Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
MASJID 40 - MASJID AGUNG AL-FALAH KYAI MODJO - MANADO - INDONESIA
MASJID 41 - MASJID RAYA AHMAD YANI SULAWESI UTARA - MANADO - INDONESIA
MASJID 42 - MASJID RAYA SUMATERA BARAT - INDONESIA
MASJID 40 - MASJID AGUNG AL-FALAH KYAI MODJO - MANADO - INDONESIA
🔵Ini Masjid Agung Al-Falah Kyai Modjo di Kampung Jawa Tondano, Kecamatan Tondano Utara, Kabupaten Minahasa, Provinsi Sulawesi Utara.
🔵Masjid ini berada di dalam Perkampungan Jawa Tondano yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam.
🔵Sebuah perkampungan Islam di tengah permukiman masyarakat Minahasa yang majoritinya beragama Kristian.
🔵Masjid di Sulawesi Utara ini dikategorikan sebagai salah satu tempat bersejarah di Indonesia.
🔵Mengikut sejarahnya, Kyai Modjo adalah seorang penasihat agama dan panglima perang dari pasukan Pangeran Diponegoro (seorang putera Jawa yang menentang penjajahan Belanda) ketika Perang Jawa.
🔵Masjid ini telah dibina pada 1854 dan menjadi salah satu saksi sejarah mengenai keujudan umat Islam di daerah Tanah Minahasa.
🔵Masjid ini menjadi peninggalan dari Kyai Modjo dan para pengikutnya yang dibuang negeri oleh Belanda ke Tondano pada akhir 1829.
🔵Saat masjid ini dibina sekitar 1854, bangunan asalnya adalah bersaiz sebuah surau dengan dindingnya dibuat dari buluh dan beratap rumbia.
🔵Kyai Modjo tidak diasingkan bersendirian ke Tanah Minahasa.
🔵Seramai 63 orang pengikutnya, termasuk seorang anaknya yang bernama Kyai Ghazali Modjo turut bersama diasingkan ke situ.
🔵Saat berada di Tondano, mereka bergaul dengan masyarakat Tondano dan terjadilah perkahwinan di antara mereka dengan wanita-wanita Tondano.
🔵Perkawinan ini menghasilkan keturunan dan sehingga kini terdapat generasi yang ke-9 tinggal di kawasan yang dinamakan sebagai Kampung Jawa di Tandano.
🔵Setelah direnovasi, rekaan bumbung masjid yang ada sekarang ini dibuat dengan design Joglo dengan atap limasan tumpang, mirip dengan masjid di Jawa Tengah.
🔵Masjid ini juga ada sebuah menara. Dari atas pengunjung boleh melihat seluruh perkampungan Jawa Tondano dan desa-desa di sekitarnya, serta sebahagian Danau Tondano.
🔵Di masjid ini juga ada beduk tradisional batang kayu yang hollowed.
🔵Pokok-pokok kurma juga sedang ditanam di perkarangan masjid. Benih pokok kurma ini dibawa dari Timur Tengah.
🔵Di satu penjuru masjid ada sebuah tugu peringatan kelahiran Kampung Jawa Tondano pada 3 Mei 1830.
🔵"Jaton" bermaksud "Jawa Tondano".
🔵Ruang utama solat utama ini disokong oleh 4 tiang kayu asas setinggi 18 meter yang menyokong bumbung masjid ini.
🔵Pada bawah tiang masjid ini ada ukiran kayu yang cantik dengan base batu yang juga berukir. Juga ada chandelier kecil menghiasi ruang solat utama ini.
🔵Design bumbung masjid yang cukup cantik dibuat dari kayu.
MASJID 41 - MASJID RAYA AHMAD YANI SULAWESI UTARA - MANADO - INDONESIA
🔵Masjid Raya Ahmad Yani terletak di Jl. W.R. Supratman, Lawangirung, Kec. Wenang, Kota Manado, Sulawesi Utara, Indonesia.
🔵Pintu masuk ke kawasan masjid.
🔵Masjid ini boleh memuatkan seramai 3,500 orang jemaah.
🔵Masjid ini adalah masjid yang terbesar di Kota Manado dan merupakan salah satu masjid terbesar di Sulawesi Utara.
🔵Petinggi negara kerap beribadah di masjid ini.
🔵Masjid Raya Ahmad Yani merupakan salah satu masjid besar yang didirikan pada tahun 1961.
🔵Masjid Raya Ahmad Yani memiliki luas tanah 2.572 m2 dan luas bangunan 7.799 m2.
🔵Masjid ini kerap dikunjungi lebih dari 200 orang dan muazin 4 orang setiap hari.
🔵Masjid ini sebagai tempat ibadah warga sangat penting peranannya untuk mendukung kenyamanan dan keamanan warga selama menunaikan ibadah di dalam bangunan masjid.
🔵Masjid ini juga sering dikunjungi tetamu penting seperti Presiden dan pejabat-pejabat tinggi Republik Indonesia yang ingin berkunjung ke Manado.
🔵Dewan solat utama.
MASJID 42 - MASJID RAYA SUMATERA BARAT - INDONESIA
🔵Masjid Raya Sumatera Barat atau Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al Minangkabawi terletak di Jalan Chatib Sulaiman, Kota Padang, Sumatera Barat.
🔵Masjid ini adalah masjid terbesar di Sumatera Barat, dan masjid kedua terbesar di Sumatera.
🔵Ia terletak di Mukim Padang Utara, Padang, Sumatera Barat dan terletak dalam kompleks seluas 40,343 meter persegi di persimpangan Jalan Khatib Sulaiman dan Jalan Ahmad Dahlan.
🔵Masjid 3 tingkat ini boleh menampung 20 ribu orang jemaah.
🔵Juga dikenali sebagai Masjid Mahligai Minang sebab bentuk bumbungnya seperti rumah minangkabau dan tidak berkubah.
🔵Ia tahan gempa bumi, oleh itu ia juga menjadi lokasi evakuasi bila terjadi tsunami.
🔵Bentuk bumbung masjid ini dibuat seperti bentangan kain 4 penjuru yang dipegang oleh 4 kabilah suku Quraisy semasa berlaku perselisihan pendapat tentang pemindahan batu Hajar Aswad di Mekkah pada zaman Rasulullah dahulu.
🔵4 penjuru itu kelihatan seperti gonjong rumah minangkabau, rumah gadang.
🔵Batu asas masjid ini diletak 21 Desember 2007 dan pembinaannya dimulakan.
🔵Tetapi ianya hanya siap pada 4 Januari 2019. Kelewatan ini adalah disebabkan antaranya kejadian gempa bumi pada 2009 dan kekangan bajet.
🔵Kos pembinaan masjid ini tinggi kerana ia dibina untuk dapat menahan goncangan gempa bumi.
🔵Kelambatan pembinaannya juga disebabkan oleh perselisihan pendapat yang sebuah masjid perlu mempunyai kubah.
🔵Idea untuk membina Masjid Besar Sumatera Barat telah berjalan sejak tahun 2005.
🔵Pemerintah Provinsi Sumatera Barat menganggap Padang sebagai ibu kota tidak mempunyai masjid perwakilan untuk menampung sejumlah besar jemaah.
🔵Dorongan untuk membina "masjid besar" diperkuat, walaupun terdapat Masjid Nurul Iman yang besar di Padang.
🔵Pada Januari 2006, pertemuan dua hala diadakan antara Indonesia dan Malaysia, yang dihadiri oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi di Bukittinggi.
🔵Pada waktu itu, dicari masjid yang sesuai untuk kedua ketua negara menunaikan solat Jumaat, sehingga lokasi Masjid Agung Tangah Sawah di Bukittinggi dipilih.
🔵Acara ini dikatakan sebagai pendorong bagi Pemerintah Provinsi Sumatera Barat untuk membangun Masjid Besar Sumatera Barat.
🔵Pada dinding bumbung ada ukiran yang menampilkan kaligrafi dan motif kain songket Minangkabau.
🔵Kerana berlakunya kejadian gempa bumi, di masjid ini juga dibina ramp yang digunakan sebagai jalur evakuasi.
🔵Ukiran Minangkabau penuh makna dalam kehidupan bersama orang Minangkabau.
🔵Ukiran yang terdapat di luar masjid ini adalah Sirih Gadang, Pucuak Rabuang, Limpapeh, Aka Cino, Saik Galamai, Bada Mudiek dan lain-lain.
🔵Kalimah Syahadah.
🔵Di hamparan gonjong berukiran Minangkabau ini ada kaligrafi nama Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
🔵Ruang panjang dan luas di bahagian luar dewan solat utama.
🔵Ini salah satu pintu masuk ke dewan solat utama masjid.
🔵Ukiran kayu pada pintu ini cukup indah sekali.
🔵Tempat berwuduk.
🔵Rak telekung wakaf untuk kegunaan jemaah.
🔵Suasana di bahagian dewan solat utama masjid ini.
🔵Pada tahun 2009, Kerajaan Arab Saudi telah mengirim bantuan untuk menyokong pembinaan masjid ini.
🔵Namun, setelah bantuan dari Arab Saudi itu yang bernilai 50 juta dolar AS diterima, telah berlaku gempa bumi yang melanda Sumatera Barat sehingga pemerintah pusat melalui Badan Perencanaan Pembangunan Nasional mengalihkan pemberian bantuan itu untuk keperluan pemulihan dan pembangunan semula pasca bencana.
🔵Pada tahun 2014, Kerajaan Turki mengirimkan bantuan karpet permaidani untuk mendukung penyelenggaran ibadah seiring kerja sama yang dibangun oleh pemerintah provinsi.
🔵Mihrab masjid ini dibina dengan mengambil ilham tempat letaknya Batu Hajarul Aswad di Kaabah.
🔵Di bahagian atas mihrab, silingnya ada kaligrafi 99 nama-nama Asmaul Husna yang berwarna emas.
🔵Masjid yang direka oleh arkitek bernama Rizal Muslimin ini, mempunyai banyak pintu, menjadikan masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Seribu Pintu Angin.
🔵Masjid ini dipusatkan sebagai pusat kegiatan keagamaan berskala regional seperti tabligh akbar, perjumpaan berjemaah, mengadakan Solat Aidil Fitri dan Solat Jumaat setiap minggu.
🔵Ruang solat utama ini dibina tanpa tiang di tengahnya.
🔵Kerana kedudukannya yang tidak jauh dari Pantai Padang, masjid ini juga adalah merupakan shelter lokasi evakuasi bila terjadi tsunami.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment