Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
MASJID 21 - ABDULAZIZ AL OTHMAN MOSQUE - KUWAIT
MASJID 22 - AL-ISLAH KOH PHI PHI MOSQUE PHUKET - THAILAND
MASJID 23 - AL-NIKMATUL ISLAMI MOSQUE STEUNG THMEY VILLAGE - CAMBODIA
MASJID 24 - MASJID JAME' ASR HASSANIL BOLKIAH - BRUNEI
MASJID 25 - MASJID OMAR 'ALI SAIFUDDIEN - BRUNEI
MASJID 21 - ABDULAZIZ AL OTHMAN MOSQUE - KUWAIT
🔵Ini adalah Abdulaziz Al Othman Mosque yang terletak di Seif Ad Dawlah St, Kuwait City, Kuwait. Kami bersolat Jumaat di masjid ini ketika kami bercuti di Kuwait.
🔵Khutbah Jumaat disampaikan dalam Inggeris.
🔵Pintu masuk jemaah lelaki.
🔵Pintu masuk jemaah wanita.
🔵Di hujung ruang ini, yang berlangsir tu adalah ruang solat wanita.
🔵Ruang solat utama Masjid Abdulaziz Al Othman.
🔵Kelihatan tidak ramai orang Arab hadir bersolat jemaah di masjid ini. Yang ramai adalah expats/foreign workers. Selain jemaah dari negara seperti India, Sri Lanka dan Bangladesh, dari Filipina pun ramai juga yang kelihatan.
🔵Khutbah Jumaat adalah dalam bahasa Inggeris, yang membantu jemaah yang tidak boleh berbahasa Arab.
🔵Pada masa-masa tertentu Imam/Syeikh dari negara-negara yang lain datang berkunjung ke masjdi ini untuk memberi khutbah Jumaat.
🔵Masjid ini juga sering kali menerima kedatangan ulama-ulama Islam terkenal pada masa kini untuk menyampaikan ceramah agama dan motivasi yang sangat membantu dalam menerap nilai-nilai Islam.
MASJID 22 - AL-ISLAH KOH PHI PHI MOSQUE PHUKET - THAILAND
🔵Ini pula Al-Islah Koh Phi Phi Mosque di Phuket, Thailand.
🔵Ini lokasi Masjid Al Islah di Phi Phi Don.
🔵Terletak tidak jauh dari Ton Sai Bay, Masjid Al Islah ialah masjid utama di Phi Phi Don.
🔵Dibina dengan bantuan Raja Arab Saudi, ia adalah pusat utama kehidupan masyarakat di pulau ini.
🔵Lebih daripada 80% penduduk Koh Phi Phi Don adalah beragama Islam yang ramainya adalah nelayan.
🔵Orang Islam berhijrah ke Thailand pada tahun 1930-an yang terdiri dari pedagang-pedagang Arab.
🔵Pintu masuk.
🔵Suasana di dalam masjid.
🔵Bahagian solat wanita, di belakang tabir.
🔵Peti-peti derma dan infaq - Mosque, Ramadan, Orphans and Scholarship.
🔵Juga ada disediakan Al Quran, kitab-kitab dan buku-buku agama untuk jemaah dan pengunjung.
MASJID 23 - AL-NIKMATUL ISLAMI MOSQUE STEUNG THMEY VILLAGE - CAMBODIA
🔵Seterusnya Al-Nikmatul Islami Mosque at Steung Thmey Village, Cambodia.
🔵Masjid ini terletak di sebuah perkampungan Islam, iaitu Kampung Steung Thmey.
🔵Suasana di dalam masjid.
🔵Di belakang masjid ini ada madrasah.
🔵Madrasah Qamaruddin Al-Islamiah, Kampung Stengmai, Siem Reap.
MASJID 24 - MASJID JAME ASR HASSANIL BOLKIAH - BRUNEI
🔵Ini Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah di Bandar Seri Begawan, Brunei.
🔵Masjid ini adalah salah satu daripada dua masjid negeri (masjid negara) dan merupakan yang terbesar di Brunei. Masjid kedua ialah Masjid Omar Ali Saifuddien.
🔵Masjid ini boleh memuatkan seramai 5,000 orang jemaah.
🔵Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah terletak di sempadan utara pinggir bandar Kampong Kiarong, 3 kilometer barat laut Pusat Bandar.
🔵Terletak di kawasan Kiarong, masjid dibina pada 1988 dengan kos sebanyak USD 700 juta.
🔵Ia dibuka secara rasmi pada 1994 sempena jubli perak pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah.
🔵Masjid ini dibuka secara rasmi pada 14 Julai 1994, selepas pembinaan dimulakan pada 1988.
🔵Pada 15 Julai 1994 yang juga merupakan ulang tahun keputeraan Sultan yang ke-48, baginda sendiri telah menyampaikan khutbah Jumaat.
🔵Solat Maghrib dan Isyak telah dilakukan pada majlis perasmian itu.
🔵Masjid ini pernah dikunjungi oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Benazir Bhutto (Pakistan's 11th Prime Minister) dan Goh Chok Tong (Singapore's 2nd Prime Minister) pada tahun 1996, Ratu Elizabeth II pada tahun 1998, dan Raja Abdullah II (King of Jordan) pada tahun 2000.
🔵Di laman masjid ini terdapat 5 air pancut yang cantik yang melambangkan kedua-dua solat lima waktu dan lima rukun Islam.
🔵Masjid ini mempunyai 29 kubah emas dan empat menara, setiap satu setinggi 58 meter. 29 kubah-kubah itu mewakili dan memperingati 29 Sultan-sultan Brunei, manakala tangga marmar, dengan 29 anak tangga, menghormati Sultan Brunei ke-29, Sultan Hassanal Bolkiah.
🔵Semasa kami melawat masjid ini pada tahun 2017, fotografi dan rakaman video adalah dilarang di dalam masjid. Semasa di dalam masjid, kamera dan handphone mesti disimpan.
🔵Terdapat 500 kamera CCTV yang memantau interior masjid ini.
🔵Interior masjid ini sungguh cantik. Dari karpet ke siling, sungguh grand dan cantik sangat.
🔵Chandelier juga sangat cantik made of crystals and gold.
🔵Di bawah kubah terdapat ayat-ayat Al Quran.
🔵Masjid ini direka dan dibina menggunakan bahan-bahan import dari seluruh dunia, termasuk permaidani Parsi, marmar Itali, kayu keras Filipina, dan emas.
🔵Masjid ini dilengkapi dengan bahagian solat berasingan untuk lelaki dan wanita, blok pentadbiran, dewan serbaguna, bilik persidangan VIP, perpustakaan, suite diraja, dan ruang istirahat VIP dan ruang makan.
🔵Dewan solat lelaki masjid seluas 5,600 m2 boleh memuatkan sehingga 3,500 jemaah. Dewan solat wanita (tingkat satu) boleh memuatkan sehingga 1,000 jemaah.
🔵Perpustakaan masjid ini yang dinamakan sempena mendiang Mufti Negeri Ismail Omar Abdul Aziz, menempatkan dua jenis koleksi berbeza: Koleksi Am yang mempunyai lebih 22,000 naskhah lebih 5,000 judul mengenai pelbagai topik berkaitan Islam, dan Koleksi Rujukan yang merangkumi tesis, manuskrip, ensiklopedia dan jurnal.
🔵Laman masjid.
🔵Pemandangan Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah pada waktu malam.
MASJID 25 - MASJID OMAR 'ALI SAIFUDDIEN - BRUNEI
🔵Masjid Omar 'Ali Saifuddien ialah salah satu masjid di Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei.
🔵Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong.
🔵Masjid Omar 'Ali Saifuddien diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei.
🔵Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei.
🔵Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam.
🔵Menara-menara masjid ini dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas.
🔵Salah satu masjid terbesar dan paling menarik di Far East, Masjid Omar 'Ali Saifuddien telah siap pada tahun 1958 dengan kos $5 juta USD. Seni bina Mughal India mempunyai kesan yang ketara ke atas reka bentuk.
🔵Masjid Omar 'Ali Saifuddien ini dikenali dengan kubah emasnya yang mendominasi latar langit bandar.
🔵Ia telah menjadi ikon yang paling banyak difoto di negara Brunei.
🔵Ketika perasmian masjid ini, azan dilaungkan oleh Allahyarham Tan Sri Dato' Haji Hassan bin Haji Azhari.
🔹Allahyarham Tan Sri Dato' Haji Hassan bin Haji Azhari (18 Ogos 1928 – 6 Oktober 2018) merupakan seorang ulama Malaysia dan Islam yang terkenal dengan kepandaian dalam tarannum tajwid dan qira'at, dan merupakan seorang ulama yang terbilang dalam bidang pengajian al-Quran. Beliau merupakan seorang pendidik terkenal yang terkenal dengan karyanya dalam program televisyen Muqaddam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1970-an dan kerana melaungkan azan pada 1957, tahun Malaysia mencapai kemerdekaannya. Di samping itu, beliau melaungkan azan semasa pembukaan beberapa masjid-masjid terkenal, seperti Masjid Omar 'Ali Saifuddien Brunei dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz (Shah Alam).
🔵Upacara perasmian dihadiri oleh Sultan-sultan Melayu, pembesar negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Gabenor Jeneral Asia Tenggara, dan wakil-wakil daripada kerajaan British, dan ia merupakan berita pertama yang dilaporkan melalui radio di negara itu pada masa itu.
🔵Antara 30 Disember 1959 dan 3 Januari 1960, Anwar Musaddad memberi beberapa ceramah di masjid ini.
🔹Anwar Musaddad (lahir Dede Musaddad; 3 April 1910 – 21 Julai 2000) ialah seorang profesor Indonesia dan cendekiawan Muslim keturunan Sunda, seorang profesor Kristologi dan pengajian agama perbandingan, dan salah seorang daripada lima ahli akademik Jawa Barat yang berkarisma yang hafidz al-Qur'an.
🔵Tokoh-tokoh terkenal termasuk Ratu Elizabeth II pada tahun 1972, Pierre Trudeau (Canada's 15th Prime Minister) pada tahun 1983, Muhammad Zia-ul-Haq (Pakistan's 6th President) pada pertengahan 1980-an, Putera Salman bin Abdul Aziz (King of Saudi Arabia) pada tahun 1998, dan Narendra Modi (India's Prime Minister) pada tahun 2024, semuanya pernah melawat masjid ini.
🔵Masjid dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei.
🔵Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun ini pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran.
🔵Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment