjukkan bagaimana nak sepit umpan pada jari kita dan menyuap Ikan Pari.

Tentu semua teruja! 😲

Masa menyuap tu nampak macam tangan Ash sampai masuk ke dalam mulut ikan pari tu. Dari sudut pandangan kami masa tu memanglah nampak begitu tapi sebenarnya tidak sebab mulut ikan pari berada di bahagian bawah badan dan bukan di hujung depan badan dia.

Lapar sungguh nampaknya ikan-ikan Pari ni. Tapi at the same time ikan-ikan ni nampak macam happy dan playful pulak.. hehe.

Gedebas gedebus mereka dalam petak ni excited being fed 😊.

Suap...

... dan usap-usap... so gentle ikan-ikan ni. 

Then Ash ajak peserta turut menyuap Ikan Pari ni. Ash kata jangan risau sebab Ikan Pari tak gigit sebab tak ada gigi. Kita cuma akan rasa gusinya sahaja yang kental lembut. He also added that Ikan Pari yang diternak di sini adalah dari spesis yang ekornya tidak merbahaya macam Ikan Pari lain. 
Beginilah cara umpan disepit di jari. 

Pastinya ramai yang nak cuba 😊.

Saya pun nak juga. What a thrilling experience! Betul kata Ash, masa Ikan Pari ni grab the food from my fingers, memang terasa mulutnya dan cuma rasa gusinya yang lembut 😊.  


Seterusnya kami ke petak lain. Ini adalah Ikan Nyok Nyok.

Nama lain ikan ini adalah Trevally. Ikan Nyok-Nyok ini sebenarnya adalah ikan yang istimewa kerana ia berenang mengiring. 

Disebabkan ia berenang mengiring, ia sering dianggap sebagai batu atau sampah yang terapung dalam air. Hidupan-hidupan laut yang kecil akan datang menghampiri untuk berlindung di bawah "batu" atau "sampah" ini. Mereka kemudiannya akan menjadi habuan si Nyok-Nyok.

Next petak. Woooiii... ikan-ikan dalam petak ni cukup ganas sekali bila Ash campak umpan! 

Tengok je la kocakan ganas air dalam petak ni!

Nama ikan ini ialah Triple Tail Fish. Nama Melayunya Ikan Malas, but they are anything but malas sebab ganas sungguh masa berebut nak makan.

Like them, kami pun terkejut dan rasa takut-takut juga bila petak yang tenang tadinya tetiba berkocak ganas macam ni.. hehe.


Then Ash bawa kami ke bahagian dalam restoran terapung ini di mana diternak haiwan laut yang bukan dari spesis ikan. 


Next, Ash memperkenalkan Belangkas (Horseshoe Crab) kepada kami. 

Kata Ash, Belangkas betina bersaiz lebih besar dari Belangkas jantan.

Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Ia juga sentiasa ditemui berpasangan jantan dan betina. Kerana itulah pasangan yang sentiasa berkepit dipanggil "Macam Belangkas". 

Belangkas juga menjadi buruan kerana darahnya yang berwarna biru digunakan dalam pengubatan penyakit kanser. Ia dijual dengan harga USD 5,000 (RM 20,000) seliter di Amerika Syarikat. Harganya mahal kerana kita perlu menangkap 115 ekor belangkas hanya untuk mendapatkan seliter darah biru ini. Tetapi di Sabah ada spesis belangkas yang bersaiz lebih besar. Hanya 45 ekor perlu ditangkap untuk mendapatkan seliter darah biru ini. Sesuatu yang istimewa juga ialah darah biru belangkas ini boleh disedut keluar tanpa membunuh haiwan ini.

Pengunjung ke sini juga diberikan peluang untuk memegang Belangkas.

Kalau tadi my wife dah tolong ambil gambar saya menyuap Ikan Pari, kali ini saya pula ambil gambar dia pegang Belangkas.. hehe. So macam mana rasanya? My wife kata rasa geli-geli bila kaki-kaki belangkas tu bergerak-gerak atas tangan dia.. hehe.


Sebelum meninggalkan fish farm ini, kami diberitahu yang kami akan dibawa kembali ke sini for lunch nanti. Hidangan yang disediakan nanti adalah nasi goreng dengan ayam goreng rangup/timun dan coleslaw, tomyam sayur dan serta jus oren yang dah termasuk dalam Pakej Tour. Bagi yang meminta vegetarian food, ayam akan diganti dengan spring rolls.

Boleh juga kalau nak makan makanan lain seperti ikan dan seafood tapi kenalah dibayar sendiri. Kami diminta membuat order tambahan ini sekarang supaya ia boleh siap dimasak dan terus dihidang bila kami kembali nanti. 

Kami juga dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan tandas di fish farm ini kerana tidak terdapat kemudahan tersebut bagi 2 jam perjalanan yang seterusnya. Fyi, tandas di fish farm ini adalah selesa dan sangat bersih. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. rosteren terapung yang sama kita orang berhenti hari tu
    nasi goreng dia tak sedap !! :))

    dah makan belangkas lom?
    dah banyak kali saya tanya. heheh
    sedap tau!
    telur dia yummeh !!!!
    lemak !!

    saya tahu !!
    mesti En Syed yang tanya pasal life vest tu kannnnn???:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... 'rosteren'.. hehehe...

      Rosteren yg sama ya. I suka surrounding rosteren tu. Gunung2 langit biru, air tenang dan bersih...
      Nasi goreng rosteren tu tak sedap? Eh... yg kami makan hari tu di same rosteren sedap la doc. Mereka dah improve kot lepas ada yg bagi feedback pada owner rosteren tu.

      Belum dan rasanya tak nak la. Or may be. Depends on how it looks and how the rosteren tu prepare.. hehehe..

      Kan. Tapi belum sempat saya nak tanya, omputih tu dah tanya dulu. Mereka kan benda2 safety ni begitu concern.

      Delete