Thursday, March 6, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 09, 10, 11 & 12

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

MASJID 09 - MASJID SULTAN AHMAD SHAH AL-HAJ PEKAN PAHANG
MASJID 10 - MASJID DAERAH SANDAKAN
MASJID 11 - MASJID JAMEK AN-NUR LABUAN
MASJID 12 - MASJID JAMEK BANDAR SEREMBAN

MASJID 09 - MASJID DAERAH PEKAN PAHANG

Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj juga dikenali sebagai Masjid Daerah Pekan.

🔵Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj terletak di bandar Pekan,Pahang. Nama masjid ini sempena nama Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 21 Oktober 2011.
🔵Kos pembinaan masjid ini ialah RM14.4 juta.
🔵Baginda meminta agar Jabatan Agama Islam Pahang memantau pembangunan serta kemajuan masjid bagi mengelakkan ia disalah guna individu atau kumpulan tertentu yang bertujuan mencorak pemikiran umat Islam ke arah persepsi negatif.
🔵Majlis perasmian turut disaksikan oleh Sultanah Pahang Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. 






MASJID 10 - MASJID DAERAH SANDAKAN

🔵Masjid Daerah Sandakan (juga dikenali sebagai Masjid Besar Sim-Sim) ialah sebuah masjid di Sandakan, Sabah, Malaysia. 
🔵Dibina pada 1985 dan siap pada 1989, ia merupakan masjid utama bagi daerah Sandakan. 
🔵Masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 1990.
🔵Ia berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). 
🔵Pada tahun 2016, masjid tersebut telah dikunjungi oleh Putera Mahkota Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

🔵Reka bentuk masjid ini berkosepkan moden dan terkehadapan jika dibandingkan dengan reka bentuk masjid-masjid yang sedia ada. 
🔵Rupa bentuk bumbung masjid ini dibuat berdasarkan bentuk bintang. Di bahagian bumbung sebelah atas sebuah kubah berbentuk gasing menjadi titik fokus masjid ini. 
🔵Kubah ini berbentuk licin dan hanya dilakari dengan bentuk-bentuk geometri senada yang menonjolkan identiti yang lebih ringkas dan sederhana sebagaimana penampilan hiasan di bahagian dalam kubah. Jika dilihat secara keseluruhan masjid ini seakan-akan sebuah kapal angkasa yang sedang mendarat di bumi. 




🔵Masjid ini diketengahkan dalam bentuk yang meminimumkan ruang dan penampilan hiasan yang tidak keterlaluan. Hiasan daripada tulisan khat potongan ayat-ayat suci al-Quran di kiri dan kanan mihrab mengimbangi kekosongan ruang. 
🔵Keistimewaan masjid ini juga terletak pada reka bentuk mihrab yang diperbuat daripada kayu yang kemudiannya diukir halus bermotifkan geometri dan flora. Mimbar masjid yang berbentuk tangga dan berpelantar juga diselaraskan dengan bahan serta ukiran yang sama.




MASJID 11 - MASJID JAMEK AN-NUR LABUAN

Ini Masjid Jamek An-Nur Labuan.
🔵Masjid ini di kelilingi oleh Jalan Tun Mustapha, Jalan Masjid dan Jalan Haji Ismail. Bersebelahannya adalah Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan.

🔵Masjid Jamek An-Nur juga dikenali sebagai Masjid Negeri Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) adalah agensi kerajaan Sabah yang ditugaskan untuk mengendali pembinaan masjid ini pada peringkat awalnya. 


🔵Kerja-kerja projek pembinaan telah dimulakan pada 9 Jun 1980 Masihi tetapi atas beberapa sebab teknikal, projek ini telah ditangguhkan. 
🔵Namun pada 16 April 1984 Masihi setelah Pulau Labuan dijadikan Wilayah Persekutuan yang kedua selepas Kuala Lumpur, projek ini diambil alih dan dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan.
🔵Pada 1 Februari 1988, Yang di-Pertuan Agong kelapan, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dari Johor, merasmikan masjid ini bersempena Hari Wilayah. Masjid ini dibina atas tanah seluas 4.5 ekar dengan kos sebanyak RM12.3 juta. 

🔵Masjid ini dibina dengan gabungan seni bina dari unsur senibina Melayu-Brunei bercampur dengan senibina Turki. 
🔵Hasil dua pengaruh ini telah menghasilkan sebuah masjid baru dengan identiti unik yang indah. 
🔵Ia dilengkapi dengan kubah dan dua menara tinggi di kedua belah masjid. 
🔵Ciri yang paling membezakan masjid ini mungkin adalah kubah futuristiknya yang menyerupai bulu tangkis raksasa atau sebuah kapal angkasa yang bersedia untuk berlepas.
🔵Masjid Jamek An-Nur Labuan berbentuk futuristik dan senibina moden yang melambangkan perkembangan dan kemajuan Nur Islam di tanah bertuah Labuan. 
🔵Ia turut dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan bagi kegunaan awam seperti tiga dewan kuliah, perpustakaan Darul Hikmah, pejabat pentadbiran dan bilik rehat bagi VIP.






🔵Bahagian dalam masjid menampilkan reka bentuk kontemporari yang lengkap dengan cermin lut sinar dan gril untuk membolehkan pengudaraan dan pencahayaan semula jadi.

🔵Masjid ini boleh menampung seramai 4,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.



🔵Arkitek masjid ini adalah Dato' (Dr.) Ar. Hj. Baharuddin Abu Kassim. 
🔵Beliau adalah arkitek yang membina Masjid Negara dengan bentuk bumbung seperti 'payung kertas - folded umbrella' itu. 
🔵Beliau juga dianggap sebagai bapa seni bina moden (modernist architecture) di Malaysia.


🔵Dato' Baharuddin bersama Jurubena Bertiga International telah mereka banyak masjid-masjid moden yang hebat di seluruh Malaysia antaranya Masjid Negeri Selangor di Shah Alam, Masjid Sandakan, Masjid Negeri Sabah di Kota Kinabalu, Masjid Kolej Islam Malaya di Petaling Jaya dan Masjid Negeri Sembilan di Seremban. 

🔵Masjid ini merupakan salah satu daripada tiga masjid moden yang dibina di Labuan/Sabah. Dua lagi masjid terletak di Kota Kinabalu dan Sandakan.


🔵Dewan Solat Utama ini turut dilengkapi dengan HVLS (high-volume, low speed) industrial fan.







🔵Menurut laporan 'Rancangan Struktur Labuan 2040', Masjid Jamek An-Nur Labuan adalah merupakan salah satu aset warisan Labuan dan ia tersenarai di bawah kategori 'Bangunan Warisan'.




🔵Masjid ini dilengkapi dengan sebuah kubah berbentuk dom dan dua buah menara tinggi di kiri dan kanan masjid. 
🔵Oleh kerana masjid ini berlatarkan Laut China Selatan, kedua menara ini turut menjadi panduan utama kepada para nelayan terutama pada waktu malam. 






🔵Dua menara tinggi yang mengapit di kedua-dua belah struktur megah itu juga bertindak sebagai panduan pelayaran untuk kapal-kapal di Laut China Selatan, terutamanya pada waktu malam.

🔵Jeriji dan cermin telus menjadi elemen pencahayaan dan pengudaraan semula jadi ke dalam masjid.

🔵Masjid Jamek An-Nur merupakan salah satu mercu tanda Labuan yang paling menonjol, dengan seni bina hasil gabungan seni bina Brunei-Melayu dan Turki. 
🔵Pada saya walau pun masjid ini sudah berusia lebih 35 tahun namun dari segi architectural design ia masih kelihatan releven, futuristik dan menarik.




MASJID 12 - MASJID JAMEK BANDAR SEREMBAN



Masjid Jamek Bandar Seremban.

🔵Masjid pertama di Negeri Sembilan ialah Masjid Jamek Seremban, yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Jamek India. 
🔵Walaupun ramai orang mengatakan bahawa masjid ini adalah yang tertua di Negeri Sembilan, sebenarnya ia adalah yang tertua di Seremban. 

🔵Masjid ini dibina pada tahun 1900 dengan menaranya dibina pda 1924. Ia kini sudah berusia 124 tahun.

🔵Masjid ini menjadi tarikan pelancong kerana seni binanya yang indah dan diiktiraf di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

🔵Bukan sahaja dikatakan masjid tertua di negeri Sembilan, tapi seni binanya juga unik dan berbeza daripada masjid-masjid yang lain. 
🔵Bangunan-bangunan di Negeri Sembilan biasanya mempunyai elemen Minangkabau yang mencerminkan Adat Perpatih, tetapi berbeza dengan reka bentuk bangunan Masjid Jamek Seremban ini.

🔵Pada atas pintu masuk ke dalam menara masjid ini ada tertera tahun menara ini dibina iaitu pada tahun 1924.

🔵Ruang induk masjid ini berukuran 30 meter lebar dan 35 meter panjang, dengan beranda bersaiz 2.5 meter di sekelilingnya. Ia juga mempunyai mimbar asal.

🔵Masjid ini mempunyai 30 tiang kecil yang mengukuhkan struktur binaan, sekali gus mengekalkan reka bentuk asal.

🔵Berikutan kemajuan pesat pusat bandar Seremban, masjid ini telah dinaik taraf dan dibesarkan bagi menampung lebih ramai jemaah oleh kerajaan negeri kemudian melalui Majlis Agama Islam dari 500 orang jemaah ke hingga 1,500 orang jemaah dalam satu masa.


🔵Mengikut sejarah, tapak masjid ini telah diwakafkan bersama oleh Dato Bandar Haji Ahmad Ali dan Sheikh Abdul Rahman Sheikh Safar Alghamdi yang dikatakan adalah antara pendakwah terkenal di Arab Saudi ketika itu. 
🔵Mereka bersetuju untuk mewakafkan tapak masjid ini memandangkan waktu itu tiada masjid di kawasan itu.

🔵Juga menarik ialah kisah Allahyarham Sheikh Abdul Rahman Safar sendiri, yang merupakan salah seorang pembesar yang membantu Bani Hashim, yang pada masa itu menjadi gabenor Arab. 
🔵Maka masjid ini menjadi salah satu tarikan pelancong dan simbol keagungan syiar Islam Negeri Sembilan.

🔵Ketika berlakunya pergolakan dan peperangan di Tanah Arab, Dato Bandar Ahmad Ali telah datang ke Seremban untuk berdagang bersama tiga beradiknya yang lain. 
🔵Selepas beberapa tahun bila keadaan sudah reda di Tanah Arab, dua adik beradiknya pulang semula ke Jeddah. 
🔵Tinggallah beliau dan isterinya sahaja yang menetap di Seremban, meneruskan perniagaan sehingga menghembuskan nafas terakhir di sini.





🔵Menara Masjid Jamek Bandar Seremban yang unik dan indah. Menara ini mengingatkan saya kepada 2 menara masjid yang juga merupakan menara-menara masjid warisan bersejarah di Malaysia iaitu menara Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh, Pulau Pinang dan Masjid Kampung Kling, Melaka.





🔵Oleh kerana peredaran zaman dan pemodenan, masjid ini perlu dinaiktaraf mengikut kesesuaian. 
🔵Ini dilakukan tanpa mengubah bangunan asalnya kerana masjid ini merupakan salah satu bangunan warisan yang perlu dipelihara sejarahnya. 
🔵Oleh itu bangunan utamanya tidak terjejas termasuk menara masjid yang dibina pada 1924, masih kekal di ruang legar masjid ini. 


🔵Reka bentuk hiasan pada bucu bumbung yang sangat menarik. 

🔵Ada rain chains and outdoor sconces yang vintaj dan cantik. 




🔵Plak oleh Jabatan Warisan Negara.


🔵Bumbung utama masjid ini berbentuk segi empat dengan reka bentuk bumbung dua tingkat. 
🔵Bumbung paras bawah dan atas dipisahkan oleh tingkap panjang with air vents. 
🔵Reka bentuk bumbung begini dipanggil 'Hip Roof' yang merupakan salah satu dari reka bentuk bumbung Cina yang paling klasik. 
🔵Di China, bumbung berbentuk begini hanya dibina untuk Imperial Palaces. 'Hip Roof' boleh dibina dengan atap tunggal atau dua atap.






Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment