Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
MASJID 64 - HALIL-UR RAHMAN MOSQUE (DOSEME MOSQUE) AND MADRASAH - BALIKLI GOL - ŞANLIURFA TÜRKIYE
MASJID 65 - MEVLID-I HALIL MOSQUE - BALIKLI GOL - ŞANLIURFA TÜRKIYE
MASJID 64 - HALIL-UR RAHMAN MOSQUE (DOSEME MOSQUE) AND MADRASAH - BALIKLI GOL - ŞANLIURFA TÜRKIYE
🔵The Halil ür-Rahman Mosque is located next to Halil ür-Rahman Lake (Balıklıgöl) in Sanliurfa, Turkiye.
🔵The mosque is also known as the "Döşeme Mosque" among the people.
🔵Halil ür-Rahman Mosque (dilihat di seberang kolam) terletak di sebelah selatan Tasik Halil ür-Rahman (Balıklıgöl).
🔵Masjid ini juga dikenali sebagai "Döşeme Mosque".
🔵Pada 504 paderi Urbisyus membina sebuah gereja yang didedikasikan untuk PVirgin Mary. Ia telah diubah menjadi masjid pada zaman pemerintahan Khalifah Me'mun Abbasiyah (813-833).
🔵Menara masjid itu telah dibaiki oleh anak saudara Selahattin Eyyubi, El Melik'ül Eşref Muzafferüddin Musa, pada 1211-1212 dan masih berdiri sehingga hari ini.
🔵Bangunan masjid itu telah dipulihkan semasa pemerintahan Suleiman the Magnificent (1520-1566).
🔵Pada tahun 1810, masjid itu mengalami pembaikan yang meluas.
🔵Evliya Çelebi menyebut masjid ini sebagai "Ibrahim Halil Lodge" dalam 'Travel Book' beliau.
🔵Di Tasik Halil ür-Rahman terdapat banyak ikan-ikan yang berenang. Dikatakan ia adalah tempat di mana Abraham dilemparkan ke dalam api.
MASJID 65 - MEVLID-I HALIL MOSQUE - BALIKLI GOL - ŞANLIURFA TÜRKIYE
🔵Ini pula Mevlid Halil Mosque.
🔵Mevlid Halil bermaksud "Gua Kelahiran Suci". Dikatakan di gua inilah Nabi Ibrahim AS dilahirkan oleh ibunya.
🔵Masjid Mevlid-i Halil yang didirikan di tepi gua di mana Nabi Ibrahim AS dilahirkan.
🔵Ini pintu masuk ke Gua Mevlid-i Halil di mana Nabi Ibrahim AS dilahirkan. Ada pintu masuk yang berasingan untuk lelaki dan perempuan.
🔵Pintu dalaman untuk melihat Gua Mevlid-i Halil bahagian wanita.
🔵Pintu masuk ke gua bahagian lelaki.
🔵Pintu dalaman untuk melihat Gua Mevlid-i Halil bahagian perempuan.
🔵Gua Mevlid-i Halil.
🔵Di gua inilah yang dikatakan Nabi Ibrahim AS dilahirkan oleh ibunya.
🔵Ada tempat berwuduk di sebelah kanan. Ramai juga saya lihat pelawat yang minum air dari paip di situ sambil membasuh muka dan kepala.
🔵Di sebelah kanan gua ada sebuah masjid untuk pelawat bersolat. Itu pintu masuknya yang rendah dan kecil.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment