Sunday, March 23, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 59, 60 & 61

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

MASJID 59 - SUZHOU MOSQUE - SUZHOU CHINA
MASJID 60 - TAIPEI GRAND MOSQUE - TAIPEI - TAIWAN
MASJID 61 - TOKYO MOSQUE - TOKYO - JAPAN

MASJID 59 - SUZHOU MOSQUE - SUZHOU CHINA

🔵Suzhou Mosque terletak di  Taipingfang, Jinchang District, Suzhou, China.

🔵Suzhou Mosque mula dibina pada tahun 1924 dan mempunyai sejarah selama lebih 80 tahun. 
🔵Masjid ini telah dibina semula dan diperbesarkan meliputi kawasan seluas 650 meter persegi. 
🔵Masjid ini terletak di kejiranan yang sibuk, dengan jalan yang agak sempit.
🔵Di situ juag terdapat hotel-hotel kecil, restoran-restoran, gerai-gerai makanan dan kedai menjual daging bagi masyarakat Muslim Uighur dan Hui.
🔵Penjual daging di sini terkenal dengan dagingnya yang terbaik.

🔵Di masjid ini ada disimpan 10 stone steles (10 prasasti batu) yang dicipta pada zaman Dinasti Qing (1644-1911) dan Dinasti Ming (1368-1644). 

🔵Pada setiap hari Jumaat, akan ada 200 orang Muslim tempatan datang ke sini untuk menunaikan solat. 
🔵Pada hari-hari keagamaan yang penting, lebih 1,000 orang akan berkumpul di sini untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti keagamaan.

🔵Sejak tahun 1982, masjid telah menjadi tempat utama untuk acara dan aktiviti Islam. 
🔵Sekitar 100-200 jemaah mengunjungi masjid pada hari biasa dan ribuan pengunjung datang pada dua perayaan utama. 
🔵Terdapat dua orang imam yang bertugas di masjid ini. Mereka turut menyediakan makanan dan perkhidmatan pengebumian. 
🔵Sumber utama pendapatan masjid adalah derma.





MASJID 60 - TAIPEI GRAND MOSQUE - TAIPEI - TAIWAN

🔵Taipei Grand Mosque is located at No. 62號, Section 2, Xinsheng S Rd, Da’an District, Taipei City, Taiwan.

🔵Taipei Grand Mosque dibina mengikut agama Islam dan seni bina Arab. 
🔵Ia telah direka oleh arkitek Yang Cho-cheng, arkitek yang sama yang mereka bentuk Taipei Grand Hotel, Chiang Kai-shek Memorial Hall, National Theater and Concert Hall dan banyak bangunan mercu tanda lain di Taiwan.




🔵Gate masuk ke masjid.

🔵Terdapat papan maklumat.


🔵Selain masjid, di Taipei Grand Mosque juga ada Chinese Islamic Cultural & Educational Foundation, Chinese Muslim Association dan Juridical Body of Chinese Muslim Association.



🔵Semasa bulan puasa, umat Islam di Taipei mengadakan berbuka puasa di masjid ini. Pelajar dan pekerja Islam asing turut menyertai acara tersebut. 
🔵Makanan ringkas seperti kurma dan air mineral biasanya dihidangkan daripada kutipan derma sepanjang bulan Ramadhan untuk berbuka puasa, diikuti dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh jawatankuasa masjid dan sukarelawan.

🔵Masjid ini sering menerima kunjungan pelajar-pelajar yang beragama lain di mana mereka diberikan penerangan tentang Islam oleh Imam supaya mereka lebih memahami ajaran Islam. 
🔵Masjid ini juga mengadakan bengkel antara agama dan perbahasan antara Islam dan Konfusianisme, Katolik dan Buddhisme untuk menggalakkan persefahaman bersama dengan agama lain.


🔵Pada mulanya, ruang solat hanya ada di tingkat bawah masjid. 
🔵Tetapi disebabkan peningkatan jumlah jemaah, tingkat dua telah ditambah di atas dewan solat utama untuk menempatkan jemaah wanita.

🔵The mosque also has two minarets with a height of 20 meters each located at both ends of the building. 
🔵The minarets are grey in color with a red-colored neck and an onion-shaped spire on top. 
🔵The design uses a blend of Taiwanese and Central Asian materials.
Wikipedia

🔵The mosque has an enormous greenish-bronze domed roof at a 15 meters height and 15 meters of diameter, and is supported entirely without beams. 
🔵It is wrapped by brass sheets. 
🔵As years gone by, oxidation with air has turned the dome from spangle to verdigris. 
🔵The dome has two Byzantium style onion-shaped-spires. 
🔵Crescent decorations sit at the tip of the spires and at the iron railings.
Wikipedia

🔵Islam adalah 'minor religion' di Taiwan dan ia mewakili kira-kira 0.3% daripada populasi Taiwan. 
🔵Terdapat kira-kira 60,000 orang Islam di Taiwan, di mana kira-kira 90% daripada kumpulan etnik Hui. 
🔵Taiwanese Muslims are mostly descended from Chinese Muslims in Mainland China, and are Sunni Muslims mostly belonging to the Hanafi school.

🔵Terdapat juga lebih 250,000 orang Islam asing yang bekerja di Taiwan dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina, serta warganegara lain dari lebih 30 negara. 


🔵Sehingga 2018, terdapat sebelas masjid di Taiwan, dengan yang paling terkenal ialah Taipei Grand Mosque ini, yang merupakan masjid yang tertua dan terbesar di Taiwan. 
🔵Pada masa ini, Taipei City Government merancang untuk membina masjid yang ketiga di Taipei dengan kerjasama Kerajaan Türkiye.

🔵Penganutan agama Islam di Taiwan bermula sejak abad ke-17 dan bertambah terutama pada tahun 1949 terutamanya selepas penghijrahan penduduk China ke Taiwan. 
🔵Sejarah umat Islam di Taiwan boleh dikesan kembali ke zaman Ming dan awal dinasti Qing, apabila banyak keluarga Islam dari pantai Fujian berhijrah ke Taiwan. 
🔵Sebagai contoh, keluarga Ding yang terkenal di Taixi dan keluarga Guo Lugang adalah keturunan Arab. 
🔵Kebanyakan warga Muslim di Taiwan hari ini datang dari China selepas Perang Dunia II.

Gelombang penghijrahan pertama
🔵Islam dipercayai mula-mula sampai ke Taiwan pada abad ke-17 apabila tentera dari wilayah pantai selatan China, Fujian mengiringi Koxinga (Prince of Yanping) dalam penaklukan Taiwan untuk mengusir Belanda dari bandar selatan Tainan pada tahun 1661 dan menubuhkan Kerajaan Tungning di Taiwan. 
🔵Terdahulu sebelum itu, Islam dipercayai dibawa ke Taiwan oleh Laksamana Zheng He pada abad ke-15. 
🔵Keturunan mereka, bagaimanapun, telah diasimilasikan ke dalam masyarakat Taiwan dan mengamalkan adat dan agama tempatan.

🔵Jejak terakhir penghijrahan orang Islam pertama ke Taiwan telah dihapuskan semasa pemerintahan penjajah Jepun di Taiwan pada 1895–1945. 
🔵Penjajah Jepun melarang orang Taiwan daripada mengamalkan agama asing, yang menyebabkan ramai penduduk tempatan mengamalkan kepercayaan mereka secara rahsia. 
🔵Imam terakhir yang datang dari Tanah Besar China ke Taiwan adalah pada tahun 1922. 
🔵Pada masa itu, semua agama asing telah diharamkan. 
🔵Selepas penyerahan Taiwan dari Jepun kepada Republic of China pada Oktober 1945, tradisi menghantar Imam dari tanah besar disambung semula pada tahun 1948.

Gelombang penghijrahan kedua
🔵Gelombang kedua pendatang Islam ke Taiwan berlaku semasa Chinese Civil War pada abad ke-20 apabila sekitar 20,000 keluarga Islam melarikan diri dari tanah besar China bersama Nationalist Government ke Taiwan pada tahun 1949 pada akhir Perang Saudara China di bawah Jeneral Bai Chongxi. 
🔵Ramai daripada mereka adalah tentera dan kakitangan kerajaan pada masa itu dan datang dari wilayah yang Islamnya kuat seperti Yunnan, Xinjiang, Ningxia, Anhui dan Gansu (kebanyakannya wilayah selatan dan barat China). 
🔵Peneroka Muslim Cina tanah besar pertama di Taiwan mengasaskan masjid pertama Taiwan pada tahun 1947, Taipei Grand Mosque di Taipei, iaitu masjid yang kami lawat ini. 
🔵Masjid ini melambangkan sikap mesra daripada Kerajaan ROC kepada Islam dan juga mengukuhkan hubungan diplomatik ROC dengan sekutu Islam mereka. 
🔵Selepas penubuhan masjid, aktiviti diplomatik antara Republic of China dan negara-negara Islam lain berkembang dengan ketara dan perdagangan meningkat dengan ketara.

Gelombang penghijrahan ketiga
🔵Sejak 1980-an, ribuan umat Islam dari Myanmar dan Thailand telah berhijrah ke Taiwan untuk mencari kehidupan yang lebih baik. 
🔵Mereka adalah keturunan askar nasionalis yang melarikan diri dari Yunnan ketika komunis mengambil alih tanah besar China. 
🔵Mereka ini merupakan penghijrah Islam ketiga di Taiwan.

Gelombang penghijrahan keempat
🔵Pada tahun 1989, Taiwan melaksanakan dasar membenarkan lebih ramai pekerja asing mengisi pekerjaan kolar biru dalam sektor perindustrian yang semakin berkembang, kebanyakannya datang dari negara majoriti Muslim di Asia Selatan dan Tenggara. 
🔵Majoriti orang Islam Taiwan hari ini adalah mualaf yang agak baru, kebanyakannya wanita, yang telah berkahwin dengan orang Islam tanah besar. 
🔵Hari ini terdapat kira-kira 60,000 Muslim Taiwan dan 250,000 lagi pekerja Islam Indonesia dan Muslim lain dari Malaysia, Filipina, Pakistan, India dan negara lain, menjadikan jumlah semasa lebih 310,000 Muslim yang tinggal di Taiwan.

🔵Berikut adalah antara kata-kata dari Presiden-Presiden Taiwan:
🔹"...kerajaan komited untuk mempromosikan kebebasan beragama, meningkatkan kefahaman tentang Islam dan untuk melindungi minoriti Muslim di Taiwan agar mematuhi perlembagaan ROC".
🔹"Taiwan perlu mempunyai beberapa ciri-ciri keIslaman iaitu bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, menegakkan keamanan dan keadilan, membantu yang lemah dan miskin, menggalakkan kestabilan sosial, berpuas hati dengan apa yang ada dan bekerja keras. Juga menggesa umat Islam Taiwan untuk memperkenalkan doktrin dan semangat Islam kepada rakan senegara mereka untuk meningkatkan pertukaran pemahaman antara masyarakat Islam dan sektor lain di Taiwan".
🔹"... memberi jaminan kepada orang Islam tempatan bahawa orang Islam di Taiwan akan sentiasa menikmati kebebasan beragama dan bahawa kerajaan akan memberi perhatian kepada sebarang keperluan peningkatan kepada kumpulan itu".
🔹"... bahawa Islam adalah salah satu agama yang paling berpengaruh di dunia dengan 1.7 bilion pengikut. Prinsip utamanya ialah menghormati Tuhan, menolong orang miskin, berbuat baik, mencegah kemungkaran dan mengamalkan sikap hormat dan toleransi. Kesemua ajaran ini telah memberikan sumbangan yang tidak dapat dilupakan kepada tamadun".

🔵Bahasa ibunda Muslim Taiwan ialah Mandarin, oleh itu Quran dan Hadis telah diterjemahkan daripada bahasa Arab asalnya kepada Mandarin. 
🔵Pada Mac 1959, terjemahan al-Quran pertama dalam bahasa Cina yang mengandungi 400,000 perkataan telah diterbitkan dan dijual di kedai-kedai buku. 
🔵Ia adalah hasil kerja terjemahan yang dibuat oleh lembaga terjemahan khas selama tujuh tahun.

🔵Semasa Hari Raya Aidilfitri 2017, Ministry of Labor Taiwan memberi kenyataan menggalakkan majikan membenarkan pekerja Islam mereka merayakan perayaan tersebut dan bercuti pada hari tersebut. 
🔵Sepanjang Ramadan 2018, Department of Labor of Taipei City Government mengingatkan majikan supaya mengakomodasikan pekerja-pekerja Islam mereka dalam menjalankan ibadah puasa dan solat mereka pada bulan tersebut. 
🔵Umat Islam di Taiwan secara umumnya tidak menghadapi masalah menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan di Taiwan.
🔵Solat dan sambutan Aidilfitri di Taiwan menarik perhatian media tempatan. Ciri-ciri istimewa acara ini kerap ditulis di akhbar dan disiarkan di televisyen. Fenomena ini memberi rangsangan kepada aktiviti Islam di Taiwan.

🔵Masjid ini mempunyai hubungan kuat dengan Arab Saudi yang terus memberikan sokongan kewangan kepada masjid ini. 
🔵Masjid ini sering diziarahi oleh Imam-Imam dari Arab Saudi untuk berkhutbah pada bulan Ramadan. Pada tahun 1971 masjid ini telah dikunjungi oleh King Faisal.
🔵Masjid ini juga pernah dikunjungi oleh ketua-ketua negara lain, seperti King Hussein dari Jordan, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Malaysia dan ramai lagi pemimpin Islam terkemuka.

🔵Sama seperti masjid-masjid lain, Taipei Grand Mosque ini adalah tempat bagi umat Islam di Taiwan untuk menunaikan solat lima waktu mereka, termasuk solat Jumaat, solat Hari Raya, solat Tarawih semasa bulan puasa dan juga solat jenazah bagi mereka yang meninggal dunia.
🔵Taipei Grand Mosque menempatkan ibu pejabat Chinese Muslim Association (CMA), pertubuhan Islam terbesar di Taiwan. Pertubuhan itu melakukan pelbagai aktiviti berkaitan Islam di seluruh Taiwan dan mempunyai reputasi yang baik di kalangan umat Islam tempatan. Selain CMA, masjid itu juga menempatkan Chinese Islamic Cultural and Educational Foundation.

🔵Disebabkan ketiadaan pendidikan Islam formal di Taiwan dan begitu juga dengan agama-agama lain, masjid-masjid di Taiwan mengadakan beberapa kursus Islam kepada umat Islam tempatan seperti bahasa Arab, pengajaran al-Quran dan Hadis dan Syariah atas permintaan daripada ibu bapa. 
🔵Banyak kursus dijalankan pada hujung minggu kerana kesibukan kerja dan jadual belajar orang Taiwan pada hari bekerja.

🔵Persatuan Muslim Cina juga telah menghantar pelajar Muslim Taiwan ke luar negara untuk menerima pendidikan Islam secara formal. 
🔵Bagi meningkatkan lagi usaha memelihara akidah Islam di kalangan umat Islam Taiwan, persatuan itu telah membangunkan rancangan untuk "educating secular educators" dan Bureau of Education of the Taipei City Government telah meluluskan cadangan mengadakan kursus-kursus Islam untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah semasa cuti musim panas. 
🔵Mereka juga memberikan maklumat Islam yang sahih kepada guru sekolah awam untuk menghapuskan stereotaip Islam dan salah faham.

🔵Kebanyakan perkahwinan Muslim Taiwan diadakan di Taipei Grand Mosque ini kerana saiznya yang besar, dan juga kerana 40% daripada Muslim Taiwan, kebanyakannya sebagai saudara dan rakan mereka, tinggal di Taipei. 
🔵Umumnya orang Islam di Taiwan mengekalkan tradisi memilih pasangan yang juga beragama Islam atau memeluk Islam kerana perkahwinan.

🔵Masjid ini menerima dana mereka untuk menjalankan sebahagian besar aktiviti Islam dan kos operasi harian mereka daripada sumbangan peribadi. 
🔵Yang berkaitan dengan hal ehwal tempatan, mereka kadang-kadang meminta subsidi daripada agensi kerajaan tempatan. 
🔵Beberapa pertubuhan seperti Muslim World League dan World Assembly of Muslim Youth telah membantu masjid ini juga dalam menjalankan aktiviti Islam mereka.


🔵Papan info masjid.

🔵Restoran halal boleh didapati secara meluas di sekitar Taiwan, walaupun kebanyakannya tertumpu di Taipei, dengan beberapa restoran lain di Bandar Taoyuan, Taichung dan Kaohsiung. 
🔵Sehingga November 2019, terdapat kira-kira 200 restoran Halal kesemuanya di Taiwan. 
🔵Bilangan itu terus meningkat pada kadar sekitar 20% setiap tahun.
🔵Di Taiwan ada 'Inter­national Muslim Tourism Industry Development Association'. 
🔵Juga ada 'Taiwan INHART Halal Certification Authority' di mana istilah "halal" menunjukkan kepatuhan dengan doktrin Islam, dan produk yang disahkan halal termasuk bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik dan tempat seperti restoran dan tarikan pelancong.

🔵Salah satu badan pensijilan halal Taiwan ialah Taiwan Halal Integrity Development Association, yang dirasmikan pada Mei 2011 di Taipei, memperoleh keahlian dalam program pensijilan makanan halal rentas sempadan yang ditadbir oleh pihak berkuasa dari Indonesia, Malaysia dan Singapura. 
🔵Persatuan itu berpusat di Taipei Cultural Mosque. Satu lagi jenis pensijilan Halal, pensijilan 'Muslim Friendly Restaurant', dikendalikan oleh Chinese Muslim Association (CMA). 
🔵Tujuan pensijilan ini bukan untuk mengesahkan kehalalan makanan, tetapi adalah untuk memberitahu dunia bahawa di Taiwan juga terdapat orang Islam. 
🔵Garis panduan pensijilan ini menyatakan kaedah, sumber, item, dos and donts ketika menjadi host pelanggan Islam mengikut adat mereka dalam menjamu selera di restoran. 

🔵Beberapa universiti, seperti National Taiwan University of Science and Technology dan Yuanpei University of Medical Technology telah menyediakan kafeteria di kampus mereka yang menyajikan makanan halal untuk pelajar-pelajar Muslim mereka. 
🔵Pada Jun 2018, Taipei City Government mengumumkan pengenalan vending machines yang menjual makanan yang diperakui Halal. 
🔵Pemasangan awal mesin-mesin ini dilakukan di universiti dan kolej berhampiran dengan bilangan pelajar-pelajar Islam yang tinggi.

🔵Pada November 2018, Taiwan Adventist Hospital in Songshan District, Taipei merupakan hospital pertama di Taiwan yang disahkan mesra Muslim. 
🔵Pensijilan itu dibuat oleh Majelis Ulama Indonesia selepas makanan, ubat-ubatan dan produk kosmetik yang mereka sediakan disahkan Halal, serta mempunyai ruang solat Muslim. 
🔵Pada masa ini, Taipei City Government juga sedang bekerjasama dengan hospital untuk memperluaskan bilangan hospital mesra Muslim di bandar itu. 
🔵Pelbagai hospital di sekitar Taiwan turut menyediakan surau dan pilihan tempat makan halal untuk pengunjung.
🔵Kini terdapat empat pusat penyembelihan di Taiwan yang menyediakan daging halal iaitu satu di Taipei dan tiga di Yunlin.

MASJID 61 - TOKYO MOSQUE - TOKYO - JAPAN

🔵Masjid Tokyo, Tōkyō-jāmii juga dikenali sebagai Tokyo Camii, ialah sebuah masjid dengan pusat kebudayaan Turki yang terletak di daerah Ōyama-chō, Shibuya Ward di Tokyo, Jepun. 
🔵Ia adalah masjid terbesar di Jepun.

🔵Pada asalnya dibina pada tahun 1938, bangunan semasa telah siap pada tahun 2000. 
🔵Ia telah direka oleh Hilmi Şenalp, dalam gaya yang diilhamkan oleh seni bina Uthmaniyyah.

🔵Masjid ini pada asalnya dibina bersama sebuah sekolah bersebelahan pada 12 Mei 1938 oleh pendatang Bashkir dan Tatar dari Rusia yang datang ke Jepun selepas Revolusi Oktober. 
🔵Ia dibuat di bawah arahan Abdurreshid Ibrahim, Imam pertama masjid, dan Abdülhay Kurban Ali.

🔵Pada tahun 1986, masjid itu terpaksa dirobohkan kerana kerosakan struktur yang teruk. 
🔵Di bawah arahan dan sokongan Turkey’s Directorate of Religious Affairs, sebuah bangunan baru telah dimulakan pada tahun 1998. 
🔵Arkitek untuk bangunan itu ialah Hilmi Şenalp. 
🔵Hiasan masjid itu berdasarkan seni bina agama Uthmaniyyah. 
🔵Kira-kira 70 tukang Turki melakukan perincian kemasan, dan sejumlah besar marmar telah diimport dari Turki. 
🔵Pembinaan telah siap pada tahun 2000 dengan kos sekitar 1.5 bilion yen. 
Perasmian telah diadakan pada 30 Jun 2000.

🔵Masjid Tokyo ini berkeluasan 734 meter persegi dan mempunyai satu tingkat bawah tanah dan tiga tingkat atas tanah dengan jumlah keluasan lantai 1,477 meter persegi. 
🔵Kubah utamanya adalah 23.25 meter tinggi dan disokong oleh enam tiang, manakala menara bersebelahan adalah 41.48 meter.

🔵Setiap tingkat bangunan ini menempatkan aktiviti berbeza untuk jemaah di masjid tersebut. 
🔵Tingkat satu adalah kawasan umum, tingkat dua adalah ruang solat, menempatkan mihrab, dan mimbar dengan tangga yang ditinggikan untuk imam menyampaikan khutbah.

🔵Di seluruh bahagian dalam dan luar Masjid Tokyo ini berwarna putih, Warna turquoise juga banyak digunakan. 
🔵Memandangkan masjid ini dimodelkan mengikut seni bina Uthmaniyyah, warna-warna yang digunakan ditampilkan di seluruh struktur bangunan ini.
🔵Warna turquoise adalah warna yang dianggap sebagai representasi kekudusan, warna yang digambarkan seawal Iran purba.
🔵Minbar dan mihrab kedua-duanya dilitupi marmar putih dengan perincian keemasan.

🔵Struktur bagunan masjid ini juga sangat menyerupai masjid lain yang dicipta di bawah gaya seni bina Uthmaniyyah yang sama, iaitu Blue Mosque.
🔵Warna dalam masjid ini diserlahkan melalui penggunaan pencahayaan semula jadi melalui banyak tingkap-tingkap yang merangkumi masjid disamping turut diterangi oleh candelier. 





🔵Pemandangan ruang solat utama dari atas.



Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment